1 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ULAR 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI KEDUA TAHUN 2023 Tarikh : 18 JULAI 2023 Hari : SELASA Masa : 1:35 PETANG Tempat : KELAS 1 TUN TEJA Hadir: Tidak Hadir: 1 Puan Noor Hafizah Bt Harun (bersebab) Setiausaha Panitia Pendidikan Islam 1. Puan Rozidah Binti Mohd Sarip Guru Besar 2. Puan Noormurni Binti Abdullah @Yaacob Ketua Panitia Pendidikan Islam 3. Puan NorBashirah Binti Abd Rashid Bendahari Panitia Pendidikan Islam 4. Encik Mohd Fauzi Bin Mohd Effendi Ahli Jawatankuasa Panitia Pend.Islam 5. Encik Fauzi Bin Ismail Ahli Jawatankuasa Panitia Pend.Islam 6. Abd Kadir Bin Abd Manaf Penyelaras Surau 7. Cik Yuhana Binti Abd Hamid Guru Data jQaf 8. Puan Siti Munirah Binti Mansor Ahli Jawatankuasa Panitia Pend.Islam 9. Puan Rusmawani Binti Mat Zain Ahli Jawatankuasa Panitia Pend.Islam 10. Puan Norziah Binti Yaacob Ahli Jawatankuasa Panitia Pend.Islam 11. Puan Normawati Binti Hussain Ahli Jawatankuasa Panitia Pend.Islam 12. Puan Haryanti Binti Musa Ahli Jawatankuasa Panitia Pend.Islam 13. Puan Nurul Huda Binti Rozali Ahli Jawatankuasa Panitia Pend.Islam 14. Puan Mua’zzah Binti Mustaffa Bakri Ahli Jawatankuasa Panitia Pend.Islam 15. Puan Nurul Husna Binti Md Zain Ahli Jawatankuasa Panitia Pend.Islam
2 I) Ucapan Pengerusi 1 Mesyuarat dimulakan dengan surah Al-Fatihah. 2 Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli Panitia Pendidikan Islam kali ke-2 untuk sesi 2023/2024. 3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Guru Besar kerana dapat bersama-sama di dalam mesyuarat kali kedua ini. Makluman :Semua Ahli Panitia Pendidikan Islam II) Ucapan Pentadbir 4 Puan Guru Besar mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli Panitia kerana dapat mengadakan mesyuarat kali kedua pada hari ini serta dapat menghadirkan diri. 5 Beliau mengharapkan semua ahli Panitia Pendidikan Islam boleh melahirkan ”anak yang baik lagi cerdik” dan mampu menghadapi cabaran sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran . 6 Beliau juga mengingatkan kepada semua ahli supaya dapat mengenalpasti murid berdasarkan rekod perkembangan murid yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengisian tersebut mesti mengikut deskripsi tahap penguasaan dan DSKP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Makluman : Semua Ahli Panitia III) Membentang dan mengesahkan minit yang lalu 7 Minit Mesyuarat Panitia Bilangan 01/2023 bertarikh 12 April 2023 (Rabu) disahkan tanpa pindaan. IV) Perkara Berbangkit 8 Program Guru Muda yang ditetapkan oleh Panitia Pendidikan islam dapat menukarkan nama program itu kepada nama “Khalifah muda”. Makluman: KP Pendidikan Islam 9 Kem Cemerlang Jawi (Ujian Diagnostik) murid tahun 2 telah pun dilaksanakan untuk sesi 2023/2024. Makluman:Pn Haryanti (penyelaras KCJ) 10 En.Abd Kadir selaku penyelaras surau sekolah memaklumkan anggaran untuk membaik pulih bumbung dan siling surau ialah sebanyak RM30k.Beliau juga mencadangkan untuk mengadakan gotong royong surau dan usaha untuk kutipan dana surau. Tindakan:Bendahari Surau (Pn Syarah Aisyah) dan Makluman semua ahli
3 V) Pengurusan Panitia A. Pentaksiran Sumatif 1 (Penyediaan Kertas Soalan) 11 Pentaksiran Sumatif 1 (Penyediaan Kertas Soalan) setelah berbincang dengan semua ahli panitia dan ketua panitia dengan ini menetapkan penyediaan kertas soalan bagi tahun 4 hingga tahun 6,Senarai nama guru untuk penyediaan kertas soalan :- DARJAH PENTAKSIRAN SUMATIF 1 Tahun 4 Cik Yuhana Binti Abd Hamid Tahun 5 Pn.Noormurni Binti Abdullah@Yaacob Tahun 6 Pn.Normawati Binti Hussain Tindakan: KP Pendidikan Islam 12 Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli yang menyediakan soalan Pentaksiran Sumatif 1 dapat menggunakan muka hadapan (kulit) yang disediakan oleh SU peperiksaan sekolah.Guru yang menyediakan soalan tersebut mestilah mengikut standard JSU. Tarikh akhir penghantaran soalan sumatif 1 tersebut ialah pada 25 Julai 2023.(Isnin) Tindakan:KP Pendidikan Islam B. Pentaksiran Bilik Darjah 13 Pengerusi mengingatkan kepada semua ahli panitia supaya dapat membuat pentaksiran mengikut kelas masing-masing sepanjang pdpc yang dilaksanakan dan merekod pentaksiran di dalam borang transit Rekod Perkembangan Murid. Untuk makluman dan Tindakan: Semua Ahli Panitia C. Program Pembangunan Profesionalisme Panitia Pendidikan Islam (Guru) 14 Pengerusi membentangkan senarai Program guru Pembangunan Profesionalisme Pendidikan Islam. Makluman:semua Ahli 15 Empat Program guru yang telah dirancang dalam Panitia Pendidikan islam ialah : a-Program Smart Group(membincangkan tentang DSKP,RPT,RPH dan RPM) telah dilaksanakan pada bulan Mac 2023. b-Program PLC-Modul Pantas dilaksanakan pada bulan Jun 2023. c- Program Tahsin Al-Quran & Tajwid yang akan dilaksanakan pada bulan September 2023 d- Program Penulisan Khat,akan dilaksanakan pada bulan November 2023. Tindakan : Pn NoorHafizah (SU panitia)
4 D. Program Peningkatan Murid 16. Pengerusi juga telah membentangkan Program Panitia yang telah dijalankan dan perlu membuat one page report, setiap program yang telah dijalankan perlulah diserahkan kepada Setiausaha Panitia untuk direkodkan dalam Fail Panitia (Dokumen Panitia). BIL NAMA PROGRAM TEMPOH PELAKSANAAN TINDAKAN 1. Program Ihya’ Ramadhan 22 Mac – 18 April 2023 (telah dilaksanakan) Pn Norziah bt Yaacob 2. Program Kem Bestari Solat Perdana Siri Pertama& kedua 24 Jun 2023 (telah dilaksanakan) En Mohd Fauzi bin Mohd Effendi & En Abd Kadir bin Abd Manaf 3. Program Kem Cemerlang Jawi (KCJ) Sepanjang tahun Pn Haryanti Binti Musa 4. Program Klinik AlQuran & intervensi Al Quran (Guru muda@Khalifah Muda) Sepanjang tahun Pn Nurul Huda dan Pn Rusmawani Binti Mat zin Tindakan : Pn.NoorHafizah (SU Panitia PAI) E. Perbelanjaan PCG Panitia Pendidikan Islam. 17. Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli panitia Pendidikan Islam , peruntukan yang diperolehi berjumlah RM 1121.94. pada 17.4.2023 Panitia pendidikan Islam telah membelanjakan wang sebanyak RM 614.40 untuk modul pantas.(tahun 1).dan berbaki sebanyak RM 639.60 telah dibelanjakan untuk membeli keperluan Panitia (Program murid). Makluman:Semua ahli Panitia 18 Pengerusi memaklumkan setiap perbelanjaan untuk program yang akan dilaksanakan perlu ada kertas kerja. 19 Panitia Pendidikan Islam telah menggunakan RM 1285.00 untuk Program Ihya Ramadhan .Baki untuk duit kegiatan Agama Islam sehingga tarikh 18.7.2023 adalah sebanyak RM 2681.91. Makluman:Semua ahli Panitia 20 Duit Kem Bestari Solat(KBS) telah diturunkan pada 8.6.2023 sebanyak RM 2032.00,baki terkini untuk duit KBS ialah sebanyak RM452.61. Makluman:Semua ahli Panitia
5 V. Hal-hal Lain 21 Pengerusi memperingatkan kepada semua ahli panitia sekiranya murid yang membaca iqra’ 1-3 masih lemah dan tidak mengingat huruf jangan ubah ke iqra’ seterusnya,guru-guru perlu menekankan huruf yang murid tidak boleh ingat mengikut sistem BIG (Baca Ikut Guru). Makluman:semua ahli Panitia 22 Ustazah Haryanti mengingatkan kepada semua guru yang mengajar tahun 1 -3 untuk melihat murid yang lemah jawi bagi membuat ujian pos (KCJ),dan beliau juga memerlukan dana dari Panitia untuk memperbanyakkan soalan jawi . Makluman :KP Pendidikan Islam 23 Pengerusi memaklumkan untuk program I muharam (Maal Hijrah) Panitia telah membuat hebahan @ makluman pada semua guru kelas dan telah membuat hebahan mengenai Bulan Hijrah. Makluman :semua Ahli Panitia 24 Pengerusi memaklumkan program Kem Bestari Solat Perdana siri kedua akan dikelolakan oleh (Ustaz Abdul Kadir),dan dapat berbincang semula cara perlaksanaan Kem seterusnya. Tindakan:En Abd Kadir 25 Ustaz Kadir selaku Pengerusi Surau As-saadah meminta untuk membuat gotong-royong bagi memurnikan kawasan Surau dan mengemas dalam dan luar surau bagi menceriakan lagi Surau Sekolah. Makluman : Semua Ahli Panitia PIBA VI. Ucapan Penangguhan . Pengerusi berharap semoga segala perbincangan yang dibuat oleh ahli Panitia ini dapat Dilaksanakan dengan baik dan bertanggungjawab.,sekiranya ada sebarang kemusykilan boleh berjumpa Ketua Panitia Pendidikan Islam untuk sama-sama berbincang.Sesungguhnya Panitia Pendidikan Islam ini menjadi Roll Model kepada Panitia lain. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 Petang Disediakan oleh, ……………………………………………….. (NOOR HAFIZAH BT HARUN) Setiausaha Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Ular