The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Book - Fasiliti dan Perkhidmatan Acara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL NUHA BINTI HARUN (KKCM), 2023-03-28 01:35:43

Fasiliti dan Perkhidmatan Acara

E-Book - Fasiliti dan Perkhidmatan Acara

Keywords: Acara

Keselamatan peralatan merujuk kepada keselamatan peralatan yang akan digunakan dalam acara sama ada barang-barang itu dibekalkan oleh pembekal, barang-barang persendirian milik urusetia atau jawatankuasa ataupun barang-barang milik sementara yang disewa daripada pembekal tertentu. Peralatan yang digunakan hendaklah dijamin selamat dan tidak lewat tarikh serta berkeadaan baik. Pihak jawatankuasa keselamatan yang dilantik hendaklah memberi penekanan kepada keadaan peralatan melalui ujian penggunaan atau dengan menyemak aspek-aspek keselamatan yang dibekalkan bersama peralatan tersebut KESELAMATAN PERALATAN Bergantung kepada saiz dan jenis acara yang ingin dianjurkan, anda mungkin perlu melantik pegawai. Keselamatan yang bertanggungjawab. Kemahiran asas yang diperlukan ialah mereka yang 'kompeten' dan dapat memberikan kepakaran pada tahap terbaik untuk kesihatan dan keselamatan ketika sesuatu acara sedang berlangsung. Kepakaran biasanya dicapai melalui pengalaman dan kelayakan rasmi yang diiktiraf oleh badan-badan profesional. Siapa pun yang bertanggungjawab harus mempunyai latihan dan pengalaman yang sesuai untuk digunakan dan melaksanakan prosedur keselamatan. PEGAWAI KESELAMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 46


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN IMEJ PERSEKITARAN SEJARAH PERALATAN KEMANUSIAAN KAWALAN KESELAMATAN ATURAN PERGERAKAN CUBA UJI PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 47


MATLAMAT KESELAMATAN Memahami konsep asas mengenai keselamatan dan kesihatan Mengenalpasti risiko yang berlaku dalam menguruskan sesuatu perkara Mengetahui ciri- ciri aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan Mempertingkatkan kesedaran keselamatan KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 48


KEPENTINGAN KESELAMATAN INDIVIDU MASYARAKAT ORGANISASI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 49 Rajah 6 : Kepentingan Keselamatan Rajah 7 : Kepentingan keselamatan kepada individu


KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 50 Rajah 8 : Kepentingan keselamatan kepada organisasi Rajah 9 : Kepentingan keselamatan kepada masyarakat


CIRI-CIRI KESELAMATANYANG DITITIKBERATKANDALAM ACARA Lokasi acara akan diadakan Acara diadakan di dalam atau di luar bangunan Jumlah pekerja yang terlibat menguruskan acara Insuran yang diperlukan Pelan pengendalian risiko Fasiliti kebajikan Kontraktor, pembekal dan penjual terlibat Pelan pengurusan dan pemulihan kecemasan Dasar dan prosedur kesihatan dan keselamatan Laluan keluar dan masuk ke lokasi acara Tempat meletak kenderaan Kakitangan dan kepakaran Keselamatan makanan Pengurusan trafik Pagar Taklimat keselamatan Tanda-tanda keselamatan dan amaran KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 51


TATACARA MENGENDALIKANKESELAMATAN PENGURUSAN PENGUNJUNG KAWALAN PENGUNJUNG AKTIVITI INDOOR DAN OUTDOOR PENGURUSAN TRAFIK KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 52


PENGURUSAN PENGUNJUNG Pengurusan pengunjung atau dikenali sebagai ‘crowd management’ adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan dalam penganjuran sesebuah acara. Ia bermaksud menguruskan pergerakan pengunjung, jawatankuasa pelaksana dan peralatan pada sesebuah acara dengan betul supaya keadaan pergerakan pada acara tersebut lebih terurus. Penganjuran sesebuah acara yang besar adalah sangat yang baik. Walau bagaimanapun dengan keadaan pengunjung yang sesak kemungkinan besar gangguan, kecederaan atau kerosakan kepada harta benda dan manusia boleh berlaku. Menjadi tanggungjawab penganjur acara bagi memastikan setiap acara yang dianjurkan berakhir dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Berikut merupakan lima (5) langkah pengurusan pengunjung bagi sesebuah acara: i. Crew acara yang mencukupi Apakah nisbah crew dengan kehadiran pengunjung yang optimum? Tidak ada angka tertentu, tetapi satu atau dua orang crew untuk setiap 10 orang pengunjung adalah amalan yang baik. Setiap crew juga harus berpengalaman dalam susun atur tempat. Contohnya, mereka harus mengetahui di mana tandas terdekat atau ruang untuk berkumpul yang disediakan. Komunikasi di kalangan crew juga sangat penting. Setiap crew harus dibekalkan dengan walkie talkie untuk berkomunikasi ketika acara sedang berkangsung. Dengan cara ini, crew boleh bergerak ke tempat yang diperlukan dengan segera. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 53


PENGURUSAN PENGUNJUNG ii. Menggunakan khidmat pihak keselamatan Ia tidak disyorkan bahawa anda mempunyai crew sendiri bagi menjalankan tugas-tugas keselamatan atau pegawai keselamatan. Crew tetap mungkin kekurangan latihan keselamatan dan sekiranya tersalah langkah boleh mendatangkan masalah yang lebih besar sehingga boleh membawa kepada tuntutan mahkamah. Pihak syarikat acara seharusnya menggunakan perkhidmatan keselamatan pihak ketiga yang terlatih dan berdaftar untuk menangani situasi tertentu. Tugas-tugas berikut harus dipertanggungjawabkan kepada pihak keselamatan: • Menggunakan pengesan logam dan memeriksa beg peribadi • Membuat pemeriksaan terhadap tetamu yang hadir pada acara yang besar • Menghubungi penguatkuasa undang-undang atau ambulans dalam keadaan kecemasan Pastikan anda mengarahkan crew melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak keselamatan. Komunikasi antara crew dan pihak keselamatan harus ditingkatkan dari semasa ke semasa ketika acara berlangsung. iii. Menggunakan pagar atau tiang penghalang Pagar atau tiang penghalang sementara boleh digunakan bagi membuat halangan di kawasan awam ketika acara berlangsung. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 54


PENGURUSAN PENGUNJUNG iv. Melakukan penilaian risiko Sebelum sesebuah acara berlangsung, pihak penganjur harus menyediakan pelan kecemasan acara dengan bantuan dan khidmat nasihat daripada pihak keselamatan. Semak segala kemungkinan risiko yang boleh berlaku. Antara penilaian risiko yang boleh dibuat adalah dengan mengenal pasti setiap pintu keluar dan mengarahkan crew untuk memastikan pintu tersebut tidak terhalang pada setiap masa. v. Mempunyai pelan kecemasan Mempunyai pelan kecemasan merupakan perkara asas dalam penilaian risiko. Ia menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh crew acara sekiranya situasi kecemasan berlaku. Sekiranya pengunjung perlu dipindahkan, adakah terdapat kawasan menunggu di luar untuk mereka? Satu lagi perancangan yang boleh dipertimbangkan adalah dengan merizabkan kawasan berhampiran pintu masuk sebagai tempat simpanan untuk kenderaan kecemasan. Semua keadaan kecemasan adalah berpotensi untuk berlaku apabila menganjurkan sesebuah acara yang melibatkan orang ramai. Pihak penganjur perlu merancang dan menjaga komunikasi yang berkesan antara crew acara dan pihak keselamatan. Pelan kecemasan yang terancang memastikan penganjur bersedia untuk menangani kecemasan yang berlaku sekiranya keadaan tidak terkawal. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 55


KAWALAN PENGUNJUNG Kawalan pengunjung atau dikenali sebagai ‘crowd control’ bermaksud mengawal pergerakan pengunjung yang telah hilang kawalan ketika sesebuah acara sedang berlangsung untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecelakaan. Bagi acara yang dijangka dipenuhi oleh pengunjung, penggunaan tiket masuk untuk mengetahui jumlah kehadiran adalah digalakkan. Tiket atau program percuma hendaklah disediakan dalam kuantiti yang sama dengan tempat duduk yang ada dan boleh diserahkan di pintu masuk. Apabila had pengunjung maksima telah dipenuhi, pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memastikan bahawa tiada kemasukan tambahan dibenarkan. Kemasukan pengunjung yang berlebihan boleh menyebabkan kesesakan dan perlanggaran berlaku mengakibatkan acara yang sedang berlangsung ditutup. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 56


LOKASI-LOKASI YANG BERSESUAIAN BAGI KAWALAN PENGUNJUNG KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 57 Rajah 10 : Lokasi-lokasi yang bersesuaian bagi kawalan pengunjung


TUJUAN PENGURUSAN DAN KAWALAN PENGUNJUNG KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 58 Rajah 11 : Tujuan pengurusan dan kawalan pengunjung Rajah 12 : Jangkaan kehadiran pengunjung dalam sesuatu acara


PENGURUSAN TRAFIK Pengurusan lalu lintas yang baik merupakan antara perkara utama yang perlu dipertimbangkan bagi penganjuran sesebuah acara. Perancangan yang lemah boleh membawa kepada kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pegunjung yang terlibat atau menghadiri acara tersebut. Sebelum pemilihan lokasi dibuat bagi sesebuah acara, perancangan pengurusan trafik perlu difikirkan terlebih dahulu termasuk penglibatan pihak berkuasa tempatan. Kerjasama dengan pihak polis boleh membantu pihak penganjur acara bagi membuat perancangan pengurusan trafik yang lancar. Bagi penganjuran acara yang bersaiz mega, jawatankuasa khusus pengurusan trafik perlu dibentuk bagi membuat perancangan yang teliti dan mempertimbangkan isu-isu berkaitan trafik termasuk pengangkutan, lalu lintas dan tempat meletak kenderaan. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti: • Jenis acara, dan jumlah pengunjung • Jumlah kenderaan yang dijangkakan (pengunjung, crew, kontraktor, dan lain-lain) • Jaringan pengangkutan sedia ada • Tempat meletak kenderaan sedia ada • Laluan pengangkutan untuk kenderaan seperti kereta dan bas • Papan tanda sedia ada dan keperluan untuk menyediakan papan tanda sementara • Keperluan arahan peraturan lalu lintas sementara seperti penutupan jalan raya dan penghalaan semula (pihak berkuasa tempatan boleh menasihati keperluan, pemberitahuan dan masa yang sesuai) • Crew bertugas yang akan mengawasi lalu lintas, menjaga tempat meletak kereta, dan lain-lain • Keperluan untuk bayaran bagi tempat meletak kereta bagi membantu mengimbangi kos • Laluan pejalan kaki untuk memasuki dan meninggalkan tempat acara bagi mengelak kesesakan • Akses untuk laluan keluar masuk penganjur, artis, kenderaan pembekal, vendor dan sebagainya • Akses untuk laluan kecemasan pihak bomba, ambulans, dan lain-lain • Pergerakan lalu lintas di lokasi acara KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 59


AKTIVITI INDOOR DAN OUTDOOR KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 60 Rajah 13 : Definisi aktiviti indoor dan outdoor


LANGKAH KESELAMATAN BAGI AKTVITI OUTDOOR DAN INDOOR KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 61 Jadual 1 : Langkah keselamatan bagi aktiviti outdoor dan indoor


POLISI KESIHATAN DAN KESELAMATAN Polisi Kesihatan dan Keselamatan harus menetapkan komitmen organisasi untuk kesihatan dan keselamatan. Sekiranya organisasi anda mempunyai lebih daripada lima orang pekerja, itu adalah keperluan undang-undang mempunyai dasar yang sudah ada. Bagaimanapun, dasar umum ini mungkin berbeza mengikut situasi atau acara yang ingin dianjurkan. Polisi khusus untuk acara yang harus ditetapkan perlu mempunyai butiran seperti berikut: Siapa yang bertanggungjawab untuk kesihatan dan keselamatan dalam organisasi anda Siapa yang bertanggungjawab memantau kesihatan dan keselamatan pada acara itu Pengurusan untuk setiap aspek dan fasa acara Bagaimana orang lain yang terlibat harus mengikut dan mentafsirkan polisi yang dibuat (Memo Keselamatan Acara) Prosedur latihan kakitangan Pembekal yang terlibat dalam penganjuran sesebuah acara juga harus memberi anda dasar mereka sendiri. Ini perlu disemak untuk memastikan tidak berlaku konflik atau percanggahan dengan polisi anda atau memo keselamatan acara yang dibuat. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 62


MEMO KESELAMATAN ACARA Memo keselamatan acara merupakan satu pendekatan yang baik untuk diberikan kepada semua orang yang terlibat pada acara tersebut seperti crew acara, pembekal, dan vendor. Memo tersebut sebaik-baiknya diedarkan sebelum acara berlangsung contohnya ketika mesyuarat atau taklimat. Memo ini seharusnya memberi arahan atau nasihat khusus yang mudah untuk difahami oleh semua crew acara, sukarelawan, pembekal, dan semua orang yang terlibat dalam acara samada sebelum, semasa mahupun selepas acara berlangsung. Kandungan memo tersebut seharusnya menyatakan pendirian anda, sebagai Pengurusan Acara yang mengharapkan pihak yang terlibat dapat menjaga keselamatan masing-masing semasa kerja-kerja persiapan acara atau ketika berada di tempat acara. Selain itu, kandungan memo juga harus menekankan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan seperti kawalan kebakaran, laluan kecemasan, prosedur pemindahan, prosedur kecemasan, peralatan perlindungan atau pakaian yang diperlukan, dan risiko bahaya. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 63


KESAN KECUAIAN DALAM PENGENDALIAN KESELAMATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 64 Rajah 14 : Kesan kecuaian dalam pengendalian keselamatan


PIHAK KESELAMATAN YANG TERLIBAT DALAM ACARA Pemilihan pihak keselamatan untuk berkerjasama bergantung kepada jenis, dan saiz acara Sekiranya acara adalah bersaiz sederhana, berlangsung di tempat yang sedia ada, dan di kawasan tertutup, bantuan pihak keselamatan mungkin tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, bagi acara yang bersaiz besar dan lebih kompleks, kerjasama dengan pihak keselamatan menjadi keutamaan bagi mendapatkan nasihat, dan bantuan daripada mereka. Setiap pihak keselamatan biasanya mempunyai perancangan masing-masing dan unit-unit khas bagi menangani sesuatu situasi. Sekiranya bersesuaian dengan acara yang akan dianjurkan, wakil daripada pihak keselamatan yang sesuai boleh dimasukkan di bawah jawatankuasa kesihatan dan keselamatan acara yang akan dibentuk. • Polis – Pihak polis boleh menasihati dari aspek keselamatan seperti jumlah pengunjung, kawalan orang ramai, prosedur kecemasan, komunikasi, pengurusan lalu lintas dan akses perkhidmatan kecemasan, dan lain-lain. Kehadiran mereka semasa acara bergantung kepada jenis dan acara. • Bomba – Pihak bomba boleh menasihati dari aspek kapasiti pengunjung, risiko kebakaran yang boleh berlaku, peralatan memadam kebakaran yang diperlukan, lokasi peralatan, akses kecemasan, cara menyelamatkan diri, papan tanda, pencahayaan, titik pertemuan, elemen punca kebakaran seperti percikan bunga api, sumber api dan prosedur kecemasan lain. • Perubatan – Pasukan perubatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan saiz acara. Kumpulan pakar perubatan memberi bantuan perubatan kepada mangsa samada bertempat di hospital mahupun di lokasi berlakunya kecelakaan Bantuan bukan sahaja pada perubatan namun khidmat nasihat penjagaan kesihatan dan pengambilan nutrisi makanan turut diberikan. Dapatkan nasihat pihak terlibat mengenai peruntukan perubatan yang diperlukan seperti bilangan doktor, jururawat, ahli fisioterapi, pembantu perubatan, sukarelawan, kemudahan serta laluan kecemasan dan prosedur lain. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 65


TATACARA BERURUSAN DENGAN PIHAK KESIHATAN DAN KESELAMATAN Mengenalpasti agensi keselamatan yang berdekatan Melihat kesesuaian agensi keselamatan dan acara yang akan dilaksanakan Memilih agensi keselamatan yang hendak dihubungi Hubungi agensi keselamatan tersebut Memastikan perkhidmatan tersebut dijalankan dengan baik Memberi tanda penghargaan kepada pihak tersebut Berbincang mengenai perkhidmatan yang diperlukan KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 66 Rajah 15 : Tatacara berurusan dengan pihak kesihatan dan keselamatan


PERKHIDMATAN KEBAJIKAN Bagi menarik ramai pengunjung untuk hadir ke sesebuah acara terutamanya acara outdoor, pihak penganjur perlu menyediakan pelbagai kemudahan bagi memberi keselesaan kepada mereka yang hadir. Antara faktor yang perlu diberi perhatian adalah seperti umur, kategori pengunjung dan kemudahan asas yang diperlukan sepanjang acara berlangsung. Antara perkhidmatan yang boleh disediakan ialah: • Air Minuman - harus dibekalkan pada semua jenis acara, terutamanya di yang diadakan di luar rumah. Bergantung pada perkhidmatan tempat / tapak sedia ada anda, anda mungkin ada akses kepada bekalan air minuman utama. Sekiranya tidak, air boleh dibekalkan dari pembonceng (air bekas) yang sesuai untuk tujuan atau air botol yang disediakan. Bayar tertentu 138 perhatian kepada kawasan kesesakan yang berpotensi seperti di hadapan kawasan panggung di mana-mana acara. • Baby change - jika acara anda berorientasikan keluarga, menyediakan kemudahan untuk ibu bapa menukar lampin bayi. Pastikan penginapan selamat dengan perabot yang sesuai, bekalan, pelupusan sisa dan kemudahan pencucian yang ada sekarang. Juga, fikirkan tentang penyediaan kawasan swasta untuk ibu menyusu bayi, sekiranya mereka mahu. • Lokasi perjumpaan - jika acara itu meliputi kawasan besar atau jika terdapat potensi untuk orang untuk dipisahkan dari kumpulan mereka, memberikan satu atau lebih tanda-tanda yang baik mata mesyuarat. Ingatlah untuk menjumlahkan mata mesyuarat untuk mengelakkan kekeliruan. • Lost and found - acara besar atau yang mungkin menarik banyak keluarga harus mempunyai kawasan penempatan bagi kanak-kanak yang hilang atau terpisah daripada ibu bapa. Lokasi tersebut perlu terletak berdekatan dengan tempat aktiviti kanak-kanak. Lokasi penempatan kanak-kanak yang hilang harus dihebahkan sepanjang acara berlangsung supaya ibu bapa sentiasa mendapat maklumat untuk mengambil anakanak mereka yang terpisah daripada kawalan. Lokasi tersebut harus dipantau oleh crew yang berpengalaman. • Kaunter Maklumat - bergantung kepada kerumitan, panjang dan jenis peristiwa, mungkin bijak mempunyai titik atau titik maklumat. Mereka kakitangan ini kedudukan harus berpengetahuan tentang acara, tempat / tempat, tempat letak kereta dan perkiraan pengangkutan, dan sebagainya dan juga harus dimaklumkan tentang sebarang program perubahan yang perlu diketahui oleh orang ramai. • Tempat simpanan beg - memastikan kawasan tersebut disuntik, dipelihara dan dikendalikan dengan sempurna sepanjang acara tersebut. Setuju dengan dasar dan tatacara mengenai menerima beg, bagasi dan aksesori lain. Memastikan pelanggan mengetahui jika item dibiarkan dengan risiko mereka sendiri. KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM ACARA 67


BAB 4 PENGENDALIAN RISIKO FASILITI DAN PERKHIDMATAN ACARA


Tidak kira jenis dan saiz acara, pengurusan risiko adalah isu kritikal dalam proses perancangan. Risiko dikenali sebagai kejadian atau peristiwa yang memberi impak kepada pencapaian atau objektif sesebuah agensi. Risiko juga dilihat sebagai kombinasi kebarangkalian berlakunya kerosakan, kecederaan, kerugian atau kejadian negatif dan impak yang berlaku. Manakala pengurusan risiko pula merupakan pendekatan sistematik untuk mengendalikan risiko yang dihadapi oleh organisasi. Proses pengendalian risiko direka bentuk untuk mengenalpasti dan menilai strategi yang digunakan untuk memberikan keyakinan yang mencukupi tentang pencapaian misi dan visi yang ditetapkan. Ringkasnya, pengurusan risiko adalah mengenai jangkaan dan mengenal pasti risiko yang berpotensi, menilai dan meletakkan rancangan, langkah kawalan atau kontingensi untuk mengurangkan atau meneutralkan tahap risiko. Pengurus acara yang baik akan menggabungkan pengurusan risiko pada semua peringkat proses perancangan. Dari aspek penganjuran acara, isu pengurusan risiko adalah sangat penting ketika membuat keputusan kerana akan memberi kesan kepada mereka yang terlibat dalam acara tersebut PENGENDALIAN RISIKO 69


ISU-ISU KESELAMATAN YANG MUNGKIN BERLAKU SEPANJANG ACARA BERLANGSUNG KEBAKARAN KECEDERAAN KEMALANGAN KEMATIAN KEROSAKAN ISU KESELAMATAN PENGENDALIAN RISIKO 70 Rajah 16 : Isu-isu keselamatan yang mungkin berlaku sepanjang acara berlangsung


PROSES PENGURUSAN RISIKO Mengenalpasti risiko Menilai risiko Pemilihan teknik yang sesuai Pelaksanaan teknik yang dipilih Pemantauan dan kajian semula PENGENDALIAN RISIKO 71 Rajah 17 : Proses pengurusan risiko


mengenalpasti risiko Sebelum sebarang langkah diambil untuk menguruskan ri s iko, ri s iko i tu perlu dikenalpas t i terlebih dahulu. Pengurus ri s iko bagi sesebuah acara perlu benar-benar mengenali organi sas i dan memahami kesemua aspek yang berkai tan dengan operas i acara. Dalam proses ini, kenalpas t i seberapa banyak ri s iko yang boleh dihadapi oleh organi sas i sama ada ri s iko besar atau kecil. Proses ini perlu dijalankan secara ber terusan. SANDY JONES AIMEE BECKHAM LORENZ LIM PAUL SANDERS menilai risiko Langkah seterusnya melibatkan proses untuk menilai atau mengukur ri s iko yang dihadapi oleh organi sas i. Adalah pent ing untuk mengukur ser ta menilai kerugian yang mungkin di tanggung supaya ianya boleh diuruskan dengan baik. Proses penilaian ri s iko melibatkan anggaran kekerapan dan kerugian yang mungkin berlaku. pemilihan teknik yang sesuai Langkah seterusnya adalah memper t imbangkan semua al ternat if yang boleh digunakan untuk menangani ri s iko yang wujud dan seterusnya memilih kaedah yang paling sesuai untuk dilaksanakan. Pemilihan kaedah melibatkan pembuatan keputusan mengenai teknik yang akan digunakan bagi menguruskan sesuatu ri s iko. PENGENDALIAN RISIKO 72


pelaksanaan teknik yang dipilih Sebelum sebarang langkah diambil untuk menguruskan ri s iko, ri s iko i tu perlu dikenalpas t i terlebih dahulu. Pengurus ri s iko bagi sesebuah acara perlu benar-benar mengenali organi sas i dan memahami kesemua aspek yang berkai tan dengan operas i acara. Dalam proses ini, kenalpas t i seberapa banyak ri s iko yang boleh dihadapi oleh organi sas i sama ada ri s iko besar atau kecil. Proses ini perlu dijalankan secara ber terusan. SANDY JONES AIMEE BECKHAM LORENZ LIM PAUL SANDERS pemantauan dan kajian semula Langkah ini sangat pent ing untuk memas t ikan keberkesanan program yang dilaksanakan. Ini adalah kerana ri s iko yang dihadapi oleh organi sas i boleh berubah. Teknik yang sesuai digunakan tahun lalu mungkin t idak lagi sesuai untuk tahun ini kerana tahap ri s iko yang berubah. Kes ilapan dalam memilih teknik juga boleh berlaku. Sesuatu kaedah yang dipilih untuk menguruskan sesuatu ri s iko bukan merupakan kaedah terbaik. Penilaian dan kajian semula membolehkan pengurus ri s iko mengkaji keputusan dan mengesan sebarang kes ilapan yang telah dibuat . PENGENDALIAN RISIKO 72


R U J U K A N 1Al Humaidi (March 31, 2010). Nota Lengkap Pertolongan Cemas Asas Dlm Msword. Retrieved from http://zaim-al-humaidi.blogspot.my/2010/03/nota-lengkap-pertolongancemas-asas-dlm.html Chapter Nine: Event Production: Operations, Equipment, Facilities, Health & Safety (PDF). Retrieved from http://www.eventscotland.org/assets/183 Delivering Effective Social Customer Service: How to Redefine the Way You Manage, WILLEY, (ISBN: 2147483647) Hazlan (September 15, 2011). Kemahiran Untuk Berunding. Retrieved from http://hairilhazlan.com/2011/09/15/kemahiran-untuk-berunding/ Hospitality Customer Service Superstars : Six Attitudes That Bring Out Our Best, by Createspace Independent Pub (US), (ISBN: 9781542350273) Mallen, Cheryl & Adams, J.Lorne (2013). Traditional, Niche Event In Sport, Recreation and Tourism. Retrieved from http://samples.sainsburysebooks.co.uk/9781136178443_sample_491902.pdf Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, (PDRM 2016). Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia. Retrieved from https://www.rmp.gov.my/ Whova (September 1st, 2016) 10 Things to Consider When Choosing your Event Venue. Retrieved from https://whova.com/blog/things-consider-when-choosing-event-venue/


Click to View FlipBook Version