SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG
LORONG BATU LANCHANG
11600 PULAU PINANG
MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID KALI KE-4 SESI
2022/2023
Tarikh : 4 Ogos 2022
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 1.00 hingga 3.00 petang
Kehadiran :
Semua guru hadir kecuali :
i) En. Navin a/l Baskaran (Cuti Kuarantin)
Ii) Pn Nabila Saada binti Abdul Aziz (Cuti Kuarantin)
AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Encik Ariff Mazdi bin Mat mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang
hadir ke mesyuarat kali ini.
1.2 En. Ariff Mazdi bin Mat mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama, khidmat
dan jasa baik guru - guru dalam melaksanakan tugas-tugas unit HEM.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu disahkan oleh Encik Mohd Ferdaus bin Ahmad
dan disokong oleh Encik Mohd Tarmizy bin Noordin.
3. PERKARA BERBANGKIT
3.1.1 Tiada.
Tindakan : Makluman kepada semua guru.
4. PENGURUSAN HEM
4.1 PROGRAM & AKTIVITI UNIT HEM
4.1.1 PK HEM memaklumkan sebarang salah laku murid perlulah dicatat pada buku
pemantauan sebagai bukti atau bahan sokongan kepada guru jika terdapat masalah
4.1.2 pada masa hadapan.
PK HEM memaklumkan bilik kesihatan telah dinaiktaraf. Bilik tersebut beroperasi
4.1.3 dari pukul 7.40 pagi hingga 12.00 tengahari. Murid yang tidak sihat ditempatkan
4.1.4 sementara sebelum dibawa pulang oleh ibu bapa atau penjaga. Guru-guru diminta
4.1.5 memaklumkan kondisi kesihatan murid untuk dibawa pulang kemudian mengisikan
penggunaan bilik itu pada buku log bilik kesihatan.
4.1.6 PK HEM juga memberitahu bahawa program Skuad Makanan yang diketuai oleh Pn. Aida
Fariza akan dilaksanakan tidak lama lagi.
PK HEM memberitahu Skuad Denggi akan ditubuhkan pada tahun ini.
PK HEM memberitahu bahawa kompaun mungkin akan dikenakan ke atas sekolah
berikutan penemuan jentik-jentik semasa lawatan pihak kesihatan. Jika didapati
jentik-jentik tersebut adalah nyamuk aedes, pihak pembersihan perlu membayar
kompaun tersebut.
PK HEM juga memberitahu Anugerah Personaliti SKBL ditangguhkan buat
sementara waktu kerana data pengisian sebelum ini telah hilang. Tahun ini, beliau
menganggarkan pengisian SSDM sebanyak 98%.
4.1.7 PK HEM memaklumkan program Hadir & Menang akan dinilai berdasarkan
4.1.8 kehadiran murid dari bulan Mac hingga September. Cik Fatin Hanani akan
menyediakan Google Form untuk pengisian nama murid yang hadir 100%. Hadiah
isitimewa akan diberikan kepada murid-murid tersebut.
PK HEM juga memaklumkan latihan kebakaran akan diadakan pada minggu hadapan.
Pelan kebakaran tersebut akan disediakan dan disiarkan dalam kumpulan Telegram
oleh Encik Mohd Ferdaus bin Ahmad. Latihan kebakaran ini dibuat secara dalaman
tanpa melibatkan pihak bomba dan penyelamat. Masa yang diperuntukkan adalah tiga
minit sahaja, jadi guru-guru dan murid-murid diminta bersedia.
Tindakan : Makluman kepada semua guru.
4.2 ISU KETIDAKHADIRAN MURID KE SEKOLAH
4.2.1 PK HEM meminta jasa baik guru kelas atau guru pembantu untuk mengenal pasti
4.2.2 dan memaklumkan murid yang tidak hadir ke sekolah dalam tempoh yang lama.
4.2.3 PK HEM memaklumkan pola prestasi kehadiran murid SKBL adalah sama dengan
sekolah-sekolah yang lain.
4.2.4 PK HEM memaklumkan purata kehadiran murid dari bulan Mac hingga Julai ialah
83.22%. Pertus paling tinggi dalam satu bulan ialah 97.01% iaitu kelas 5 Bahagia.
4.2.5 Manakala peratus paling rendah dalam satu bulan ialah 56.02% dari kelas 5 Makmur.
PK HEM memberitahu kelas 4 Harmoni mendapat peratus kehadiran yang paling
tinggi dari bulan Mac hingga Julai iaitu 90.02%. Kelas 5 Makmur pula mendapat
peratus kehadiran yang paling rendah dari bulan Mac hingga Julai iaitu 72.55%.
PK HEM memaklumkan bilangan murid tidak hadir tanpa sebab melebihi 20 hari ialah
sebanyak 20 orang.
Tindakan : Makluman kepada semua guru.
4.3 DISIPLIN
4.3.1 PK HEM memaklumkan terdapat satu kes bahawa murid lelaki menyentuh murid
perempuan kerana meniru aksi daripada drama yang ditonton.
4.3.2 Murid tersebut telah dikaunseling.
Tindakan : Makluman kepada semua guru.
5. HAL-HAL LAIN
5.1.1 PK HEM meminta guru-guru bertugas menghantar laporan mingguan kepadanya atau
Puan Fatin binti Hanapi. Laporan tersebut adalah bahan bukti aktiviti yang
5.1.2 berlangsung sepanjang minggu.
PK HEM meminta guru-guru yang bertugas di perhimpunan untuk mengingatkan
murid-murid untuk menjaga disiplin, keselamatan dan kesihatan (denggi).
Tindakan : Makluman kepada semua guru.
6. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1.1 Encik Ariff Mazdi bin Mat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru
yang hadir dan memberi kerjasama yang baik. Mesyuarat ditangguhkan ke tarikh
yang akan dimaklum kelak.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh
(Cik Faridah binti Zainun) (Encik Ariff Mazdi bin Mat) Pinang
Setiausaha , Penolong Kanan,
Hal Ehwal Murid, Hal Ehwal Murid,
Sek. Keb. Batu Lanchang, Sek. Keb. Batu Lanchang,
Pulau Pinang. Pulau