The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ain09-508, 2022-05-22 06:25:09

LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

PENULISAN AKADEMIK EDUP3073

Keywords: BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMERTER 5)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR NUR AIN BINTI MOHD ZAWAWI
ANGKA GILIRAN 2020192340182
NO. KAD PENGENALAN 010206050038

KUMPULAN PISMP F10 AMBILAN JUN 2020
BAHASA MELAYU (SK)
KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3073

NAMA PENSYARAH BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
AKADEMIK
PUAN NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI
TARIKH HANTAR
12 MEI 2022
TARIKH TERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA
PENSYARAH

Contents

PENGHARGAAN ................................................................................................................................. 3
PENGENALAN.......................................................................................................................................... 4
AMALAN PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ........................................................................ 4

Aspek Fizikal........................................................................................................................................ 5
Aspek Sosioemosi................................................................................................................................ 7
Sosiolinguistik ..................................................................................................................................... 9
KESIMPULAN .........................................................................................................................................10
RUJUKAN ............................................................................................................................................... 11
LAMPIRAN ............................................................................................................................................. 12
Rajah 1 ..............................................................................................................................................12
Rajah 2 ..............................................................................................................................................12
Rajah 3 ..............................................................................................................................................12

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan secara individu bagi kursus Budaya dan
Pembelajaran (EDUP3073) ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata
pelajaran saya iaitu Puan Nor Rul Azlifah Binti Zulkafali kerana telah memberi tunjuk ajar
kepada saya bagi menyempurnakan tugasan ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa yang saya
sayangi atas semangat dan dorongan yang diberikan kepada saya bagi menyiapkan tugasan
ini.

Ucapan terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan saya yang telah berkorban
masa dan tenaga serta memberikan kerjasama kepada saya sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini. Tanpa mereka disisi, mungkin saya tidak akan menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sama ada terlibat secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan yang telah
diamanahkan kepada saya ini. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah mesra budaya boleh didefinisikan sebagai perihal menguruskan
persekitaran bilik darjah dari aspek fizikal, sosial, emosi dan hubungan kemanusiaan (Noriati
A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid, 2018).
Konteks bilik darjah boleh dilihat sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran yang dibantu oleh peralatan serta persekitaran fizikal tempat tersebut. Frasa
mesra membawa maksud menyenangkan atau menyamankan. Kemesraan ini boleh
dikatakan sebagai perhubungan yang baik antara guru dengan murid atau murid dengan
murid. Budaya pula boleh ditafsirkan sebagai kebiasaan atau kelaziman yang boleh dipupuk
di dalam bilik darjah bagi mewujudkan suasana yang kondusif. Secara rumusannya,
pengurusan bilik darjah mesra budaya merupakan keupayaan guru untuk menyediakan bilik
darjah yang harmoni dan selesa bagi semua murid tanpa mewujudkan perbezaan antara
mereka.
AMALAN PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Rajah 1: Amalan Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya
Guru memainkan peranan yang sangat signifikan dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya. Hal ini merujuk kepada keupayaan guru untuk merancang susunan dan aturan fizikal
bilik darjah dengan baik, memupuk komunikasi dan penjagaan emosi yang berkesan serta
pembinaan perhubungan dan sikap yang baik. Berdasarkan Rajah 1, amalan pengurusan bilik
darjah mesra budaya dilihat melalui tiga aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosioemosi
dan juga aspek sosiolinguistik. Oleh hal yang demikian, beberapa langkah boleh diaplikasikan
oleh guru dalam memastikan pengurusan bilik darjah mereka bersifat mesra budaya.

Aspek Fizikal

Rajah 2: Langkah Pengurusan Bilik Darjah Aspek Fizikal
Pengurusan bilik darjah bagi aspek fizikal boleh diaplikasikan berdasarkan elemen
ruang, kualiti udara, pencahayaan dan juga warna. Ruang didefinisikan sebagai
tempat yang lapang (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2017). Dalam konteks bilik darjah,
ruang kelas perlulah bersifat fleksibel bagi memberi keselesaan kepada murid.
Pergerakan murid tidak terhad serta murid dan guru dapat memanfaatkan ruang yang
ada untuk melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal di dalam bilik darjah. Contohnya,
aktiviti gallery walk memerlukan ruang yang melancarkan pergerakan murid untuk
bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain. Guru perlu memastikan susun atur
perabot serta kedudukan meja dan kerusi murid adalah teratur dan sesuai dengan
pembelajaran abad ke-21 khususnya.

Selain itu, kualiti udara berkait rapat dengan aspek kebersihan yang dapat
menjamin keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid tersebut. Sewaktu PdP
berlangsung, kedua-dua pintu bilik darjah dan tingkap perlu dibuka bagi memastikan
terdapatnya aliran udara yang lancar, di samping menjaga keselamatan murid dari
aspek kecemasan. Pengudaraan yang baik dapat membantu mewujudkan suasana
yang selesa dan udara yang bersih di dalam bilik darjah. Seterusnya adalah
pencahayaan. Aspek pencahayaan ini dilihat sebagai salah satu cara untuk mengawal
emosi serta tekanan murid. Pencahayaan yang baik akan memudahkan murid untuk
melihat dengan jelas serta membantu menggalakkan penglibatan mereka. Murid-
murid akan lebih bersemangat untuk melaksanakan aktiviti PdP kerana wujudnya
rangsangan daripada cahaya itu sendiri. Amnya kita ketahui bahawa, penggunaan
langsir di sekolah adalah tidak dibenarkan, maka aturan ini dapat membantu guru
untuk memanfaatkan aspek pencahayaan.

Penggunaan warna berperanan untuk merangsang dan menarik perhatian
murid. Warna biru dan merah jambu dapat memberikan kesan yang positif dan
menenangkan tingkah laku, manakala warna persekitaran seperti coklat cair dan
warna asas bumi cenderung untuk meningkatkan kadar jantung dan meningkatkan
aktiviti otak seperti berfikir (Flannery, 2005). Oleh demikian warna memainkan
peranan dalam meningkatkan perasaan, sikap, tingkah laku, keharmonian,
keselesaan dan kepuasan kepada penggunanya terutama pelajar. Persekitaran fizikal
bilik darjah yang dimanipulasikan oleh warna dapat mempengaruhi pelajarserta
memberi keselesaan ketika proses pembelajaran (Higgins, Hall, Wall, Woolner &
McCaughey, 2005; Tengku Asmadi, 2015).

Aspek Sosioemosi

Rajah 3: Langkah Pengurusan Bilik Darjah Aspek Sosioemosi

Pengurusan bilik darjah dari aspek sosioemosi boleh diaplikasikan melalui
pengamalan nilai-nilai murni, pengaplikasian komunikasi berkesan, integrasi aktiviti
fizikal dan pembinaan dan pengukuhan minat. Semua aspek ini memainkan peranan
penting bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya dan kondusif.
Pengamalan nilai-nilai murni ini merujuk kepada perlakuan serta cara menerapkan
nilai murni dalam kalangan murid. Amnya, salah satu cara murid belajar dan
memahami sesuatu perkara adalah melalui pemerhatian. Menurut Siti Hayati Mohd
Yusoff dan Siti Aqilah Munirah Ismahisham (2021), pemerhatian merupakan kaedah
yang dapat mengumpulkan maklumat terutama sekali bagi aspek tingkah laku.
Pengamalan nilai-nilai murni ini boleh diintegrasikan melalui aktiviti fizikal semasa
proses pengajaran. Integrasi aktiviti fizikal dilihat sebagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang mana mengimplimentasikan elemen nilai murni. Misalnya,
guru menunjukkan contoh pengamalan nilai keadilan kepada murid-muridnya.

Setiap murid akan diberi peluang sama rata dalam segala aspek tanpa mengira
perbezaan yang ada antara mereka. Jika sesi soal jawab di dalam bilik darjah sedang
dilaksanakan, tumpuan guru tidaklah terarah kepada murid-murid yang aktif atau
cerdas sahaja, tetapi guru juga berusaha untuk mendapatkan respons daripada murid-
murid yang selebihnya. Seterusnya, pengaplikasian komunikasi berkesan dilihat
sebagai elemen penting yang perlu ada dalam proses PdP. Menurut Sohana Abdul
Hamid dan Hairun Najuwah Jamali (2017), komunikasi merupakan interaksi yang
membina institusi sosial, mempengaruhi tingkah laku dan juga pemikiran. Kemahiran
komunikasi ini memberi kesan kepada kemahiran berfikir seseorang, semakin mahir
seseorang murid dalam komunikasi, maka semakin mahir mereka bersosial. Interaksi
yang berlaku sewaktu PdP akan merangsang pemikiran murid untuk berfikir dan
bergerak aktif sesuai dengan kehendak pengajaran. Contohnya, penggunaan
pendekatan berpusatkan murid merupakan langkah membina jaringan sosial antara
guru dengan murid serta murid dengan murid. Ini kerana penglibatan murid diperlukan
dalam proses pembelajaran tersebut.

Akhir sekali ialah pembinaan serta pengukuhan minat. Salah satu tujuan
pembelajaran adalah untuk memperoleh prestasi belajar yang optimum, sekiranya
suasana pembelajaran tidak menarik, sesi perkongsian ilmu antara guru dengan murid
kurang berkesan (Dwiati Yulianingsih, Stefanus M.M. Lumban Gaol, 2019). Oleh hal
yang demikian, guru perlu merancang pedagogi mereka agar memiliki unsur
keseronokan yang dapat menarik minat murid untuk belajar. Sebagai contoh,
permainan cari kata diaplikasikan di dalam bilik darjah. Aktiviti ini boleh dilaksanakan
secara berkumpulan, berpasangan atau individu, dan nilai keseronokan dapat dilihat
apabila murid bersungguh-sungguh untuk mencari perkataan yang ada di sebalik
huruf-huruf pada kotak permainan tersebut. Nilai kerjasama serta kemahiran kognitif
dapat diuji pada masa ini. Kesannya, murid akan lebih bersedia untuk belajar pada
masa akan datang.

Sosiolinguistik

Rajah 4: Langkah Pengurusan Bilik Darjah Aspek Sosiolinguistik
Dalam mewujudkan pengurusan bilik darjah yang mesra budaya dari aspek
sosiolinguistik, kepelbagaian aktiviti serta kegiatan kokurikulum perlulah dipertingkat
lagi. Hal ini demikian kerana, sosio membawa makna pergaulan, manakala linguistik
bermaksud penggunaan bahasa serta norma budaya. Secara ringkasnya,
pelaksanaan aktiviti bahasa, sastera dan juga budaya amat penting untuk diterapkan
di dalam bilik darjah. Ini kerana aktiviti sebegini akan membantu murid untuk lebih
mengenali budaya persekitaran serta memupuk jati diri mereka dalam memartabatkan
Bahasa Melayu khususnya. Dalam pelaksanaan PdP, guru boleh mengaplikasikan
aktiviti bahasa serta budaya dalam pengajaran mereka, yang digabungjalinkan
dengan nilai murni (Sohana Abdul Hamid dan Hairun Najuwah Jamali (2017).

Selanjutnya, kegiatan kokurikulum iaitu di luar bilik darjah boleh dilaksanakan
dengan mengetengahkan aspek bahasa dan budaya. Pelaksanaan aktiviti seperti kuiz
bahasa, mendeklamasikan puisi serta penciptaan puisi boleh diketengahkan dalam
pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana, dalam memupuk nilai cinta
akan bahasa serta melahirkan insan yang memiliki jati diri, aktiviti yang mendekatkan
diri mereka dengan elemen kewarganegaraan boleh diketengahkan. Menurut Dwiati
Yulianingsih dan Stefanus M.M. Lumban Gaol (2019), aktiviti kokurikulum merupakan
salah satu cara yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk mendidik murid-murid
dengan lebih mendalam. Secara kesimpulannya, guru perlu merancang aktiviti
kokurikulum dengan sebaiknya agar langkah untuk mendidik dan mewujudkan bilik
darjah yang mesra budaya dapat direalisasikan.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang mesra budaya bukanlah berkaitan
budaya semata-mata, namun mencakupi pelbagai aspek yang perlu diperhati. Pengurusan
bilik darjah yang berkualiti akan menghasilkan persekitaran pembelajaran yang terancang,
sistematik serta memenuhi kriteria tertentu selari dengan keperluan pelajar. Persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya sangat memainkan peranan terhadap perkembangan akademik,
sosial, emosi serta sosiolinguistik murid-murid. Ini menyebabkan langkah pengurusan bilik
darjah mesra budaya perlu disusun terlebih dahulu agar inisiatif yang diambil ini mampu
memberikan impak yang dampak.

RUJUKAN
Dwiati Yulianingsih, & Stefanus M.M. Lumban Gaol. (2019, Jun). Keterampilan Guru PAK Untuk

Meningkatkan Minat Belajar Murid Dalam Proses Pembelajaran Di Kelas. FIDEI: Jurnal
Teologi Sistematika Dan Praktika, Vol.2(No.1). 10.34081

Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd, Hartini
Kana, & Sunizah Ali. (2015). Seni dalam Pendidikan. Sasbadi Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (2005). DBP.

Noriati A. Rashid. (2014). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar.

Sohana Abdul Hamid, & Hairun Najuwah Jamali. (2017, Jun). KOMUNIKASI BERKESAN
MEMBINA SAHSIAH PELAJAR. ISLAM TRANSFORMATIF: Journal of Islamic Studies,
Vol.1(No.1). https://ejournal.iainbukittinggi.ac.id/index.php/islamt/article/view/333/166

LAMPIRAN
Rajah 1
Pelan Bilik Darjah Kondusif

Rajah 2
Pelan Bilik Darjah Kondusif

Rajah 3
Permainan Cari Kata – Aspek Sosioemosi


Click to View FlipBook Version