The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by smkpkalong, 2022-03-05 20:46:45

2 KATA ALUAN (2)- edit 2.2-converted

2 KATA ALUAN (2)- edit 2.2-converted

MANUAL PENGURUSAN SMK PANGKAL KALONG 2022/2023

SEPATAH KATA PENGETUA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya kita masih
lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pendidik. Pada kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah 2021 kerana telah berjaya
menyempurnakan buku ini. Sesungguhnya, Manual Pengurusan Sekolah ini sangat penting sebagai rujukan dan garis
panduan kepada guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) dalam rangka melaksanakan tugas dengan lebih
efisien dan berfokus.

Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di
peringkat global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 merupakan satu manifestasi kepada proses
transformasi yang direncana bagi meledakkan pembangunan pendidikan di negara ini. Proses ini bagi menterjemah
kepimpinan pengurusan,pembelajaran dan pengembangan potensi ilmu, kemahiran serta kepakaran abad ke-21 di mana ia
perlu dijana sebaik mungkin. Justeru warga pendidik dan AKP merupakan arkitek sosial yang memikul tanggungjawab yang
besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekaligus menjana potensi
murid ke arah yang lebih optimum. Sehubungan itu diharapkan agar Manual Pengurusan Sekolah ini dapat membantu guru-
guru dan AKP membuat perancangan dan menyediakan program-program khusus dalam semua aspek sepanjang tahun
2021.

Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi
mendepani cabaran masa hadapan. Dalam hal ini warga pendidik seharusnya bekerja sebagai satu pasukan bermula di
peringkat panitia masing-masing sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki individu
seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin demi meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak
langsung ia bakal membentuk warga SMKPK yang berketrampilan,profesional, berkualiti dan beretika.

Saya yakin dan percaya bahawa SMK Pangkal Kalong mampu menyediakan landskap pembelajaran yang
terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan
keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara.
Saya juga cukup yakin bahawa SMK Pangkal Kalong berupaya menjadi wadah terbaik untuk melahirkan insan yang
cemerlang dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Akhir kalam, Manual Pengurusan Sekolah ini merupakan satu bukti kolaboratif, komitmen serta panduan bagi
semua pihak iaitu guru dan barisan kepimpinan sekolah dalam menjalankan amanah dan tangungjawab sepanjang tahun ini
demi merealisasikan 'The Moving Forward School'.

Sekian. Terima kasih.

SELAMAT BERTUGAS

Hajjah Rosemawati binti Ibrahim
Pengetua,
Sekolah Menengah Pangkal Kalong

i

MANUAL PENGURUSAN SMK PANGKAL KALONG 2022/2023

PERAKUAN PENERIMAAN TUGAS

Adalah saya seperti nama dan nombor kad pengenalan di bawah menerima pelantikan
dan perakuan tugas bagi tahun 2021. Saya akan melaksanakan tugas tersebut dengan penuh
tanggungjawab dan komitmen demi kepentingan kerjaya pendidikan yang diamanahkan ke
atas diri saya.

Nama Guru : ………………………………………………………….

No. Kad Pengenalan : ………………………………………………………….

Gred : ………………………………………………………….

Senarai Tugas Utama :
1. ……………………………………………………………………………………………
2. ……………………………………………………………………………………………
3. ……………………………………………………………………………………………
4. ……………………………………………………………………………………………
5. ……………………………………………………………………………………………
6. ……………………………………………………………………………………………
7……………………………………………………………………………………………..
8. ……………………………………………………………………………………………
9. ……………………………………………………………………………………………
10. …………………………………………………………………………………………..

………………………………………… Tarikh : ……………..
() ii

MANUAL PENGURUSAN SMK PANGKAL KALONG 2022/2023PK HAL EHWAL MURIDPENGETUAPK KOKURIKULUM
PK PENTADBIRAN
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
PERABOT LEMBAGA DISIPLIN BADAN UNIFORM
iii
DISIPLIN BADAN PENGAWAS GKB GKSM GKSS GKTV JADUAL SUKAN &
SEKOLAH KEBAJIKAN PELAJAR PERMAINAN
PCA PCA PCA PCA PUSAT
BANTUAN I HADIR MURID SPM T.4 T.1 & PT3 SUMBER KELAB/
KHAS HENTIAN SEJAHTERA T. 2 NILAM PERSATUAN

JK KANTIN PROBIM PANITIA MATA AKADEMIK PENILAIAN DAN
MBMMBI PELAJARAN KO PENSIJILAN

PENCERAPAN GURU AKADEMIK

DATA MURID PERHIMPUNAN RUMAH SUKAN

ASRAMA SPBT PEPERIKSAAN
BIASISWA PPDa/SLAD
PASUKAN
PENGURUSAN BADAN DAHWAH DALAMAN PBS/PBD AWAM SEKOLAH
BILIK DARJAH DAN BINA INSAN
PIBG/PIBKS

KESELAMATAN, PENGURUSAN UNIT BIMBINGAN PENGURUSAN
KESIHATAN & KECERIAN PEJABAT DAN DAN KAUNSELING PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN
KEWANGAN
(3K) PERSEKITARAN SEKOLAH


Click to View FlipBook Version