The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hatimhehe, 2024-02-23 07:48:34

PUISI MELAYU TRADISIONAL

TUGASAN 1 BMMB1104

Keywords: PUISI TRADISONAL

KESUSASTERAANDAN KEBUDAYAAN MELAYU BMMB1104


Tugasan 1 Penghasilan Produk Nama Pelajar : Muhammad Hatim Bin Hayat @ Ismail Kelas : A1 Nama Pensyarah : Dr. Nor Anita Binti Mat Isa Kod Kursus : BMMB 1104 Nama Kursus : Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu


Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dengan jayanya. Saya, Muhammad Hatim Bin Hayat @ Ismail ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Dr. Nor Anita Binti Mat Isa kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara-cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, serta cadangan. Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian. PENGHARGAAN


1.0 Pengenalan Puisi Melayu Tradisional 2.0 Pantun 2.1 Definisi Pantun 2.2 Jenis Pantun 2.3 Bentuk & Ciri Pantun 2.4 Fungsi Pantun 2.5 Contoh Pantun 2.6 Manifestasi Pantun 3.0 Syair 3.1 Definisi Syair 3.2 Jenis Syair 3.3 Bentuk & Ciri Syair 3.4 Fungsi Syair 3.5 Contoh Syair 3.6 Manifestasi Syair ISI KANDUNGAN 4.0 Gurindam 4.1 Definisi Gurindam 4.2 Jenis Gurindam 4.3 Bentuk & Gurindam 4.4 Fungsi Gurindam 4.5 Contoh Gurindam 4.6 Manifestasi Gurindam 5.0 Seloka 5.1 Definisi Seloka 5.2 Jenis Seloka 5.3 Bentuk & Ciri Seloka 5.4 Fungsi Seloka 5.5 Contoh Seloka 5.6 Manifestasi Seloka 6.0 Kesimpulan 7.0 Rujukan


1.0 PENGENALAN PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi Melayu tradisional merupakan warisan seni dan budaya yang kaya, mempunyai corak dan gaya tersendiri yang unik. Melalui penggunaan bahasa yang kaya dan indah, puisi Melayu tradisional mampu menyampaikan makna yang mendalam dan indah. Puisi Melayu tradisional bukan hanya sekadar teks sastera, tetapi juga mencerminkan budaya dan nilai-nilai masyarakat Melayu.


Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud penasihat berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah yang popular dalam masyarakat tersebut. 2.1DefinisiPantun 2.0 PANTUN 2.2JenisPantun Pantun terdiri daripada banyak jenis. Jenis-jenisnya ialah pantun teka-teki, pantun jenaka, pantun kasih sayang, pantun budi, pantun nasib, pantun perantau, pantun adat, pantun kepahlawanan, pantun peribahasa, pantun kias dan ibarat, pantun agama, dan pantun kanak-kanak.


Pantun Dua Kerat Pantun Empat Kerat Pantun Lapan Kerat Pantun Sepuluh Kerat Pantun Dua Belas Kerat Pantun Berkait 2.3BentukdanCiriPantun BentukPantun Setiap rangkap itu sempurna dari segi maknanya. Terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pembayang dan maksud. Rima akhir dihujung baris adalah sejajar. Setiap baris dalam pantun mempunyai 4-5 perkataan serta 8-12 suku kata Ciri-ciriPantun


2.4FungsiPantun 2.5 ContohPantun Pantun Jenaka PantunNasihat Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa, Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa. Gertak-gertak perahu Cina, Singgah bermalam di Tanjung Jati, Panah rusa gajah yang kena, Rusa dilihat pelanduk yang mati. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan. Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-terang.


Pantun di atas mengetengahkan tentang kesantunan tingkah laku dan berbicara yang amat ditekankan dalam masyarakat Melayu . Dalam masyarakat Melayu seseorang yang berakhlak dan menjaga percakapan sangat dipandang tinggi . Hal ini kerana, apabila kita menjaga percakapan dan tidak bercakap perkara yang bukan-bukan atau tidak elok ia akan mencerminkan ketinggian budi dan akhlak kita . Oleh itu , kita disarankan agar diam jika tidak ada perkara yang baik ataupun berfaedah untuk kita tuturkan . Agama islam juga ada menyebutkan perihal ini , iaitu jika kita tidak ada hal baik untuk dituturkan lebih baik kita diam . Hal ini kerana ia dapat menjauhkan kita daripada bicara bukan-bukan yang membazirkan masa. 2.6ManifestasiPantun Mawar ditaman cantik nan indah, Dipetik sang putera buat si puteri, Jika berkata yang tidak berfaedah, Lebih baik mendiamkan diri.


Menurut Za’ba, syair berasal daripada perkataan ‘Syir’ ; perasaaan dan pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman dalam bahasa yang indah dan disampaikan dengan pola irama dan rima tertentu. Syair sering digunakan dalam budaya Melayu dan Arab, dan masih popular di kalangan penulis puisi tradisional dan moden. 3.1DefinisiSyair 3.0 SYAIR 3.2JenisSyair Terdapat beberapa jenis syair antaranya, syair romantis, syair panji, syair sejarah, syair kiasan dan syair agama. Setiap jenis syair mempunyai ciri-ciri dan tujuan yang berbeza, tetapi semua jenis syair mempunyai keunikan dan keindahan tersendiri seperti syair romantis yang isinya menceritakan tentang soal percintaan.


3.3BentukdanCiriSyair BentukSyairdanCiri-ciriSyair Syair terdiri daripada empat baris serangkap, walaupun sesetengah syair juga boleh dibuat dalam 2 atau 3 rangkap. Setiap baris syair terdiri daripada empat hingga lima patah perkataandan lapan hingga dua belas suku kata. Berbeza dengan pantun, syair tidak mempunyai pembayang maksud. Baris ini mempunyai irama yang sama dan berakhir dengan bunyi "a-a-a-a." Setiap baris syair mempunyai hentian. Setiap baris dalam syair mempunyai hubungan antara satu sama lain. Syair biasanya mengisytiharkan kisah. Mempunyai permulaan dan penutup.


3.4FungsiSyair 3.5 ContohSyair SyairSejarah Syair Hikayat Puteri Johar Manikam Harganya murah ayuhai akhwan Tawar menawar boleh ketahuan Tiadalah tinggi wajah bangsawan Dengan yang patut Tuan tawarkan Adat berniaga demikian itulah Tawar menawar bukannya salah Dengan yang patut Tuan khabarlah Dapat tak dapat dicobakanlah Berguna dalam aktiviti seni dan kebudayaan masyarakat. Syair digunakan untuk menghiburkan. Ia kerap dilagukan pada majlis tertentu. Sebagai contoh, pesta dan keramaian, perlumbaan atau dalam upacara adat serta digunakan dalam adat perkahwinan. Syair juga dilagukan atau dinyanyikan semasa tarian tertentu. Sebagai contoh, dalam dabus atau boria. Selain itu, kemerduan suara atau kelembutan nada syair mempunyai keupayaan untuk mengusik perasaan dan meninggalkan kesan yang mendalam. Syair juga digunakan untuk mengajar melalui cerita dan lagu. Sebagai contoh, apabila ia berkaitan dengan elemen pengajaran. Bertaubatlah setelah melakukan salah Kerana kita hanyalah makhluk lemah Bantu kami dan tuntunlah Untuk meraih syurga-Mu yang indah Syair Agama


Rangkap ini menjelaskan tentang alam kubur dan menyeru agar manusia mengenali diri sendiri serta menjelaskan keadaan manusia ketika sudah di kubur hanya dalam keadaan tersungkur dan sendiri dtemani amal kebajikan yang dilakukan semasa di dunia. 3.6Manifestasi Syair Kenali dirimu di dalam kubur, badan seorang hanya tersungkur dengan siapa lawan bertutur di balik papan badan terhancur.


Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya. Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima. Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea. Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam kerana isinya mengandungi nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandungi unsur sihir; dan berbeza dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undangundang setempat. Gurindam juga dapat merangkumi puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. 4.1DefinisiGurindam 4.0 GURINDAM


Gurindam berangkai Pengertian gurindam berangkai adalah salah satu bentuk gurindam yang bercirikan dengan tutur yang sama pada baris pertama di setiap baitnya. Gurindam berkait ditandai dengan adanya keterkaitan bait pertama dengan bait seterusnya. Tidak seperti pantun yang pada tiap baitnya tak berkaitan. Justeru gurindam ini lebih menekankan keterkaitan sehingga pesan boleh sampai lebih mendalam. Gurindam berkait Pengertian gurindam berkait adalah salah satu bentuk gurindam yang ditandai dengan adanya hubungan satu sama lain antara bait pertama dengan bait-bait berikutnya. Gurindam berangkai ditandai dengan adanya kata yang sama pada baris pertama dan tiap baitnya. Lebih berima seperti puisi tetapi strukturnya mirip dengan pantun. 4.2JenisGurindam


4.3BentukdanCiriGurindam Setiap jenis karya sastera, baik kategori lama atau baru mempunyai ciri khasnya masing-masing. Termasuklah gurindam, juga memiliki ciri-ciri yang membedakannya dengan karya sastra jenis lain, meliputi: Hanya Terdiri daripada Dua Baris Ciri pertama, dari segi struktur naskah hanya terdiri dari dua baris atau dua kalimat. Jumlah Kata Setiap Baris Dibatasi Ciri selanjutnya, jumlah kata setiap barisnya dibatasi. Maksimum jumlah kata setiap barisnya ialah iaitu 10. Bunyi pada Bahagian Akhir Kalimat Senada Setiap bait karya sastera klasik satu ini, sajaknya A-A, B-B, C-C dan seterusnya. Jadi, bunyi konsonan pada bagian akhir kalimatnya senada. Ketika bunyi konsonan pada baris pertama akhir kalimat A, pada baris keduanya juga demikian. Mengandungi Petuah Bijak Ciri terakhir, karya sastera klasik ini mengandungi petuah bijak. Bukan disusun atau dibuat tanpa alasan, tapi mengandungi ajaran hidup bagi pembacanya. Nasihat bijak ini dikongsikan kepada sesama manusia.


4.4FungsiGurindam Mendidik jiwa Keaslian sebuah karya sastera yang disertakan penghayatan hidup secara automatik akan mendidik jiwa baik si pembuatnya maupun pembaca. Gurindam yang sebahagian besar berupa petuah agama dapat berfungsi untuk mendidik sisi kejiwaan manusia. Menghibur manusia Sebagai karya rekaan manusia selain berfungsi untuk mendidik jiwa manusia lebih baik lagi, gurindam boleh berfungsi untuk menghibur juga. Tema-tema gurindam yang berlatar “kasmaran” biasanya sangat menghibur pembaca. Menyampaikan dakwah agama Adanya karya sastera gurindam, akhirnya memudahkan para da’i menyebarkan ajaran-ajaran agama. Agama manapun yang tujuannya agar manusia melakukan kebaikan dan senantiasa menghindari keburukan.


4.5 ContohGurindam Gurindam12fasal1 Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang yang ma'rifat Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa mengenal diri, maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri. Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia barang yang teperdaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah Ia dunia mudarat. Gurindam12fasal2 Barang siapa mengenal yang tersebut, tahulah ia makna takut. Barang siapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang. Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah mendapat dua termasa. Barang siapa meninggalkan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat. Barang siapa meninggalkan haji, tiadalah ia menyempurnakan janji.


Akal budi pengarang pada fasal pertama ini menjelaskan bahawa kehidupan seseorang individu yang tidak mengenal Tuhan akan musnah tanpa tujuan dan matlamat yang jelas. Hal ini akan menyebabkan seseorang individu itu sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan. Jika seseorang itu mengenal agamanya, maka kehidupan mereka akan lebih teratur dan kukuh walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Konsep falsafah turut terkandung dalam puisi tersebut. Falsafah merujuk kepada sifat cinta terhadap ilmu dan kebenaran. Konsep falsafah yang terdapat dalam gurindam ini berkait rapat dengan pelbagai persoalan mengenai kehidupan manusia lebihlebih lagi dari aspek akidah, tasawuf, syariat, rukun Islam dan kepentingan menjaga akhlak. 4.6Manifestasi Gurindam Barang siapa mengenal diri, Maka telah mengenal akan tuhan yang bahri. Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia barang yang terperdaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia dunia mudarat. (Gurindam Dua Belas Fasal 1) ContohGurindam


Dari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam kesusasteraan Melayu Tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun atau teromba. 5.1DefinisiSeloka 5.0 SELOKA 5.2JenisSeloka Seloka memiliki beberapa jenis puisi yang dibedakan dari isi atau petuah yang terkandung di dalam isi seloka. Berikut ini adalah jenis-jenis seloka: Seloka khayal Seloka menempelak Seloka mengejek Seloka senda gurau Seloka nasihat Seloka sindiran Seloka pengajaran


5.3BentukdanCiriSeloka BentukSelokadanCiri-ciriSeloka Di setiap bait dalam seloka ada dua baris yang panjang. Di dalam setiap baris seloka terdiri atas suku kata (iaitu 2×9 suku kata). Ada hubungan antara isi bait yang satu dengan isi bait berikutnya. Seloka tidak terikat dengan persajakan. Isi seloka berupa petuah atau nasihat. Pada baris kedua dalam bait terdahulu menjadi baris pertama pada bait berikutnya dan baris keempat dalam. Bait terdahulu menjadi baris ketiga dalam bait berikutnya.


Fungsi seloka iaitu untuk mengkritik semua sikap negatif dari anggota masyarakat tanpa harus menyinggung perasaan dari anggota masyarakat tersebut. Seloka juga bisa menjadi panduan atau pengajaran bagi individu yang terkait. Selain itu, fungsi seloka bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak, melahirkan rasa benci kerana sikap manusia, memberi pengajaran dan panduan, serta sebagai alat protes sosial. 5.4FungsiSeloka


Seloka Pak Kaduk bertujuan untuk memberi hiburan dan jenaka disamping menyelitkan pesanan serta makna seloka tersebut kepada pendengar. Pak Kaduk seorang yang tidak berfikir ketika membuat keputusan. Dia sanggup berjudi dengan mempertaruhkan ayamnya demi duit atau harta sehinggalah mengakibatkan kampungnya tergadai. Banyak sikap negatif yang ditunjukkan dalam seloka Pak Kaduk ini. Jelaslah bahawa masyarakat yang membaca atau mendengar seloka ini mestilah mengelakkan diri daripada menjadi seorang yang tamak akan harta dan mengabaikan keluarga. Aspek akal budi juga dapat dilihat apabila pengarang sendiri mengkritik sikap kita yang tidak memberi faedah kepada orang. Keseluruhan isi seloka Pak Kaduk menyindir tentang sikap sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negatif. Watak Pak Kaduk mempamerkan sikap keturunan Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap kepada yang lebih baik. 5.6Manifestasi Seloka Aduhai malang Pak kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Aduhai malang Pak Kaduk 5.5ContohSeloka


Puisi Melayu tradisional adalah salah satu warisan sastera yang kaya dan memikat, mencerminkan kearifan lokal dan budaya yang khas. Dalam karya-karyanya, puisi Melayu tradisional tidak hanya menghibur tetapi juga memberikan pemahaman mendalam tentang nilai-nilai, kehidupan sehari-hari, dan tradisi masyarakat Melayu. Berbagai aspek dari puisi Melayu tradisional membuatnya begitu berharga dalam masyarakat Melayu dan menjadi bagian integral dari identitas budaya mereka. Selain itu, puisi Melayu tradisional juga sering kali mengandung nilai-nilai moral dan nasihat yang berguna dalam kehidupan sehari-hari. Puisi-puisi ini mengajarkan tentang kejujuran, kesederhanaan, persaudaraan, dan nilai-nilai lain yang dianggap penting dalam budaya Melayu. Sebagai sarana pendidikan, puisi-puisi ini memberikan panduan tentang bagaimana menjalani kehidupan dengan bijaksana dan bermartabat. Secara keseluruhan, puisi Melayu tradisional merupakan bagian yang tak terpisahkan dari kekayaan budaya Melayu. Melalui bahasa yang indah, nilai-nilai yang diajarkan, dan peran sosialnya, puisi Melayu tradisional terus menjadi bahagian penting dalam kehidupan dan identiti budaya masyarakat Melayu. 6.0KESIMPULAN


7.0RUJUKAN A. (2023, June 13). 30 Koleksi Pantun Nasihat Kanak-Kanak Popular & Lucu. eCentral. https://ecentral.my/pantun-kanak-kanak/ Abdi, H. (2024, January 16). Pengertian Gurindam, Ciri-Ciri, dan Jenisnya yang Perlu Dipahami. liputan6.com. https://www.liputan6.com/hot/read/5284723/pengertian-gurindam-ciri-ciri-dan-jenisnya-yang-perlu-dipahami?page=5 Detikcom, T. (2021, March 27). Ciri-Ciri dan Jenis Syair Untuk Membedakannya dengan Karya Sastra Lain. Detikedu. https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-5510209/ciri-ciri-dan-jenis-syair-untuk-membedakannya-dengan-karya-sastra-lain Farhana, A. (n.d.). Mari Mengenali Seloka. https://karyafarhana.blogspot.com/2013/03/seloka.html PUISI MELAYU TRADISIONAL. (n.d.). https://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/puisi-melayu-tradisional.html Rahma, I. (2024, January 15). Syair adalah Bentuk Puisi Klasik, Ketahui Ciri-Ciri dan Jenisnya. fimela.com. https://www.fimela.com/lifestyle/read/5442330/syair-adalah-bentuk-puisi-klasik-ketahui-ciri-ciri-dan-jenisnya U. (n.d.). JENIS -JENIS PANTUN. https://blogpantunmelayu.blogspot.com/2015/04/jenis-jenis-pantun.html


SEKIAN TERIMAKASIH


Click to View FlipBook Version