The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sueani77, 2021-02-21 11:21:48

Nota sns Thn 6 Unit 3

Mikroorganisma

SAINS TAHUN 6

Nota Sains Tahun 6 Unit 3: Mikroorganisma

(A) Hidupan Seni

1. Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan
mata kasar.

2. Kanta pembesar dan mikroskop digunakan untuk melihat
mikroorganisma.

3. Terdapat 5 jenis mikroorganisma:



1 Sue@ani77

SAINS TAHUN 6

(B) Proses Hidup Mikroorganisma

1. Mikroorganisma melakukan proses
hidup seperti bernafas, bergerak dan bertumbuh.

(C) Pertumbuhan Mikrob
1. Makanan dan buah-buahan rosak disebabkan oleh tindakan
mikroorganisma.
2. Pertumbuhan mikroorganisma
memerlukan air, udara, suhu, nutrien dan keasidan yang sesuai.

2 Sue@ani77

SAINS TAHUN 6

(D) Kesan Buruk Mikroorganisma

(E) Kegunaan Mikroorganisma

3 Sue@ani77

SAINS TAHUN 6

(F) Hidup Sihat, Hidup Sejahtera

1. Amalan harian yang sihat dapat mencegah penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh penyebaran mikroorganisma.

2. Penyakit berjangkit dapat merebak melalui:
1. Makanan dan minuman
2. Bersin dan batuk (udara)
3. Sentuhan secara langsung
4. Haiwan pembawa seperti lalat dan nyamuk

3. Langkah-langkah untuk mencegah penyakit berjangkit:
1. Mencuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan
tandas.
2. Tidak berkongsi barangan peribadi dengan orang lain.
3. Meminum air yang dididihkan.
4. Membalut luka untuk melindungi daripada jangkitan
5. Menutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
6. Kuarantin / Mengasingkan pesakit yang menghidap penyakit
berjangkit.

(G) Amalan Harian yang Sihat

1. Kita perlu mempraktikkan amalan harian yang sihat untuk kesihatan diri
untuk mencegah penyakit berjangkit.

2. Contoh Amalan Harian yang Sihat:
1. Menjaga kebersihan bilik tidur.
2. Membasuh tangan selepas keluar dari tandas.
3. Elakkan memakan makanan yang terdedah dan dihinggapi
lalat.
4. Menutup makanan dan jangan membiarkan makanan
terdedah.
5. Mandi menggunakan sabun atau sabun antiseptik.
6. Memakai penutup hidung dan mulut.
7. Elakkan berada dekat rakan yang dijangkit penyakit berjangkit
8. Bersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman.

4 Sue@ani77

SAINS TAHUN 6
5 Sue@ani77


Click to View FlipBook Version