SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
1 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
NOTA SAINS UNIT 10: MESIN
10.1.1 Tuas
1. Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.
2. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu beban, fulkrum dan daya.
1. Beban ialah berat sesuatu jasad.
2. Fulkrum ialah suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi
sebagai pengimbang atau penyokong.
3. Daya ialah tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang
memberikan kesan.
3. Contoh tuas: Membuka tin cat dengan pemutar skru.
1. Penutup tin bertindak sebagai beban.
2. Hujung pemutar skru yang menyentuh penutup tin ialah fulkrum.
3. Tangan yang menolak pemutar skru ke bawah pula bertindak
sebagai daya.
4. Contoh aplikasi tuas:
1. Menyapu sampah
2. Mencabut paku
3. Menyepit ais
2 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
10.1.2 Hubung Kait Beban, Fulkrum dan Daya
1. Kedudukan fulkrum dari beban mempengaruhi daya yang diperlukan
untuk mengangkat objek.
2. Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu:
1. Meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban
2. Daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum
3. Gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek.
3. Semakin dekat jarak beban dari fulkrum, semakin sedikit daya yang
diperlukan untuk mengangkat beban.
4. Semakin jauh jarak beban dari fulkrum, semakin banyak daya yang
diperlukan untuk mengangkat beban.
10.2.1 Mesin Ringkas
1. Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan
lebih mudah dan cepat.
2. Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas di sekeliling kita.
3. Setiap mesin ringkas mempunyai kegunaannya yang khusus.
4. Jenis-Jenis mesin ringkas:
1. Roda dan gandar. Roda dan gandar ialah alat yang terdiri
daripada roda yang dipasang pada sebatang rod yang
dinamakan gandar. Contohnya, pada tombol pintu.
2. Tuas. Tuas ialah alat yang terdiri daripada sebatang rod yang
diletakkan di atas fulkrum untuk mengangkat atau mengumpil
sesuatu beban objek. Contohnya, pada penyapu.
3. Skru. Skru ialah alat yang berbentuk silinder beralur yang dapat
dimasukkan ke atas sesuatu ruang dengan memutarkannya
untuk menyatkan atau mengetatkan dua bahagian objek.
Contohnya, pada botol dan penutupnya.
4. Gear. Gear ialah alat yang terdiri daripada bahagian roda yang
bergerigi. Contohnya, pada jam.
3 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
5. Takal. Takal ialah alat yang terdiri daripada satu roda beralur
yang membolehkan tali melaluinya untuk mengangkat atau
menurunkan sesuatu beban. Contohnya, pada bidai.
6. Satah condong. Satah condong ialah satu permukaan rata yang
disendengkan dengan satu bahagian yang hujungnya
diletakkan pada ketinggian yang berbeza. Contohnya, pada
tangga.
7. Baji. Baji ialah alat yang runcing pada satu hujungnya dan
digunakan untuk memotong serta memegang dan
memberhentikan sesuatu objek. Contohnya, pada pisau dan
penyendal pintu.
10.2.2 Mesin Ringkas Menyelesaikan Masalah
1. Masalah harian dapat diselesaikan dengan menggunakan mesin
ringkas.
2. Lebih banyak mesin ringkas yang digunakan, lebih mudah dan cepat
kerja dapat dilakukan.
10.2.3 Mesin Kompleks
1. Sesetengah alat yang digunakan dalam kehidupan harian kita terdiri
daripada gabungan beberapa jenis mesin ringkas.
2. Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu mesin ringkas
merupakan satu mesin kompleks.
3. Mesin kompleks yang lebih baik ialah mesin yang mempunyai ciri lestari,
iaitu mesin yang tahan lama, tidak mudah rosak, mengguntungkan
tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar, mudah dan
selamat digunakan.
4 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
4. Contoh mesin lestari ialah basikal, kerana basikal mudah digunakan
dan tidak memerlukan bahan api dosil untuk menggerakkannya. Oleh
sebab itu, basikal tidak akan mencemarkan alam sekitar.
5. Contoh-contoh mesin kompleks:
Media QR Code
1. Kad Jawapan Menentukan Kedudukan Beban, Fulkrum dan Daya
Buku Teks ms 171: Kad Jawapan
2. Membina Tangan Robot
Buku Teks ms 183: Membina Tangan Robot Sue@ani77
5
SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
Imbasan Minda
Sila klik pautan ini: https://forms.gle/CFENLyusjsz34wWx5
6 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
Lagu 4: Sumber Asas Bagi Bahan
Sains: Tahun 4
Unit 7: Sifat Bahan
Tajuk Lagu: Sumber Asas bagi Bahan
MELODI : Perfect (Ed Sheeran)
HAK CIPTA: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Banyak bahan, di atas muka bumi,
Boleh digunakan, membuat objek,
Terdapat empat sumber asas bahan utama,
Petroleum, haiwan, tumbuhan dan batuan.
Tumbuhan banyak kita gunakan,
Untuk membuat objek,
Kerusi, meja dan bangku,
Kapas pula untuk membuat baju, tuala dan cadar,
Getah pula boleh dijadikan tayar.
Haiwan juga berguna, untuk membuat objek,
Seperti beg kulit, dan juga kasut kulit,
Dan juga bulu haiwan, dijadikan baju sejuk,
Ulat sutera, boleh dibuat baju sutera.
Batu-batuan juga, banyak kegunaan kepada kita,
Logam besi, timah emas dan kaca,
Tembikar pasu, juga batu-bata dan pasir,
Semuanya, berguna kepada manusia.
Ada bahan, dari petroleum, plastik dan kain sintetik,
Banyak barang dapat dibuat dari plastik,
Seperti pinggan, gelas, dan cawan,
Kerana plastik adalah ringan,
Dan juga murah harganya.
Lain bahan, berbeza sifatnya,
Dan berbeza kebolehannya,
Ada yang terapung, ada juga yang kenyal,
Ada konduktor dan penebat juga,
Ada yang boleh serap air,
Berjimatlah, guna bahan-bahan asas ini.
7 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
8 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
9 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
10 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
SAINS TAHUN 4
11 Sue@ani77