The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sueani77, 2021-05-23 20:22:55

Tahun 4

Sifat Cahaya

SAINS TAHUN 4

​ NOTA SAINS UNIT 5: SIFAT CAHAYA

5.1.1 Pergerakan Cahaya

1. Cahaya kelihatan bergerak daripada sumber cahaya. Pergerakan ini
adalah dalam garis lurus.

2. Cahaya bergerak secara lurus.
3. Banyak fenomena cahaya bergerak lurus yang berlaku di sekeliling kita:

1. Cahaya daripada lampu kereta.
2. Alur cahaya matahari pada celahan pokok di kawasan hutan.
3. Cahaya daripada lampu helikopter. ​

​ 5.1.2 Kejelasan Bayang-bayang Objek
1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang bergerak lurus
dihalang oleh sesuatu objek.
2. Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk mungkin berbeza mengikut
jenis objek yang menghalangnya, iaitu sama ada lut sinar, lut cahaya
atau legap.
1. Plastik jernih ialah contoh objek lut sinar kerana membenarkan
semua cahaya melaluinya.
2. Plastik berwarna ialah contoh objek lut cahaya kerana
membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
3. Kad manila pula ialah contoh objek legap kerana tidak
membenarkan cahaya melaluinya.

1 Sue@ani77

SAINS TAHUN 4

​ 5.1.3 Faktor yang Mempengaruhi Saiz Bayang-bayang

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang:

1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
2. Jarak di antara objek dengan skrin

Faktor 1: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya.

1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan
sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.

2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber
cahaya, semakin berkurang saiz bayang-bayang.

3. Pemboleh ubah:
1. Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
3. Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan skrin.

4. Pemerhatian:

Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber
cahaya, semakin berkurang saiz bayang-bayang.

​ Faktor 2: Jarak di antara objek dengan skrin.

1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan skrin
dan saiz bayang-bayang.

2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin,
semakin bertambah saiz bayang-bayang.

3. Pemboleh ubah:
1. Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
3. Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan skrin

2 Sue@ani77

SAINS TAHUN 4

4. Pemerhatian:

Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, semakin
bertambah saiz bayang-bayang.

​ 5.1.4 Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang

1. Orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya mempengaruhi
bentuk bayang-bayang.

2. Bentuk bayang-bayang sesuatu objek bergantung kepada:
1. Kedudukan/ Orientasi objek
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan
objek dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah
apabila kedudukan/ objek berubah.
2. Kedudukan sumber cahaya
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan
sumber cahaya dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah
apabila kedudukan sumber cahaya berubah. ​

3 Sue@ani77

SAINS TAHUN 4

​ 5.2.1 Pantulan Cahaya

1. Apabila melihat cermin, kita melihat imej kita terbentuk pada cermin.
Fenomena ini dinamakan pantulan cahaya.

2. Cahaya yang menyinari kamu sebenarnya dipantulkan ke arah cermin,
dan cermin itu pula memantulkan imej ke arah mata kamu.

3. Contoh-contoh fenomena pantulan cahaya:
1. Imej terbentuk pada permukaan air.
2. Imej terbentuk pada permukaan lantai berjubin.
3. Imej terbentuk pada permukaan logam.

4. Info Sains: Bulan bukan sumber cahaya. Bulan kelihatan bercahaya
pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari ke
arah Bumi.

​ 5.2.2 Kegunaan Pantulan Cahaya

1. Dalam kehidupan harian kita, banyak situasi yang melibatkan
kegunaan pantulan cahaya. Perhatikan contoh di bawah.
1. Cermin muka memantulkan cahaya dari muka ke mata kita.
2. Cermin sisi membolehkan kita melihat objek di belakang dan di
sisi kereta.
3. Cermin cembung membolehkan pemandu melihat kenderaan
lain yang terlindung daripada pandangannya untuk
mengelakkan kemalangan.
4. Cermin pergigian membantu doktor gigi untuk melihat keadaan
gigi pesakit pada bahagian yang terlindung.
5. Pelanggan di kedai kasut boleh melihat imej kasut yang dipakai
melalui cermin yang diletakkan pada bahagian bawah.
6. Pelanggan di kedai gunting rambut boleh melihat imej
bahagian belakang kepalanya melalui cermin yang diletakkan
di belakang.

4 Sue@ani77

SAINS TAHUN 4

7. Tentera laut boleh melihat objek yang berada di permukaan
laut dari dalam kapal selam dengan menggunakan periskop.
Dua cermin dalam periskop memantulkan cahaya dari objek
yang terhalang ke arah mata pemerhati.

2. Terdapat bahagian yang berkilat pada lampu suluh supaya cahaya
dapat dipantulkan dan kecerahan cahaya yang terhasil bertambah.

3. Alat mainan, kaleidoskop yang menggunakan prinsip pantulan
cahaya boleh dihasilkan dengan menggunakan kitak berbentuk
silinder, kerajang aluminium, labuci, kad manila, kertas hitam, kertas
bercorak, gam, pita pelekat, gunting dan plastik jernih.

​ 5.2.3 Gambar Rajah Sinar
1. Apabila cahaya terkena pada permukaan yang rata dan licin seperti
cermin muka, cahaya tersebut akan dipantulkan.
2. Fenomena ini juga boleh dilukis dalam bentuk gambar rajah sinar
seperti di bawah.

5 Sue@ani77

SAINS TAHUN 4

​ 5.3.1 Pembiasan Cahaya
1. Cahaya dari sudu di dalam air dibiaskan apabila cahaya bergerak
dari air ke udara. Keadaan ini menyebabkan imej sudu berubah ke
atas dan kelihatan bengkok.
2. Apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang berbeza, arah
pergerakan cahaya akan berubah. Fenomena ini dinamakan
pembiasan cahaya.
3. Untuk menjadikan saiz imej ikan yang dipamerkan di dalam akuarium
kelihatan lebih besar daripada saiz asalnya, kita boleh menggunakan
cermin yang lebih tebal kerana pembiasan cahaya membolehkan
imej ikan menjadi lebih besar.

6 Sue@ani77

SAINS TAHUN 4

​ 5.3.2 Pembentukan Pelangi
1. Apabila Matahari memancarkan cahaya semasa atau selepas hujan,
pelangi akan terbentuk.
2. Apabila cahaya Mahatari terkena pada titisan air hujan, cahaya akan
dibiaskan dan akan membentuk pelangi.

7 Sue@ani77

SAINS TAHUN 4

​ 5.4 Kepentingan Sifat Cahaya dalam Kehidupan
1. Sifat cahaya penting dalam kehidupan kita. Fikirkan:
1. Situasi 1: Jika cahaya tidak bergerak lurus, adakah cahaya dari
lampu suluh dapat menyuluh objek yang dicari dengan tepat?
2. Situasi 2: Jika cahaya tidak dapat dipantulkan, adakah kita
dapat melihat wajah pada cermin?
3. Situasi 3: Jika cahaya tidak dapat dibiaskan, adakah kanta
tangan dapat membesarkan imej objek

​ Imbasan Minda
8 Sue@ani77

SAINS TAHUN 4

9 Sue@ani77

SAINS TAHUN 4

10 Sue@ani77


Click to View FlipBook Version