The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

29 KERTAS 1 PENGAWETAN TAHUN 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sueani77, 2020-11-25 18:33:55

KERTAS 1

29 KERTAS 1 PENGAWETAN TAHUN 6

TEMA : SAINS BAHAN
TAJUK : PENGAWETAN MAKANAN
KERTAS 1

1 Rajah 1 di bawah menunjukkan cara pengawetan makanan.

penyejukbekuan S pengeringan

Rajah 1
Apakah makanan yang diwakili oleh S ?
A Kekacang
B Anggur
C Telur
D Udang

2 Maklumat adalah mengenai langkah-langkah bagi satu proses pengawetan makanan.

P - Bersihkan bahan
Q - Belah atau potong bahan
R - ……………………………………………
S - Dedahkan di bawah cahaya Matahari

Antara berikut, yang manakah langkah R?
A Simpan bahan tersebut di dalam bekas tertutup
B Biarkan bahan tersebut selama seminggu
C Lumur dan gaulkan dengan garam
D Bersihkan sekali lagi bahan tersebut

3 Maklumat adalah mengenai proses menjadikan bahan makanan tahan lebih lama.

R – Pempasteuran
S – Pengetinan
T – Pengeringan
U - Pendinginan

Antara proses-proses di atas yang manakah membolehkan bahan makanan tahan lebih
daripada satu bulan?
A R dan S sahaja
B R dan U sahaja
C S dan T sahaja
D T dan U sahaja

4 Rajah 2 menunjukkan dua jenis makanan Q dan R yang dibiarkan di dalam suhu bilik
selama satu hari.

QR

Rajah 2
Didapati bahan makanan R rosak lebih cepat daripada makanan Q.
Antara berikut apakah faktor utamanya?
A Suhu
B Udara
C Kelembapan
D Terdedah kepada lalat

5 Rajah 3 menunjukkan makanan yang telah melalui satu proses pengawetan.

Rajah 3
Apakah ciri khas proses pengawetan yang dilalui pada makanan di Rajah 3 bagi
mengelakkan mikroorganisma aktif?
A Ditambah dengan gula
B Keluarkan udara dari bekas kedap udara
C Dicampurkan dengan garam
D Menyingkirkan air dari makanan
6 Rajah 4 menunjukkan satu kaedah pengawetan makanan.

Rajah 4
Apakah makanan yang sesuai dengan kaedah seperti Rajah 4 di atas?
AB

CD

7 Rajah 5 menunjukkan tiga jenis makanan.

JK L

Rajah 5 L
Pelilinan
Pilih kaedah pengawetan makanan yang sesuai. Pemasinan
Pengeringan
J K Penyejukbekuan
A Pendinginan Pempasteuran
B Pelilinan Pendinginan
C Pembungkusan vakum Pendinginan
D Penjerukan Pempasteuran

8 Rajah 6 menunjukkan makanan telah rosak.

Rajah 6
Antara berikut, yang manakah penyebab makanan rosak?
A Terdedah dengan persekitaran kotor
B Dihinggapi lalat dan serangga perosak
C Tindakan daripada mikroorganisma
D Kualiti makanan yang tidak bermutu

9 Rajah 7 menunjukkan pengelasan pengawetan makanan
Pengawetan makanan

Penyalaian X Pemasinan

• Mengeringkan • Makanan • Menambah
makanan dipanaskan garam dengan
dengan asap pada suhu yang tujuan
tinggi beberapa menyingkirkan
saat dan air dari
disejukkan makanan
dengan segera

Rajah 7
Berdasarkan Rajah 7, apakah kaedah X.
A Penyejukbekuan
B Pempasteuran
C Pendinginan
D Pengetinan

10 Apakah yang dimaksudkan dengan pembungkusan vakum?
A Proses menyalut lilin pada makanan untuk mengurangkan kehilangan air
B Proses menambahkan garam yang banyak pada makanan
C Proses merendamkan bahan makanan di dalam cuka, larutan garam atau
larutan gula pekat
D Proses mengedapkan makanan di dalam bungkusan dengan mengeluarkan
udara dari dalam bungkus

11 Maklumat di bawah menunjukkan beberapa kepentingan pengawetan.
P – Menyediakan sumber makanan berterusan
Q – Mengurangkan kerja memasak di dapur
R – Mengelakkan pembaziran
S – Menjimatkan masa

A P dan R
B Q dan S
C P dan S
D Q dan R

12 Rajah 8 menunjukkan satu penyiasatan ke atas dua ekor ikan, X dan Y.

XY
Rajah 8

Berdasarkan Rajah 8, nyatakan pemerhatian selepas tiga hari
A Ikan X segar manakala ikan Y rosak
B Ikan X berbau busuk manakala ikan Y masih elok
C Ikan X besar daripada ikan Y
D Ikan X dan ikan Y ditumbuhi kulat

13 Rajah 9 menunjukkan faktor pertumbuhan mikroorganisma.

Udara Air Suhu
Y
Faktor-faktor
pertumbuhan
mikroorganisma

Nutrien

Rajah 9

Apakah faktor Y?
A Haba
B Cahaya
C Keasidan
D Kelembapan

14 Maklumat di bawah menunjukkan satu kaedah pengawetan makanan.

• Mencegah pertumbuhan kulat
• Melambatkan kehilangan air pada makanan
• Disalut dengan lapisan lilin dan menjadikan lapisan luar makanan

berkilat

Apakah tiga jenis makanan yang sesuai dengan kaedah tersebut?
A Epal, cili dan keropok
B Terung, susu segar, timun
C Limau, anggur dan tomato
D Labu, tembikai dan sawi

15 Rajah 10 menunjukkan sejenis makanan.

W
Rajah 10

Jika makanan ini dibiarkan beberapa hari di suhu bilik, apakah ciri-ciri makanan rosak
yang terdapat pada makanan W.
A Warna kekuningan dan tekstur lembik
B Tekstur keras dan warna tidak berubah
C Warna kehijauan dan bau tidak menyenangkan
D Tekstur lembik dan bau tidak menyenangkan


Click to View FlipBook Version