Unit 4: Interaksi antara Hidupan
(A) Interaksi antara Haiwan
1. Interaksi ialah perhubungan aktif yang berlaku dalam intraspesies dan
interspesies bagi memperoleh keperluan asas.
2. Intraspesies ialah interaksi antara spesies yang sama.
3. Interspesies ialah interaksi antara spesies yang berlainan.
4. Interaksi intraspesies dan interspesies boleh berlaku dalam
bentuk kerjasama atau persaingan.
5. Kerjasama ialah interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua
pihak. Contoh kerjasama: membina sarang (lebah, memerang),
mengesan kehadiran pemangsa (Antelop dan babun)
6. Persaingan ialah satu bentuk interaksi yang berlaku
apabila haiwan berebut sesama mereka untuk mendapatkan sumber
yang terhad. Contoh persaingan: Mendapatkan makanan (anak-anak
ayam, helang dan ular).
(B) Haiwan Hidup Berkumpulan, Kelebihan dan Kekurangan
1. Sesetengah haiwan hidup bersama-sama dalam kalangan spesiesnya.
2. Contoh:
1. Lebah
2. Anai-anai
3. Burung bangau
4. Ikan
5. Burung layang-layang
6. Kambing
7. Singa
8. Rusa
3. Kelebihan hidup berkumpulan:
1. Dapat bekerjasama untuk membuat sarang dan mendapatkan
makanan.
2. Memastikan keselamatan spesiesnya daripada serangan musuh
dan melindungi anak-anaknya.
3. Mengawal kawasannya daripada dicerobohi musuh.
4. Kekurangan hidup berkumpulan:
1. Mudah dijangkiti wabak penyakit.
2. Haiwan yang lemah dalam kumpulan besar akan mengalami
kesukaran melarikan diri daripada pemangsa.
3. Perlu bersaing untuk mendapatkan makanan dan pasangan.
(C) Haiwan Hidup Bersendirian, Kelebihan dan Kekurangan
1. Haiwan yang hidup bersendirian ialah haiwan yang hidup tanpa
kawanan.
2. Contoh:
1. Burung belatuk
2. Tapir
3. Labah-labah
4. Harimau
5. Ular Sawa
6. Tupai
7. Helang
8. Beruang
3. Kelebihan hidup bersendirian:
1. Mengelakkan persaingan memburu makanan sesama sendiri
dan mengatasi masalah sumber makanan yang terhad.
2. Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan pasangan dan
kawasan.
4. Kekurangan hidup bersendirian:
1. Sukar mempertahankan diri daripada musuh.
2. Mengalami masalah kesukaran mencari pasangan ketika musim
mengawan.
(D) Faktor Persaingan Haiwan Intra dan Interspesies
1. Haiwan intraspesies bersaing untuk mendapatkan:
1. Makanan
2. Air
3. Kawasan
4. Pasangan
2. Haiwan inerspesies bersaing untuk mendapatkan:
1. Makanan
2. Air
3. Kawasan
(E) Simbiosis antara Haiwan
Maksud simbiosis: Hubungan antara 2 atau lebih haiwan yang saling hidup
bersama.
Terdapat 3 jenis simbiosis: Mutualisme, Komensalisme dan Parasitisme.
1. Mutualisme
1. Maksud: Interaksi yang membawa faedah kepada kedua-dua
organisma.
2. Contoh: Buran laut dan umang-umang, buaya dan burung,
kerbau dan bangau.
2. Komensalisme
1. Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak
sahaja tanpa menjejaskan pihak yang satu lagi.
2. Contoh: Ikan remora dan jerung, ikan paus dan teritip.
3. Parasitisme
1. Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak
sahaja dan satu pihak lagi rugi.
2. Contoh: Cacing pita, kutu sengkenit dan kucing.
(F) Faktor Persaingan antara Tumbuhan
1. Tumbuhan akan bersaing untuk mendapatkan keperluan asas seperti:
1. Air
2. Cahaya Matahari
3. Ruang
4. Nutrien
2. Semasa aktiviti, tujuan boleh ditulis sebagai:
Untuk menyiasat ___________ sebagai faktor yang menyebabkan
persaingan antara tumbuhan.
3. Aktiviti penyiasatan melibatkan faktor persaingan:
1. Air
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kuantiti air
yang direnjis dan ketinggian anak pokok.
2. Hubungan: Semakin banyak kuantiti air yang direnjis,
semakin tinggi anak pokok.
3. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air.
(Atau sama seperti hubungan).
ATAU
4. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak anak
pokok dari sumber air dan ketinggian anak pokok.
5. Hubungan: Semakin dekat anak pokok dengan sumber air,
semakin bertambah ketinggian anak pokok.
6. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air.
(Atau sama seperti hubungan).
2. Cahaya Matahari
3. Ruang
4. Nutrien
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara bilangan anak
pokok di dalam pasu dan ketinggian anak pokok.
2. Hubungan: Semakin bertambah bilangan anak pokok di
dalam pasu, semakin berkurang ketinggian anak pokok.
3. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan
______________.(Atau sama seperti hubungan).
(G) Jenis Interaksi antara Tumbuhan
1. Seperti haiwan, tumbuhan juga mempunyai 3 jenis simbiosis,
iaitu Mutualisme, Komensalisme dan Parasitisme.
2. Contoh Mutualisme: Liken (terdiri daripada alga dan kulat).
3. Contoh Komensalisme: Pokok paku langsuyar menumpang pada
batang pokok, orkid liar pada batang pokok, paku tanduk rusa pada
batang pokok.
4. Contoh Parasitisme: Rafflesia, kulat cendawan, pokok dedalu.
5. Pokok dedalu juga dikenali sebagai tumbuhan semiparasit kerana
dedalu menyerap air dan nutrien daripada batang pokok yang
ditumpang dan turut membuat makanan sendiri melalui proses
fotosintesis.
Lagu 1: Interaksi
Sains Tahun 6
Unit 4: Interaksi antara Hidupan
Tajuk Lagu: Interaksi
Melodi: Anak Kampung
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah
Memang aku ini hidup sendirian
Aku tiada teman
Elak persaingan
Tak kongsi makanan, tak kongsi kawasan
Air dan pasangan
Memang aku ini hidup berkumpulan
Mudah cari makan
Ada kelebihan
Mudah bina sarang, jaga keselamatan
Anak dan kawanan
Hidup sendirian ada kelemahan
Susah cari makan
Mudah diserang musuh
Nak cari pasangan kena tunggu musim
Hai musim mengawan
Hidup berkumpulan banyak persaingan
Kena rebut makan, kena rebut pasangan
Mudah dijangkito penyakit berjangkit
Dan ditangkap musuh
Saing sama spesies dipanggil intraspesies
Kalau beza spesies dipanggil interspesies
Persaingan wujud jika keperluan asasnya terhad
Lagu 1: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Sains Tahun 6
Unit 5: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Tajuk Lagu: Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Melodi: Jampi (Hael Hussaini)
Lirik: Cikgu Sharifah Aziah
Kulihat sekelilingku
Ada hidupan makin berkurang
Ada yang dah kepupusan
Apa jadi jika dibiarkan
Apakah yang berlaku
Faktor ancaman itu
Yang boleh jadi begitu
*Dan bila manusia meneroka hutan
Semua haiwan tumbuhan hilang habitat
Memburu dan lakukan pembalakan haram
Membuang sampah dan bahan yang mencemarkan
Sob Sob Sob aku menangis
Mesti cari penyelesaian
Oh pemeliharaan
Kekalkan keadaan
Seperti yang asal
Mendidik masyarakat pupuk kesedaran
Elakkan membeli barangan kulit haiwan
Wartakan haiwan terlindung dan hutan simpan
Kuatkuasa undang akta hidupan liar
Oh pemuliharaan
Mengembalikan bilangan hidupan kepada asal
Boleh perbanyakkan pusat pemuliharaan
Tanam semula pokok
Ulang *