SAINS TAHUN 6
Nota Unit 2: Peraturan Bilik Sains
1. Peraturan Bilik Sains perlu dipatuhi ketika berada di dalam Bilik Sains
supaya keselamatan dan keselesaan sebelum, semasa dan selepas
menjalankan aktiviti terjamin.
2. Sebelum menjalankan aktiviti
1. Beratur di luar bilik sains dengan senyap.
2. Murid-murid hanya dibenarkan masuk dengan kebenaran guru.
3. Pastikan tingkap terbuka semasa berada di dalam bilik sains.
4. Duduk di tempat yang ditetapkan.
5. Ikat rambut dan pakai pakaian yang kemas dengan kasut tertutup.
3. Semasa menjalankan ativiti
1. Aktiviti dijalankan mengikut arahan guru.
2. Laporkan kemalangan, kecederaan atau kerosakan kepada guru.
3. Gunakan peralatan di dalam peti kecemasan dengan kebenaran
guru.
4. Nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan pemetik api.
5. Hidu, rasa dan sentuh bahan di dalam bilik sains dengan kebenaran
guru.
6. Padamkan bahan terbakar dengan menggunakan air sebelum
dibuang ke dalam tong sampah.
4. Selepas menjalankan aktiviti
1. Sampah dan sisa bahan hendakkan dibuang ke dengan cara
yang betul.
2. Kerusi disusun dengan teratur sebelum meninggalkan bilik sains.
3. Peralatan yang telah selesai digunakan dibersihkan dan disusun
semula di tempat asalnya.
4. Tutupkan tingkap, suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan
bilik sains.
5. Pastikan bilik sains berada di dalam keadaan kemas dan teratur
sebelum meninggalkan bilik sains.
1 Sue@ani77
SAINS TAHUN 6
5. Perkara yang dilarang semasa di dalam bilik s ains:
1. Dilarang membawa beg sekolah masuk ke dalam bilik sains.
2. Tidak makan dan minum semasa berada di dalam bilik sains.
3. Tidak dibenarkan bergurau dan berlari-lari di dalam bilik sains.
4. Tidak dibenarkan bermain-main dengan peralatan sains.
5. Tidak dibenarkan membawa keluar peralatan dan bahan sains tanpa
kebenaran guru.
2 Sue@ani77