SAINS TAHUN 4
NOTA SAINS UNIT 9: BUMI
9.1.1 Graviti Bumi
1. Setiap objek yang dilambung ke atas akan jatuh semula ke bawah.
2. Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh suatu
daya yang dinamakan daya tarikan graviti bumi.
3. Graviti atau gravitas dalam bahasa Latin bermaksud berat. Daya
tarikan graviti ada pada semua objek.
4. Tanpa graviti, angkasa akan terapung di udara. Oleh sebab itu,
angkasawan perlu memakai pakaian khas dan menggunakan
peralatan khas untuk urusan harian supaya objek di sekelilingnya tidak
terapung.
1 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
9.1.2 Daya Tarikan Graviti Bumi
1. Graviti bumi ialah daya yang menarik objek ke arah pusat bumi.
2. Tanpa daya tarikan graviti bumi, semua objek akan terapung di udara.
3. Semua objek di Bumi dapat berada pada kedudukannya kerana
adanya daya tarikan graviti bumi.
9.1.3 Kepentingan Daya Tarikan Graviti Bumi
1. Daya tarikan graviti bumi penting untuk mengekalkan objek pada
kedudukannya.
2. Daya tarikan graviti bumi menyebabkan objek tidak terapung di udara
dan kekal berada pada kedudukannya.
1 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
9.2.1 Putaran dan Peredaran Bumi
1. Bumi dan semua planet lain beredar mengelilingi Matahari mengikut
orbit masing-masing.
2. Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar
mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.
3. Paksi ialah garis bayangan yang menghubungkan Kutub Utara dan
Kutub Selatan.
1 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
9.2.2 Arah dan Tempoh Semasa Putaran dan Peredaran Bumi
1. Bumi berputar pada paksinya dari arah Barat ke Timur.
2. Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari.
3. Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya mengikut arah
lawan jam.
4. Satu peredaran lengkap mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari.
1 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
Video Putaran dan Peredaran Bumi:
Buku Teks ms 160: Putaran dan Peredaran Bumi
9.2.3 Kesan Putaran Bumi pada Paksinya
1. Putaran bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya beberapa
kejadian:
1. Kejadian siang dan malam
1. Bahagian bumi yang menghadap Matahari akan
mengalami siang.
2. Bahagian bumi yang terlindung daripada cahaya
Matahari akan mengalami malam.
2. Kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah terbit dari
Timur dan benam ke Barat
3. Perubahan panjang dan arah bayang-bayang
1 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
1 Sue@ani77
SAINS TAHUN 4
Imbasan Minda
1 Sue@ani77