SZ BICYCE NO 48, JALAN TASEK BARAT 2, TAMAN ANDA, 31400 IPOH PERAK RANCANGAN PERNIAGAAN NAMA CALON SUHANA BINTI ZAKARIA NO KAD PENGENALAN 820928-08-6280 ANGKA GILIRAN A146K117 NAMA SEKOLAH SMK TASEK DAMAI
TERHAD 3766/3 Perakuan Calon Tentang Ketulenan Tugasan Projek Kertas 3766/3 Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2023 Saya memperakui bahawa Rancangan Perniagaan yang dikemukakan untuk memenuhi syarat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Perniagaan 3766 adalah tulen. Nama Sekolah : SMK TASEK DAMAI Nama Calon : SUHANA BINTI ZAKARIA No. Pengenalan Diri : 820928-08-6280 Angka Giliran : AG146A117 Tandatangan : Tarikh : 16 OKTOBER 2023 Borang perakuan ini mestilah disertakan di bahagian hadapan Tugasan Projek. 3766/3 TERHAD
TERHAD 3766/3 Senarai Semak dan Penilaian Guru Angka Giliran : AC187A104 No. Kad Pengenalan : 820928-08-6280 Tarikh Aktiviti dalam penghasilan kerja kursus (Diisi oleh Calon) Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan Guru 01.08.2023 Ringkasan Eksekutif 08.08.2023 Pengenalan 15.08.2023 Latar Belakang Perniagaan 17.08.2023 Latar Belakang Rakan Kongsi 23.08.2023 Rancangan Pentadbiran 06.09.2023 Rancangan Pentadbiran 13.09.2023 Rancangan Operasi 19.09.2023 Rancangan Pemasaran 27.09.2023 Rancangan Kewangan 10.10.2023 Penutup
SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT I. RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN 1 2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 2 3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK 3 4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN 4-10 5.0 RANCANGAN OPERASI 11-23 6.0 RANCANGAN PEMASARAN 24-29 7.0 RANCANGAN KEWANGAN 30-34 8.0 PENUTUP 35 9.0 LAMPIRAN
I. RINGKASAN EKSEKUTIF SZ Bicycle adalah sebuah kedai yang menawarkan pelbagai jenis basikal dari pelbagai jenama dan pada harga yang berpatutan. Antaranya basikal lipat, basikal gunung (MTB), basikal fixie dan basikal untuk kanak-kanak. Perniagaan ini diusahakan secara milikan tunggal. Pn Suhana binti Zakaria adalah pemilik dan pengurus besar syarikat. Beliau telah melantik dua orang penolong pengurus di bahagian pentadbiran dan kewangan dan seorang penolong pengurus lagi di bahagian operasi dan pemasaran. Setiap bahagian fungsian tersebut mempunyai seorang staf sokongan yang akan membantu melancarkan lagi urusan pentadbiran dan operasi perniagaan. SZ Bicycle ini mula beroperasi pada 2 Januari 2023. Lokasi kedai tersebut terletak di Taman Anda, Ipoh Perak. Lokasi perniagaan kami berdekatan dengan pasaraya-pasaraya besar antaranya Lotus Ipoh, Bercham dan Aeon Kinta. Perniagaan ini beroperasi setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti-cuti umum. Pelbagai aktiviti pemasaran telah dilakukan bagi memperkenalkan SZ Bicycle kepada orang ramai. Antaranya kami mengedarkan flyers di setiap kawasan perumahan berdekatan dan kepada pengunjung yang hadir ke Lotus dan Aeon Kinta. Selain itu, SZ Bicycle juga mempunyai website, akaun di Facebook, Instagram dan Twitter memudahkan pengguna yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk-produk jualan di kedai kami Sebanyak RM80,000 modal permulaan disediakan sebagai modal awal perniagaan untuk membiayai keperluan perniagaan. Modal tersebut diperoleh daripada sumber dalaman iaitu dari simpanan peribadi pemilik. RM30,000 pemilik belanjakan untuk membeli pelbagai kelengkapan kedai manakala RM50,000 lagi digunakan untuk membeli produk jualan dan membiayai perbelanjaan-perbelanjaan dalaman yang lain.