1 1.0 PENGENALAN SZ Bicycle baru sahaja beroperasi pada 2 Januari 2023 beralamat di No. 48 Jalan Tasek Indra, Taman Anda, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. SZ Bicycle memilih bentuk pemilikan perniagaan jenis milikan tunggal. Pemilik memilik perniagaan sukan berbasikal adalah kerana sukan berbasikal kini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kelebihan yang terdapat di Kedai SZ Bicycle ialah kepelbagaian produk jualan kami pada semua peringkat usia termasuk kanak-kanak. Selain itu kedai SZ Bicycle kami juga menjual pelbagai aksesori basikal yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan keperluan yang diingini. Pn Suhana binti Zakaria selaku pemilik perniagaan telah menyertai program-program yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan. Antaranya ialah Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) di bawah anjuran SME Corp Malaysia dan Latihan Program Keusahawan yang dianjurkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kursus yang ditawarkan ini membantu menambahkan ilmu pemilik dalam menguruskan perniagaan dengan lebih cekap. Rancangan perniagaan disediakan oleh pemilik adalah kerana ingin memohon pembiayaan dari sumber luaran iaitu dari Tekun Nasional Berhad di bawah Skim Pembiayaan Sederhana (SPS) bagi mengembangkan lagi perniagaan SZ Bicycle. Pemilik memilih pembiayaan luaran dari Tekun Nasional adalah kerana kadar pembayaran semula yang rendah berbanding dengan institusi kewangan lain. Jumlah pinjaman yang ingin dipohon adalah sebanyak RM50,000. Tujuan pemilik membuat pinjaman adalah kerana ingin menambah modal sedia ada bagi membeli dan menambah produk jualan basikal.
2 2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN Latar belakang perniagaan ditunjukkan dalam rajah seperti di bawah: BUTIRAN MAKLUMAT Nama Perniagaan SZ Bicycle Alamat Perniagaan No. 48, Jalan Tasek Barat 2, Taman Anda, 31400 Ipoh, Perak No. telefon / faks 05-5453301 / 05- 5453301 (faks) Emel / fb Szbicycle.com.my szbicycle.facebook.com @szbicycle/Instagram, @szbicycle/twitter Bentuk milikan perniagaan Milikan Tunggal Kegiatan utama perniagaan Menjual pelbagai jenis basikal dan aksesori basikal Tarikh pendaftaran perniagaan 01 Disember 2022 Tarikh mula perniagaan 02 Januari 2023 No pendaftaran perniagaan (SSM) 202212042454 Modal awal RM80,000 (simpanan peribadi) Nama bank perniagaan Maybank Bhd No akaun bank perniagaan 1154243344
3 3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK Latar belakang pemilik SZ Bicycle adalah seperti berikut: BUTIRAN MAKLUMAT Nama Penuh Suhana binti Zakaria No Kad Pengenalan 820928-08-6280 Tarikh lahir / umur 28 September 1982 / 41 Tahun Status perkahwinan Berkahwin Alamat rumah No. 5 Lengkok Tasek Barat 1A, Taman Anda, 31400 Ipoh Perak No telefon peribadi 019-4582974 Emel [email protected] Kelulusan akademik Ijazah Pengurusan Perniagaan Diploma Pemasaran Kemahiran Mahir dalam pengurusan syarikat terutama dalam bidang pemasaran. Pengalaman Berpengalaman berkhidmat di Kilang Hovid Sdn Bhd selama 5 tahun sebagai penolong pengurus pemasaran. Kursus / Latihan yang dihadiri ▪ Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) ▪ Latihan Program Keusahawan
4 4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN 4.1 LOGO PERNIAGAAN 4.2 VISI,MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN VISI SZ BICYCLE Menjadi peneraju utama dalam industri basikal dan menjayakan seruan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat fizikal dan mental. MISI SZ BICYCLE Memberikan pendidikan kepada masyarakat melalui pendedahan sukan basikal kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang individu. OBJEKTIF SZ BICYCLE ▪ Menjadi sebuah pembekal basikal yang berjaya mendapat tempat hati setiap pelanggan. ▪ Berusaha meningkatkan imej kedai supaya lebih dikenali ▪ Menawarkan harga basikal yang mampu dimiliki oleh setiap golongan usia.
5 4.3 CARTA ORGANISASI PERNIAGAAN Jenis struktur organisasi yang dipilih adalah struktur organisasi berdasarkan fungsi. PENGURUS BESAR Pn Suhana binti Zakaria PENOLONG PENGURUS PENTADBIRAN DAN KEWANGAN Encik Shahrol Rizal bin Mohd Arif PEKERJA OPERASI 1/ JURUWANG Mohd Adib bin Abdullah PEKERJA OPERASI 2/ PEMANDU Abdul Aziz bin Talib PENOLONG PENGURUS OPERASI DAN PEMASARAN Cik Nur Amna Insyirah binti Shahrol Rizal
6 4.4 Diskripsi Tugas Pentadbiran JAWATAN TANGGUNGJAWAB UTAMA 1. Pengurus besar (Pn Suhana bt Zakaria) • Menentukan strategi, program dan aktiviti tahunan yang bersesuaian dengan VMO perniagaan. • Memastikan sumber kewangan diurus dengan baik. • Bertanggungjawab untuk memantau perniagaan agar berjalan dengan lancar. • Memastikan kebajikan kakitangan diurus dengan baik. 2. Penolong Pengurus Pentadbiran dan Kewangan (En Shahrol Rizal b. Mohd Arif) • Mengumpul dan mengemaskini maklumat secara berkala. • Menguruskan mesyuarat dalaman • Memantau perbelanjaan bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan atau penipuan • Mengemaskini akaun dan penyata kewangan. 3. Penolong Pengurus Operasi dan Pemasaran (Cik Nur Amna Insyirah bt Shahrol Rizal) • Memahami dan melaksanakan proses operasi pentadbiran. • Merancang strategi pemasaran yang berkesan dalam memastikan syarikat dikenali di kalangan pelanggan. • Menyediakan laporan kerja rutin dan merekodkan pengeluaran peralatan kepada kakitangan. • Memastikan stok sentiasa dikemaskini dengan baik. • Sentiasa menambah baik perkhidmatan jualan barang mengikut kehendak pasaran dan pelanggan.
7 4.5 Penggajian 4.5.1 Jadual imbuhan dan gaji termasuk KWSP dan PERKESO BIL JAWATAN GAJI KASAR (RM) KWSP PERKESO GAJI BERSIH (RM) Syer Majikan (13%) Syer Pekerja (11%) Syer Majikan (1.75%) Syer Pekerja (0.5%) 1. Pengurus besar 3500.00 455.00 385.00 61.25 17.50 3,097.50 2. Penolong Pengurus Pentadbiran dan Kewangan 3000.00 390.00 330.00 52.50 15.00 2655.00 3. Penolong Pengurus Operasi dan Pemasaran 3000.00 390.00 330.00 52.50 15.00 2655.00 4. Pekerja operasi 1 1500.00 195.00 165.00 25.35 7.25 1327.75 5. Pekerja operasi 2 1500.00 195.00 165.00 25.35 7.25 1327.75 Jumlah 12500 1625 1375 216.95 62 11063 • Caruman PERKESO mengikut jadual kadar Kadar Caruman Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800)
8 4.5.2 Bentuk Insentif Pekerja 1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kemudahan Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) memberi faedah kepada pekerja pada usia bersara mereka. Pekerja dapat mengeluarkan dana mereka apabila telah mencapai usia bersara iaitu 55 tahun. 2. PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO ialah pampasan yang akan diberikan kepada pekerja dalam bentuk kewangan apabila pekerja ditimpa kemalangan semasa di tempat kerja. 3. Cuti tahunan Setiap pekerja diberi 15 hari cuti tahunan yang boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang tahun tanpa dikenakana penalti atau potongan gaji. 4. Insurans berkelompok Insurans premium bagi perlindungan risiko kemalangan dan kematian semasa bekerja untuk semua pekerja yang bukan disebabkan kecuaian semasa bekerja. 5. Kemudahan perubatan Bagi setiap kos perbelanjaan perubatan ditanggung oleh syarikat sekiranya mendapatkan rawatan di klinik-klinik panel yang terpilih.
9 4.6 Kos Pentadbiran 4.5.1 Senarai keperluan pejabat Bil Jenis Unit Kos seunit (RM) Jumlah 1. Meja 3 160.00 480.00 2. Kerusi 3 120.00 360.00 3. Rak fail 1 100.00 100.00 4. Komputer riba 2 2000.00 4000.00 5. Pencetak dan pengimbas 1 500.00 500.00 6. Mesin faksimili 1 800.00 800.00 7. Penghawa dingin 1 1800.00 1800.00 8. Lampu syiling 3 100.00 300.00 9. Mesin kira duit 1 600.00 600.00 10. Barcode scanner 1 130.00 130.00 JUMLAH 9070.00
10 Senarai Perbelanjaan Pentadbiran Bil. Perkara Perbelanjaan Harta Perbelanjaan Bulanan Jumlah Perbelanjaan Tahunan (RM) (RM) (RM) 1. Gaji pengurus besar 3097.50 37,170.00 2. Gaji penolong pengurus 5310.00 63,720.00 3. KWSP caruman majian 1625.00 19,500.00 4. KWSP caruman pekerja 1375.00 16,500.00 5. PERKESO caruman majikan 217.00 2,604.00 6. PERKESO caruman pekerja 62.00 744.00 7. Meja 480.00 480.00 8. Kerusi 360.00 360.00 9. Rak fail 100.00 100.00 10. Komputer riba 4000.00 4000.00 11. Pencetak dan pengimbas 500.00 500.00 12. Mesin faksimili 800.00 800.00 13. Penghawa dingin 1800.00 1800.00 14. Lampu syiling 300.00 300.00 JUMLAH 8,340.00 11,686.50 140,238.00
11 5.0 RANCANGAN OPERASI 5.1 JENIS PRODUK SZ Bicycle menawarkan pelbagai jex nis produk basikal. Antaranya ialah: 1. Basikal fixie Basikal fixie adalah basikal yang ditawarkan trend untuk anak remaja kini. Basikal fixie yang direka tanpa brek dan tidak mempunyai gear. Harga jualan bermula dari RM250 hingga RM400. 2. Basikal lipat Basikal lipat adalah basikal yang direka untuk mudah dibawa. Ini antara kelebihan yang terdapat pada basikal lipat yang menyebabkan ramai untuk memilih memiliki basikal ini. Basikal lipat yang ditawarkan di kedai kami boleh didapati pada harga bermula RM200 hingga RM2000. 3. Basikal gunung (mountain bike) Basikal gunung adalah basikal yang reka untuk menunggung ditempat yang lasak contohnya di dalam hutan atau di kawasan berbukit. Basikal ini sesuai bagi pengguna yang meminati aktiviti lasak. Harga basikal gunung yang ditawakan di kedai kami ialah RM1000 hingga RM3000.
12 4. Basikal kanak-kanak Basikal kanak-kanak sesuai bagi kanakkanak dalam lingkungan usia 7-11 tahun. Dilengkapi dengan brek dan roda tambahan serta warna yang pelbagai. Harga yang ditawarkan adalah RM150- RM300.
13 5.2 CARTA ALIR PROSES PERNIAGAAN Berikut merupakan carta aliran proses perniagaan bagi Perniagaan SZ Bicycle. Tidak Ya Pelanggan datang Pelanggan membuat pilihan produk samada beli atau tidak Pelanggan berbincang dengan jurujual tentang spesifikasi basikal yang ingin dibeli Pelanggan membeli produk yang ingin dibeli dan memeriksa kualiti produk. Membuat pembayaran Penjual membuat penghantaran ke kenderaan pembeli. Tamat Hasil memuaskan Dipulangkan semula kepada pembekal
14 5.3 WAKTU OPERASI PERNIAGAAN Operasi perniagaan SZ Bicycle adalah seperti berikut: ▪ Perniagaan dibuka pada setiap hari Isnin hingga Sabtu (8.00 – 5.00 petang) ▪ Perniagaan ditutup pada setiap hari Ahad dan cuti umum. 5.4 SPESIFIKASI TUGAS OPERASI Berikut merupakan jadual spesifikasi tugas operasi bagi SZ Bicycle: Jawatan Tugas Pekerja operasi 1 ▪ Memeriksa stok barangan ▪ Berkomunikasi dengan pelanggan. Menjawab setiap pertanyaan dari pelanggan. ▪ Menguruskan proses pembayaran. ▪ Mengeluarkan resit kepada pelanggan. ▪ Mengendalikan urusan wang tunai Pekerja operasi 2 ▪ Memeriksa stok barangan jualan ▪ Menjaga kaunter. ▪ Memastikan barang yang dihantar dalam keadaan yang baik. ▪ Memandu dengan berhemah dan mengikut peraturan jalan raya.
15 5.5 KEDUDUKAN PREMIS PERNIAGAAN 5.5.1 Kedudukan Premis Perniagan SZ Bicycle terletak di lokasi berikut: No. 48 Jalan Tasek Barat 2, Taman Anda, 31400 Ipoh Perak. 5.5.2 Pelan Lokasi Premis Perniagaan
16 5.5.3 Faktor pemilihan lokasi Pemilihan perniagaan SZ Bicycle di Taman Anda, Ipoh adalah kerana: i. Senang Nampak Kawasan tersebut terletak di Kawasan bandar yang berdekatan dengan jalan raya utama dan pasaraya besar antaranya Lotus, Bercham dan AEON Kinta City. ii. Kadar sewa berpatutan Kadar sewa yang dikenakan juga pada bangunan kedai tersebut adalah pada kadar yang berpatutan. iii. Akses keluar masuk Laluan ke perniagaan kami adalah laluan yang mudah, tidak terlalu sibuk dan mempunyai ruang tempat letak kereta yang banyak. iv. Berdekatan dengan kelompok sasaran Lokasi perniagaan yang terletak di tengah-tengah kawasan perumahan memudahkan perniagaan kami lebih dikenali oleh penduduk di sekitar tersebut.
17 5.6 SUSUN ATUR RUANG PREMIS PERNIAGAAN
18 5.7 RAKAN STRATEGIK NIAGA Rakan strategik niaga bagi perniagaan SZ Bicycle ialah: i. Pemborong basikal Ah Seng Pemborong basikal Ah Seng akan menjadi pembekal utama menawarkan basikal kepada perniagaan SZ Bicycle. Pemborong Basikal Ah Seng Sdn Bhd memberikan harga yang berpatutan kepada syarikat kami. ii. SSL Hardware Sdn Bhd Kami memilih SSL Hardware Sdn Bhd membekalkan barang-barang keperluan basikal kepada kami antaranya screw driver, ellen key, spanar dan lain-lain. Tawaran harga yang menarik ditawarkan kepada SZ Bicycle kerana telah menjadi ahli di SSL Hardware Sdn Bhd. iii. Maybank, Cawangan Bercham Perniagaan SZ Bicycle membuka akaun semasa di cawangan Maybank, Bercham kerana berdekatan dengan premis pemilik. En Ahmad bin Abu selaku pegawai bank pegawai yang dilantik sebagai pemudah cara dalam menguruskan hal kewangan perniagaan.
19 5.8 KOS OPERASI 5.8.1 Kos belian Kedai Sukan SZ Bicycle Bil Perkara Amaun 1 Basikal fixie RM150 2 Basikal gunung RM500 3 Basikal lipat RM800 4 Basikal kanak-kanak RM80 JUMLAH RM1,530 Anggaran sebulan belian stok ini (pada bulan pertama) RM1530 x 20 setiap unit = RM30600 BULAN KIRAAN BELIAN (RM) CATATAN Januari RM1530 X 20 RM30,600 MENINGKAT 5% Februari RM30,600 + 5% RM32,130 MENINGKAT 5% Mac RM32,130 + 5% RM33,736.50 MENINGKAT 5% April RM33,736.50 + 5% RM35,423.33 MENINGKAT 5% Mei RM35,423.33 + 5% RM37,194.50 MENINGKAT 5% Jun RM37,194.50 + 5% RM39,054.23 MENINGKAT 5% Julai RM39,054.23 + 5% RM42,959.65 MENINGKAT 10% Ogos RM42,959.65 + 5% RM50,770.49 MENINGKAT 10% September RM50,770.49 + 5% RM55,847.54 MENINGKAT 10% Oktober RM55,847.54 + 5% RM61,432.29 MENINGKAT 10% November RM61,432.29 + 5% RM67,575.52 MENINGKAT 10% Desember RM67,575.52 + 5% RM74,333.07 MENINGKAT 10% JUMLAH RM561,057.12
20 5.8.3 Kos Overhead Bil Perkara Jumlah 1. Bil elektrik RM500.00 2. Bil air RM200.00 3. Bil telefon dan internet RM150.00 JUMLAH RM850.00 5.8.4 Senarai keperluan kelengkapan operasi Kos-kos lain Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah 1. T- shirt pekerja 10 RM30.00 RM300.00 2. Alat pembuka tayar 5 RM15.00 RM300.00 3. Mini toolset 5 RM30.00 RM150.00 4. Allen key 10 RM20.00 RM200.00 5. Screw driver 10 RM5 RM50.00 6. Pemotong rantai 10 RM5 RM50.00 7. Sewa premis 12 RM2500 RM30,000 8. Lesen GDL 1 RM350.00 RM350.00 9. SSM 1 RM60.00 RM60.00 10. Lesen PBT 1 RM250.00 RM250.00 11. Lesen Perisian 1 RM850.00 RM850.00 12. MyIpo 1 RM1790.00 RM1790.00 13. Papan tanda 1 RM400.00 RM400.00 JUMLAH RM34,750
21 5.8.5 Sewa beli kenderaan -Van terpakai Harga kenderaan RM60000 Deposit kenderaan RM6000 Nilai pinjaman RM54,000 Tempoh pembiayaan 6 tahun (72 bulan) Kadar faedah 4% Jumlah faedah RM12,960 Faedah sewa beli RM160 Ansuran bulanan RM750 5.8.6 Susut nilai kelengkapan dan kenderaan NILAI KELENGKAPAN KADAR PERATUS SUSUT NILAI SUSUT NILAI SETAHUN BILANGAN BULAN SUSUT NILAI 2023 RM 30,000 4% RM 1,200 12 RM 1,200 NILAI KENDERAAN KADAR PERATUS SUSUT NILAI SUSUT NILAI SETAHUN BILANGAN BULAN SUSUT NILAI 2023 RM 60,000 4% RM 2,400 6 RM 1,200
22 5.9 PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI 5.9.1 Sumber fizikal dan justifikasi BIL SUMBER FIZIKAL JUSTIFIKASI PENGGUNAAN 1. Premis bangunan - Tempat operasi perniagaan SZ Bicycle. - Tempat pengurusan pentadbiran. - Tempat penyimpanan stok basikal. 2. Komputer dan Peralatan ICT - Merekod data pengurusan perniagaan yang dijalankan seperti data, akaun dan data pentadbiran. 3. Stok akhir - Barang akhir disimpan pemilik di dalam stor. - Barang akhir sentiasa diperiksa secara berkala untuk memastikan barang tidak rosak. 5.9.2 Sumber teknologi dan justifikasi BIL SUMBER TEKNOLOGI JUSTIFIKASI PENGGUNAAN 1. Kemahiran dan pengalaman - Kualiti dan prestasi perniagaan akan terjamin dan mengelakkan pembaziran tenaga kerja. - Dapat mengelakkan berlaku sebarang kesilapan semasa menjalankan tugas. 2. Lesen perisian - Memudahkan perekodan data -data berkaitan dengan perniagaan. - Selamat daripada pencerobohan data. - Data dapat disimpan dan dikemaskini.
23 5.9.2 Prosedur mengurus sumber fizikal i. Perlindungan insurans dan keselamatan Insurans kebakaran Perniagaan SZ Bicycle melindungi bangunan dari risiko kebakaran adalah dengan mengambil polisi insurans kebakaran. Ia bertujuan untuk melindungi bangunan, stok, peralatan pejabat, dari kebakaran. Insurans kecurian Insurans kecurian diambil untuk melindungi harta benda pemilik dan juga aset serta stok perniagaan dari kecurian. ii. Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang Memastikan setiap kemudahan yang disediakan di dalam premis perniagaan boleh berfungsi. Pemilik juga akan memastikan peralatan ICT sentiasa diselenggara dengan baik. Prosedur Mengurus Sumber teknologi i. Kemahiran dan pengalaman Pemilik sentiasa mengikuti kemahiran yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan untuk meningkatkan lagi kemahiran pemilik dalam menguruskan perniagaan. Pemilik juga menghantar pekerja ke kursus anjuran kerajaan bagi meningkatkan lagi tahap kebolehan pekerja dalam membantu pemilik menguruskan perniagaan. ii. Paten Mendaftar paten melalui Perbadanan Harta Intelek. Membayar sebanyak RM1690 untuk mendaftar logo perniagaan SZ Bicycle.
24 6.0 RANCANGAN PEMASARAN 6.1 Analisis Industri 6.1.1 2 Kekuatan dan 2 kelemahan perniagaan Analisis SWOT ini penting bagi SZ Bicycle untuk menilai tahap keupayaan perniagaan kami sepanjang beroperasi. KEKUATAN (STRENGHT) 1. Pengurus sangat berkemahiran dalam pengurusan perniagaan. 2. Mempunyai pekerja yang rajin dan komited. 3. Harga yang berpatutan bagi produk yang ditawarkan. KELEMAHAN (WEAKNESS) 1. Perniagaan masih baru dan kurang pelanggan dari luar kawasan Ipoh. 2. Kewangan yang terhad kerana menggunakan modal sendiri dan nilai pinjaman adalah terhad menyebabkan perniagaan sukar untuk berkembang. PELUANG (OPPORTUNITIES) 1. Perniagaan ‘online’ dapat mengambil perhatian pelanggan yang gemar membeli belah secara dalam talian. 2. Perniagaan yang dijalankan secara dalam talian dapat mengembangkan perniagaan ke seluruh negeri. 3. Perniagaan ini berada di lokasi yang strategik. Ia terletak di kawasan kedai yang berdekatan dengan pelbagai infrastruktur. ANCAMAN (THREAT) 1. Perniagaan SZ Bicycle perlu sentiasa menyediakan pelbagai strategi untuk bersaing dengan perniagaan basikal yang lain. 2. Kedai basikal yang ditubuhkan lebih lama daripada SZ Bicycle akan mendapat permintaan pasaran yang lebih tinggi kerana lebih dikenali.
25 6.1.2 2 tandingan produk dengan 2 pesaing Kelebihan Perniagaan SZ Bicycle berbanding dengan pesaing perniagaan kedai basikal yang lain ialah: - Perniagaan Sz Bicycle menawarkan harga basikal mampu milik yang sesuai dan boleh dimiliki oleh pembeli pada setiap peringkat usia. - Menawarkan penghantaran basikal sehingga ke pintu rumah bagi pembeli yang tinggal berhampiran dengan premis perniagaan. - Diskaun harga sebanyak 10% akan diberikan kepada pembeli yang membuat pembelian kali ke dua di kedai SZ Bicycle. 6.1.3 2 Strategi harga dengan 2 pesaing Perniagaan SZ Bicycle telah menawarkan harga yang murah dan berpatutan kepada pelanggan. Memandangkan sasaran pelanggan terdiri daripada segenap lapisan masyarakat, SZ Bicycle menetapkan harga yang berpatutan kepada pembeli. Nama perniagaan Produk Harga seunit SZ Bicycle Basikal fixie Basikal gunung Basikal lipat Basikal kanak-kanak RM375 RM1250 RM2000 RM200 Kedai Basikal Ah Foong Basikal fixie Basikal gunung Basikal lipat Basikal kanak-kanak RM400 RM1300 RM2200 RM250 Kedai Basikal RG Zaff Basikal fixie Basikal gunung Basikal lipat Basikal kanak-kanak RM380 RM1300 RM2500 RM300
26 6.1.4 2 Strategi promosi perniagaan Strategi promosi yang dilaksanakan oleh SZ Bicycle ialah:- I. Menyebarkan maklumat dan iklan di laman sosial seperti facebook, Instagram, tik tok dan laman sesawang. II. Menyertai pameran yang dianjurkan semasa pertandingan basikal. III. Menyediakan kupon kepada pelanggan pertama kami yang membuat pembelian kedua dengan mendapat harga diskaun. 6.2 ANALISIS PASARAN 6.2.1 Harga Jualan Seunit Harga jualan seunit produk dapat menganalisis kuntungan atau kerugian perniagaan . Dengan ini, pemilik telah membuat penelitian dan kajian kepada perbandingan harga dengan 2 pesaingan terdekat iaitu Kedai Basikal Ah Foong dan Kedai Basikal RG Zaff/ Pemilik telah meletakkan harga jualan basikal lebih rendah dibandingkandengan 2 pesaing terdekat supaya jualan basikal pemilik dapat menandingi pasaran. Bil Perkara Harga beli(seunit) Harga jualan (150% markup) 1 Basikal fixie RM150 RM225 2 Basikal gunung RM500 RM750 3 Basikal lipat RM800 RM1200 4 Basikal kanak-kanak RM80 RM120 JUMLAH RM1,530 RM2,295
27 6.2.2 Sasaran Jualan (Jan 2023 – Desember 2023) Jadual di bawah ialah jadual sasaran jualan produk dalam tempoh setahun iaitu daripada JanDec 2023. Peningkatan sasaran jualan Januari hingga Jun ialah sebanyak 150%. Berlaku peningkatan jualan pada bulan Julai hingga Desember iaitu sebanyak 180%. Bulan Kiraan Sasaran jualan ( RM ) Januari Harga belian = 30,600 30,600 x 150% 45,900 Februari Harga belian = 32,130 32,130 x 150% 48,195 Mac Harga belian = 33,736.50 33,736.50 x 150% 50,604.75 April Harga belian = 35,423.33 35,423.33 x 150% 53,135 Mei Harga belian = 37,194.50 37,194.50 + 150% 55,791.75 Jun Harga belian = 39,054.23 39,054.23 + 150% 58,581.35 Julai Harga belian = 42,959.65 42,959.65 + 180% 77,327.37 Ogos Harga belian = 50,770.49 50,770.49 + 180% 91,386.88 September Harga belian = 55,847.54 55,847.54 + 180% 100,525.57 Oktober Harga belian = 61,432.29 61,432.29 + 180% 110,578.12 November Harga belian = 67,575.52 67,575.52 + 180% 121,635.94 Desember Harga belian = 74,333.07 74,333.07 + 180% 133,799.53 JUMLAH 947,461.26
28 6.2.3 Sasaran untung Berikut adalah jadual anggaran sasaran untung bagi bulan Januari 2023 hingga Desember 2023. Jan = Jumlah jualan – Jumlah belian / 12 Februari – Desember = Sasaran untung Jan + 10% ( Feb+10% ……..) BULAN SASARAN UNTUNG Januari 22001.47 Februari 24201.62 Mac 26621.78 April 29283.95 Mei 32212.35 Jun 35433.59 Julai 38976.94 Ogos 42874.64 September 47162.10 Oktober 51878.31 November 57066.14 Desember 62772.76 JUMLAH 470485.65
29 6.2.4 Syer pasaran Syer pasaran tersebut adalah berdasarkan kepada prestasi jualan SZ Bicycle. SZ Bicycle dijangka menguasai syer pasaran 40% berbanding Kedai Basikal Ah Foong 25% dan Kedai Basikal RG Zaff 35% . Peratusan ini merupakan anggaran berdasarkan tahap penerimaan pelanggan dan jualan tahunan perniagaan masing-masing di mana jualan tahunan pesaing utama ialah RM 631610.59 manakala pesaing kedua ialah RM 421073.72. Namun begitu , dengan kelebihan yang ada pada perniagaan SZ Bicycle iaitu seperti harga yang berpatutan bagi setiap penghantaran produk dan khidmat selepas jualan yang disediakan oleh perniagaan SZ Bicycle ternyata kedai ini mampu menandingi dua pesaing terdekat di sekitar kawasan. NAMA PERNIAGAAN PERATUSAN SYER PASARAN (%) JUALAN TAHUNAN (RM) SZ Bicycle 40 947,461.26 Kedai Basikal Ah Foong 25 631610.59 Kedai Basikal RG Zaff 35 421073.72 JUMLAH SAIZ PASARAN 100 1,500,000.00 6.2.5 Sasaran Pelanggan Perniagaan SZ Bicycle telah mengenal pasti beberapa kumpulan sasaran pelanggan di sekitar lokasi perniagaan iaitu : ➢ Penduduk di kawasan perumahan Bercham. ➢ Pekerja-pekerja di sekitar Lotus Bercham dan Aeon Kinta City. ➢ Pelanggan kedai Pusat Pakaian UniQ dan Vismate Optometrist S2 yang berdekatan dengan kedai perniagaan. ➢ Guru-guru dan kakitangan SMK Jalan Tasek, SMK Bercham dan SK Tasek Dermawan.
30 7.0 RANCANGAN KEWANGAN 7.1 KEPERLUAN MODAL BELANJA JUMLAH BELANJA PENTADBIRAN RM42,500 BELANJA OPERASI RM41,640 BELANJA PEMASARAN RM200 BELANJA KEWANGAN RM30,000 JUMLAH RM114,340 KEPERLUAN MODAL JUMLAH KOS RM114,340 (-) MODAL AWAL 80000 KURANGAN RM34,340 BELANJA LUAR JANGKA RM15,660 JUMLAH PINJAMAN 50000 BELANJA PENTADBIRAN GAJI 12500 PERALATAN PEJABAT 30000 JUMLAH 42500 BELANJA OPERASI BELIAN STOK 30600 UTILITI 200 SEWA KEDAI 2500 PENDAHULUAN VAN 5000 BELANJA LAIN 3340 JUMLAH 41640 BELANJA PEMASARAN 200
31 Ansuran pinjaman Jumlah pinjaman RM50,000 Kadar faedah 4% Tempoh pinjaman 10 tahun (120 bulan) Faedah setahun RM2,000 Jumlah bulan pinjaman RM120 Faedah pinjaman sebulan RM167 Ansuran bulanan RM147
32 7.2 Penyata Kewangan Proforma 7.2.1 Penyata Aliran Tunai (1 tahun)
33 7.2.2 Penyata Pendapatan Proforma (1 tahun)
34 7.2.3 Kunci Kira-Kira (1 tahun)
35 8.0 PENUTUP Perniagaan SZ Bicycle dapat melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dengan meningkatkan kualiti produk bagi memenuhi kepuasan pelanggan . Oleh itu, bantuan pinjaman sebanyak RM80,000 diperlukan bagi pembelian beberapa buah mesin yang akan digunakan dalam proses pengeluaran minuman kesihatan . SZ Bicycle yakin dapat menguasai pasaran pada masa hadapan. Pemilik juga menghargai sumbangan teknologi yang sedia ada amat membantu dalam perkembangan Perniagaan SZ Bicycle . Hal ini dibuktikan dengan penggunaan Facebook dan Instagram yang mula dikenali dan mendapat publisiti daripada pengguna aplikasi tersebut . Selain itu, pemilik turut ingin merakamkan penghargaan terutamanya agensi-agensi kerajaan yang turut sama membantu golongan usahawan muda dalam menyediakan kursus-kursus yang dianjurkan. Dengan adanya kursus-kursus ini dapat menambahkan lagi ilmu dan meningkatkan kemahiran pemilik dalam menguruskan perniagaan dengan lebih cekap. Sasaran keuntungan yang menjadi matlamat utama Perniagaan SZ Bicycle ia bukan sahaja dapat mengembangkan lagi perniagaan sedia ada, malah pemilik dapat menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan masyarakat di kawasan setempat. Harapan pada masa hadapan agar SZ Bicycle ini akan menjadi perniagaan yang terkenal dan mempunyai cawangan di seluruh Ipoh Perak dalam tempoh 4 tahun akan datang .