The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK TUGASAN BERKUMPULAN 9
BML3083 (D)
SESI2 2022/2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Aida, 2023-06-11 03:09:42

SIMPULAN BAHASA TANGAN

EBOOK TUGASAN BERKUMPULAN 9
BML3083 (D)
SESI2 2022/2023

Keywords: SEMANTIK

SIMPULAN BAHASA "TANGAN" NURUL FAIZATUL HASHIMA BINTI ANIZAM NURUL SYAFIQAH BINTI AHMAD NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD AZME MURNI BINTI SAIDIN NURUL AIDA BINTI MOHD NOR RUDIN NURUL IZWANA BINTI MAT ALI


NURUL FAIZATUL HASHIMA BINTI ANIZAM NURUL SYAFIQAH BINTI AHMAD NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD AZME MURNI BINTI SAIDIN NURUL AIDA BINTI MOHD NOR RUDIN NURUL IZWANA BINTI MAT ALI ANALISIS LEKSIKAL TANGAN DALAM SIMPULAN BAHASA ANALISIS LEKSIKAL TANGAN DALAM SIMPULAN BAHASA


PRAKATA الحمد لله رب العالمين والصالة والسالم عىل رسول المصطفى أشرف األنبياء والمرسلين وعىل آله وصحبه وسلم. أما بعد Segala puji kepada Allah SWT atas kurniaanNya dalam memudahkan proses penerbitan buku ini daripada mula hingga akhir dengan jayanya. Di mana, penerbitan buku ini telah dapat disiapkan dengan sebaiknya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Penerbitan buku ini adalah untuk dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dalam menjelaskan analisis leksikal berdasarkan simpulan bahasa menggunakan Teori Relevans. Kajian ini juga memainkan peranan penting dalam sesebuah penyelidikan kerana dapat menekankan aspek yang ingin dicapai dalam menguasai makna simpulan bahasa yang dikaji. 1


Adanya kajian seperti ini, dapat dijadikan sebagai rujukan contoh kepada pengkajipengkaji lain yang ingin mengkaji berkaitan bidang analisis leksikal ini pada masa akan datang. Kita dimaklumkan bahawa simpulan bahasa adalah perkara yang penting untuk semua individu mengetahui dan diterapkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, simpulan bahasa ini mungkin tidak dapat diterapkan sepenuhnya oleh individu terutamanya para pelajar. Hal ini kerana, terdapat maksud tersirat di sebalik simpulan bahasa yang ada sehingga menyebabkan timbul kekeliruan dan ketidakpastian dalam kalangan pelajar mahupun individu dalam memahami maksud simpulan bahasa tersebut. Dalam hal ini, kajian ini ingin dikaji sepenuhnya oleh pengkaji untuk memastikan pelajar mahupun individu untuk dapat memudahkan kefahaman mereka dalam menguasai simpulan bahasa dengan sebaiknya. 2


Melalui kajian ini juga, teori yang digunakan sangat memainkan peranan yang besar dalam menganalisis sesuatu leksikal dan pengkaji sepakat untuk menggunakan teori relevans bagi melihat makna sebenar simpulan bahasa. Oleh yang demikian, kajian ini akan menghuraikan analisis leksikal tangan dalam simpulan bahasa yang dipilih secara berperingkat dan diikuti dengan contoh yang diberikan. Oleh itu, kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pengkaji lain mahupun kepada pembaca juga dan dapat memahami analisis makna leksikal tangan dalam simpulan bahasa dengan mudah. Akhir kata, semoga penerbitan buku ini dapat digalakkan dan digunakan dengan sebaik mungkin untuk sama-sama pengkaji berkongsi idea, pendapat, maklumat dan kefahaman sebagai persediaan bahan bagi kajian-kajian yang akan dibuat pada masa akan datang. 3


Kajian ini juga memainkan peranan penting dalam sesebuah penyelidikan kerana dapat menekankan aspek yang ingin dicapai dalam menguasai makna simpulan bahasa yang dikaji. Adanya kajian seperti ini, dapat dijadikan sebagai rujukan contoh kepada pengkaji-pengkaji lain yang ingin mengkaji berkaitan bidang analisis leksikal ini pada masa akan datang. 4


ISI KANDUNGAN Prakata ......................................................... 1 Isi Kandungan ............................................. 5 Penulis ......................................................... 6 Penghargaan ............................................... 8 Pengenalan .................................................. 10 Bab 1 Objektif Kajian .............................................. 13 Soalan Kajian ............................................... 14 Bab 2 Teori Relevans .............................................. 16 Bab 3 Simpulan Bahasa Melayu ............................ 19 Makna Implisit .............................................. 21 Analisis Makna ............................................. 22 Kesimpulan ................................................. 42 Bibliografi .................................................... 43 5


PENULIS NURUL FAIZATUL HASHIMA BINTI ANIZAM, PELAJAR SEMESTER 6 DALAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. NURUL SYAFIQAH BINTI AHMAD, PELAJAR SEMESTER 6 DALAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD AZME, PELAJAR SEMESTER 6 DALAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 6


MURNI BINTI SAIDIN, PELAJAR SEMESTER 6 DALAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. NURUL AIDA BINTI MOHD NOR RUDIN, PELAJAR SEMESTER 6 DALAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. NURUL IZWANA BINTI MAT ALI, PELAJAR SEMESTER 6 DALAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 7


PENGHARGAAN Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kami dapat menghasilkan e-book ini. Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Husna Faredza binti Muhammad Redzwan, selaku pensyarah, di atas segala nasihat , bimbingan, serta panduan yang telah diberikan kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada rakan sepejuangan kerana memberikan komitmen yang begitu baik sepanjang menyiapkan tugasan ini. Kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. 8


Pada kesempatan ini juga, kami ingin berterima kasih kepada keluarga tercinta atas segala dorongan, galakan, dan pengorbanan yang diberikan selama ini. Akhir sekali, kami merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai. Sebelum kami mengundur kata, terimalah serangkap pantun, Kuning emas masaknya padi, mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan. 9


Tahukah semua apa itu semantik? Istilah semantik memainkan peranan dalam menentukan dan menetapkan erti dalam sesuatu bahasa dengan menggunakan tatabahasa yang bersesuaian. Selain itu, istilah semantik juga dimaksudkan sebagai penelitian makna kata dalam bahasa tertentu menurut sistem pergolongan. Oleh itu, boleh dikatakan semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna, dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Apa pula yang dimaksudkan dengan pragmatik? Bidang pragmatik pula ialah kajian yang mengkaji bagaimana ujaran mendapat makna apabila digunakan dalam keadaan tertentu. Dengan kata lain, bidang pragmatik adalah satu kajian tentang perhubungan antara lambang-lambang dengan pentafsir lambang-lambang tersebut. oleh itu, pragmatik merupakan bidang kajian dalam linguistik yang mempunyai kaitan dengan bidang semantik dan kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. 10


Kajian ini menganalisis leksikal "tangan" yang terdapat dalam simpulan bahasa iaitu bekas tangan, naik tangan, gatal tangan, angkat tangan dan juga tangan terbuka. Kajian ini juga akan menganalisis dengan lebih mendalam tentang leksikal tangan dalam simpulan bahasa dari segi makna kamus, makna implisit dan juga menggunakan teori relevan . oleh itu, kajian ini akan memberi sandaran dan garapan idea kepada kajian yang akan dilakukan pada masa akan datang dan turut membantu dalam penyelidikan berkaitan topik ini. Apakah yang terdapat dalam kajian ini? 11


BAB 1 12


Menganalisis makna simpulan bahasa Melayu terpilih dengan mengaplikasikan teori Relevans. Mengenal pasti simpulan bahasa masyarakat Melayu yang mengandungi imej perlambangan tangan. OBJEKTIF KAJIAN OBJEKTIF KAJIAN 13


Bagaimanakah teori Relevans dapat mengintepretasikan makna simpulan bahasa Melayu dipilih ? Apakah simpulan bahasa masyarakat Melayu yang mengandungi imej perlambangan tangan? SOALAN KAJIAN SOALAN KAJIAN 14


BAB 2 HMM.. APAKAH TEORI YANG BOLEH BANTU SAYA MENEROKA MAKNA SIMPULAN BAHASA? 15


TEORI RELEVAN Teori Relevan merupakan suatu andaian yang dibuat oleh pendengar atau penerima maklumat berkaitan sesuatu konteks bagi menimbulkan maksud. Teori relevans telah dicadangkan oleh Sperber dan Wilson (1986) bagi menggantikan teori Grice. Komponen kognitif dari teori relevan ini merupakan proses kognisi untuk mendapatkan informasi yang relevan. Teori ini menekankan aspek perbualan lisan, kesan poetik, dimensi penggunaan bahasa dari segi deskriptif dan interpretif, ujaran literal, metafora, ujaran gemaan, ironi dan juga pertuturan. Secara amnya, teori ini menekankan bentuk komunikasi yang dapat difahami antara penutur dan pendengar. Jelasnya, untuk menetapkan pendefinisian juga terdapat banyak masalah. Oleh itu, teori relevans dapat membantu proses pentakrifan makna. 16


Kerelevanan sesuatu makna yang hendak diketengahkan amat penting bagi memastikan pembaca puas dengan maklumat yang diberikan. Selaras dengan prinsip relevan " Semakin tinggi kesan konteks maka akan semakin relevan semua maklumat. Semakin rendah usaha memproses maklumat maka akan semakin relevan sesuatu maklumat" Secara amnya, teori ini menekankan bentuk komunikasi yang dapat difahami antara penutur dan pendengar. Maklumat ini perlu dihadkan dengan usaha memproses maklumat tambahan. Usaha memproses maklumat akan menyekat segala maklumat yang sukar dan yang bakal menjadikan definisi itu tidak relevan. Teori relevans yang menekankan konteks, kesan konteks dan usaha memproses maklumat boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan makna yang dikehendaki. 17


BAB 3 JOM MENEROKA MAKNA SIMPULAN BAHASA 18


Mengenal pasti simpulan bahasa masyarakat Melayu yang mengandungi imej perlambangan tangan. Kajian berbentuk kualitatif sepenuhnya telah diaplikasikan dengan menggunakan data sekunder yang melibatkan sejumlah Simpulan bahasa Melayu yang berkaitan dengan anggota tubuh badan. Selepas melaksanakan pembacaan yang autentik, pengkaji telah menyenaraikan 24 data berkaitan dengan Simpulan bahasa (SB) berimej tangan. Jadual 1 menunjukkan bahawa dapatan data yang dipetik secara persampelan bertujuan dikesan dalam Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima susunan Mohd. Tajuddin Abd. Rahman (2017). 19


Walau bagaimanapun, sebagai batasan kajian ini pengkaji telah memfokuskan tema yang tertinggi dalam Simpulan bahasa berimej “tangan”. Berdasarkan data yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa tema “Perlakuan, sikap dan perbuatan” merupakan tema yang paling tinggi berbanding tema “Hal-hal kehidupan” , “Untung, nasib dan sia-sia” , “Hal pemerintahan dan adat negeri” , “Ilmu pengetahuan dan pelajaran” serta “Keadaan dan perbandingan”. Jadual 1 20


Mengenal pasti simpulan bahasa masyarakat Melayu terpilih dengan mengaplikasikan teori Relevans Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna implisit merupakan makna yang dinyatakan secara tidak langsung atau tidak terangterangan, tersirat. Di mana, dengan lebih jelas makna implisit ini adalah bersifat tersirat yang memerlukan sedikit maklumat berdasarkan makna tersebut. Menurut Noor Azmira (2015), pemahaman makna tersirat bermaksud memahami maksud dalaman (tersirat) sesuatu ujaran iaitu maksud yang berbeza dari makna linguistik atau teks. Makna implisit ini adalah merupakan kesan kognitif yang mampu mewujudkan makna tersirat atau andaian implisit berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid (Norulwidad, Abdul Rasid & Arif, 2023). MAKNA IMPLISIT 21


BEKAS TANGAN bekas tangan Bahagian anggota tubuh dari siku sampai ke hujung jari; bahagian anggota tubuh daripada pergelangan tangan sampai ke hujung jari (Kamus Pelajar edisi Kedua, 2015). tanda-tanda yang ditinggalkan; pukulan, kesan, sesuatu yang pernah terjadi, luka parut; tempat menyimpan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat). MAKNA: hasil buatan sendiri hasil kerja tulisan tangan pukulan 1. 2. 3. 4. 22


Maksud SB ini memberitahu bahawa sesuatu benda itu adalah hasil daripada usaha seseorang membuatnya sendiri tanpa bantuan orang lain. Bagi membuktikan makna SB ini dalam linguistik, pendekatan RRS telah diaplikasikan. Data yang diperoleh daripada Pangkatan Data Korpus DBP berikut merupakan bukti makna SB ini : Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bekas membawa maksud tanda-tanda yang ditinggalkan, pukulan, kesan, sesuatu yang pernah terjadi atau tempat menyimpan sesuatu. Manakala, tangan pula bermaksud bahagian anggota tubuh dari siku sampai ke hujung jari; bahagian anggota tubuh daripada pergelangan tangan sampai ke hujung jari (Kamus Pelajar edisi Kedua, 2015). Oleh itu, simpulan bahasa yang dipilih iaitu “bekas tangan” membawa maksud hasil kerja, hasil buatan sendiri, tulisan tangan atau pukulan. 23


Nenek Kebayan masa itu jarang-jarang lagi pergi ka-desa, terkadang-kadang tiga atau empat hari baharu-lah ia pergi dengan menjunjong bakul-nya yang berisi bukan sahaja karangan atau gubahan-gubahan bunga, tetapi juga barang-barang sulaman bekas tangan Si-Melor yang sangat indah-indah buatan-nya itu. Petikan di atas tersebut diperoleh daripada data korpus DBP berdasarkan teks sastera Batu Belah Batu Bertangkup (1963). Petikan tersebut telah menunjukkan penggunaan yang betul berkaitan dengan SB yang dianalisis. Terdapat maklumat tambahan yang menjadi pengukuhan SB dalam ayat tersebut. Frasa “gubahan-gubahan bunga” menunjukkan hasil menyusun atau mengatur bunga menjadi seuatu bentuk yang menarik. Manakala bagi frasa “buatan-nya” membawa maksud sesuatu perkara hasil usaha seseorang. Oleh itu simpulan bahasa “bekas tangan” yang digunakan dalam petikan tersebut membawa maksud hasil buatan sendiri atau hasil kerja Si Melor dalam mengubah bunga dan membuat barang sulaman yang cantik-cantik. 24


Berdasarkan TR, pengkaji mendapati bahasa SB yang digunakan bersama maklumat tambahan sebagai pengukuhan dalam ayat tersebut memudahkan pembaca untuk memahami makna implisit SB tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, analisis menggunakan TR dapat membantu pembaca memahami sesuatu konteks. Menurut Spenber dan Deirdre Wilson (2004) TR ini didefinisikan sebagai percubaan untuk menjelaskan secara terperinci makna konteks yang di sampaikan oleh seseorang penutur itu. Oleh itu, keadaan ini akan menyebabkan kurang usaha memproses maklumat apabila pembaca mahupun individu mengetahui makna sebenar SB "bekas tangan". Teori Relevans juga menyatakan bahasa semakin tinggi kesan konteks yang diperoleh, maka semakin kurang usaha dalam memproses maklumat yang diperlukan. Disini dapat dilihat bahawa penyataan tersebut sangat relevan terhadap konteks ini. 25


NAIK TANGAN Naik Tangan Bergerak ke atas (asap), atau ke udara. (Kamus Bahasa Melayu) Bahagian anggota tubuh dari siku sampai ke hujung jari; bahagian anggota tubuh daripada pergelangan tangan sampai ke hujung jari (Kamus Pelajar edisi Kedua, 2015). MAKNA: Suka memukul orang Baran 26


Menurut Kamus Dewan Bahasa Melayu, naik bermaksud bergerak ke atas (asap), atau ke udara. Manakala, tangan pula bermaksud bahagian anggota tubuh dari siku sampai ke hujung jari; bahagian anggota tubuh daripada pergelangan tangan sampai ke hujung jari (Kamus Pelajar edisi Kedua, 2015). Berdasarkan simpulan bahasa yang dipilih iaitu “naik tangan” membawa maksud suka memukul orang. Simpulan bahasa ini dapat juga dikelaskan dalam aspek sikap dan perbuatan yang dilakukan di luar jangkaan. Bagi membuktikan makna simpulan bahasa tersebut dalam linguistik mengikut konteks, data telah diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus DBP dan pendekatan RRS juga diaplikasikan. Encik Romi seorang yang tidak sabar, mudah marah dan gemar naik tangan terhadap anak-anaknya apabila mereka melakukan masalah walaupun masalah yang kecil. 27


Berdasarkan ayat di atas, terdapat dua maklumat tambahan bagi memudahkan interpretasi makna sebenar yang dihajati. Frasa seperti “tidak sabar” dan “mudah marah” telah menjadik rujukan kepada pengkaji mengenai makna sebenar simpulan bahasa “naik tangan” ini. Frasa “tidak sabar” merujuk kepada perilaku seseorang yang tidak sabar atau tidak boleh dibawa untuk berbincang. Semua keputusan akan berada di pihaknya. Manakala bagi frasa “mudah marah” pula membawa maksud perasaan seseorang yang panas hati akibat daripada sesuatu perkara yang tidak disukai olehnya berlaku. Seterusnya, simpulan bahasa “naik tangan” merujuk kepada anak-anak Encik Romi yang melakukan masalah walaupun masalah yang kecil dan menimbulkan amarah Encik Romi sehingga menyebabkan beliau memukul anak-anaknya. 28


Berdasarkan kepada teori relevans, pengkaji mendapati bahawa jika kesan sesebuah konteks itu tinggi, maka usaha untuk memproses maklumat yang diperlukan semakin kurang. Oleh itu, relevanlah sesebuah ujaran itu. Berdasarkan teori ini, pembaca dapat memahami dengan lebih jelas dan mudah mengenai maksud simpulan bahasa “naik tangan”. Hal ini kerana, kesan konteks bagi pemahaman pembaca atau seseorang individu itu adalah tinggi dan menyebabkan kurang usaha dalam memproses maklumat. Keadaan ini berlaku kerana pembaca mengetahui maksud peribahasa tersebut iaitu suka memukul orang. 29


GATAL TANGAN Berasa tidak enak pada kulit hingga menimbulkan keinginan untuk menggaru disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk dan sebagainya. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Bahagian anggota tubuh dari siku sampai ke hujung jari; bahagian anggota tubuh daripada pergelangan tangan sampai ke hujung jari (Kamus Pelajar edisi Kedua, 2015). MAKNA: Suka melakukan perkara yang bukan-bukan 30 Gatal Tangan


Berdasarkan SB yang dipilih iaitu “gatal tangan” yang membawa maksud kepada suka melakukan perkara yang bukan-bukan. Maksud SB ini lebih kepada memberitahu bahawa seseorang yang suka melakukan perkara yang bukan-bukan di luar jangkaan. Oleh yang demikian, simpulan bahasa ini dapat juga dikelaskan dalam aspek sikap dan perbuatan yang dilakukan di luar jangkaan. Bagi membuktikan makna SB tersebut iaitu “gatal tangan” dalam linguistik mengikut konteks, berdasarkan data yang diambil dan diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus DBP. Dalam pada itu, pendekatan RRS diaplikasikan sekali. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gatal ialah berasa tidak enak pada kulit hingga menimbulkan keinginan untuk menggaru disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk dan sebagainya. Manakala, makna bagi perkataan tangan pula ialah bahagian anggota tubuh dari siku sampai ke hujung jari, bahagian anggota tubuh daripada pergelangan tangan sampai ke hujung jari (Kamus Pelajar edisi Kedua, 2015). Oleh yang demikian, dua perkataan tersebut iaitu ‘gatal’ dan ‘tangan’ yang merupakan simpulan bahasa. Daripada itu, makna bagi simpulan bahasa “gatal tangan” ialah suka melakukan perkara yang bukan-bukan. 31


Yang menjadi persoalan, apakah mereka yang "gatal tangan" ini puas dan berbangga kerana mampu mencetuskan suasana panik di kalangan orang ramai selepas menyebarkan khabar angin berkenaan? Berdasarkan ayat yang diperoleh dari data korpus DBP di atas telah menjelaskan bahawa ayat tersebut berkaitan dengan situasi SB yang dianalisis. Oleh yang demikian, terdapat maklumat tambahan yang menjadi pengukuhan dalam ayat tersebut. Hal ini kerana, maklumat tersebut dapat memberikan kefahaman pada ayat yang ingin disampaikan. Jadi, terdapat dua maklumat tambahan bagi memudahkan interpretasi makna sebenar yang dikuasai. Sebagai contoh, frasa seperti ‘puas’ , dan ‘mencetuskan’ telah menjadi satu pengukuhan sebagai rujukan pengkaji bagi memahami makna sebenar SB ini. Frasa ‘puas’ merujuk kepada berasa senang kerana sudah mendapat secukup-cukupnya manakala frasa ‘mencetuskan’ memberi maksud kepada menimbulkan sesuatu melalui keadaan, peristiwa, perasaan dan lain-lain lagi. 32


Daripada itu, SB "gatal tangan" ini merujuk kepada seseorang yang suka melakukan perkara yang bukan-bukan di luar jangkaan yang sangat berkaitan dengan ayat di atas di mana mereka yang gatal tangan ini puas dan berbangga dengan perbuatan yang dibuat sehingga mampu mencetuskan suasana panik di kalangan orang ramai selepas menyebarkan khabar angin berkenaan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ayat tersebut menunjukkan situasi sebenar makna SB “gatal tangan” seterusnya dapat memberikan makna sebenar perbuatan yang bukan-bukan dilakukan oleh seseorang di luar jangkaan. Berdasarkan teori relevans, pengkaji dapat menganalisis bahawa SB ini dapat difahami oleh pembaca ataupun individu. Hal ini kerana, analisis TR dapat membantu untuk memahami ayat tersebut dengan lebih mudah kerana memberi kesan konteks yang tinggi terhadap pemahaman pembaca. Oleh itu, keadaan ini akan menyebabkan kurang usaha memproses maklumat apabila pembaca mahupun individu mengetahui makna sebenar SB “gatal tangan”. Menurut Nur Afiqah & Nor Hashimah (2016), teori semantik yang banyak membincangkan komunikasi dan kognisi adalah teori Relevans dengan melihat bagaimana bahasa kiasan yang bersifat implisit itu dapat ditafsir dan difahami maknanya. Kita dimaklumkan juga bahawa dalam TR di mana semakin tinggi kesan konteks yang diperoleh, maka semakin kurang usaha dalam memproses maklumat yang diperlukan. Maka semakin relevanlah ujaran tersebut. 33


ANGKAT TANGAN MAKNA: ANGKAT Tangan Bahagian anggota tubuh dari siku sampai ke hujung jari; bahgaian anggota tubuh daripada pergelangan tangan sampai ke hujung jari (Kamus Pelajar edisi Kedua, 2015). Meninggikan, menaikkan ke atas (Kamus Dewan Edisi keempat). Menyerah kalah 34


Menurut Kamus Dewan edisi keempat, angkat membawa maksud meninggikan atau menaikkan ke atas. Manakala tangan pula menurut kamus Pelajar Edisi Kedua(2015), tangan bermaksud bahagaian anggota tubuh dari siku sampai ke hujung jari atau bahagian anggota tubuh daripada pergelangan tangan sampai ke hujung jari. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, angkat tangat membawa dua makna yang berbeza mengikut konteks iaitu mengangkat sebelah tangan ke atas untuk menunjukkan diri. Manakala makna lain ialah mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas tanda menyerah. Bagi membuktikan makna angkat tangan, data daripada Pangkalan data korpus DBP telah diambil. . "Angkat tangan siapa yang belum menyiapkan kerja yang cikgu berikan!” arah Cikgu Imran 35


Berdasarkan ayat diatas, jelas menunjukkan makna angkat tangat dalam konteks ayat tersebut menunjukkan makna tersurat atau secara terus iaitu mengangkat sebelah tangan ke atas untuk menunjukkan diri agar dapat dilihat oleh Cikgu Imran sekiranya masih ada murid beliau yang belum menyiapkan kerja diberinya. Namun demikian, angkat tangan juga mempunyai makna implisit berdasarkan SB yang dipilih iaitu "angkat tangan" yang membawa maksud menyerah kalah. Maksud SB ini merujuk kepada perlakuan seseorang yang mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas tanda menyerah. Oleh yang demikian, SB ini juga dikelaskan dalam aspek sikap dan perbuatan. Bagi membuktikan makna SB "angkat tangan" dalam lingusitik mengikut konteks, berdasarkan data yang diambil dan diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus DBP. Dalam pada itu, pendekatan RRS juga diaplikasikan. 36


"Jangan bergerak! Angkat tangan! Jika ada yang melawan nanti akan kami tembak. Kamu sudah dikepung. Jangan cuba melarikan diri!" perintah Inspektor Zul. Seorang rakan penjahat tadi cuba melarikan dirinya. Berdasarkan ayat yang diperoleh dari data korpus DBP di atas telah menjelaskan bahawa ayat tersebut berkaitan dengan situasi SB yang dianalisis. Oleh yang demikian, terdapat maklumat tambahan yang menjadi pengukuhan dalam ayat tersebut. Hal ini kerana, maklumat tersebut dapat memberikan kefahaman pada ayat yang ingin disampaikan. Jadi, terdapat maklumat tambahan bagi memudahkan interpretasi makna sebenar yang dikuasai. Sebagai contoh, frasa seperti ‘sudah dikepung’ telah menjadi satu pengukuhan sebagai rujukan pengkaji bagi memahami makna sebenar SB ini. 37


Frasa tersebut menunjukkan agar penjahat menyerah kalah kerana mereka telah dikepung oleh polis. Penjahat diarahkan untuk angkat tangan tanda menyerah kepada pihak polis. Berdasarkan teori relevans, pengkaji dapat menganalisis bahawa SB ini dapat difahami oleh pembaca ataupun individu. Hal ini kerana, analisis TR dapat membantu untuk memahami ayat tersebut dengan lebih mudah kerana memberi kesan konteks yang tinggi terhadap pemahaman pembaca. 38


TANGAN TERBUKA Tangan terbuka Bahagian anggota tubuh dari siku sampai ke hujung jari; bahgaian anggota tubuh daripada pergelangan tangan sampai ke hujung jari (Kamus Pelajar edisi Kedua, 2015). timbul keinginan untuk melakukan sesuatu dengan murah hati, senang hati atau rasa gembira dan tidak terhad kepada orang tertentu sahaja (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007) Orang yang bermurah hati atau suka menolong orang lain MAKNA: 39


Berdasarkan ayat di atas, terdapat dua maklumat tambahan bagi memudahkan interpretasi makna sebenar yang dihajati. Frasa seperti “bersalah” dan “diterima” telah menjadi rujukan kepada pengkaji bagi memahami makna sebenar SB ini. Frasa “bersalah” merujuk kepada muhasabah diri atau didapati melakukan perkara yang negatif manakala frasa “diterima” memberi maksud perbuatan mengambil sesuatu. Seterusnya, tangan terbuka” pula merujuk kepada ibu bapa dan kedua-dua adik perempuan Bennabi yang menerima kepulangannya yang sudah lama tidak pulang kerana rasa Bagi membuktikan makna simpulan bahasa tersebut dalam linguistik mengikut konteks, data diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus DBP. Di sini, pendekatan RRS diaplikasikan. Bennabi berasa bersalah terhadap kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh keluarganya, tetapi apabila dia balik pada musim bunga tahun 1932, selepas dua tahun tidak bertemu mereka, dia diterima dengan ***tangan terbuka*** oleh keduadua ibu bapanya dan kedua- dua adik perempuannya. 40


bersalah terhadap perbuatannya terhadap keluarga. Secara langsung dapat memberikan makna perbuatan seseorang iaitu bermurah hati menerima atau memaafkan. Menurut teori relevans, semakin tinggi kesan konteks yang diperoleh, maka semakin kurang usaha memproses maklumat yang diperlukan. Maka semakin relevanlah ujaran tersebut. Berdasarkan teori ini, pembaca memahami dengan jelas maksud SB 'tangan terbuka'. Dalam erti kata lain, kesan konteks bagi pemahaman pembaca terhadap peribahasa ini adalah tinggi. Keadaan ini menyebabkan kurang usaha memproses maklumat kerana pembaca tahu makna peribahasa tersebut sebagai salah satu menerima sepenuh hati. 41


KESIMPULAN Kesimpulannya, Teori Relevans yang diaplikasikan oleh penulis telah berjaya mengintepretasikan makna sebenar simpulan bahasa yang mengandungi leksikal tangan yang menggambarkan tentang perlakuan, sikap dan perbuatan manusia dalam kehidupan seharian. Simpulan bahasa merupakan warisan negara yang tidak ternilai dan wajib dipelihara. Oleh itu, kerjasama semua pihak dalam memartabatkan peribahasa adalah satu inisiatif yang bijak untuk generasi akan datang. Diharapkan semoga buku yang ditulis ini boleh menjadi rujukan dan informasi kepada pembaca tentang keindahan simpulan bahasa Melayu. 42


BIBLIOGRAFI Abdullah Hussain, (2005). Simpulan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hussain, (1996). Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Bena Yusuf Pelawi. (2009). Aspek Semantik Dan Pragmatik Dalam Penerjemahan. Jurnal Lingua Cultura. Vol.3 Jilid 2. 146-151. Deidre Wilson & Dan Spenber (2004). Relevance Theory. In L. R. Horn & G. Ward (eds.), The Handbook of Pragmatics. (Blackwell), 607-632. From https://www.dan.sperber.fr/?p=93. Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Nur Afiqah Wan Mansor & Nor Hashimah Jalaluddin. (2016). Makna Implisit Bahasa Kiasan Melayu: Mempertalikan Komunikasi, Kognisi Dan Semantik. Retrieved Jun 5, 2023, from http://journalarticle.ukm.my/10477/1/14742-40629-1- SM.pdf. 43


Mary Fatimah Subet & Sufatimah. (2018). Analisis Teori Relevans Dalam Metafora. Jurnal Bahasa. 18(1), 159-188. Noor Azmira Binti Mohamed. (2015). Pemahaman Makna Tersirat Dalam Interaksi Kanak-Kanak Prasekolah. Ph.D Dissertation, Universiti Malaya. Norulwidad Zakaria, Abdul Rasid Jamian & Ariff Mohamad. (2023). Analisis Teori Relevans: Perwatakan, Nilai dan Pengajaran dalam Novel Jalan Ke Puncak Karya Juri Durabi. Retrieved Mei 29, 2023, from Bena Yusuf Pelawi. (2009). Aspek Semantik Dan Pragmatik Dalam Penerjemahan. Jurnal Lingua Cultura. Vol.3 Jilid 2. 146-151.. 44


Click to View FlipBook Version