KEPENTIGAN AMALAN MEMBACA KEPADA
MASYARAKAT
Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini,isu amalan membaca kerap
kali terpampang di dada-dada akhbar atau media elektronik.Isu amalan
membaca ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-
warung kopi,di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat
perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat.Persoalannya, apakah
kepentigan isu ini kepada kita?kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu
ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan
pendapat.Pepatah Melayu ada menyatakan seikat bak sirihdan
serumpun bak serai.Hal ini menggambarkan perlunya kesepaduan idea
untuk kita memikirkannya.Kepentingan amalam membaca dalam
kalangan masyarakat ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
Amalan membaca dalam kalangan masyarakat akan mendatangkan
pelbagai faedah terhadap diri kita.Oleh itu, semua lapisan masyarakat
haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca
Jambatan Ilmu.Pada pendapat saya, satu daripada kepentingan amalan
membaca adalah seseorang dapat menambahkan ilmu pengetuan.Hal ini
kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan
pengetahuan tentang kehidupan harian yang tetrdapat dalam di dalam
buku,majalah dan surat khabar.Oleh itu, ibu bapa haruslah membeli
bahan bacaan untuk anak anak mereka.Terdapat banyak jenis bahan
bacaan buku di dalam pasaran.Dengan membaca sesesorang dapat tahu
banyak info dan juga boleh menambahkan ilmu kita.Ia akan membantu
kita mencapai kejayaan kerana bangsa membaca bangsa berjaya.Maka
sudah terang lagi bersukuh, satu daripada kepentingan amalan
membaca adalah dapat memupuk nilai murni seseorang.
Selain itu, amalan membaca dapat membantu pelajar lulus dengan
keputusan yang cemerlang.Hal ini ini demekian kerana pembacaan
bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan tentang
sesuatu mata pelajaran.Sebagai contohnya,Bahasa Melayu,Bahasa
Ingggeris , Ekonomi dan Sejarah.Mata pelajaran tersebuat sebanarnya
memerlukan pembacaan yang luas kerana kita akan dapat banyak
maklumat atas isu semasa yang amat berguna dalam penulisan
esei.Pembacaan boleh dilakaukan di perpustakaan mahupun di
rumah.Pendek kata,pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin
membaca.Oleh itu,semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat
membaca sebagai rutin harian agar mendapat keputusan yang
cemerlang.
Di samping itu, amalan membaca juga dapat memenuhi masa lapang
kita. Masa lapang kita perlulah diisi dengan perkara yang berfaedah
kerana masa itu emas.Kita boleh menjadikan amalan membaca ini
sebagai hobi.Sebagai contohnya,pada waktu lapang mambaca buku di
perpustakaan awam atau mambaca buku ketika menunggu bas.Sebagai
menggulung segalanya ialah sebagai individu yang bermoral atau
berdisiplin haruslah mengutamakan masa mereka seharusnya mengisi
masa dengan amalan membaca.Seorang toloh perancis yang bernama
Francis Bacon pernah mengatakan bahawa ilmu ialah kuasa.Jadi kita
perlulah dijadikan sebagai mantra dalam kehidupan harian kita.
Kesimpulannya,ternyatalah isu amalan membaca dlam kalangan
masyarakat memberikan natijah yang baik kepada diri kita juga
masyarakat.Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam
membincangkan isu ini .Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi
pendapat dalam isu ini,saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati
bersama.Peptah Melayu ada menyatakan bulat air kerana
pembetong ,bulat manusia kerana muafakat.Semoga kita akan terus
menyokong isu amalan membaca dalam kalangan masyarakat ini dan
secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran
matang untuk terus mambangunkan negara.