The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiranatashaf016, 2021-04-12 01:27:16

Pendapat Ulama Tentang Perkahwinan Kanak-kanak.

I'm dreaming of a

Pengenalan

·- Isu seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11
tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang berusia
41 tahun telah mendapat liputan hangat di media
massa. Menurut data yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat pada tahun 2016, sebanyak 6268
permohonan perkahwinan bawah umur yang
diluluskan oleh mahkamah Syariah di seluruh negara
dalam tempoh 2010-2015.Ramai pengkaji
menganggap jumlah ini adalah satu hal yang
membimbangkan kerana tiada garis panduan khusus
bagi Hakim Syarie untuk mempertimbangkan; sama
ada menolak atau meluluskan suatu permohonan
perkahwinan bawah umur ini.

-Ramai tokoh politik utama negara, agamawan,
cendekiawan, tokoh undang-undang dan lain-lain juga
memberi pelbagai pendapat dan hujah sama ada
boleh atau tidak dan juga kewajarannya. Hal ini
menjadikan seolah-olah perbahasan ini tiada titik
penghujungnya. Kepada yang menyokong, maka
mereka mendatangkan pelbagai hujah untuk
mengharuskan bahkan mewajarkannya. Begitulah
sebaliknya, ramai juga yang menentang dengan hujah
dan alasan masing-masing.

- Kami mengambil cakna dan prihatin berkaitan isu ini
dan sedaya upaya cuba memberikan ulasan menurut
perspektif Syarak dengan mengambil kira pelbagai
pandangan yang dikemukakan oleh para fuqaha silam
dan kontemporari, pakar-pakar perubatan, pengamal
undang-undang, serta beberapa tokoh yang lain.

- Justeru kami merasa terpanggil untuk mengemukakan
sebuah jawapan melalui Bayan Linnas pada kali ini
yang kami tajukkan Perkahwinan Kanak-Kanak
Mengikut Perspektif Syariah. Insya Allah kami cuba
mengupas bukan hanya daripada perspektif fiqh yang
teknikal sahaja tetapi juga cuba memahami aspek yang
lebih kontekstual seperti sosiologi dan undang-undang.

- Kami juga cuba membawa perbahasan isu ini agar
tidak terikat kepada mana-mana kes tertentu,
sebaliknya cuba memandu perbahasan agar isu ini
dikupas secara ilmiah dan rasional dengan melihat
pandangan syarak secara keseluruhan di samping
mengambil kira soal ‘uruf, timbang tara maslahah, fiqh
ma’alaat al-af’aal (implikasi perbuatan pada masa
mendatang), dan selainnya.

- Semoga pencerahan kali ini memberi manfaat
kepada kita semua dan membuka jalan penyelesaian
yang terbaik.

- Ianya menghuraikan terlebih dahulu berkenaan
definisi kanak-kanak yang disinonimkan dengan
individu bawah umur atau di dalam bahasa arabnya
disebut al-Sighaar (‫)اﻟﺼﻐﺎر‬.

- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “kanak-kanak”
bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih
kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7
atau 8 tahun). Manakala istilah “remaja” pula merujuk
kepada seseorang yang mulai dewasa, sudah akil
baligh, dan sudah cukup umur untuk berkahwin.
Manakala dalam Seksyen 2 (1) Akta Kanak-Kanak 2001
menyebutkan bahawa kanak-kanak adalah: Ertinya
seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun.
[Rujuk Akta 611 (Akta Kanak-Kanak 2001).

- Daripada sudut bahasa Arab, Ibn Manzhur di dalam
kitabnya Lisan al-Arab menyebut: Al-Sighar (‫ )اﻟﺼﻐﺎر‬dari
sudut bahasa bermaksud: Kurang saiznya atau kurang
umurnya maka dia adalah saghir (kecil). Ia adalah
perkataan yang berlawanan dengan besar. Manakala
dari sudut istilah, ia membawa maksud: Suatu ciri yang
dikaitkan dengan seorang manusia semenjak
kelahirannya sehinggalah dia bermimpi (baligh). (Lihat
Kasyf Al-Asrar oleh al-Bazdawi, 4/1358).

- Berdasarkan definisi dan takrif yang dinyatakan di
atas, jelas kepada kita bahawa terdapat perbezaan
dalam memahami apakah yang dimaksudkan dengan
kanak-kanak. Kadang-kadang ia difahami sebagai umur
seseorang di bawah tujuh atau lapan tahun, dan
terkadang di bawah paras umur lapan belas tahun.
Manakala daripada sudut tradisi Islam, takrifnya lebih
konsisten dengan menghubungkan keadaan aqil baligh
dengan definisi kanak-kanak. Daripada perbezaan ini,
kita mendapati oleh sebab itu berlaku salah faham
tentang suatu standard moral bagi umur yang sesuai
untuk berkahwin.

- Pendapat pertama mempunyai justifikasi tersendiri
dengan menyatakan bahawa isu ini berkait rapat
dengan definisi kanak-kanak itu sendiri. Pada rasional
mereka, sekiranya perkataan al-sighar itu merupakan
suatu ciri yang disifatkan kepada seseorang semenjak
lahir sehingga sampai ke umur baligh, maka seseorang
itu tidak lagi diklasifikasikan sebagai kanak-kanak
sekiranya dia telah baligh, sekalipun umurnya baru 10
tahun, 11 tahun, dan sebagainya.

- Pendapat kedua pula menyatakan bahawa memang
perkahwinan kanak-kanak sebelum mereka sampai ke
umur baligh itu sendiri adalah dibolehkan. Namun,
pandangan ini bukanlah bermakna keputusan dan
tindakan itu dilakukan secara bersendirian oleh kanak-
kanak itu. Bahkan ia dilakukan oleh seorang yang
mempunyai hubungan paling rapat dengannya, paling
bertanggungjawab ke atasnya, paling menyayanginya,
paling mengetahui maslahah yang diperlukan ke atas
kanak-kanak itu, iaitulah bapa mereka sendiri sebagai
wali.

PENDAPAT DAN CADANGAN

- Perkahwinan kanak-kanak kecil dari sudut hukum
syarak, jika menepati syarat dan rukun yang telah
ditetapkan adalah sah berdasarkan nas al-Quran dan
Sunnah. Kitab-kitab feqah dalam empat mazhab
sendiri pun telah menyebut isu ini dan mengiyakannya.
Inilah pendapat jumhur fuqaha’.

- Melihat kepada kitab hadis dan sejarah yang sahih
jelas menunjukkan berlakunya perkahwinan kanak-
kanak dan memahami sesebuah isu dan realiti
setempat dan keadaan persekitaran perlu diambil kira
dalam mengemukakan pendapat dan hukum.

- Tanggungjawab wali perlu dilihat dengan lebih insaf
dan adil atas sesebuah perkahwinan supaya tidak
menzalimi kanak-kanak tersebut. Kami cadangkan
terdapatnya satu keputusan kesepakatan dari kaum
keluarga wanita dan kebenaran daripada qadi atau
hakim syar’ie.

- Tanggungjawab dan memberi saranan dari semasa
ke semasa berkenaan dengan mu’asyarah (bergaul)
dengan baik perlu dipertingkatkan. Pemantauan amat
perlu.

- Jika sekiranya berlaku perkahwinan, maka hak
kanak-kanak untuk belajar dan mendapat pendidikan
mesti diberikan khususnya pengetahuan tentang ilmu
fardhu ain yang berkait dengan kesihatan dan
kebersihan diri, dan ilmu Munakahat yang terkait
dengan hak-hak suami isteri antara satu dan lain.
Sesungguhnya perkahwinan itu adalah
tanggungjawab yang terlalu besar sekalipun bagi
orang yang sudah dewasa. Meletakkan amanah
kepada seseorang yang tidak mampu untuk
menanggungnya atas faktor fizikal, mental dan emosi
adalah satu bentuk kezaliman yang boleh
merosakkan kerukunan rumah tangga suatu hari
nanti seperti fenomena perceraian, ibu tunggal,
tuntutan fasakh dan fenomena nusyuz.

Penutup

- Kesemua akta-akta keluarga Islam yang digunapakai di
negeri-negeri adalah memperuntukkan bahawa umur
minimum untuk akad nikah bagi lelaki ialah 18 tahun
manakala bagi perempuan ialah 16 tahun. Namun begitu,
perkahwinan di bawah umur tersebut boleh dilakukan
sekiranya mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim
Syarie dalam hal tertentu. Seksyen 8 Akta Keluarga Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan
bahawa: “Tiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di
bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan
belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada
enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi
kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.”


Click to View FlipBook Version