PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN EDUP3153 Muhammad Hafidzin Fahmi bin Muhammad Hilmy
Bismillahirrahmanirrahim Bersyukurnya saya Kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya memberikan saya kesempatan menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini dengan jayanya. Pertama-tama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan Zamzarina, yang telah memberikan inspirasi dan bimbingan yang tak ternilai dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Tanpa bantuan dan sokongan beliau, saya tidak akan dapat menyelesaikan tugas ini dengan mudah. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan saya yang memberikan sokongan dan bimbingan selama proses penghasilan pentaksiran berterusan ini. Penghargaan
BIL PERKARA HALAMAN 1 1.0 Pengenalan tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 1-3 2 2.0 Analisis Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 4-8 3 3.0 Penilaian Profesional terhadap Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 9-14 4 4.0 Refleksi 15-17 5 5.0 Rumusan 18 & 19 6 Rujukan 20 & 21 7 Lampiran 22-29 ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN TENTANG PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 1
Dalam situasi dan konteks pendidikan yang sentiasa berubah, Pentaksiran dalam Bilik Darjah (PBD) memainkan peranan penting sebagai pemangkin pembelajaran yang efektif dan berkesan. Tujuan utama PBD adalah untuk memberikan penilaian yang menyeluruh dan berterusan terhadap kemajuan serta perkembangan setiap murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Dengan memahami dan mengenal pasti keperluan murid secara lebih mendalam, guru dapat membentuk strategi pengajaran yang sesuai dan memberikan sokongan yang diperlukan. Kalai Selvan Arumugham (2020) juga membuktikan bahawa PBD diperkenalkan dengan tujuan untuk menilai dan mengukur perkembangan pembelajaran setiap murid dan memotivasikan mereka untuk menunjukkan minat dan keseronokkan terhadap pembelajaran. PBD bukan sekadar suatu alat pengukur pencapaian, tetapi ianya satu proses yang membolehkan guru memahami dan memberi respon terhadap kebolehan setiap murid. PBD juga merupakan suatu proses yang mengintegrasikan elemen-elemen pembelajaran sepanjang tempoh pengajaran. 2
Dalam era pendidikan yang terus berkembang, pentaksiran autentik telah muncul sebagai satu pendekatan yang memberi penekanan kepada kebolehan setiap murid. Oleh itu, pentaksiran alternatif menjadi semakin penting dalam memberikan gambaran yang lebih komprehensif tentang pencapaian murid. Pentaksiran autentik merupakan proses pentaksiran alternatif yang lebih meluas untuk melihat perkembangan murid secara holistik dan bukan sekadar ujian semata-mata (Lee Leh Hong et. al., 2024). Dengan menawarkan pelbagai bentuk pentaksiran, seperti pentaksiran portfolio atau e-portfolio, pentaksiran prestasi, penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri dan sebagainya, pentaksiran autentik bukan sahaja memberi peluang kepada murid untuk menyerlahkan bakat mereka, tetapi ia juga merangsang pembelajaran berorientasikan kepada aplikasi praktikal dan pemikiran kritis. 3
2.0 ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 4
PBD merupakan satu aspek penting dalam sistem pendidikan, yang membolehkan guru untuk memantau perkembangan murid, memberikan maklum balas, dan menyokong proses pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah pentaksiran yang boleh digunakan, seperti ujian bertulis, ujian lisan, tugasan individu atau berkumpulan, projek, dan sebagainya. Dalam konteks pendidikan, PBD memainkan peranan utama sebagai satu sistem yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai kemajuan murid. PBD dibangunkan dengan matlamat utama untuk menyediakan penilaian berterusan dan holistik terhadap pencapaian setiap murid. Dengan memahami peranan dan kepentingan PBD, analisis instrumen PBD menjadi penting untuk memastikan keberkesanan proses PdP. 5
Berdasarkan Rajah 1 (rujuk di Lampiran), pentaksiran autentik yang digunakan di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah pentaksiran prestasi. Pentaksiran prestasi memberikan peluang kepada murid untuk menyediakan lebih banyak bukti yang secara langsung berkaitan dengan penerapan pengetahuan dan kemahiran yang lebih bermakna melalui pelaksanaan tugasan (Lee Leh Hong et. al., 2024). Pelaksanaan pentaksiran prestasi memainkan peranan penting untuk memberikan murid peluang untuk menunjukkan keupayaan mereka dalam pelbagai kaedah contohnya kaedah lisan sepertimana yang ditunjukkan di Rajah 1, yang mana guru bersoal jawab dengan murid tentang tugasan yang dilaksanakan. Berdasarkan analisis terhadap RPH tersebut, guru menggunakan aktiviti persembahan oleh murid. Sebagaimana yang dipaparkan pada Rajah 1 (langkah 2), pelaksanaan ini menunjukkan bahawa murid ditugaskan untuk membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan bilik darjah. Sebelum melaksanakan persembahan, guru membahagikan murid secara berpasangan dan murid dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberikan untuk dipersembahkan. Persembahan membolehkan murid mempraktikkan dan meningkatkan kemahiran komunikasi lisan mereka dan mereka mampu belajar untuk menyampaikan maklumat dengan jelas, efektif, dan penuh keyakinan. Melalui pengalaman daripada persembahan yang dijalankan, murid bukan sahaja meningkatkan prestasi akademik mereka, tetapi juga membentuk kemahiran dan sikap yang diperlukan dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa depan mereka. Oleh itu, pentaksiran prestasi yang komprehensif akan terjadi kerana ia melibatkan pelbagai aspek seperti pengetahuan, kemahiran, dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks (Lee Leh Hong et. al., 2024). 6
Pemerhatian oleh murid adalah suatu proses yang membuka peluang kepada mereka secara aktif untuk melibatkan diri dalam melihat dan mengamati apa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Dengan melibatkan diri dalam pemerhatian secara konsisten, berkala, atau berjadual, murid dapat mengembangkan kemahiran pemerhatian mereka serta meningkatkan pemahaman terhadap topik yang diuji. Berdasarkan Rajah 1 (penutup), murid dikehendaki membuat rumusan isi pembelajaran topik yang dipelajari. Melalui pemerhatian, ia membolehkan murid mengaitkan teori yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan situasi sebenar dalam kehidupan seharian. Contohnya guru melaksanakan sesi perbincangan tentang perkaitan lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” dengan kehidupan seharian dan murid akan merumuskan apa yang mereka fahami. Oleh itu, pemerhatian yang dilaksanakan merupakan satu kemahiran dan proses pembelajaran yang menyeluruh yang melibatkan murid secara aktif supaya murid dapat memperkukuh aspek kognitif dan psikomotor dalam pembelajaran mereka. 7
Melalui kedua-dua kaedah pentaksiran ini, guru perlu merekodkan hasil pemerhatian di dalam instrumen yang disediakan seperti borang senarai semak, rekod anekdot, rubrik pentaksiran lembaran kerja, dan sebagainya. Berdasarkan RPH yang dilampirkan, guru menggunakan instrumen rekod senarai semak yang mana rekod ini merupakan maklumat yang dikumpulkan oleh guru supaya ianya dapat dijadikan sebagai evidens terhadap penguasaan, pencapaian dan prestasi murid. Rajah 2 menunjukkan rekod senarai semak yang digunakan bagi subjek Bahasa Melayu. Senarai semak ini membantu guru dalam mengenal pasti keunikan dan menstrukturkan amalan dan program pengajaran untuk murid (Ashraf & Najam, 2014) dan senarai semak juga bertindak sebagai instrumen utama untuk mengesan potensi dan perkembangan murid (Yoong Soo May dan Noor Aini Ahmad, 2020). Rajah 2 menunjukkan bahawa jurang tahap penguasaan murid-murid ialah antara tahap sederhana baik dan sangat baik. 8
3.0 PENILAIAN PROFESIONAL TERHADAP INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 9
Penilaian profesional terhadap Instrumen PBD merupakan satu langkah yang kritis dalam memastikan keberkesanan dan kebolehpercayaan instrumen tersebut. Aspek-aspek utama seperti kesahan, kebolehpercayaan dan kemudahtafsiran dapat membuktikan bahawa pentaksiran yang dilaksanakan adalah baik. Pertama sekali, aspek kesahan akan diperiksa untuk memastikan bahawa ia benar-benar mengukur apa yang diinginkan yang mana ia melibatkan analisis mengenai sejauh mana instrumen tersebut relevan dengan matlamat pembelajaran dan sejauh mana ia mencerminkan kesahan konten yang ingin disampaikan. Seperti yang dilampirkan pada Rajah 1, analisis menunjukkan wujudnya elemen kesahan, khususnya kesahan kandungan. Ini dapat dijelaskan oleh fakta bahawa guru melaksanakan penilaian dalam sesi PdP yang hanya mencakup topik pembelajaran tertentu, iaitu tema kemasyarakatan dari perspektif budi bahasa. Sesuai dengan yang dicontohkan dalam RPH, penilaian ini menunjukkan kesahan kandungan dengan fokus pada pemberian tugasan yang terkait dengan isi pembelajaran yang diajarkan pada hari tersebut. 10
Penilaian profesional terhadap Instrumen PBD merupakan satu langkah yang kritis dalam memastikan keberkesanan dan kebolehpercayaan instrumen tersebut. Aspek-aspek utama seperti kesahan, kebolehpercayaan dan kemudahtafsiran dapat membuktikan bahawa pentaksiran yang dilaksanakan adalah baik. Pertama sekali, aspek kesahan akan diperiksa untuk memastikan bahawa ia benar-benar mengukur apa yang diinginkan yang mana ia melibatkan analisis mengenai sejauh mana instrumen tersebut relevan dengan matlamat pembelajaran dan sejauh mana ia mencerminkan kesahan konten yang ingin disampaikan. Seperti yang dilampirkan pada Rajah 1, analisis menunjukkan wujudnya elemen kesahan, khususnya kesahan kandungan. Ini dapat dijelaskan oleh fakta bahawa guru melaksanakan penilaian dalam sesi PdP yang hanya mencakup topik pembelajaran tertentu, iaitu tema kemasyarakatan dari perspektif budi bahasa. Sesuai dengan yang dicontohkan dalam RPH, penilaian ini menunjukkan kesahan kandungan dengan fokus pada pemberian tugasan yang terkait dengan isi pembelajaran yang diajarkan pada hari tersebut. 11
Selain itu, aspek kemudahtafsiran dinilai untuk memastikan bahawa instrumen itu sendiri dan panduan yang diberikan kepada penilai mudah difahami, dan risiko tafsiran yang berbeza berada pada tahap minimum. Kemudahtafsiran merujuk kepada kebolehan untuk memahami atau mentafsir sesuatu dengan mudah dan jelas. Dalam konteks penilaian atau instrumen pentaksiran, kemudahtafsiran berkaitan dengan sejauh mana panduan, soalan, atau arahan yang diberikan dapat difahami oleh mereka yang menggunakan instrumen tersebut. Menurut Rajah 1, analisis mengungkapkan adanya elemen kemudahantafsiran, yang menjelaskan bahawa keseluruhan proses penilaian dapat ditafsir dengan mudah dan difahami dengan baik, termasuk dari segi isi kandungan pembelajaran dan kandungan penilaian. Dengan kata lain, guru akan lebih efisien dalam merancang dan melaksanakan proses penilaian (Lee Leh Hong et al., 2024). 12
Selain itu, aspek kemudahtafsiran dinilai untuk memastikan bahawa instrumen itu sendiri dan panduan yang diberikan kepada penilai mudah difahami, dan risiko tafsiran yang berbeza berada pada tahap minimum. Kemudahtafsiran merujuk kepada kebolehan untuk memahami atau mentafsir sesuatu dengan mudah dan jelas. Dalam konteks penilaian atau instrumen pentaksiran, kemudahtafsiran berkaitan dengan sejauh mana panduan, soalan, atau arahan yang diberikan dapat difahami oleh mereka yang menggunakan instrumen tersebut. Menurut Rajah 1, analisis mengungkapkan adanya elemen kemudahantafsiran, yang menjelaskan bahawa keseluruhan proses penilaian dapat ditafsir dengan mudah dan difahami dengan baik, termasuk dari segi isi kandungan pembelajaran dan kandungan penilaian. Dengan kata lain, guru akan lebih efisien dalam merancang dan melaksanakan proses penilaian (Lee Leh Hong et al., 2024). 13
Kesimpulannya, penilaian profesional ini bertujuan untuk menyusun dan memastikan kualiti instrumen PBD agar dapat memberikan maklumat yang relevan dan boleh dipercayai dalam mengukur prestasi murid. PBD yang berkualiti akan menghasilkan ukuran pencapaian murid yang sah, dipercayai dan bermakna (Lee Leh Hong et. al., 2024). 14
4.0 REFLEKSI 15
Proses PdP tidak selalu berjalan lancar, dan setiap pengalaman penilaian membawa bersama kelebihan dan kelemahan. Melalui persembahan dan pemerhatian yang berlaku, adalah penting untuk guru merenung secara kritis tentang aspek-aspek di mana guru mungkin perlu meningkatkan prestasi mereka. Antara kelemahan yang dapat diramalkan ialah ketakutan dan kebimbangan oleh murid. Segelintir murid berkemungkinan akan mengalami ketakutan dan kebimbangan ketika berhadapan dengan persembahan di hadapan kelas atas faktor bilangan murid yang terlalu ramai. Hal ini boleh menjejaskan potensi dan prestasi mereka ketika melaksanakan persembahan dan ianya boleh memberikan kesan terhadap kehidupan seharian dan masa depan seseorang murid (Rosli Hamid et. al., 2020). Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan latihan khusus untuk membantu murid untuk melatih keyakinan diri mereka dengan memfokuskan pada teknik-teknik pernafasan, gestur tubuh, dan cara bercakap yang memberikan impak positif terhadap keyakinan diri mereka. 16
Dari segi pemerhatian pula, kelemahan yang dapat dijangka ialah interpretasi murid yang berbeza yang mana hasil pemerhatian yang berbeza mempunyai pandangan yang berlainan antara murid yang lain terhadap isi kandungan pembelajaran yang sama. Demikian itu, guru disarankan untuk menjalankan sesi bimbingan dan penilaian berkumpulan untuk membincangkan hasil pemerhatian terhadap pembelajaran. Hal ini akan membantu murid memperjelaskan maklumat yang diterima dengan lebih jelas untuk mengelakkan interpretasi yang berbeza. 17
5.0 RUMUSAN 18
Dapat dirumuskan bahawa, pelaksanaan PBD di dalam PdP perlu dirancang dan dijalankan dengan lancar dan pentaksiran yang dilaksanakan perlu mempunyai ciri pentaksiran yang baik seperti kesahan, kemudahtafsiran, dan sebagainya. Oleh yang demikian, guru perlu menganalisis dalam meneliti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebelum pelaksanaan pentaksiran pentaksiran di dalam kelas. Melalui PBD, guru dapat menyelaraskan pengajaran mereka dengan keperluan individu, mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif, dan memberikan sokongan yang bersifat proaktif kepada murid untuk mencapai potensi maksimum mereka. Sebagai sebahagian daripada pendidikan holistik, PBD terus berperanan sebagai komponen penting dalam menyokong pembangunan murid dan meningkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh. 19
RUJUKAN 20
21
LAMPIRAN 22
23 RAJAH 1
24
25
26
27
28 RAJAH 2
29