PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PELAJAR
BERKENAAN DENGAN PENTAKSIRAN AKHIR
Adalah saya dengan ini mengaku bahawa skrip
jawapan/tugasan/projek yang dihantar adalah daripada hasil kerja
saya sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur plagiarisme
daripada pelajar lain. Universiti boleh mengambil tindakan keatas
saya sekiranya saya berbuat demikian.
TANDATANGAN :
Rabiatul
TARIKH : 11 JULAI 2022
NAMA : NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI OMAR
NO. KAD PENGENALAN : 990207-13-6286
NO. PENDAFTARAN : D20191087559
FAKULTI : FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI.
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN
MELAYU) DENGAN KEPUJIAN.
SULIT / CONFIDENTIAL
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
PENTAKSIRAN AKHIR
FINAL ASSESSMENT
SEMESTER 2 SESI 2021/2022
SEMESTER 2 SESSION 2021/2022
KOD / CODE : MSP3203 KURSUS : PENGENALAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL
COURSE : INTRODUCTION TO VISUAL
ART EDUCATION
ARAHAN / INSTRUCTIONS
1. Sila baca arahan pentaksiran dengan teliti.
Please read the assessment instructions carefully.
2. Pelajar dikehendaki menyediakan skrip jawapan/tugasan/projek mengikut kepada
pentaksiran akhir yang telah ditetapkan.
Students are required to prepare the answer scripts/assignments/projects based on the
predetermined the final assessment.
3. Pelajar dikehendaki menyerahkan skrip jawapan/tugasan/projek kepada pensyarah dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan.
Students are required to submit their answer scripts/assignments/projects to the lecturers
within the specified time.
PROGRAM / PROGRAMME: AT01-ISMP KESUSASTERAAN MELAYU DENGAN KEPUJIAN
TAHUN / YEAR: 2021/2022 KUMPULAN KULIAH / CLASS GROUP: B
NO. PENDAFTARAN / REGISTRATION D0 87 55 9
NO. KAD PENGENALAN / I.C. NO: 990 20 7 13 62 86
PENSYARAH / LECTURER: DR NORZURAINA BINTI MOHD NOR
SULIT / CONFIDENTAL
ARAHAN: Jawab satu (1) dari dua (2) soalan yang diberi.
INSTRUCTIONS: Answer one (1) of the dua (2) questions given.
1. Seni dalam konteks persekitaran memainkan peranan terhadap pembentukan
personaliti diri manusia. Bincangkan tentang perkembangan seni sebagai satu disiplin
ilmu yang bergerak seiring dengan perkembangan tamadun manusia. Tugasan yang
dihasilkan perlu didatangkan dengan karangan, gambar, lampiran yang berkaitan dan
rujukan yang dipercayai.
Perbincangan perlulah meliputi aspek tersebut;
1) Perkembangan seni lukis di Malaysia. (10 markah)
2) Seni dalam pendidikan. (10 markah)
3) Pilih satu karya dan terangkan bagaimana karya tersebut mempengaruhi kelompok
masyarakat terhadap perkembangan tamadun manusia. Perbincangan perlu
mengaitkan dengan unsur seni reka dan mesej yang disampaikan melalui karya
mengikut Teori kritikan Edmund Feldman. (20 markah)
1. Art in the context of the environment plays a role on the formation of the human
personality. Discuss the development of art as a discipline that moves in tandem
with the development of human civilization. The assignment should come with
essays, photographs, relevant attachments and trusted references.
Discussions should cover these aspects;
1) The development of art in Malaysia. (10 marks)
2) Art in education. (10 marks)
3) Choose a work and explain how the work affects the group of society on the
development of human civilization. Discussions should relate to the elements of the
art of design and the message conveyed through the work according to Edmund
Feldman's theory of criticism. (20 marks)
2. Herbert Read dalam The Meaning of Art (1959) menjelaskan kesenian adalah usaha
penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Melalui penyataan itu tak dapat
disangkal bahawa seni berkait rapat dengan nilai estetik yang tinggi sekaligus mampu
mewujudkan kedamaian pada kehidupan manusia. Malahan, seni memainkan peranan
dalam membentuk ketamadunan budaya dan bangsa.
Hasilkan satu portfolio bersaiz A4 bertajuk kepentingan seni dalam kehidupan
manusia. Portfolio yang dihasilkan perlu didatangkan dengan karangan, gambar,
lampiran yang berkaitan dan rujukan yang dipercayai. Portfolio yang dihasilkan perlu
mengandungi perkara-perkara tersebut;
1) Huraikan tentang kepentingan seni dalam kehidupan manusia merangkumi topik
tersebut.
• seni sebagai alat komunikasi
• seni visual sebagai alat rakaman budaya
• seni untuk kefahaman dan perkembangan ilmu
• seni dan kreativiti (20 markah)
2) Hasilkan satu karya 2D yang mengetengahkan unsur-unsur seni yang menarik.
Tema: Kehidupan manusia
Saiz: 10 inci x 10 inci
Media: warna air (10 markah)
3) Hasilkan kritikan seni menggunakan Teori edmund Feldman terhadap karya yang
dihasilkan. (10 markah)
1. Herbert Read in The Meaning of Art (1959) explains that art is the effort of the
creation of pleasing forms. Through that statement, it is undeniable that art is closely
related to high aesthetic values and is able to create peace in human life. In fact, art
plays a role in shaping cultural and national civilizations.
Produce an A4 size portfolio entitled The importance of art in human life. The
portfolio should come with essays, photographs, relevant attachments and trusted
references. The portfolio should contain those items;
1) Explain about the importance of art in human life covering the topic.
• art as a communication tool.
• visual art as a cultural expression.
• art for understanding and development of knowledge (20 marks)
• art and creativity (20 marks)
2) Produce a 2D work that highlights interesting elements of art.
Theme: Human life
Size: 10 inches x 10 inches
Media: water color (10 marks)
3) Generate artistic criticism using Edmund Feldman's Theory of the resulting work.
(10 marks)
(KERTAS SOALAN TAMAT)
[QUESTION END]
Kepentingan Seni
dalam Kehidupan
Manusia
Nur Rabiatul Adawiyah Omar
Isi Kandungan
01 Pengenalan
02 Seni sebagai Alat Komunikasi
03 Seni Visual sebagai Alat
Rakaman Budaya
04 Seni untuk Kefahaman
dan Perkembangan Ilmu
05 Seni dan Kreativiti
06 Karya ‘Dua Darjat’
Rujukan
01
PENGENALAN
Pengenalan
Kehidupan manusia tidak terlepas dari kesenian. Ia timbul kerana manusia
selalu ingin dan menyukai perkara yang didasari keindahan dengan jalan
menciptakan benda-benda yang indah. Keindahan selalu menimbulkan
kebahagiaan. Seni adalah manifestasi keindahan manusia yang
diungkapkan melalui penciptaan suatu karya seni. Seni dikatakan lahir
bersama seiring dengan kelahiran manusia. Peranan seni dalam
kehidupan manusia dari zaman ke zaman sentiasa mengalami perubahan.
Kebudayaan manusia silih berganti selari perubahan zaman. Seni
mempunyai variasi makna seperti art is as old as mankind termasuk
kemampuan mentafsir, memproses dan menghasilkan.
Menurut John Ruskin dalam pendahuluan bukunya Modern
Painter edisi pertama yang diterbitkan sejak 1888 menyatakan bahawa
“seni adalah bahasa visual yang sukar difahami tetapi indah untuk
direnungi”. Pandangan serta kesimpulan yang sama turut dinyatakan oleh
seorang lagi penyair dan pengkritik seni dari negara itu, Herbert Read
dalam bukunya The Meaning of Art dan The Philosophy of Modern Art.
Dalam The Philosophy of Modern Art, Read menghuraikan makna yang
paling mendasar tentang seni yang disimpulkan daripada sebuah
penelitian panjang serta terperinci. Namun, biar apapun kesimpulan yang
dibuat oleh Ruskin dan Read, makna seni itu sendiri cukup menarik untuk
dilihat dan direnungi dalam konteks perkembangan kepentingan seni
dalam kehidupan manusia.
02 SENI SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
Seni Sebagai Alat Komunikasi
Seni mempunyai simbol-simbolnya yang tersendiri yang perlu dikuasai.
Sebelum manusia menggunakan huruf, lukisan adalah merupakan alat utama
untuk berkomunikasi. Mengikut Leo Tolstoy, seni merupakan kegiatan sedar
manusia untuk menyampaikan emosi atau suasana hati. Manakala menurut
Feldmen (1967),seni adalah alat komunikasi yang terbahagi kepada dua iaitu
seni merupakan alat komunikasi ekspresi individu dan juga seni sebagai alat
komunikasi ekspresi sosial
Selain itu, seni fakta-fakta keagungan kerajaan zaman silam dapat
dikekalkan walaupun ia telah ratusan abad berlalu. Di sini bermaksud
komunikasi ialah alat untuk menyampaikan sesuatu kepada orang. Manusia
menganggap komunikasi adalah berbentuk verbal (pertuturan) namun
secara tidak disedari komunikasi lahir dari kecerdasan verballinear-analitik
yang memerlukan manusia menguasai pemikiran menerusi imej-imej.
Contoh karya: Lukisan Gua di Gua Tambun, Gunung
Panjang yang terletak tidak jauh dari
Lukisan Gua di Gua Tambun, Gunung Panjang bandaraya Ipoh Perak ditemui oleh
Rawling Lt. Collings pada tahun 1959
sewaktu latihan ketenteraan.
Lukisan gua ini merupakan satu-
satunya lukisan yang menggunakan
bahan hematit berwarna merah di
Semenanjung Malaysia. Lukisan gua
di Gua Tambun ini juga memaparkan
imej manusia yang sedang menari,
duduk mencangkung dan dipercayai
sedang melakukan upacara ritual
atau berpesta. Manakala bentuk
haiwan terdiri daripada dugong,
pelanduk, rusa, tapir dan harimau.
Karya pertama alternatif yang Buka Tanah II karya Mohd Faizal Suhif
dihasilkan oleh Mohd Faizal Suhif
bertajuk ‘Buka Tanah II (2014)’
merupakan hasil daripada kesan
tekapan kanvas dari rekahan
tanah yang dicampur dengan
sentuhan warna menggunakan
berus. Mesej yang ingin beliau
ceritakan adalah tentang latar
belakang dirinya yang berasal dari
keluarga petani. Tanah juga
merupakan simbolik kepada
dirinya dimana berbicara tentang
soal hati, keyakinan, ketaatan dan
bagaiman setiap makluk akan
kembali kepada yang asal iaitu
tanah.
Contoh karya: Katak Hendak Menjadi Lembu
karya Juhari Said
Karya pertama yang telah dihasilkan
oleh Juhari Said dengan tajuk ‘Katak
Hendak Menjadi Lembu(1997)’
menggunakan media cetakan kayu
merupakan satu karya berbentuk
sindiran kepada masyarakat kini
berdasarkan apa yang beliau nyatakan
dalam buku akal di matapisau “Ini
adalah satu perumpamaan yang
barangkali bermaksud seekor kata
kecil ingin menjad lembu besar yang
bertenaga dan diperlukan oleh
manusia – samada untuk keperluan
sebagai pekerja atau makanan”. Karya
Juhari Said bersifat karya-karya
bersifat komunikasi ekspresi individu.
Making Sense Can Sometimes Get
Out Of Hand (2008) merupakan
karya Shahrul Jamili. Karya ini
terhasil menggunakan simen dan
dituangkan dalam acuan yang
berbentuk tangan menceritakan
tentang sesuatu komunikasi atau
arahan boleh dilakukan melalui
isyarat tangan tanpa mengeluarkan
suara. Karya yang dihasilkan cuba
mentafsir konsep seni cetak dengan
Making Sense Can Sometimes Get Out Of Hand pengolahan ‘blok’ yang melangkau
karya Shahrul Jamili batas sempadan seni cetak tradisi
untuk berkreativiti secara bebas
dengan medium cetakan.
03
SENI VISUAL SEBAGAI ALAT
RAKAMAN BUDAYA
Seni Visual sebagai Alat Rakaman Budaya
Seni merupakan sesuatu yang bersifat sejagat khususnya sebagai
pernyataan persejarahan dan budaya peradaban manusia. Seni
merakam dan menggambarkan tahap pencapaian manusia dari segi
nilai, kepercayan, budaya dan sikap sosial sesebuah masyarakat dalam
bentuk visual. Budaya merupakan antara faktor yang mempengaruhi
pemikiran dan sikap seniman dalam mengilhamkan karya-karya seni
seperti catan, arca, kraf, seni bina dan pelbagai artifak lain.
Penghayatan terhadap karya seni membolehkan kita memahami dan
mengetahui pengaruh dan perkembangan sesuatu budaya dengan
lebih jelas.
Contoh karya : The Tribute Money merupakan seni
catan karya Tommaso di Ser
The Tribute Money karya Masaccio Giovanni di Simone atau dikenali
sebagai Masaccio, dilahirkan pada 21
Disember 1401, di San Giovanni
Valdarno. Massacio terkenal sebagai
tokoh seniman pada era
Reinassance. Seluruh cerita lukisan
ini adalah berkaitan tentang
enakmen Catasto cukai pendapatan
pertama di Florence semasa lukisan
ini dihasilkan.
Arca ini dihasilkan oleh Lattif Mohidin Keris karya Latift Mohidin
(1987) bertajuk “Keris” yang terletak di
kawasan taman Menara Maybank.Ia
sebagai simbol korporat yang
merujuk kepada bentuk asas
bangunan Maybank dan memilih
subjek keris dalam pengolahan arca
tersebut. Arca yang diilhamkan dari
keris ini melambangkan gabungan
unsur tradisional, kekuatan dan daya
hidup budaya masyarakat Melayu.
Contoh karya :
Piramid yang paling terkenal ialah di
Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah
satu daripada tujuh benda ajaib di
dunia. Piramid ini siap dibina pada
tahun 2600 SM, mengambil masa 20
tahun, mengandungi 2 juta batu blok
yang setiap satunya seberat 1 tan dan
tapaknya pula seluas 13 ekar (5
hektar) dan tingginya 482 kaki.
Piramid Mesir mempunyai permukaan
batu kapur yang licin dan sudah
tentunya kelihatan hebat ketika ia siap Piramid di Giza, Tapak Warisan Dunia UNESCO,
dibina. Piramid archetypal seperti Kaherah, Mesir
yang terdapat di Giza di Mesir ialah
jisim batu atau bumi dengan tapak
segi empat tepat dan empat sisi curam
yang bercerun yang bertemu di satu
titik di bahagian atas.
Batik dianggap sebagai satu simbol
atau lambang masyarakat Malaysia
yang menjadi contoh kepada keutuhan
masyarakat majmuk di rantau ini
(Sharulnizam Ramli et.al., 2018). Sarah
Arney (1987) juga menjelaskan batik
yang sedang berkembang di Malaysia
pada abad ke 20 memperlihatkan
bentuk tradisi baru dari segi jenis dan
motif yang menonjolkan simbol
Batik perpaduan di samping pengekalan nilai
warisan yang terus digemari oleh para
pendukungnya dari kalangan
masyarakat.
04
SENI UNTUK KEFAHAMAN
PERKEMBANGAN ILMU
Seni untuk Kefahaman dan Perkembangan Ilmu
Manusia telah mengaplikasikan pengetahuan seni sebagai formula
atau ilmu bagi menyelesaikan permasalahan estetika dalam kehidupan
sejak sekian lama. Menurut McLihan &Fiore (1967),pengetahuan seni
dahulu dan sekarang, mengembangkan pandangan kita dan
pemahaman manusia. Jika suatu masa dahulu seniman merupakan
golongan ahli falsafah, pemikir, saintis, sejarawan. Ini membuktikan
suatu masa dahulu seni dan kesenian berperanan bagi
mengembangkan kefahaman dan pengetahuan seseorang.
Suatu karya seni boleh dijadikan alat keilmuan. Sama ada
seseorang itu pemerhati atau seniman, apabila berhadapan dengan
sesuatu karya seni akan membentuk suatu konsep dan emosi.
Pengetahuan seni merupakan antara aspek penting dalam kehidupan
manusia. Menerusinya, kehendak dan keinginan manusia untuk
menikmati nilai-nilai keindahan dan estetika dalam setiap aspek
kehidupan akan diperoleh. Kesedaran untuk menghayati dan
menikmati keindahan seni perlu dididik menerusi sensitiviti
pancaindera.
Contoh karya:
Gambar janin di dalam rahim oleh
Leonardo Da Vinci sering
disebut “Studies of Embryos”,
tahun 1513, yang menjelaskan
bahwa janin berada di dalam rahim
dengan posisi tertentu (meringkuk).
Gambar yang dihasilkan
membantu dalam perkembangan
dunia sains terutamanya dalam
bidang perubatan. Da Vinci
kembali berteori bahwa rahim
hanyalah terdiri dari satu ruangan,
Janin di dalam rahim versi Da Vinci bukan terdiri dari banyak ruangan
seperti anggapan yang ada saat
itu. Ia juga mengemukakan teori
bahwa tali pusat menghubungkan
darah dari ibu ke janin.
Lukisan Pablo Picasso, Guernica,
telah mendapat perhatian dan
pujian global sejak ia dilukis pada
tahun 1937. Ia telah menjadi
simbol anti-perang yang ikonik
dan salah satu lukisan
penyampaian maklumat anti-
perang yang paling berkuasa
dalam sejarah. Lukisan Picasso
menggambarkan kengerian,
kesengsaraan dan kemusnahan
yang terhasil daripada Guernica karya Pablo Picasso
pengeboman udara yang tidak
masuk akal iyang memusnahkan
tujuh puluh peratus kampung dan
membunuh serta mencederakan
kira-kira 1600 orang, kira-kira
satu pertiga daripada penduduk
Guernica.
Contoh karya:
Lukisan Impression Sunrise adalah
lukisan terkenal oleh Claude Monet yang
diciptakan dari sebuah adegan di
pelabuhan Le Havre. Lukisan tersebut
dikreditkan dengan mengilhami nama
Impresionis sebagai perkembangan
gerakan. Impression Sunrise
menggambarkan pelabuhan Le Havre ,
kampung halaman Monet. Sekarang
dikenali sebagai Musée Marmottan Monet
di Paris. Lukisan Impression Sunrise
adalah lukisan yang sangat bersejarah
karena dari lukisan inilah asal nama Impression Sunrise karya Claude Monet
penamaan aliran impresionisme dibuat.
Impresionisme merupakan salah satu
aliran seni terpenting menjelang abad
ke-19 dan disifatkan ramai sebagai
perintis kerana kaedah mereka berkarya
berbeza daripada pendekatan
konvensional seni lukis. .
Pada 1930, Salvador Dali telah mulai
dikenal sebagai tokoh gerakan
surealis. Pada masa ini Dali
menghasilkan salah satu lukisannya
yang paling terkenal, dan mungkin
menjadi karya surealis paling terkenal,
yakni The Persistence of Memory
(1931).Lukisan yang berjudul The
Persistance of Memory berukuran 24,1
x 33cm. Latar depan ditunjukan
dengan beberapa jam waktu yang
seakan meleleh sedang menggantung
The Persistence of Memory di ranting pohon serta tergeletak
karya Salvador Dali dibawah tanah dan diatas meja, ada
pula jam yang seakan dikerumuni
semut - semut hitam.
05 Seni dan Kreativiti
Seni dan Kreativiti
Kreativiti ialah satu potensi dan potensi ini wujud dalam diri setiap
individu. Terdapat variasi definisi terhadalam isitilah kreativiti
dalam konteks seni visual. Antaranya adalah Kajian Fryer (1989)
telah mendapat respon tentang maksud kreativiti. Kreativiti adalah
sesuatu yang asli, satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja
boleh menjadi kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan
serta kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza,
mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan
memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.
Teori Kreativiti Sternberg (Standler 1998) menyatakan
bahawa semua faktor yang disenaraikan berikut adalah
penting untuk menentukan kreativiti :
Kecerdasan Pengetahuan
Jenis kecerdasan menurut Teori Pengetahuan penting untuk
Kreativiti Sternberg (Standler memberi kemahiran-kemahiran
1998 terdiri daripada tiga jenis yang diperlukan untuk mereka
kecerdasan iaitu : cipta eksperimen, mencipta
• Kecerdasan sintetik produk baru untuk menganaliss
• Kecerdasan analitik keputusan-keputusan
• Kecerdasan praktikal eksperimen.
Gaya Pemikiran Personaliti
Orang yang kreatif akan bertanya Orang yang kreatif mengambil
tentang kebijaksanaan atau kewajaran
sesuatu, bukan menerimanya begitu risiko untuk menentang
sahaja. Orang yang kreatif juga akan
mempersoalkan tentang peraturan- kewajaran yang konvensional
peraturan dan andaian-andaian yang
lazim, bukan mengikutnya begitu dan untuk menjadi penentang.
sahaja.
Konteks persekitaran
Motivasi
a. Intrinsik suatu peribadi – Kebanyakan suasana (terutamanya
orang yang kreatif suka pengurus dan birokrasi) menghalang
bekerja dan menetapkan kreativiti.
matlamat sendiri.
b. Ekstrinsik – contoh : wang,
kenaikan pangkat, hadiah,
pujian dan lain-lain.
Terdapat lima jenis kreativiti bagi menunjukkan
perbezaan daripada segi proses yang di sarankan
oleh Taylorr(1976) iaitu seperti berikut:
Kreativiti Ekspresif :
Hasil yang dihasilkan lebih bersifat bebas, spontan, mengikut
gerak hati. contohnya, menghasilkan imej ekspresif dan
menekankan emosi pengkarya yang disampaikan melalui karya
contohnya catan dan lukisan.
Kreativiti Teknikal :
Kreativiti ini melibatkan aktiviti yang berkaitan penetapan
pengiraan dan ukuran yang telah ditetapkan. contohnya, dalam
menghasilkan karya seni grafik dan lukisan teknikal.
Kreativiti Inovatif:
Kefahaman modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan
pendekatan alternatif. contohnya, penghasilan media catan yang
berkualiti dengan menggunakan warna yang diperolehi daripada
buah-buahan dan tidak menggunakan media konvensional
seperti cat air.
Kreativiti Inventif:
Reka cipta yang baru. contohnya, ciptaan baru model telefon
bimbit dan kereta.
Kreativiti Emergenitif:
Kreativiti yang kompleks dan jarang berlaku penghasilan seni
daripada proses kreativiti ini boleh merintis perubahan
keseluruhan prinsip dan kemunculan sesuatu yang baru.
contohnya, Picasso merupakan artis yang mempunyai kreativiti
yang begitu tinggi sehingga mampu mengubah aliran seni lukis
daripada imej catan berdasarkan peniruan kepada penonjolan imej
kiubisme dan kolaj.
Contoh karya :
Portrait de Ambroise Vollard karya Pablo Picasso
Potret Ambroise Vollard (Bahasa Perancis: Portrait de Ambroise Vollard) ialah
lukisan minyak di atas kanvas oleh Pablo Picasso, yang dilukisnya pada tahun
1910. Ia kini ditempatkan di Muzium Pushkin di Moscow. Lukisan itu adalah
mewakili peniaga seni yang berpengaruh Ambroise Vollard, yang memainkan
peranan penting dalam kerjaya awal Picasso sebagai seorang artis. Ia dicat
dalam gaya Kubisme Analitik, yang dipelopori oleh Picasso. Lukisan itu adalah
potret Ambroise Vollard dan memaparkan pendekatan analitikal. Picasso
terhadap Kubisme. Lukisan Picasso menggunakan bentuk dan satah yang tajam
dan geometri untuk menyampaikan bentuk subjek. Ciri-ciri wajah, seperti kening,
hidung, mulut dan janggut disampaikan menggunakan garis pendek dan patah.
Titik fokus lukisan itu ialah kepala botak Vollard yang besar, yang telah
diserlahkan dengan penggunaan emas di sekeliling yang kebanyakannya
berwarna coklat. Dalam potret ini, Vollard digambarkan memakai sut warna
perang. Berbeza dengan wajahnya, persekitaran telah hancur menjadi bentuk
yang tidak dapat dibezakan. Vollard terkenal kerana tertidur bersama dan
lukisan ini dengan tepat menggambarkan tabiat ini dengan menggambarkan
kepala terkulai dan mata tertutup.
06
Karya ‘Dua Darjat’
Dua Darjat oleh Nur Rabiatul Adawiyah Omar
Nur Rabiatul Adawiyah Omar, Dua Darjat (2022)
Media air, 10 inci x 10 inci (A4)
A)DESKRIPSI
Karya seni yang dihasilkan bertajuk Dua Darjat merupakan sebuah karya
catan media air yang divisualkan dalam bentuk 2D. Lukisan berjudul Dua
Darjat adalah berukuran 10 inci x 10 inci yang beraliran Realisme. Latar
depan ditunjukkan dengan ilustrasi dua orang lelaki yang kelihatan
kelaparan berada berdekatan dengan tempat pembuangan sampah. Latar
belakang digambarkan dengan ilustrasi seorang lelaki yang sedang
menikmati makanan di dalam sebuah restoran yang mewah. Secara
keseluruhannya, karya seni yang dihasilkan memaparkan ilustrasi
manusia yang berada di tempat yang sama namun terletak di posisi yang
berbeza. Stail seni yang diterapkan dalam penghasilan karya tersebut
adalah gaya seni realisme. Penggunaan teknik karya seni catan ini adalah
menggunakan teknik basah atas basah. Paparan bentuk formalistik karya
seni catan tersebut adalah berdasarkan bentuk portrait. Lukisan ini
didominasi dengan warna coklat,kuning,hitam dan biru.
B) ANALISIS
Berdasarkan karya seni Dua Darjat, teknik cat air yang digunakan adalah teknik
basah atas basah. Teknik ini menghasilkan kesepaduan impak yang mengalir
seperti perasaan mengejutkan dalam suatu penyampaian karya. Secara visual,
paparan benda yang dilukis merupakan berbentuk konkrit dan wujud dalam
kehidupan nyata, begitu pula dengan komposisi yang diberikan adalah secara
tersusun dan inilah yang memberikan visualisasi konkrit dan realisme yang
mengandungi makna sendiri bagi seniman serta penonton karya seni tersebut. Dari
segi gradasi warna yang diberikan adalah kombinasi warna yang ganjil jika
ditafsir secara lebih teliti, namun sebenarnya mampu memberikan
pengorganisasian yang padu secara utuh dan menyatu. Pengaplikasian warna
kuning dan perang memberikan suasana yang diselubungi misteri. Jalinan yang
terdapat dalam catan ini dlilukiskan dengan begitu teliti. Jalinan yang diterapkan
adalah jalinan tampak dan boleh dilihat pada lukisan dinding. Garisan tebal dan
nipis yang diaplikasikan dijalin menimbulkan kesan lembut pada karya yang telah
dihasilkan. Tambahan lagi, jalinan pada dinding dan objek lukisan yang dihasilkan
begitu teliti di mana jalinan yang dibuat menunjukkan kepekaan terhadap keadaan
kehidupan nyata. Figura yang disampaikan dalam karya seni Dua Darjat
menyerupai figura sebenar yang bersesuaian.
C) INTEPRETASI
Dari segi aspek interpretasi, karya seni Dua Darjat menyampaikan mesej tentang
kehidupan manusia yang mempunyai kelas sosial iaitu taraf hidup yang berbeza.
Penyampaian mesej dari karya seni ini merupakan kritikan sosial terhadap
golongan masyarakat yang mempunyai persepsi atau pandangan terhadap kelas
sosial. Konsep kelas sosial ini tidak lepas lari daripada kejadian ‘social inequality’
atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluang-peluang
atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat sistem
strasifikasi. Perkara ini juga disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di
antara individu di dalam masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan sosial.
Imej yang menjadi tumpuan utama adalah ilustrasi manusia yang berada di tempat
yang sama namun terletak di posisi yang berbeza. Menerusi karya seni yang
dihasilkan, perbezaan posisi kedudukan yang individu berbeza menunjukkan
jurang yang berlainan dalam konteks karya seni yang dihasilkan. Di samping itu,
latar depan menunjukkan persekitaran yang kurang bersih manakalah latar
belakang berada dalam suasana yang kondusif. Imej yang disampaikan mampu
memberi kesan penghayatan kepada audiens untuk memahami makna yang ingin
disampaikan secara komprehensif. Seterusnya, berdasarkan karya seni yang
dihasikan, terdapat warna yang ditekankan iaitu warna perang dan hitam pada
dinding memberi tafsiran suram pada imej latar depan memberi penyampaian
yang selari dengan karya yang terhasil.
D) PERTIMBANGAN
Dari sudut pertimbangan karya Dua Darjat sememangnya memenuhi kehendak
asas seni reka dimana aspek unsur seni jalin indah bagi menghasilkan karya yang
sarat dengan estetika seni yang mencapai kadar banding yang baik. Gabungan
unsur seni yang efektif dan hasil karya yang bersepadu mampu menyampaikan
mesej yang mudah difahami dan menarik perhatian para audiens. Hal ini dapat
disokong melalui kemampuan pelukis meluahkan daya kreativiti pada lukisan
serta mampu menyatupadukan media, teknik,pengorganisasian dan struktur rupa.
Rujukan
Abdul Halim Husein, Azman Ismail& Romli Md. Akin.(2022). Kubism
Picassio. Kupas Seni. 10. (30-42).
Baharim Samuri& Mohd Fauzi Sedon @ M. Dom. (2015). Dualisme:
Ekspresi Kendiri Melalu Eksplorasi Seni Arca. Jurnal Seni dan
Pendidikan Seni, 3. (64-79).
Ida Puteri Mahsan. (2021). Ekspresi Seni dan Komunikasi Visual Murid
Berkeperluan Khas Dalam Mata Pelajaran Seni Visual Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak- Kebangsaan. 10(1). 41-
54.
Nurul Aliah Sofea Muhammad Bakti.(2021).Perubahan Pembuatan
Batik Kapas di Terengganu.Jurnal Melayu. (454-472).
Rosiah Md Noor &Mohd Zahuri Khairani. (2019). Seni Cetak Masa
Kini Di Malaysia:Tinjauan Umum Menerusi Pameran Berkumpulan.
Jurnal Seni dan Pendidikan Seni .7(22-30).