The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PPKI SKTL KALI KE 2 2021 & MAKLUM BALAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amalina_zakba87, 2021-08-09 01:49:36

MINIT MESYUARAT PPKI SKTL KALI KE 2 2021 & MAKLUM BALAS

MINIT MESYUARAT PPKI SKTL KALI KE 2 2021 & MAKLUM BALAS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH LIAT
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG

NO TEL/FAX: 04-5386675

MINIT MESYUARAT INDUK KELAS PENDIDIKAN KHAS KALI 2 /2021

Tarikh : 22 April 2021

Hari : Khamis

Masa : 12.45 Tengah Hari

Tempat : Kelas 3 Ceria

Kehadiran : GURU HADIR :

1. Pn Fa-izah bt Othman
2. Pn Nur Sakinah bt Shafee
3. Pn Siti Aisyah bt Abd Razak
4. Pn Nurhidayah Bt Mohd Azmi
5. Pn Fashihah bt Ahmad
6. Pn Nurul Najwa bt Mohamad Nor
7. Pn.Intan Amalina Bt Zakaria
8. Pn.Rosniza Bt Abd. Rahman
9. Pn Fatnin Farahiyah Bt Fadzil
10. En. Muhammad Fahmi Bin Mustafa
11. En.Vimalan A/L Govalan
12. En.Mohd Firdaus B. Wan Chik
13. En.Amin Taufik B. Ahmad

GURU YANG TIDAK HADIR :

-Tiada-

Agenda 1: Ucapan Pengerusi : Pn.Fa-izah Bt Othman PK Pendidikan Khas

1.1 Merakamkan ucapan syukur ke hadrat Allah S.W.T serta memanjatkan selawat dan salam
kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru PPKI kerana memberi komitmen dalam setiap
program yang diadakan sepanjang sesi persekolahan bagi tahun ini dengan mengikut Standard
Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan.

Agenda 2: Ucapan Pengerusi Pn. Fa-Izah Bt Othman

2.1 Meminta guru bersedia dengan segala kemungkinan di waktu pandemik walaupun perlu bertugas dari
rumah.

2.2 Mengingatkan semua guru supaya dapat mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) ditetapkan walau
di mana berada terutama di dalam kawasan sekolah.

2.3 Menegaskan semua guru dapat memberikan komitmen dan perhatian terhadap setiap tugasan yang
diberikan dengan baik samada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mahupun tidak.
Tindakan : Semua guru

Agenda 3: Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3.1 Pencatat membentangkan minit mesyuarat yang lalu

Pencadang – Pn. Najwa Bt Mohamad Nor
Penyokong – Pn. Fashihah Bt Md Rofek

Agenda 4: Perkara berbangkit.
Rujuk borang maklum balas.

Agenda 5: Perbincangan Profesional
5.1 Pentadbiran
1.) Jadual Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR)

5.1.1 Meminta bersedia dengan Jadual PdPR sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dilaksanakan semula.

5.1.2 Meminta guru kelas memaklumkan kepada ibubapa melalui aplikasi whatsapp supaya dapat
mengambil inisiatif mendapatkan modul PdPR secara drive thru mengikut masa dan Standard
Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan.
Tindakan : Semua guru

5.2 Kurikulum
3.) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

5.2.1 .Memaklumkan JPN dan PPD ada meminta mengisi google form jumlah murid yang terlibat
PASR seramai 3 orang.

5.2.2 Meminta Cikgu Fahmi menyediakan satu rubrik sebagai panduan guru PPKI.
5.2.3 Memaklumkan seperti yang disampaikan oleh Pn. Hasmah kepada guru PPKI mengenai PBD

perlu ada modurasi, justifikasi dan bimbingan.
5.2.4 Menyatakan bahawa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah penilaian berasaskan projek

seperti folio, permainan, bercerita atau main peranan bukan penilaian berdasarkan lisan atau
pemerhatian seperti anggapan ramai guru.
5.2.5 Meletakkan Take -Off Value (TOV) berdasarkan penilaian melalui lisan, pemerhatian, lisan,
hasil kerja murid, lembaran kerja dll.
5.2.6 Bulan 6 sehingga 10 jadikan pentaksiran melalui projek yang akan dijalankan dengan syarat
perlu ada modurasi.
5.2.7 Dalam PBD akan ada googleform untuk setiap ketua panitia dan meminta Cikgu Nur Hidayah
highlight ketua setiap panitia matapelajaran.
5.2.8 Ketua setiap panitia perlu mengisi googleform tersebut dan perlu bersedia untuk memberi isu
mengenai PBD yang tidak dapat dijalankan samada peratus kehadiran murid rendah semasa
PdPR, Murid tidak dapat mengenal huruf bagi panitia Bahsa Melayu, dsb.
5.2.9 Guru-guru PPKI diminta berbincang dan menetapkan satu projek yang bersesuaian untuk
penilaian PBD yang boleh melibatkan semua murid PPKI.

Tindakan : C. Fahmi, dan semua guru

4.) Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR)
5.2.10 Memaklumkan guru-guru PPKI perlu membuat persediaan awal dengan menyemak buku

murid, menyediakan dan memberi bahan yang bersesuaian seperti modul atau buku aktiviti
untuk semua murid PPKI gunakan dalam tempoh PdPR dan sekiranya Perintan Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tindakan : Semua guru
5.) Keberhasilan
5.2.11 Keberhasilan tidak ada markah untuk melepasi sasaran dan perlu bergantung mengikut tapak

baru mengikut tahap skor 1 – 5.
Tindakan : Semua guru

6.) MOS
5.2.12 Menyampaikan pesanan Pn. Rozi walaupun dalam keadaan norma baharu, guru boleh gunakan

bilik sensori mengikut kesesuaian masa guru dengan memperuntukan seorang murid dalam 20
minit.
5.2.13 Menggalakkan guru untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah seperti meletakkan bauan dan
beri murid hidu bauan, tutup lampu dan dengar kipas berpusing kemudian dengar respon murid
dalam 10 minit pertama.
5.2.14 Meminta guru supaya dapat membuat pesanan barangan sekiranya perlu untuk tujuan
Pengajaran dan pembelajaran termasuk yang melibatkan aktiviti terapi murid.
MOS adalah salah satu cara alat yang digunakan untuk menggalakkan murid untuk inklusif .

Tindakan : Semua guru
7.) Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
5.2.15 Meminta guru subjek menyatakan isu murid berdasarkan penilaian guru subjek seperti tidak

dapat menguasai 3 M ( Membaca, menulis dan mengira).
5.2.16 Melakukan pengukuhan dengan mengaitkan kaedah yang telah didiagnos oleh Pn. Rozi untuk

murid tersebut seperti kaedah hafalan.
Tindakan : Semua guru

8.) Program Panitia
5.2.17 Program Down Sindrom Awareness Day 2021 di bawah Panitia Bahasa Inggeris dan Program

bacaan doa harian di bawah panitia agama Islam telah berjalan dengan baik.
Makluman : Semua guru

5.3 Hal Ehwal Murid
(HEM)

5.3.1 PK Pend. Khas memaklumkan ketua untuk HEM PPKI adalah Cikgu Fashihah.
9.) Bantuan Kebajikan Murid

5.3.2 Meminta Cikgu Rosniza mengetuai Bantuan Kebajikan murid melalui sumbangan berbentuk
bakul dan dinamai Sumbangan Ikhlas Ramadhan dan Kasih Syawal akan diberikan kepada
setiap 42 orang murid PPKI.

5.3.3 Meminta membuat pembahagian setiap dua atau tiga orang murid untuk seorang guru dalam
usaha membantu memberi sumbangan supaya berjalan dengan lancar.

5.3.4 Cara perlaksanaan memberi sumbangan perlu mengikut norma baharu dan terpulang dengan cara
guru itu sendiri.

5.3.5 Memaklumkan bahawa Cikgu Nur Hidayah dan Cikgu Firdaus telah menguruskan surat
sumbangan dan sumbangan dari luar.

5.3.6 PK Pend Khas meminta guru memaklumkan juga kutipan daripada ibu bapa atau waris

yang berhajat untuk menyumbang hanya dalam bentuk wang sahaja kerana pihak PPKI akan
mengumpulkan jumlah wang tersebut dan membeli barangan asas sebagai sumbangan.
5.3.7 Meminta seorang guru membantu memilih barangan asas untuk sumbangan tersebut.

Tindakan : Ketua HEM, Ketua Sumbanga dan semua guru

10.) Penglibatan Murid dalam PdPR
5.3.8 Memastikan penglibatan murid dalam PdPR secara atas talian (online) meningkat sekiranya

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan semula setelah Cuti Hari Raya Aidilfitri.
Tindakan : Semua guru

5.4 Ko-Kurikulum
5.4.1 Memohon Cikgu Fahmi sebagai setiausaha sukan, melihat aktiviti yang dilaksanakan dalam
setiap unit seperti renang, berkuda, dan futsal sebagai eviden.
5.4.2 Memaklumkan supaya ketua perlu memainkan peranan dan melihat setiap tindakan dan aktiviti
yang anak buah telah lakukan.
5.4.3 Meminta semua guru PPKI dapat menjalankan aktiviti ko- kurikulum dengan baik walaupun
secara atas talian.
5.4.4 Menyatakan contoh seperti Cikgu Najwa membuat pertandingan renang dalam talian dengan
menetapkan setiap 4 – 6 orang murid yang boleh melakukan aktiviti renang di rumah akan
dibekalkan kolam, namun perlu mengambil berat aspek keselamatan dan pemantauan dari ibu
bapa.
Tindakan : Setiausaha, ketua dan semua guru

5.5 Hal-hal lain
5.5.1 Cikgu Aisyah mencadangkan untuk mengadakan Minggu Panitia supaya dapat dijadikan eviden

bagi setiap panitia.
5.5.2 Cikgu Fashihah memaklumkan bahawa beliau telah menyenaraikan 10 murid PPKI yang layak

untuk mendapat Bantuan Infak Ramadhan ketika program Penutupan Ihya’ Ramadhan di perdana.

5.6 Penutup
5.6.1 Puan Fa-Izah Pk Khas mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………………………..
(INTAN AMALINA BINTI ZAKARIA)
Setiausaha Pendidikan Khas
SK Tanah Liat

BORANG MAKLUM BALAS

PERKARA : MESYUARAT INDUK KELAS PENDIDIKAN KHAS BIL. 2/2021
TARIKH : 22 APRIL 2021
TEMPAT : KELAS 3 CERIA

M/S PARA TINDAKAN TINDAKAN/PERKEMBANGAN/ULASAN

2 5.1.1 Semua Guru PPKI Semua guru telah bersedia dengan modul dan buku aktiviti
pada 7 MEI 2021.

2 5.1.2 Semua Guru PPKI Semua modul telah dikumpul dan selesai diserahkan pada
ibu/bapa murid mengikut masa dan tempat yang telah
ditetapkan pada 11 MEI 2021

3 5.2.2 C.Fahmi Mustafa C.Fahmi telah menyediakan satu rubrik dan selesai memberi
penerangan sebagai panduan guru PPKI pad 7 MEI 2021.

3 5.2.7 C.Nur Hidayah Cikgu Nur Hidayah telah menanda (highlight) ketua setiap
panitia matapelajaran untuk pengisian googleform PBD kelas
PPKI.

3 5.2.9 Semua Guru PPKI Proses perbincangan ditangguhkan sehingga sekolah dibuka.

3 5.2.16 Semua Guru PPKI Proses pengukuhan RPI ditangguhkan sehingga diberitahu.

3 5.3.2 C.Rosniza (Ketua Telah dilaksanakan bersama dengan jayanya pada 7 MEI 2021
Sumbangan)

4 5.3.8 Semua Guru PPKI Sedang dalam proses memastikan peningkatan penglibatan murid
dalam PdPR secara atas talian (online) semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) semenjak Cuti Hari Raya Aidilfitri.

4 5.4.3 Semua Guru PPKI Sedang dalam proses melaksanakan ko-kurikulum secara atas
talian dengan baik sepanjang tempoh PKP ini.


Click to View FlipBook Version