KITA
MERDEKA
DISEDIAKAN OLEH:
HADEEF LUTFILLAH BIN HILMI
5 BIJAK
ISI KANDUNGAN
◦ PENDAHULUAN
◦ SEJARAH KEMERDEKAAN
◦ TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
◦ SEJARAH BENDERA MALAYSIA
◦ PENUTUP
PENDAHULUAN
◦ Tujuan Buku Skrap ini dihasilkan adalah untuk menyertai pertandingan Buku
Skrap Digital yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Padang Lumat.
◦ Tujuan Buku Skrap ini ditulis juga adalah untuk melahirkan jati diri yang tinggi
serta membentuk keperibadian bangsa yang terpuji dan kita juga dapat
membuat penilaian, mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa, sebab dan
akibatnya tentang sejarah negara kita.
SEJARAH KEMERDEKAAN
◦ Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan
Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah
Melayu berada dalam era penjajahan.
◦ Beberapa individu bangkit menentang
penjajah antaranya Dol Said, Tok Janggut,
Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela,
Rosli Dhoby dan beberapa tokoh yang lain.
SEJARAH KEMERDEKAAN
◦ Ada dalam kalangan mereka telah
membentuk persatuan seperti
Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
dan Kesatuan Melayu Muda
(KMM) yang bermatlamat
mengusir penjajah dan
membentuk kerajaan sendiri.
Askar Jepun sedang mara di Kuala Lumpur
SEJARAH KEMERDEKAAN
◦ Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
menaikkan semangat perjuangan penduduk
Tanah Melayu ketika itu apabila beliau
membentuk Parti Perikatan pada 1952 sekali
gus membuka mata British untuk
membenarkan penduduk Tanah Melayu
mentadbir sendiri negaranya.
SEJARAH KEMERDEKAAN
◦ Sekembalinya Tunku Abdul Rahman dari London, beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka, pada 20 Februari 1956.
◦ Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penggabungan lima buah jajahan iaitu
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei untuk membentuk sebuah negara
baharu.
SEJARAH KEMERDEKAAN
◦ Pada 9 Julai 1963, wakil-wakil
kerajaan British, Persekutuan
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak
dan Singapura kecuali Brunei,
berhasrat untuk membentuk
sebuah negara yang dinamakan
MALAYSIA tercapai pada 16
September 1963
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
DOL SAID
◦ DOL Said atau nama sebenar beliau Abdul
Said lahir dalam tahun 1773 di Naning, Alor
Gajah, Melaka dan berasal dari suku
Semelenggang merupakan seorang pahlawan
Melayu yang kental. Ini kerana Dol Said
memiliki sifat berpantang mati sebelum ajal.
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
TOK JANGGUT
◦ Nama sebenarnya adalah Haji Mat
Hassan bin Panglima Munas.
◦ Selepas Perjanjian Bangkok 1909,
British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula
membawa pelbagai perubahan
khususnya dari segi pentadbiran
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
DATUK BAHAMAN
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah
Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri
Pahang, Tanah Melayu. Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang
berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia
Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang
pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan
Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu
sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan
dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
RENTAP
Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di Sarawak
dilahirkan tahun 1800. Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud
‘penggoncang dunia’. Rentap juga digelar ‘Raja Darat’ merupakan
pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Rentap
menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang
Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. James Brooke mendirikan kubu di
Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban tindakan James
Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang
mencetuskan kebangkitan Rentap
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
DATO MAHARAJA LELA
◦ Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari
1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan
pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan
janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri
◦ Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja
Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak
dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato'
Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa
bertanya.
TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
ROSLI DHOBI
Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu
menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak
(GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah
British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang
kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi
mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial
di London selepas Perang pada tahun 1945.
SEJARAH
BENDERA
MALAYSIA
BENDERA MALAYSIA
SEJARAH BENDERA MALAYSIA
◦ Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis
Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk
memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk
pada Mei 1948 dan seramai 373 karyawan telah mengambil
bahagian. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang
berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin
Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih
sebagai pemenang.
SEJARAH BENDERA MALAYSIA
◦ Penciptaan Bendera mengalami beberapa fasa perubahan reka bentuk
◦ Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan
bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi
melambangkan warna diraja. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan
King George VI pada 19 Mei 1950. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan
dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI.
SEJARAH BENDERA MALAYSIA
◦ Pertama kali bendera Malaysia dikibarkan
◦ Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi
pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya
lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum.Bendera
Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang
berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja
kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963.
SEJARAH BENDERA MALAYSIA
◦ Bendera Malaysia Jalur Gemilang
◦ Setelah berkibar megah sejak tahun 1950, pada malam 31 Ogos 1997
sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir
Mohammad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah
mengukir sejarah dengan mengumumkan nama baharu bagi bendera
Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang.
PENUTUP
“Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya
tidak dipengaruhi oleh kefahaman kebangsaan yang sempit. Kita
hendaklahlah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden
tanpa membelakangkan kewajipan-kewajipan kitan sebagai manusia yang
beriman.”
-Tun Abdul Razak Dato Hussien Perdana Menteri Malaysia
(1970-1976)