SEKOLAH PENDIDIKAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SHPP 4502 SEKSYEN 04 BIMBINGAN DAN KAUNSELING TUGASAN: REFLEKSI KAUNSELING KELOMPOK NAMA AHLI NO. MATRIK MUHAMMAD ABDULLAH BIN MOHD FAUZI A20HP0091 NUR IRDINA SAHIRA BINTI MD YATIM A20HP0186 NUR KHAIRINA BINTI KHAIRUDDIN A20HP0189 NURUL HAZREEN BINTI HANAFI A20HP0219 NAMA PENSYARAH: PM DR. MASTURA MAHFAR TARIKH PENGHANTARAN: 11 JANUARI 2024
1 1.0 Pengenalan 1.1 Rumusan sesi pertama Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan berkesan yang digunakan oleh kaunselor terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah (Aziz et al., 2021). Pada 23 Oktober 2023, sesi kaunseling kelompok pertama bagi kumpulan kami telah dijalankan bersama dengan Cik Arinna Athirah Binti Abdul Rashid iaitu kaunselor pelatih yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sesi kaunseling kelompok kami. Pada awal perbincangan, ketua kelompok kami telah memberikan penerangan serba sedikit mengenai maklumat-maklumat berkenaan dengan kaunseling kelompok. Melalui sesi kaunseling kelompok ini kami dapat mempelajari cara untuk menjadi seorang individu yang boleh menerima pandangan dan pendapat daripada orang lain. Aktiviti pertama yang kami lakukan selepas ketua kelompok memberikan penerangan tentang kaunseling kelompok ialah kami menghasilkan ground rules atas persetujuan bersama. Antara peraturan yang telah kami tetapkan adalah tiada sebarang perbualan yang boleh dirakam sepanjang sesi kaunseling kelompok dijalankan dan setiap ahli kelompok tidak boleh menggunakan telefon bimbit sepanjang sesi dijalankan. Apabila ground rules dibuat, kami percaya bahawa setiap ahli kelompok mampu bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab sepanjang sesi perbincangan berjalan. Aktiviti kedua yang kami jalankan ialah ketua kelompok meminta supaya setiap ahli kelompok untuk menceritakan tentang pengalaman positif dan negatif yang pernah kami hadapi sepanjang tempoh kami menjadi seorang pelajar. Pengalaman yang dikongsikan oleh kami ini digunakan untuk dikaitkan dengan perbincangan bagi sesi kaunseling kelompok kali pertama. Bagi aktiviti yang ketiga, perkara yang paling utama kami pelajari adalah pengenalan kepada Teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) yang boleh digunakan untuk mengawal perasaan dan tindakan. Bukan itu sahaja, ketua kelompok turut memperkenalkan model ABC yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kami. Pada aktiviti ini, sedikit sebanyak perkongsian berkaitan dengan pengalaman positif dan negatif dalam dunia pembelajaran kami diluahkan bagi memastikan aktiviti ketiga ini mencapai objektifnya.
2 1.2 Rumusan sesi kedua Sesi kedua dijalankan pada tarikh 1 November 2023. Isu yang diketengahkan adalah pengurusan stres. Satu aspek kecerdasan emosi sosial adalah pengurusan stres yang boleh dikaitkan dengan kebolehan seseorang untuk kekal tenang di bawah tekanan (Asnawi et al., 2018). Pada permulaan sesi kaunseling kelompok, kami sekumpulan diminta untuk membuat rumusan ringkas berkenaan dengan sesi kaunseling kelompok yang pertama. Rumusan tersebut meliputi apa sahaja maklumat atau perbincangan yang diingati oleh ahli kumpulan semasa sesi pertama kaunseling kelompok. Selepas membuat rumusan tersebut, ketua kelompok meminta ahli kumpulan untuk membuat perkongsian berdasarkan satu video pendek yang diberikan kepada kami sebelum sesi kedua tersebut bermula. Video pendek tersebut merupakan sumber yang diambil daripada Youtube yang mengisahkan tentang teori REBT (Rational, Emotive, Behaviour, Therapy). Dalam REBT, kepercayaan rasional ditakrifkan sebagai kepercayaan yang fleksibel, tidak melampau, dan logik, dan sebaliknya, kepercayaan tidak rasional adalah melampau, dan tidak logik (Jones & Turner, 2022). Berdasarkan hasil tontonan kami, setiap ahli kumpulan diminta untuk berkongsi pendapat atau pemahaman tentang video tersebut. Hal ini demikian kerana kandungan video tersebut berkait rapat dengan isu pengurusan stres. Peristiwa atau isu yang dapat diketengahkan semasa sesi kaunseling kelompok kedua ini adalah tentang pengurusan stres dalam isu pergaulan sosial, khususnya kehilangan kepercayaan terhadap rakan yang telah mengkhianati kami. Berdasarkan peristiwa tersebut, kami dapat mempelajari bahawa terdapat emosi yang boleh dikawal dan terdapat juga emosi yang tidak boleh dikawal. Pernyataan tersebut berkait rapat dengan pemikiran rasional dan pemikiran tidak rasional. Contoh bagi pemikiran rasional adalah apabila kita dapat berfikir dengan baik apabila sesuatu perkara buruk itu terjadi kepada diri kita. Contoh bagi pemikiran tidak rasional pula adalah apabila kita tidak dapat berfikir daripada sudut pandangan realiti kehidupan apabila menerima sesuatu perkara yang buruk terjadi kepada diri kita seperti setiap orang sepatutnya menghormati diri kita. Selain itu, perkara yang dapat kami pelajari ialah cara-cara untuk mencabar pemikiran tidak rasional dengan menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah logik, empirikal dan pragmatik. Kaedah logik membawa maksud kita perlu berfikir secara logik terhadap pemikiran tidak rasional yang muncul dalam diri kita. Kaedah empirikal pula menjurus ke arah mengenal pasti kewujudan bukti saintifik daripada mana-mana kajian yang mengesahkan pemikiran tidak rasional yang dicipta oleh
3 diri kita sendiri. Bagi kaedah pragmatik pula, ia bermaksud perkara paling negatif yang boleh terjadi sekiranya kita meneruskan dengan pemikiran kita yang tidak rasional. Oleh itu, sesi kedua ini sedikit sebanyak telah memberi maklumat baru kepada kami sekumpulan tentang cara untuk mengatasi masalah pemikiran yang tidak rasional. 1.3 Rumusan sesi ketiga Sesi ketiga dijalankan pada tarikh 6 November 2023. Isu yang diketengahkan ialah pengurusan stres. Pada permulaan sesi kaunseling kelompok, kami sekumpulan diminta untuk membuat rumusan ringkas berkenaan dengan sesi kaunseling kelompok yang pertama dan kedua. Rumusan tersebut meliputi apa sahaja maklumat atau perbincangan yang diingati oleh ahli kumpulan semasa sesi pertama dan kedua kaunseling kelompok. Selepas membuat rumusan tersebut, ketua kelompok telah memberi kami lembaran kertas untuk menjawab beberapa soalan bagi meneruskan sesi ketiga ini supaya kaunseling kelompok kami lebih terarah. Aktiviti yang pertama ialah ketua kelompok meminta ahli kumpulan untuk membuat analisis tentang apa yang kami faham tentang model ABC. Kami telah mendapat tahu tentang the popular misconception terhadap model ABC dan teori REBT. Kebiasaannya, the popular misconception terhadap model ABC ialah mereka hanya mengaplikasikan A (activating event) dan C (emotional and behavioral consequences) sahaja dalam masalah mereka tanpa menggunakan B (rational / irrational belief) (Ellis, 1991). Kemudiannya, untuk teori REBT pula, apa yang kami dapat simpulkan adalah bukan peristiwa itu sendiri yang menyebabkan reaksi emosi seseorang, tetapi pemikiran yang terhasil mengenai peristiwa tersebut yang menyumbang kepada reaksi emosi seseorang. Pendekatan ini mengajar kami untuk menguruskan emosi kami dengan lebih efektif melalui kesedaran terhadap pemikiran yang negatif dengan menggantikannya dengan pemikiran yang lebih positif. Aktiviti yang kedua ialah ketua kelompok meminta ahli-ahli kelompok untuk membuat analisis terhadap pelbagai situasi menggunakan teknik ABCDEF daripada model REBT. Terdapat penambahan D iaitu Dispute, E iaitu Effect dan F iaitu Feelings yang kami dapat perhatikan. Terdapat empat peristiwa yang telah diberikan kepada kami untuk kami selesaikannya menggunakan teknik ABCDEF. Kertas lembaran kerja telah diberikan kepada kami bagi tujuan aktiviti tersebut. Selepas kami sudah terbiasa menggunakan teknik ini, ketua kelompok meminta
4 kami membuat analisis terhadap peristiwa yang pernah kami hadapi. Kami semua telah menyatakan peristiwa atau masalah yang kami hadapi ketika kami menjalani latihan mengajar di sekolah pada semester yang lepas. Kesimpulan daripada aktiviti ini ialah kami dapat menguasai sedikit sebanyak teknik ABCDEF. Tambahan pula, kami berasa bahawa kami mampu untuk mengaplikasikannya bagi menyelesaikan situasi yang berkait dengan perkara tersebut. Aktiviti yang ketiga ialah ketua kelompok memperkenalkan terma skala Catastrophic untuk menilai tahap teruk bagi sesuatu peristiwa. Skala Catastrophic merujuk kepada suatu skala yang digunakan oleh ketua kelompok untuk membantu kami mengukur atau menilai tahap keparahan atau persepsi kami terhadap sesuatu masalah (Schein, 2006). Ia membantu kami untuk mengenal pasti sejauh mana kami memikirkan kesan negatif suatu situasi dalam pemikiran kami. Melalui skala ini, kami dapat mengukur betapa teruknya kami melihat sesuatu kejadian dan membantu kami mengambil langkah untuk merendahkan persepsi yang terlalu dramatik atau negatif tersebut. Oleh itu, penggunaan skala Catastrophic dapat memberikan pemahaman yang lebih baik tentang cara kami menilai keadaan kami dan ia dapat membantu kami mengendalikan reaksi atau emosi kami dengan lebih efektif. 2.0 Refleksi Sebagai Ahli Kelompok 2.1 Perkara-perkara yang ahli kelompok telah pelajari daripada kaunseling kelompok Secara keseluruhannya, antara perkara yang dapat dipelajari oleh ahli kelompok melalui pengalaman menyertai kaunseling kelompok ialah dapat mengetahui cara kaunseling kelompok berjalan dan berfungsi. Selain itu, kami juga dapat membezakan sesi kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok. Kaunseling individu hanya melibatkan seorang sahaja klien manakala kaunseling kelompok melibatkan beberapa orang klien yang akan berkongsi masalah bersamasama dengan kaunselor. Tambahan pula, kaunseling kelompok ini dapat mempertingkatkan sokongan interpersonal dan penyelesaian masalah kumpulan (Wan Sulaiman et al., 2018). Seterusnya, kami dapat mempelajari cara untuk menerima pendapat ahli yang lain dengan berlapang dada semasa semua sesi kaunseling kelompok dijalankan. Di samping itu, kami dapat mempelajari cara pengurusan stres yang pelbagai dengan teratur dan sistematik supaya dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, pengalaman menyertai kaunseling kelompok ini amat bermakna bagi kami. Kami dapat menghasilkan tanggapan yang baik terhadap kaunseling
5 kelompok dan seterusnya meningkatkan kepercayaan kami terhadap kaunselor-kaunselor yang ada di setiap institusi. Pengalaman ini membuatkan kami ingin mencuba kaunseling kelompok ini lagi pada masa akan datang. 2.2 Sejauh manakah matlamat kaunseling kelompok ahli tercapai? Setiap sesi kaunseling mempunyai matlamatnya sendiri. Matlamat ini akan menjadikan sesi kaunseling lebih terarah dan dapat memberikan impak yang positif kepada ketua kelompok dan ahli-ahli kelompok. Ketua kelompok memainkan peranan penting dalam memastikan matlamat dapat dicapai dalam sesi kaunseling yang diadakan. Ketua kelompok yang baik akan terus berusaha bagi mencapai matlamat dalam sesebuah sesi kaunseling (Bakar et al., 2017). Oleh itu, ketua kelompok perlu bijak dalam menggunakan kemahiran kaunseling yang sedia ada untuk memastikan setiap sesi kaunseling kelompok yang diadakan menuju ke arah matlamat yang ingin dicapai. Pada sesi pertama, kami menyatakan kepada ketua kelompok bahawa matlamat kami adalah untuk mendapatkan pencerahan serta tips-tips yang berguna bagi tema kerjaya. Namun yang demikian, tema tersebut agak tersasar apabila ketua kelompok sudah membuat persiapan terhadap sebuah tema iaitu pengurusan stres. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit sebanyak kaitan antara tema kerjaya yang ingin dicadangkan dengan tema pengurusan stres. Pengaplikasian kemahiran berfikir secara rasional agar dapat menguruskan tekanan secara berkesan dalam kehidupan seharian telah menjadi matlamat utama bagi tema yang dicetuskan oleh ketua kelompok. Pada sesi kedua dan ketiga kemudiannya agak kurang menyentuh tentang tema kerjaya. Sesi kedua melibatkan pengenalpastian punca masalah yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Ia melibatkan situasi yang mencetuskan konflik antara rakan sebaya. Pada sesi ketiga pula melibatkan penyenaraian tindakan-tindakan yang wajar diambil bagi mengatasi tindakantindakan yang negatif. Kami tetap berpuas hati dengan tema yang telah ditukar. Perkara ini tidak menjadi masalah yang agak besar bagi kami kerana tema pengurusan stres juga merupakan suatu tema yang tidak asing daripada kehidupan kita sebagai seorang manusia. Oleh itu, matlamat daripada tema tersebut dapat dicapai dengan baik serta memberikan impak yang positif kepada kami setelah menamatkan ketiga-tiga sesi kaunseling kelompok. Matlamat itu diketahui dapat tercapai dengan baik apabila tema pengurusan stres itu dapat dikendalikan dengan baik oleh ketua
6 kelompok dan kami semua berpuas hati dengan setiap sesi yang diadakan. Secara tidak langsung, kami dapat maklumat-maklumat baru berkenaan dengan pengurusan stres dan berasa teruja untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan kami. 2.3 Cabaran dan cara ahli kelompok menanganinya dalam sesi kaunseling kelompok Antara cabaran yang dihadapi dari segi interaksi semasa dalam pelaksanaan kaunseling kelompok ialah ahli kelompok menghadapi kesukaran dalam memberikan pendapat terhadap isu yang ingin diketengahkan oleh ketua kelompok. Hal ini demikian kerana ahli kelompok mengalami masalah dari segi kekurangan idea semasa sesi kaunseling kelompok diadakan. Tambahan pula, tema yang ahli kelompok telah bersedia untuk dijadikan sebagai tajuk perbincangan utama iaitu telah ditukar kepada tema yang lain. Hal ini menyebabkan ahli kelompok tidak dapat memberikan pandangan yang jelas untuk memberikan respon kepada ketua kelompok. Usaha yang dibuat oleh ahli kelompok bagi menangani cabaran dari segi interaksi tersebut adalah dengan mengingat kembali pengalaman-pengalaman lalu yang pernah dialami. Hal ini demikian kerana pengalaman-pengalaman yang lepas dapat memberikan ahli kelompok idea yang jelas dalam memberikan pandangan. Penceritaan melalui pengalaman akan membuatkan banyak isi-isi penting yang berkait rapat dengan tema dapat diluahkan serta membuatkan kaunseling kelompok lebih terarah kepada matlamat yang ingin dicapai dalam tema pengurusan stres tanpa ada tokok tambah atau kepalsuan cerita daripada ahli kelompok. Selain itu, cabaran yang dihadapi dari segi personaliti ahli ialah ahli kelompok mempunyai perasaan segan untuk menceritakan tentang pengalaman-pengalaman yang pernah berlaku dalam kehidupan masing-masing. Hal ini berlaku kerana risau terhadap pembocoran rahsia dan pengalaman kepada orang lain yang tidak terlibat dalam kaunseling kelompok ini. Hal ini telah menyebabkan ahli kelompok mendiamkan diri pada kebanyakan masa. Usaha yang dibuat oleh ahli kelompok bagi menangani cabaran dari segi personaliti ahli tersebut ialah ahli kelompok berpegang kepada peraturan-peraturan yang telah dibuat atas persetujuan bersama pada sesi kaunseling kelompok yang pertama. Antara peraturan yang termasuk dalam persetujuan bersama ialah segala penceritaan yang dibuat semasa sesi kaunseling kelompok tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Oleh itu, peraturan ini sedikit sebanyak
7 memberikan kami keyakinan untuk menceritakan ehwal pengalaman masing-masing dalam kaunseling kelompok ini. Di samping itu, cabaran yang dihadapi ialah ahli kelompok tidak pernah mempunyai pengalaman dalam melibatkan diri dengan kaunseling kelompok. Ahli kelompok terpaksa mengambil masa untuk memahami cara kaunseling kelompok berfungsi dan dijalankan. Walaubagaimanapun, ahli kelompok dapat beradaptasi dan menyesuaikan diri dengan setiap sesi kelompok yang dijalankan. Usaha yang dibuat oleh ahli kelompok bagi menangani cabaran tidak pernah melibatkan diri dengan kaunseling kelompok adalah dengan berusaha untuk memahami maklumat-maklumat tentang kaunseling kelompok yang diberitahu oleh pensyarah. Terdapat fakta-fakta yang diberikan oleh pensyarah semasa kelas diambil perhatian yang khusus untuk mendapatkan gambaran tentang kaunseling kelompok. Pemerhatian terhadap setiap sesi kaunseling kelompok juga dilakukan oleh ahli kelompok untuk mengetahui cara ketua kelompok melaksanakan kaunseling kelompok. 2.4 Faedah-faedah yang ahli kelompok telah peroleh daripada kaunseling kelompok Pada setiap aktiviti yang dijalankan, sudah pasti akan ada faedah yang diperoleh. Pada sesi kaunseling kelompok yang dijalankan bersama dengan ketua kelompok, beberapa faedah telah dikenal pasti. Antaranya ialah kami dapat mempelajari tentang Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) yang boleh digunakan untuk mengawal perasaan dan tindakan kami. Kami dapat belajar mengenali pemikiran negatif serta dapat mempelajari cara untuk mengubahnya kepada pemikiran yang lebih rasional dan sihat. Dengan mempelajari REBT dalam konteks kaunseling kelompok, kami dapat saling memberi sokongan dan bercita-cita untuk mempraktikkan teknik ini secara berkesan dalam kehidupan seharian. Selain itu, kami dapat mengenali ahli kelompok dengan lebih baik. Hal ini demikian kerana kami berpeluang untuk berkongsi pengalaman, pandangan, dan perasaan kami dengan ahli kelompok lain yang menghadapi masalah atau cabaran yang serupa. Proses ini membenarkan kami melihat perspektif yang berbeza, menimbulkan sifat empati dan memahami dengan lebih baik tentang pengalaman individu yang lain. Menerusi interaksi dalam sesi, kami dapat memerhatikan reaksi dan mendengar respon ahli kelompok yang lain dalam bertindak balas kepada situasi yang
8 sama atau serupa. Hal ini membolehkan kami membina hubungan yang lebih akrab, meningkatkan kefahaman tentang diri sendiri dan ahli kelompok yang lain, serta memupuk sokongan sosial yang dapat membantu kami dalam proses pemulihan. Seterusnya, kami dapat memperoleh pelbagai ilmu baru mengenai pengurusan stres selain daripada sekadar menceritakan masalah. Kaunseling kelompok ini menyediakan platform untuk kami berkongsi strategi dan teknik yang berkesan dalam menguruskan stres. Kami dapat belajar daripada pengalaman ahli kelompok lain tentang cara mereka mengatasi tekanan dan cabaran dalam kehidupan seharian. Ketua kelompok juga telah menyediakan pengetahuan yang terperinci tentang kaedah yang telah terbukti berkesan dalam menguruskan stres seperti teknik pernafasan dan pengurusan masa yang dapat meningkatkan kesejahteraan emosi. Melalui sesi kaunseling kelompok ini, kami mendapat manfaat daripada pelbagai strategi untuk mengendalikan stres dalam kehidupan kami. 3.0 Refleksi terhadap Ketua Kelompok (Cik Nur Arinna Athirah Binti Abdul Rashid) 3.1 Adakah ketua kelompok dapat mengendalikan kaunseling kelompok dengan berkesan? Pada pendapat kami, ketua kelompok dapat mengendalikan kaunseling kelompok dengan agak berkesan. Kami diberikan peluang untuk bercerita dan meluahkan isi hati kami yang berkaitan dengan tema pengurusan stres dalam setiap sesi kaunseling kelompok yang dijalankan oleh beliau. Ketua kelompok tidak menilai cerita-cerita yang diberikan oleh kami. Ketua kelompok memahami cerita-cerita yang kami luahkan dan mempunyai rasa empati terhadap pengalamanpengalaman yang pernah kami lalui. Ketua kelompok juga tidak memberi nasihat kepada kami, malah memberikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kaedah mengendalikan stres dengan baik yang menjadi teras utama dalam kemahiran kaunseling. Kami dapat berasa bahawa ketua kelompok kami sangat profesional dalam mengendalikan kaunseling kelompok ini walaupun beliau masih seorang kaunselor pelatih. Hal ini menyebabkan kami berasa terbuka untuk menceritakan setiap masalah yang kami hadapi. Ketua kelompok juga banyak memberikan dorongan kepada kami semasa kami menceritakan masalah-masalah kami agar akar masalah yang kami luahkan dapat diterokai dengan lebih mendalam. Tambahan pula, ketua kelompok dapat menggunakan pelbagai teknik kaunseling yang berkesan dalam memberikan rumusan terhadap setiap sesi kaunseling kelompok yang dijalankan. Hal ini menyebabkan kami berasa berpuas hati
9 dan tidak menyesal kerana menyertai kaunseling kelompok. Kami dapat menyesuaikan diri dengan cara beliau mengendalikan kaunseling kelompok yang menyebabkan kami mempunyai pandangan yang baik terhadap kaunseling kelompok. 3.2 Kemahiran-kemahiran kaunseling yang telah digunakan oleh ketua kelompok Kemahiran-kemahiran kaunseling adalah perkara penting yang perlu diambil berat oleh kaunselor semasa menjalankan sesi kaunseling tidak kira sama ada sesi kaunseling secara individu atau kelompok. Kaunselor perlu menggunakan kemahiran kaunseling ini bagi membantu klien mereka dalam menyelesaikan kebimbangan yang dialami (Zainudin et al., 2022). Pengaplikasian kemahiran-kemahiran kaunseling ini dapat menunjukkan bahawa seseorang kaunselor itu adalah profesional dalam bidangnya. Antara kemahiran kaunseling yang telah digunakan oleh ketua kelompok ialah kemahiran prasesi (pre session skills). Tempoh bagi kemahiran kaunseling kelompok ini dapat dilaksanakan dalam tempoh yang mencukupi bagi ketua kelompok menerokai masalah kami. Ketua kelompok juga memilih tempat yang sesuai untuk menjalankan kaunseling kelompok seperti di bilik kaunseling. Persekitaran yang kondusif daripada tempat yang dipilih oleh ketua kelompok membuatkan kami dapat menyesuaikan diri dengan baik dan berasa selesa bagi setiap sesi kaunseling kelompok. Selain itu, kemahiran penstrukturan (structuring skills) juga dapat dipamerkan oleh ketua kelompok. Ketua kelompok dapat membuat hubungan yang baik dengan ahli kelompok. Ketua kelompok juga telah meminta untuk setiap ahli kelompok membuat peraturan atas persetujuan bersama antara semua ahli kelompok dan menandatanganinya sebelum sesi kaunseling kelompok bermula. Hal ini dapat meningkatkan kepercayaan kami dengan ketua kelompok. Di samping itu, ketua kelompok dapat menggunakan kemahiran memberi perhatian (attending skills) dengan baik. Ketua kelompok telah menggalakkan ahli kelompok untuk bercakap dan menunjukkan bahawa ketua kelompok sangat berminat untuk mendengar perkongsian yang diberikan oleh ahli kelompok. Terdapat beberapa kelakuan ketua kelompok yang diperhatikan seperti beliau sentiasa tenang, mengaplikasikan keterbukaan daripada postur badan (open body posture), mempunyai tentangan mata yang baik dan ekspresi muka yang sesuai. Kelakuan-
10 kelakuan seperti ini membuatkan kami berasa selesa dengan beliau sepanjang tempoh kaunseling kelompok diadakan. Seterusnya, ketua kelompok banyak menggunakan teknik soalan berbentuk terbuka (openended question). Hal ini menyebabkan kami dapat menceritakan pengalaman kami dengan lebih banyak dan terperinci. Soalan bersifat terbuka ini mampu untuk memanjangkan lagi sesi luahan daripada ahli kelompok jika dibandingkan dengan soalan-soalan yang berbentuk tertutup. Ketua kelompok dapat menggunakan teknik ini dengan baik pada keseluruhannya. Akhir sekali, ketua kelompok dapat menggunakan kemahiran membalas (responding skills) dengan baik. Ketua kelompok dapat menunjukkan dorongan minimum daripada kemahiran membalas dengan menganggukkan kepala untuk menunjukkan bahawa ketua kelompok memahami penceritaan kami. Ketua kelompok juga banyak memberikan kami galakan untuk meneruskan penceritaan kami. Tambahan pula, kemahiran refleksi dari segi isi, perasaan dan pengalaman dengan baik. Sebagai contoh pada akhir sesi kaunseling kelompok, ketua kelompok akan merumuskan perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Hal ini menyebabkan perjalanan kaunseling dapat diakhiri dengan teratur. 3.3 Tiga kekuatan yang ada pada ketua kelompok Antara kekuatan yang ada pada ketua kelompok kami ialah ketua kelompok mudah untuk menerima pendapat ahli kelompok dengan baik iaitu lebih banyak mendengar pendapat ahli kelompok. Sebagai contoh, ketua kelompok sering memastikan setiap ahli kelompok memberikan apa sahaja pandangan atau pendapat sama ada panjang atau pendek tanpa mengira sama ada pendapat itu betul ataupun salah. Ketua kelompok juga sering memberi respon bagi setiap pandangan yang diberikan seperti mengangguk, senyum dan bersetuju dengan pendapat ahli kelompok. Kekuatan seterusnya ialah ketua kelompok menggalakkan ahli kumpulan untuk berkongsi pendapat dengan cara yang ramah, baik dan tenang. Hal ini amat penting kerana jika ketua kelompok tidak mahir dalam menggunakan kemahiran kaunseling dalam konteks meminta pandangan daripada ahli kelompok, sudah tentu ahli kelompok akan berasa tidak selesa dan berasa seperti dinilai atau diperlekeh oleh ketua kelompok. Sifat yang mengalu-alukan dapat memberi
11 semangat kepada ahli kumpulan untuk menyuarakan pendapat. Ketua kelompok kami sangat baik dalam memahami masalah atau luahan yang kami kongsikan dan cuba untuk meletakkan diri beliau sendiri dalam situasi yang kami hadapi. Akhir sekali, ketua kelompok berjaya menjalankan setiap sesi kaunseling kelompok dengan teratur dan sistematik. Sebagai contoh, ketua kelompok membuat persiapan awal sebelum sesi kaunseling kelompok bermula. Tambahan pula, ketua kelompok cekap dalam menetapkan perjumpaan bagi setiap sesi kaunseling dalam sela masa yang bertepatan. Aktiviti-aktiviti yang dirancang juga sangat menarik untuk dibuat semasa sesi kaunseling kelompok berjalan. 3.4 Tiga kelemahan yang boleh diperbaiki oleh ketua kelompok Ketua kelompok merupakan seorang kaunselor pelatih yang menuju ke arah kaunselor yang terlatih. Semasa tempoh latihan, penambahbaikan daripada kelemahan yang ada oleh kaunselor pelatih adalah penting untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan kaunseling mereka sebelum mereka menjadi kaunselor profesional yang dapat membantu klien pada suatu hari nanti (Apdal et al., 2020). Maklum balas tentang kelemahan-kelemahan yang dinyatakan ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada ketua kelompok untuk mengetahui bahagian-bahagian yang boleh ditambah baik dari semasa ke semasa. Antara kelemahan yang boleh diperbaiki oleh ketua kelompok ialah kejelasan suara dan kelajuan dalam berkata. Terdapat beberapa situasi semasa menjalankan sesi kaunseling kelompok, kami tidak dapat mendengar istilah-istilah yang diperkatakan. Istilah-istilah tersebut disebut secara samar-samar menyebabkan kami perlu menanyakan semula tentang istilah-istilah yang baru sahaja disebut untuk mengelakkan salah faham. Ketua kelompok juga bercakap dengan kadar yang agak laju menyebabkan kami mempunyai masalah dan mengambil masa untuk memahami perkataanperkataan yang dilontarkan. Selain itu, kelemahan yang boleh diperbaiki oleh ketua kelompok ialah cara bertanyakan soalan. Ada beberapa waktu di mana ketua kelompok menanyakan soalan yang sukar kami fahami akibat daripada soalan yang diajukan adalah kurang jelas. Kami perlu bertanyakan kembali kepada ketua kelompok berkenaan soalan yang diberikan terutamanya dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Hal ini supaya respon dan tindakan yang kami berikan menepati kehendak ketua
12 kelompok semasa menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut dan seterusnya membantu kami sendiri dalam mencapai objektif tema pengurusan stres itu sendiri. Di samping itu, kelemahan yang boleh diperbaiki oleh ketua kelompok adalah kesediaan ketua kelompok dalam menerima tema yang dicadangkan pada mulanya iaitu yang melibatkan tema kerjaya. Ketua kelompok tidak dapat menunaikan hasrat kami dalam mencapai matlamat tema kerjaya kerana tema tersebut diganti dengan tema pengurusan stres. Hasilnya akan menjadi lebih baik apabila tema yang kami cadangkan dapat dikendalikan oleh ketua kelompok. Hal ini akan membuatkan kami berasa berpuas hati kerana masalah-masalah dalam tema kerjaya yang berlegar dalam pemikiran kami dapat menuju kepada jalan penyelesaiannya. 4.0 Kesimpulan Kesimpulannya, kumpulan kami telah mencapai kata sepakat untuk menjadikan tema pengurusan stres sebagai tema kaunseling kelompok yang utama bagi tugasan kami ini. Matlamat daripada tema pengurusan stres iaitu mengaplikasikan kemahiran berfikir secara rasional agar mampu menguruskan tekanan secara berkesan dalam kehidupan seharian dapat dicapai dengan baik. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kaunseling kelompok ini dapat dilaksanakan dengan sangat baik serta dapat memenuhi syarat bagi tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami. Kami sangat berterima kasih kepada Cik Nur Arinna Athirah kerana sudi untuk menerima kami sebagai klien beliau. Kami mengharapkan sesi kaunseling kelompok yang diadakan sebanyak tiga kali ini dapat memberikan impak yang positif bukan sahaja kepada kami yang melaksanakan tugasan ini, bahkan kepada ketua kelompok kami sendiri yang sedang menjalani praktikal dalam kaunseling. Tidak dilupakan juga kepada pensyarah kami iaitu Dr. Mastura yang sentiasa membimbing kami dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Kami berharap segala teknik yang kami pelajari dalam menguruskan stres ini dapat kami aplikasikan sepanjang hayat kami. Setiap tips yang dikemukakan oleh ketua kelompok adalah perkara yang perlu kami ambil perhatian dan hargai kerana tips-tips tersebut sangat berguna dalam menguruskan stres dalam kehidupan. Tambahan pula, kami tidak pernah terfikir untuk mengawal stres dengan cara-cara yang diperkenalkan oleh ketua kelompok kami. Kami akan cuba sedaya mungkin untuk menggunakan teknik-teknik yang diperkenalkan serta berkongsi dengan rakan-rakan yang lain tentang teknik-teknik tersebut. Hal ini supaya perkara yang kami pelajari bukan hanya untuk dimanfaatkan untuk diri kami sahaja bahkan untuk kenalan kami.
RUJUKAN Apdal, J., Fuad Mohd Karim, D. N., & Amat, S. (2020). Persepsi Dan Faktor Pendorong Aplikasi Terapi Seni dalam Kalangan Kaunselor Pelatih (Perception and factors influencing art therapy applications among counselor trainees). Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(01SI). https://doi.org/10.17576/jpen-2020-45.01si-06 Aziz, A. R. A., Zakaria, M. Z., & Ab Razak, N. H. (2021). Faktor Pembentukan Kejeleketan dalam Pengendalian Sesi Kaunseling Kelompok. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 69-79. Asnawi, A. A., Endalan, L. M., Mutang, J. A., Bee Seok, C., & Ismail, R. (2018). Perkaitan antara Kemahiran Pengurusan Stres dan Kepuasan Hidup Remaja (Association between Stress Management Skills and Adolescents Life Satisfaction). Jurnal Pembangunan Sosial Jilid, 21, 33–46. Bakar, R., Che Aman, R., & Syed Abdullah, S. M. (2017). Efikasi KENDIRI, sikap, KESEDIAAN Dan CABARAN MENJALANKAN KAUNSELING KLIEN BERKEPERLUAN khas<br>[self-efficacy, attitude, readiness and challenges in executing the guidance and counseling service with special need clients]. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 2(2), 264. https://doi.org/10.24200/jonus.vol2iss2pp264-281 Ellis, A. (1991). The revised ABC's of rational-emotive therapy (RET). Journal of rationalemotive and cognitive-behavior therapy, 9(3), 139-172. Jones, J. K., & Turner, M. J. (2022). Making a Difference: A Review and Auto-Ethnographic Account of Applying Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) in Policing. Journal
of Rational-Emotive & Cognitive-Behavior Therapy, 41(2), 334–361. https://doi.org/10.1007/s10942-022-00459-x Schein, L. A. (2006). Psychological effects of catastrophic disasters: Group approaches to treatment. Psychology Press. Wan Sulaiman, W. A., Wan Anor, W. N., Fahrudin, A., & Hj Malek, M. D. (2018). Kaunseling Kelompok Terapi Kognitif dalam Pengurusan Stres dalam kalangan Polis. Asian Social Work Journal (ASWJ), 3(3), 29–37. Zainudin, Z. N., Rong, L. W., Asri, A. S., Yusop, Y. M., Ahmad, N. A., & Hassan, S. A. (2022). Influence of E-counseling skills on counseling self-efficacy among E-counselors in Malaysia. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 21(2), 251-267. https://doi.org/10.26803/ijlter.21.2.14
Lampiran Kehadiran ahli kumpulan :
Gambar pelaksanaan semua sesi kaunseling: Sesi pertama kaunseling kelompok
Sesi kedua kaunseling kelompok Sesi ketiga kaunseling kelompok