E-portfolio
Nama : Nur Afrina Binti Hasbullah
Unit : BMMB1
Angka giliran : 2022152310012
Kod Kursus : BMMB1074
Nama Pensyarah : Dr. Abdul Karim Bin Mansor
ISI PENGENALAN
KANDUNGAN
3
PERKEMBANGAN SISTEM
EJAAN RUMI
4
PERANAN DBP
14
CABARAN SISTEM EJAAN
RUMI
15
KESIMPULAN
16
PENGENALAN Pada abad ke-17 sehingga abad ke-19, orang Inggeris
mula mengasaskan kaedah ejaan rumi bagi bahasa
Maksud ejaan menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah Melayu. Kaedah transliterasi huruf jawi kepada rumi
kaedah atau peraturan menulis perkataan dengan huruf. menjadi panduan bagi sistem ejaan. Pada waktu itu
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis tulisan iaitu tulisan terdapat lebih kurang 5 sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
jawi dan tulisan rumi. Kemunculan tulisan rumi ini yang cuba diperkenalkan. Namun, sistem ejaan rumi ini
mempengaruhi bahasa Melayu melalui faktor-faktor masih terdapat banyak kesalahan dan tidak seragam.
kedatangan pedagang dan pelayar Eropah ke negara kita. Oleh hal yang demikian, semasa Encik Hassan Ahmad
Pada awalnya, mereka telah menghasilkan penulisan menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, beliau
menggunakan huruf-huruf Rumi Latin mengenai bahasa telah menggubal sistem ejaan untuk kegunaan DBP dan
Melayu. Kemudian para pedagang, pelayar dan sarjana sistem ini dikenali sebagai Ejaan Universiti Malaya 1971.
Eropah terpengaruh untuk menulis bahasa Melayu dengan Sistem Ejaan Rumi ini adalah hasil persetujuan antara
menggunakan huruf rumi pada abad ke-16. Malaysia dan Indonesia serta telah diisytiharkan secara
rasmi di negara masing-masing pada 16 Ogos 1972.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 3
Sejarah
Perkembangan
Sistem Ejaan Rumi
Perkembangan 5
Sistem Ejaan Rumi
Sistem ejaan rumi bermula pada abad ke-20. Sistem ejaan rumi mula diperkenalkan semasa penjajahan
British oleh R.J Wilkinson. Di samping itu, Zainal Abidin bin Ahmad mula memperbaiki sistem tersebut dan telah
membentuk sistem ejaan Za’ ba. Seterusnya, sistem ejaan Fajar Asia pula muncul pada tahun 1943 melalui
penerbitan oleh pihak Jepun. Namun, sistem ejaan ini masih lagi tidak berapa sesuai dan seragam. Kemudian,
sistem ejaan kongres pun terbentuk bagi memperbaiki dan menyeragamkan ejaan rumi.
Selepas merdeka, pihak yang berkepentingan mengambil peluang lagi untuk menyeragamkan dengan
cadangan di Kongres Persuratan. Namun, sistem ini digubal semula antara jawatankuasa Ejaan Rumi Baru
Persekutuan dan jawatankuasa Ejaan Indonesia. Persidangan ini telah membentuk sistem ejaan yang baharu iaitu
sistem ejaan Malindo. Namun sekali lagi, sistem ini tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku konfrantasi antara
negara Malaysia dan Indonesia. Walau bagaimanapun, usaha bagi menyeragamkan sistem ejaan rumi ini masih
tidak terputus di mana terbentuknya sistem ejaan Bahasa Melayu 1972.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
PERKEMBANGAN 6
SISTEM EJAAN RUMI
SEBELUM MERDEKA
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
Sistem Ejaan Wilkinson (1903) 7
R.J Wilkinson yang merupakan pegawai pemerintah Inggeris telah memperbaiki sistem
persekolahan di Tanah Melayu. Pada tahun 1895, beliau telah menyusun dan menulis semula
sebuah kamus yang bertajuk ‘Malay-English Dictionary’ yang pada awalnya hanyalah untuk kegunaan
sistem persekolahan Melayu di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sistem ejaan yang telah digubal
oleh beliau ini dinamakan sebagai sistem ejaan Wilkinson.
Sistem ejaan sebelum ini, menerapkan ejaan tulisan rumi Shellabar dan tulisan rumi
Melayu-Belanda. Kemudian, serba sedikit penambahbaikan daripada beliau iaitu penggunaan huruf
vokal iaitu a, e tailing dan e pepet, i, o, u. Selain itu, penggunaan huruf konsonan iaitu ch ditukarkan
kepada c dan sh menjadi sy.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
Sistem Ejaan Za’ba 8
Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba merupakan pakar bahasa
sangat terkenal dengan kebijaksanaannya. Pada tahun 1956, beliau pernah mendapat anugerah
gelaran Pendeta semasa Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya. (Ahmad & Tasnim, 2020).
Dalam karya penulisan Za’ba, beliau menekankan aspek penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Begitu juga dengan karya beliau yang lain iaitu mengenai sistem ejaan jawi dan rumi.
Selain itu, terdapat pembaharuan dalam sistem ejaan Za’ba yang telah diperkenalkan.
Antaranya adalah membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada dua kategori iaitu huruf saksi
dan huruf benar. Huruf saksi merupakan huruf vokal yang terdiri daripada huruf a, e, i, o dan u.
Huruf benar pula ialah konsonan yang terdiri daripada 21 huruf yang lain.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
Sistem Ejaan Fajar Asia
Pada tahun 1943, pihak Jepun telah memperkenalkan sistem ejaan Fajar Asia melalui majalah yang
telah diterbitkan oleh mereka. Kaedah yang diketengahkan dalam majalah Fajar Asia ini adalah sama dengan
kaedah yang digunakan dalam sistem ejaan Za’ba dan Wilkinson. Sistem ejaan Fajar Asia mengaplikasikan
konsonan yang telah digabungkan ke dalam penulisan majalah Fajar Asia. (Ariff Ahmad, 1994). Sewaktu itu,
bahagian penerbitan adalah sepenuhnya dikuasai oleh tentera Jepun iaitu Malayan Military Administration
(MMA).
Hal ini memberi peluang yang sangat besar kepada mereka untuk menyebarkan propaganda di Tanah
Melayu. Boleh dikatakan, penggunaan huruf jawi lebih banyak diterbitkan dalam akhbar Jepun berbanding huruf
rumi. Walau bagaimanapun, Majalah Fajar Asia telah menjadi sebuah terbitan yang disukai oleh masyarkat
tempatan kerana ia menceritakan perjuangan tokoh-tokoh dengan menggunakan huruf rumi.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 9
Sistem Ejaan Kongres 10
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah memberi persetujuan mengenai
pembentukan sistem ejaan Kongres ini. Namun pada awalnya iaitu tahun 1950 sehingga 1956
telah berlaku konflik bagi menetukan jenis tulisan bahasa Melayu yang rasmi iaitu antara tulisan
rumi atau tulisan jawi dan pada akhirnya Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah menetapkan
bahawa tulisan rumi menjadi tulisan rasmi bahasa Melayu.
Di samping itu, empat dasar yang telah dirumuskan iaitu ejaan di Malaya dan di
Indonesia hendaklah disamakan bagi menyeragamkan. Selain itu, peraturan ejaan yang ditetapkan
dalam sistem ejaan kongres mestilah mudah dan tidak sukar untuk dipelajari dan diikuti. Akhir
sekali, bahasa asing hendaklah disusun dengan mengikut hukum fonologi bahasa Melayu.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
PERKEMBANGAN 11
SISTEM EJAAN RUMI
SELEPAS MERDEKA
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
Sistem Ejaan Rumi Sistem Ejaan Rumi Malindo
Persekutuan Bahasa Melayu
- Hasil pembentukan sistem ejaan Kongres dan
Universiti Malaya PBMUM masih tidak lagi mencapai objektif dan
matlamat sistem ejaan rumi kerana idea yang
- Sistem ejaan rumi Persekutuan Bahasa diketengahkan menjadi sukar dan bersifat
Melayu Universiti Malaya (PBMUM) adalah idealistik dari segi linguistik. Maka, negara
sistem ejaan rumi yang telah diterbitkan Malaysia dan Indonesia meneruskan usaha bagi
dalam Jurnal Bahasa pada tahun 1959. menyeragamkan sistem ejaan ini dengan
membentuk sistem ejaan Malindo.
- Sistem ejaan ini tidak diperakukan kerana
sistem ejaan yang diketengahkan adalah - Sistem ini mengandungi aspek fenom vokal,
hampir sama dengan kaedah yang diftong, konsonan, kaedah penulisan
dinyatakan dalam sistem ejaan Fajar Asia. penyebutan abjad, penggunaan tanda sempang
dan banyak lagi.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 12
Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayu (1972)
Sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972 adalah sama dengan sistem ejaan Malindo kerana ia melibatkan
kerjasama antara dua negara iaitu negara Malaysia dan Indonesia. Namun, sistem ejaan Malindo tidak dapat dilaksanakan
kerana berlakunya konfrantasi antara kedua-dua buah negara pada waktu itu.
Sistem ini memfokuskan keselarasan huruf vokal dan pengejaan kata pinjam daripada bahasa asing. (Mohd
Naim, 1991). Seterusnya , ini telah mencapai objektif dan leboh konkrit dalam membentuk sistem ejaan dalam pelbagai
aspek. Perkara ini berjaya dicapai kerana usaha bersama antara negara Indonesia dan Malaysia secara berterusan
dalam merancang pembinaan bahasa.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 13
Peranan 14
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada tahun 1956. Pertubuhan Dewan
Bahasa dan Pustaka adalah bertujuan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam
semua bidang termasuk sains dan teknologi. Justeru itu, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan
tunjang utama dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi di negara ini. Antara usaha DBP bagi
mempergiat sistem ejaan rumi ialah sentiasa merujuk dan berpandukan Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia yang telah dikemaskini DBP.
Selain itu, DBP telah berperanan untuk menerbit dan mencetak buku-buku ilmiah dalam
bahasa kebangsaan. Melalui usaha ini, setiap individu dapat mempelajari ejaan dan kosa kata yang
betul melalui buku teks, kamus dan banyak lagi. Tambahan pula, hasil buku yang diterbitkan oleh
DBP sudah semestinya berkualiti tinggi. Maka, jelaslah bahawa DBP memainkan peranan yang
sangat besar dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi di Malaysia.
Seterusnya, DBP juga perlu menggalakkan penggunaan bahasa yang betul. Hal ini kerana,
sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang bahasa rojak telah menjadi bahasa pertuturan bagi
masyarakat di Malaysia. Perkara ini sedikit banyak telah merosakkan keaslian bahasa Melayu itu
sendiri. Tambahan pula, risalah seperti poster, surat khabar dan banyak lagi tidak menggunakan
bahasa yang betul. Oleh hal yang demikian, DBP perlu mengambil langkah pragmatik bagi
membendung perkara ini.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
Cabaran Sistem Ejaan rumi Kini 15
Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh sistem ejaan rumi ini. Antaranya ialah
bahasa asing menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana, generasi kini lebih
gemar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian. Perkara ini menyebabkan
penggunaan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kedua dalam pertuturan seharian. Dengan itu,
mereka tidak mahahir dalam menggunakan bahasa Melayu dengan tatabahasa yang betul. Jika perkara ini
tidak diambil berat oleh pihak yang berkepentingan maka, sistem ejaan rumi akan pupus ditelan zaman.
Selain itu, perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat seiring dengan
Revolusi 4.0 merupakan cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini. Sebagaimana yang kita tahu kini,
media massa telah menjadi medium utama bagi pengantara komunikasi yang sangat luas tanpa
sempadan. Melalui medium ini, masyarakat cenderung untuk meringkaskan perkataan untuk menjadi
lebih pendek. Hal ini menunjukkan bahawa sistem ejaan rumi ini tidak dianggap penting oleh segelintir
masyarakat. Perkara ini boleh memberi impak yang buruk kepada generasi yang akan datang iaitu mereka
tidak dapat mengeja sesuatu perkataan dengan betul.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
Kesimpulan 16
Sebagai konklusinya, berdasarkan pembacaan saya mengenai sejarah
perkembangan sistem ejaan rumi sebelum merdeka dan selepas merdeka jelaslah bahawa
sistem ejaan rumi ini menjadi tunjang utama dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam
kalangan rakyat. Hal ini bagi memastikan rakyat menggunakan sistem ejaan Rumi ini sama
ada secara penulisan mahupun pertuturan. Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan
peranan penting dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi supaya tidak menimbulkan
kekeliruan dan salah faham dalam penggunaan sistem bahasa Melayu. Usaha-usaha
daripada pihak yang bertanggungjawab bagi menyeragamkan sistem ejaan rumi ini
diharapkan agar dapat mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi dan sekaligus membuka
mata masyarakat tentang kepentingan sistem ejaan rumi dalam penulisan dan pertuturan.
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
RUJUKAN
Ahmad Nabil Amir & Tasnim Abdul Rahman. (2020). Pemikiran Za’ba dan kesannya kepada
kebangkitan perjuangan nasionalisme Melayu. International Social Science and Humanities Journal, 3(4).
https://www.researchgate.net/publication/348364397_PEMIKIRAN_ZA'BA_DAN_KESANNYA_KEPA
DA_KEBANGKITAN_PERJUANGAN_NASIONALISME_MELAYU_EAST_THOUGHT_IT_MEANS_T
O_RISE_AND_THE_STRUGGLE_NASIONALISME_ENGLISH_1_AHMAD_NABIL_AMIR
Ismail Dahaman. (1991). Ejaan rumi Wilkinson (1904) dlm. Jurnal Bahasa, Februari 1991 hlm. 115-126.
Ismail Dahaman. (1991). Ejaan rumi selepas ejaan Za'ba. Jurnal Bahasa, Jun 1991 hlm. 507-522.
Ismail Dahaman. (1991). Ejaan rumi selepas ejaan rumi baharu. Jurnal Bahasa, September 1991 hlm.
791-810.
Muhammad Ariff Ahmad. (1994). Ejaan rumi bahasa Melayu. 43-67.
https://www.languagecouncils.sg/mbms/my/-/media/mlc/documents/penerbitan_ejaan-rumi-bahasa-
melayu_muhammad-ariff-ahmad.pdf
RUJUKAN
Muhammed Salehudin Aman. (t.t) Sinopsis sistem ejaan bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu : Bahagian II. Jurnal Sekata, 9(1),
28-48. https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf
Muhammad Al Afzan. (30 April, 2018). Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan
Bahasa Melayu. Hala Tuju Sistem Pendidikan Negara.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html?m=1
Saberi. (2010, Ogos 10). Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Bahasa Melayu.
http://cikgusaberi.blogspot.com/?m=1
SEKIAN,
TERIMA KASIH.