KOLEKSI PANTUN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR Afrina Hasbullah
BIODATA DIRI NAMA : NUR AFRINA BINTI HASBULLAH UNIT : BMMB 1 PPISMP JUN 2022 NAMA & KOD KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH : EN. MOHD IZAN BIN HJ. YUSOP
Pantun Nasihat Pantun Nasihat Pantun Adab Pantun Agama Pantun Teka-teki 1. Takrif & Definisi Pantun 2. Manifestasi Akal Budi dalam Pantun 3. Rujukan ISI KANDUNGAN
TAKRIF Pantun merupakan bentuk puisi warisan yang sangat popular dan hidup subur dalam kalangan masyarakat. Contohnya, penggunaan pantun di dalam lirik lagu, upacara peminangan dan pembuka kata bagi memulakan majlis. Oleh hal yang demikian, pantun berfungsi sebagai hiburan, menyindir, berjenaka, memberi nasihat dan sebagainya. Pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap yang terdiri daripada pembayang dan maksud. Pantun merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun sahaja kita dapat mengkaji akal budi, sikap dan sebagainya. (Ungku Aziz, 2011)
Buat baik, dibalas baik. Buah nanas kuning warnanya, Manis masam rasa isinya; Tolong-menolong mulia sifatnya, Hati kita senang rasanya. Tema Persoalan Tolong-menolong merupakan akhlak yang baik. Tolong-menolong amalan mulia. PANTUN Maksud : Tolong-menolong merupakan amalan yang mulia dan membuatkan kita berasa tenang. 4 kerat, 4 baris 3-4 patah perkataan pada setiap baris. Setiap baris mempunyai 9-11 suku kata. Rima akhir : a, a, a, a. JENIS PANTUN
GAYA BAHASA CONTOH Imejan buah, nanas Kata ganda tolong-menolong Asonansi Buah nanas kuning warnanya (pengulangan vokal 'a') Aliterasi Manis masam rasa isinya (pengulangan konsonan 's') 1) Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong tanpa mengira latar belakang kerana sikap tersebut merupakan amalan yang mulia. 2) Kita perlulah saling membantu antara satu sama lain agar dapat membina hubungan yang baik sesama manusia. Bentuk : Pantun Nasihat PENGAJARAN FUNGSI KESUSASTERAAN Fungsi kesusasteraan bagi pantun tersebut adalah sebagai pendidikan. Mesej yang disampaikan mendidik peribadi masyarakat untuk berakhlak mulia iaitu tolong-menolong sesama manusia.
PANTUN Tuan puteri cantik berseri, Tak sikit pun rugi jika memberi. Maksud : Sedekah tidaklah mengurangi harta. TEMA PERSOALAN Bersedekah amalan mulia 1) Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. 2) Budi baik pasti akan dibalas dengan baik. 3) Sedekah tidak akan membuatkan seseorang itu miskin. JENIS PANTUN 2 kerat, 2 baris 4-6 patah perkataan pada setiap baris. Setiap baris mempunyai 10-11 suku kata. Rima pada baris pembayang adalah sama dengan rima baris maksud iaitu a, a.
GAYA BAHASA CONTOH Sinkope tak : tidak sikit : sedikit Asonansi Tak sikit pun rugi jika memberi (pengulangan vokal 'i') Aliterasi Tuan puteri cantik berseri (pengulangan konsonan 't') PENGAJARAN Bentuk : Pantun Nasihat 1) Kita seharusnya tidak berasa rugi untuk bersedekah kerana Allah pasti akan menggantikannya dengan ganjaran yang lebih baik. 2) Kita hendaklah bersedekah dengan ikhlas kepada orang yang memerlukan agar mendapat pahala yang berterusan. FUNGSI KESUSASTERAAN Fungsi kesusasteraan bagi pantun ini ialah sebagai pendidikan. Pantun ini memberi kesedaran kepada pembaca bahawa dengan bersedekah harta mereka tidak akan berkurang malah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih besar.
PANTUN Bunga melati tinggal sekuntum, Menanam padi di tengah malam; Ucaplah salam Assalamualaikum, Balaslah salam Waalaikumussalam. Maksud : Kita mestilah mengucapkan dan membalas salam kepada orang yang kita bertemu mahupun berselisisih. TEMA Adab memberi salam 1) Menyantuni orang di sekeliling dengan memberi salam. 2) Membentuk insan yang berakhlak. PERSOALAN JENIS PANTUN 4 kerat, 4 baris 3-5 patah perkataan pada setiap baris. Setiap baris mempunyai 10-12 suku kata. Rima pada baris 1 pembayang adalah sama dengan rima baris 1 maksud iaitu a, b, a, b.
GAYA BAHASA CONTOH Imejan bunga, melati, padi Asonansi Ucaplah salam Assalamualaikum (pengulangan vokal 'a') Aliterasi Bunga melati tinggal sekuntum (pengulangan konsonan 'n') Bentuk : Pantun Adab 1) Kita hendaklah bertegur sapa orang di sekeliling dengan mengucapkan salam terlebih dahulu. 2) Kita sebagai umat Islam hendaklah membalas salam iaitu Waalaikumussalam. PENGAJARAN Fungsi sastera ini tergolong dalam aspek pendidikan. Mesej yang disampaikan mempunyai unsur mendidik iaitu menekankan adab memberi salam. Dengan itu, masyarakat akan menyedari akan kepentingan beradab dengan mengucapkan salam. FUNGSI KESUSASTERAAN
PANTUN Jangan hanya bentang sejadah, Doa hanya tak ada gunanya; Jangan tinggal amal ibadah, Kelak pasti syurga tempatnya. TEMA PERSOALAN Tuntutan agama dalam amal ibadah 1) Kepentingan melakukan amal ibadah. 2) Pembinaan jati diri dengan amalan rohani. Maksud : Umat Islam dituntut untuk melakukan amal ibadah sebagai bekalan di akhirat. 4 kerat, 4 baris 4-5 patah perkataan pada setiap baris. Setiap baris mempunyai 9-10 suku kata. Rima pada baris 1 pembayang adalah sama dengan rima baris 1 maksud iaitu a, b, a, b. JENIS PANTUN
GAYA BAHASA CONTOH Inversi doa hanya : hanya doa Responsi hanya (pengulangan kata pada tengah baris) Sinkope tak : tidak Asonansi Jangan tinggal amal ibadah (pengulangan vokal 'a') Aliterasi Jangan hanya bentang sejadah (pengulangan konsonan 'n') Bentuk : Pantun Agama 1) Kita sebagai umat Islam hendaklah melakukan amal ibadah untuk bekalan di akhirat kelak. 2) Kita hendaklah melakukan amal ibadah kerana Allah telah menjanjikan syurga buat orang yang tidak meninggalkan ibadah. PENGAJARAN FUNGSI KESUSASTERAAN Pantun tersebut berfungsi sebagai dakwah. Mesej yang disampaikan adalah tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam dalam melaksanakan perintah tuhan. Pantun ini secara tidak langsung, memberi kesedaran kepada umat Islam untuk melakukan amal ibadah.
PANTUN Maksud : Bagaimanakah bunyi itik? TEMA Pagi-pagi siram pokok, Tumbuh mekar indah bunganya; Pagi-pagi ayam berkokok, Jikalau itik bagaimana bunyinya? Bunyi-bunyi haiwan PERSOALAN Merangsang pemikiran pembaca. 4 kerat, 4 baris 3-4 patah perkataan pada setiap baris. Setiap baris mempunyai 8-11 suku kata. Rima pada baris 1 pembayang adalah sama dengan rima baris 1 maksud iaitu a. b, a, b. JENIS PANTUN
GAYA BAHASA CONTOH Anafora pagi-pagi Kata ganda pagi-pagi Imejan pokok, bunga Asonansi Pagi-pagi ayam berkokok (pengulangan vokal 'a') Aliterasi Jikalau itik bagaimana bunyinya (pengulangan konsonan 'k') Bentuk : Pantun Teka-teki 1) Bunyi ayam ialah kok kok kok. 2) Bagaimana bunyi itik? 3) Merangsang pemikiran pembaca untuk menjelaskan bunyi yang didengarkan. MESEJ FUNGSI KESUSASTERAAN Pantun ini berfungsi sebagai hiburan. Hal ini kerana, tiada mesej umum yang ingin disampaikan namun mempunyai unsur jenaka dan ceria untuk para pembaca. Secara tidak langsung pembaca akan menjawab teka-teki tersebut dengan membunyikan bunyi itik.
RUJUKAN