The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3221 Pengurusan Persatuan di Sekolah - Tugasan 1(b)
Aktiviti Gotong-Royong dan Keceriaan Perpustakaan SJK(C) Kuo Min, Nilai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zi Wei Yong, 2022-09-29 04:31:41

Aktiviti Gotong-Royong dan Keceriaan Perpustakaan

MPU3221 Pengurusan Persatuan di Sekolah - Tugasan 1(b)
Aktiviti Gotong-Royong dan Keceriaan Perpustakaan SJK(C) Kuo Min, Nilai

ANJURAN KELAB RAKAN PEMBACA
SJK(C) KUO MIN, NILAI

AKTIVITI
GOTONG-ROYONG

DAN KECERIAAN
PERPUSTAKAAN



28 SEPTEMBER 2022 | 9 PAGI - 1 PETANG
LOKASI : PERPUSTAKAAN SJK(C) KUO MIN, NILAI

KUMPULAN TERLIBAT : AHLI KELAB RAKAN PEMBACA

Sila imbas kod QR >
untuk pendaftaran >

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan,
sila hubungi: 0182880602 (Cik Yong Zi Wei -

Guru Penasihat Kelab Rakan Pembaca)

1.0 PENGENALAN

Menurut Arkiyah (2017), perpustakaan merupakan sebuah sistem
informasi yang disusun dengan teratur bagi memudahkan para
pengguna untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Perpustakaan berfungsi sebagai tempat rujukan serta peneroka
maklumat. Perkhidmatan ini adalah terbuka kepada semua
masyarakat tanpa kira kaum, agama, usia dan jantina. Perpustakaan
turut menyediakan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku
serta membekalkan peranti elektronik dan sumber Internet.
Perkhidmatan ini adalah untuk melancarkan proses pencarian
maklumat yang berterusan secara fizikal dan juga dalam talian.

Selain daripada itu, perpustakaan seperti Perpustakaan Negara
Malaysia memainkan peranan penting sebagai tempat penyimpanan
koleksi tidak kira bahan bercetak atau tidak bercetak. Merujuk
kepada Akta 331, iaitu Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986,
semua jenis terbitan yang diterbitkan di Malaysia diwajibkan
diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia. Tujuan utama
penyimpanan bahan bacaan adalah untuk memudahkan para
pengguna untuk mencari maklumat yang sukar didapati dalam
talian. Bukan itu sahaja, sumber-sumber yang disimpan dengan
teratur dan dijaga dengan teliti dapat dijadikan sebagai sumber
sejarah yang sahih pada masa yang akan datang.

Perpustakaan sekolah, atau juga dikenali
sebagai Pusat Sumber Sekolah (PSS)
memainkan peranan penting dalam sistem
pendidikan, khasnya di seluruh institut
pendidikan. Hal ini dikatakan demikian
kerana perpustakaan menyediakan ruangan
serta peluang kepada semua pendidik dan
pelajar untuk mengakses pelbagai sumber
bacaan sebagai bahan rujukan.

2.0 BUTIRAN AKTIVITI

TEMA AKTIVITI : KHIDMAT KOMUNITI
NAMA AKTIVITI : AKTIVITI GOTONG-ROYONG DAN

KECERIAAN PERPUSTAKAAN
TARIKH / HARI : 28 SEPTEMBER 2022 (RABU)

MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : PERPUSTAKAAN SJK(C) KUO MIN, NILAI
ANJURAN : KELAB RAKAN PEMBACA SJK(C) KUO MIN, NILAI.
KUMPULAN TERLIBAT : AHLI KELAB RAKAN PEMBACA

3.0 MATLAMAT AKTIVITI

Matlamat aktiviti gotong-royong dan keceriaan
perpustakaan adalah untuk memberikan
peluang kepada semua ahli Kelab Rakan

Pembaca bagi mewujudkan satu tempat bacaan
yang kondusif untuk menggalakkan pembacaan

yang berterusan agar dapat merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
iaitu harapan untuk melahirkan generasi muda

yang berpotensi secara menyeluruh dan
bersepadu demi mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial.

4.0 OBJEKTIF

AKTIVITI GOTONG-ROYONG DAN
KECERIAAN DI PERPUSTAKAAN
SJK(C) KUO MIN, NILAI

1. Membentuk persekitaran 4. Meningkatkan kesedaran
yang kondusif untuk proses pelajar dalam pemanfaatan
pembelajaran pelajar. kemudahan sekolah untuk
tujuan pembelajaran.
2. Memupuk semangat
kerjasama berpasukan dalam 5. Memupuk perasaan
kalangan pelajar.
penghargaan terhadap
3. Mengeratkan hubungan
silaturahim antara pelajar. kemudahan sekolah dalam

kalangan pelajar.

5.0 TENTATIF AKTIVITI

. Aktiviti Gotong-Royong dan Keceriaan
Perpustakaan SJK(C) Kuo Min, Nilai

1. Para peserta berkumpul di perpustakaan pada pukul
9.00 pagi.
2. Guru besar memberikan ucapan ringkas.
3. AJK Aktiviti mengagihkan tugasan masing-masing
untuk menjamin keberkesanan aktiviti ini.
4. Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul 9.15 pagi
dan dijangka tamat pada pukul 11.00 pagi.
5. Sesi kudapan akan dijalankan di kantin sekolah
selepas aktiviti gotong-royong.
6. Aktiviti keceriaan seperti mengecat dinding,
menceriakan kawasan bacaan dan menghiaskan papan
kenyataan bermula pada 11.45 pagi dan dijangka tamat
pada pukul 12.45 tengah hari.
7. AJK Peralatan membimbing semua peserta untuk
mengemas dan menyimpan segala peralatan yang
digunakan di tempat asal masing-masing.
8. Selepas ucapan guru penasihat, aktiviti tersebut
tamat pada pukul 1.00 petang dan semua ahli
dibenarkan untuk bersurai.

6.0 RASIONAL PEMILIHAN AKTIVITI

Pusat sumber merupakan salah 6.1 KEPENTINGAN KEPADA
GURU PENASIHAT DAN
satu fasiliti yang disediakan oleh KERJAYA
Aktiviti ini memberikan peluang
pihak sekolah bagi kegunaan kepada guru penasihat untuk
menguruskan aktiviti di
para pelajar dan guru-guru peringkat sekolah. Kemahiran
pengurusan guru penasihat
untuk mencari sumber rujukan akan berkembang dan dapat
memanfaatkan kerjaya.
tambahan yang berkaitan
Guru penasihat dapat
dengan proses pengajaran dan mengetahui dan melibatkan
diri dalam setiap prosedur
pemudahcaraan. Aktiviti untuk menjalankan sebuah
aktiviti.
gotong-royong dan keceriaan Guru penasihat dapat
mengembangkan
perpustakaan SJK(C) Kuo Min kemahiran sosial melalui
perbincangan dengan staf
dilakukan adalah untuk sekolah.
Kemahiran pengurusan ini
menarik perhatian semua warga amatlah berguna dalam
penganjuran program dan
sekolah mengunjung ke aktiviti pada masa depan.
Kejayaan aktiviti ini dapat
perpustakaan sekolah. Pihak meningkatkan kredibiliti
sebagai seorang guru yang
perpustakaan telah berkemahiran.

menyediakan buku-buku baru

dan buku-buku rujukan yang

dapat memenuhi keperluan

semua pengguna. Selain itu,

aktiviti keceriaan perpustakaan

dijalankan bagi mewujudkan

suasana yang lebih sesuai untuk

penerapan ilmu. Melalui aktiviti

ini juga pelajar dapat mengenal

struktur perpustakaan pada

masa yang sama boleh

mengeratkan hubungan

silaturrahim antara satu sama

lain.

6.0 RASIONAL PEMILIHAN AKTIVITI

6.2 KEPENTINGAN TERHADAP SEKOLAH, MASYARAKAT DAN NEGARA
Aktiviti ini penting terhadap perkembangan sekolah, masyarakat dan negara.
Dengan adanya perpustakaan yang bersih dan ceria, para pengguna dapat
memaximakan kemudahan yang disediakan.

Budaya membaca dalam kalangan pelajar dapat diwujudkan.
Generasi muda yang berkebolehan dan berketerampilan akan dilahirkan.
Secara tidak langsungnya, pencapaian akademik dan kokurikulum
sekolah akan meningkat dan ini dapat mengharumkan nama sekolah.
Masyarakat akan dipengaruhi dan sedar akan obligasi sendiri sebagai
rakyat negara dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembangunan negara.
Masyarakat yang berilmu dan rasional akan membentuk negara yang
maju dan aman damai.
Masyarakat dapat bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
menjadikan kerja pembangunan negara sebagai matlamat utama semua.

6.3 KEPENTINGAN KEPADA SISTEM PENDIDIKAN
Aktiviti ini menyumbang kepada pengekalan dan penambahbaikan sistem
pendidikan negara seluruh Malaysia.

Perpustakaan merupakan bank ilmu pengetahuan yang sangat signifikan
bagi semua pendidik dan pelajar untuk menjadikan taraf pengajaran dan
pembelajaran lebih mantap serta mempertingkatkan keputusan
pencapaian akademik.
Perpustakaan yang lengkap lagi bersih dan ceria memberikan sudut yang
efektif untuk menambahkan ilmu dan pengalaman masing-masing.
Sehubungan itu, setiap pengguna perpustakaan dapat sedar bahawa
manfaat belajar dan akan meningkatkan semangat ingin tahu untuk
meneroka dengan lebih mendalam. Ini adalah Pembelajaran Berasaskan
Inkuiri iaitu salah satu pendekatan pedagogi pembelajaran abad ke-21.
Secara tidak langsungnya, aktiviti ini dapat menggalakkan pembelajaran
sepanjang hayat dalam diri setiap rakyat Malaysia yang selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

7.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami agar aktiviti gotong-royong dan keceiraan
perpustakaan dapat dijalankan dengan lancar demi mencapai setiap
matlamat dan objektif aktiviti. Pada masa yang sama, kami bertujuan
agar para peserta dapat menyemaikan budaya membaca dalam
kalangan pelajar untuk melahirkan generasi muda yang berkualiti
lagi seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Kita juga berharap bahawa pelaksanan aktiviti khidmat komuniti
tersebut dapat mengukuhkan jati diri para pelajar dan
memantapkan kemahiran komunikasi supaya mereka akan lebih
berkeyakinan dan berketrampilan pada masa yang akan datang.

ANJURAN KELAB RAKAN PEMBACA
SJK(C) KUO MIN, NILAI

AKTIVITI
GOTONG-ROYONG

DAN KECERIAAN
PERPUSTAKAAN

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Sila imbas kod QR >
untuk pendaftaran >

Jika terdapat sebarang
pertanyaan, sila hubungi:
0182880602 (Cik Yong Zi Wei
- Guru Penasihat Kelab

Rakan Pembaca)


Click to View FlipBook Version