The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zalina.basir, 2022-04-13 00:22:04

Ramadhan 2022 by Therbaik KLM

Ramadhan 2022 by Therbaik KLM

Keywords: resepi ramadan 2022,therbaik ramadan

BerpuasaKEWAJIPAN & KELEBIHAN

1. Firman Allah:

"Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
(Al-Baqarah ayat 183)

2. Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ اَل َيْدُخُل ِم نُه َأَحٌد َغ ْيُرُهم‬، ‫ِإَّن في الَجَّنِة َباًبا ُيَقاُل َلُه الَّرَّياِن َيدُخُل ِم نُه الَّص اِئُم وَن َيوَم الِق َياَم ِة‬
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang

dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki
syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak
dibenarkan masuk.” (Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim)

3. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Tiadalah berpuasa seseorang hamba satu hari (kerana) fisabilillah,
melainkan Allah akan menjauhkan diri seseorang itu daripada
api neraka selama 70 tahun.”
(HR. Jama’ah kecuali Nasa’i dan Abu Daud)

4. Puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang agung, bahkan pahala
puasa tidak terbatas ganjarannya. Sebagaimana dikhabarkan dalam
sebuah Hadis Qudsi:

“Setiap amal manusia akan diberi ganjaran kebaikan semisalnya
sampai 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa,

kerana puasa itu untukKu dan Aku yang akan membalasnya.’”
(HR. Muslim no.1151)



" Orang berpuasa memiliki dua kegembiraan. Kegembiraan ketika dia
berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa Allah S.W.T.” (HR Muslim)


5. Firman Allah dalam Hadis Qudsi, maksudnya:

“Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa, sebab ia
hanyalah untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran

padanya secara langsung.” (HR Bukhari)



46

NIAT BERPUASA SEBULAN RAMADHAN

‫َنَوْيُت َص ْو َم َش ْه ِر َرَم َض اَن ِكِّلِه ِلَّلِه َتَع اىَل‬



Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah

Ta’ala

NIAT BERPUASA SEHARIAN

‫َنَوْيُت َص ْو َم َغ ٍد َأْن َأَداِء َفْرِض َرَم َض اَن َهِذِه الَّس َنِة ِلَّلِه َتَع اىَل‬



Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis

Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah

Ta’ala

DOA BUKA PUASA/IFTAR


‫َالّلُه َّم َلَك ُص ْم ُت َوِبَك آَم ْنُت َوَع ىَل ِرْزِقَك َأْفَط ْرُت ِبَرْحَم ِتَك َيا َاْرَحَم الَّرِح ِم ْيَن‬



Bahasa rumi: Allahuma Laka Sumtu Wa Bika Aamantu Wa’Ala Rizkqika Aftortu Birahmatika

Ya ArhamarRohimin
Maksudnya: Ya Allah keranaMu aku berpuasa, DenganMu aku beriman, kepadaMu aku
berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa) dengan RahmatMu, Ya Allah Tuhan

Maha Pengasih. (HR Bukhari dan Muslim)





‫ َو َثَبَت الأْجُر إْن َش اَء ُهَّللا‬، ‫َذَهَب الَّظ َم ُأ َو اْبَتَّلِت اْلُعُروُق‬



Bahasa rumi: Dzahabaz zhama'u wabtallatil 'uruqu wa tsabatal ajru, insyaAllah
Maksudnya: Telah hilang rasa haus, dan urat-urat telah basah serta pahala telah tetap,

dengan izin Allah. (HR Abu Dawud)

DOA BERTEMU LAILATULQADAR

‫الَّلـُه ـَّم إَّنَك َع ُفٌّو ُتـِح ُّب الَع ْف َو َفاْع ُف َع ِّني‬

Bahasa rumi: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan

keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.

47

MENJAGA

Kesihatan
DI BULAN RAMADHAN

5 TIPSKekal Aktif

S EPANJANG RAMADHAN

1. Sahur dengan makanan yang berkualiti

2. Minum 8 gelas air sehari

3. Dapatkan qailullah selama
15-20 minit sehari

4. Lakukan senaman ringan

5. Makan berpada-pada
sewaktu berbuka

49

MINUM

8 Gelas Air
SEHARI

1 gelas 1 gelas
sebelum selepas

sahur sahur
1 gelas 1 gelas
selepas azan selepas solat
maghrib maghrib
1 gelas 1 gelas
selepas selepas solat
makan
1 gelas isya
selepas solat 1 gelas
tarawikh sebelum

tidur

Y AYYYYY!
Dah cukup 8 gelas air hari ni!

Cetak atau tambah tracker ini di dalam BuJo/Ramadhan Habit Tracker anda

Bersenam
D I BULAN RAMADHAN

MENGAPA PENTING UNTUK BERSENAM DI BULAN RAMADHAN?

1.Mengelakkan kehilangan jisim otot yang boleh membawa kepada
penurunan metabolisma dan kenaikan berat badan.

2.Badan segar dan bertenaga untuk berpuasa pada keesokan
harinya kerana bersenam dapat melancarkan pengaliran darah
dan membekalkan oksigen yg mencukupi untuk sampai ke otak.

3.Senaman dan pemakanan yang seimbang dapat membantu
seseorang itu melakukan ibadah terutamanya solat tarawih
dengan lebih baik.

TIPS BERSENAM DI BULAN RAMADHAN

Bersenam 3 kali seminggu selama 30-45 minit secara berselang
hari. Jika senaman berintensiti tinggi, lakukan selama 30 min
sahaja.

Jenis senaman yang sesuai: latihan bebanan (muscle toning) dan
kardio (low and medium intensity)

Masa yang sesuai untuk bersenam :
Selepas iftar - masa ini sesuai kerana badan telah mendapat
makanan dan minuman. Pilih rutin yang pendek supaya
sempat mengerjakan solat tarawih berjemaah.
Selepas solat tarawih – masa ini sesuai kerana badan telah
mendapat makanan yang membantu dalam pemulihan otot,
pertumbuhan otot dan menghilangkan lemak badan.
Sebelum sahur – bangun lebih awal untuk bersenam sebelum
bersahur. Semasa bersahur minum air dan makan makanan
yang cukup nutrisi untuk membekalkan tenaga sepanjang
hari.




Amalkan pemakanan seimbang dengan karbohidrat utk
membekalkan tenaga, protein dan fibre untuk mengurangkan
rasa lapar serta lemak baik untuk rasa kenyang. Elakkan
makanan yang pedas dan bergaram tinggi kerana ia boleh
menyebabkan badan terdehidrasi lebih cepat.

Minum air kosong sepanjang malam supaya badan sentiasa
terhidrat. Kurangkan kopi dan teh kerana ia juga akan
menyebabkan badan terdehidrasi.

51

BERPUASA DANDiabetes

Apa yang anda perlu tahu sebelum berpuasa jika anda menghidapi
diabetes?

Umat Islam diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa di bulan
Ramadhan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelonggaran
kepada golongan yang tidak mampu berpuasa seperti orang yang
sakit dan ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan jika berpuasa.

Antara keadaan yang tidak digalakkan berpuasa adalah seperti
berikut:

Mengalami komplikasi diabetes yang serius.
Kerap mengalami hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah),
terutamanya kepada pesakit yang mengambil ubat diabetes
ataupun insulin.
Penyakit diabetes yang tidak terkawal disebabkan ketidakpatuhan
pada pemakanan dan ubat-ubatan.

Jika anda ingin berpuasa, pastikan anda berbincang terlebih dahulu
dengan doktor anda sebelum Ramadhan menjelang tiba.

BERPUASA DENGAN SELAMAT

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk berpuasa dengan
selamat adalah seperti berikut:

1.Periksa kadar gula dalam darah dengan lebih kerap. Ini tidak
membatalkan puasa anda.

2.Ambil ubat mengikut pengubahsuaian masa yang telah disarankan
oleh doktor dan pegawai farmasi.

3.Jangan tinggalkan waktu bersahur.
4.Jangan melambatkan waktu berbuka.
5.Makan makanan yang pelbagai dan seimbang seperti buah-

buahan, sayur-sayuran dan berkarbohidrat.
6.Hadkan makanan yang manis dan berlemak.
7.Hadkan makanan yang tinggi garam.
8.Minum air secukupnya dan elakkan minum air yang berkafein

semasa berbuka untuk mengelakkan dihidrasi (kekurangan air).
9.Jika anda rasa kurang sihat, berbukalah dengan segara. Pastikan

anda sentiasa membawa ubat anda bersama.
10.Berjumpa dengan doktor anda selepas ramadhan.

52

Bersedekah
DI BULAN RAMADHAN

Bersedekah
DI BULAN RAMADHAN




‫ غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا‬، ‫من فطر صائما كان له مثل أجره‬



“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain

yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa
sedikitpun mengurangi pahalanya.”
(HR. At Tirmidzi no 807)

، ‫ َكاَن َرُس وُل ِهللا َص ىَّل ُهللا َع َلْيِه َوَس َّلَم َأْجَوَد الَّناِس‬: ‫ َقاَل‬، ‫َع ِن اْبِن َع َّباٍس‬
‫ َوَكاَن َيْلَقاُه ِفي ُكِّل‬، ‫َوَكاَن َأْجَوُد َم ا َيُكوُن ِفي َرَم َض اَن ِح يَن َيْلَقاُه ِج ْبِريُل‬
‫ َفَلَرُس وُل ِهللا َص ىَّل ُهللا َع َلْيِه َوَس َّلَم‬، ‫َلْيَلٍة ِم ْن َرَم َض اَن َفُيَداِرُس ُه الُقْرآَن‬
‫َأْجَوُد ِبالَخْيِر ِم َن الِّريِح الُم ْرَس َلِة‬

Dari Ibnu Abbas yang berkata, “Rasulullah SAW adalah orang
yang paling dermawan dan saat beliau paling dermawan adalah

di bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril menemui beliau.
Malaikat Jibril senantiasa menemui beliau pada setiap malam
dalam bulan Ramadhan untuk saling mempelajari Al-Qur’an.
Pada saat itu Rasulullah lebih dermawan dalam melakukan amal

kebajikan melebihi (cepat dan luasnya) hembusan angin.”



(HR. Bukhari dan Muslim)

“Setiap perbuatan baik adalah sedekah.”
(HR Bukhari 5562)

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya
pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh

menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi
seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi

sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat)
kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.”


(Al Baqarah: 261)

54

Senarai Sedekah

DERMA DI SINI
DERMA DI SINI
DERMA DI SINI

DERMA DI SINI
DERMA DI SINI

Penghargaan

Penyumbang
Resipi



Jabatan Editorial


Click to View FlipBook Version