The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DAPATAN KAJIAN Pengajian Am

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zalina.basir, 2022-04-04 20:48:58

DAPATAN KAJIAN

DAPATAN KAJIAN Pengajian Am

Keywords: Pengajian Am

020413-14-0908

020413-14-0908
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

ITEM BILANGAN PERATUS (%)

JANTINA

- LELAKI 14 46.7

- PEREMPUAN 16 53.3

JUMLAH 30 100

UMUR

- 15 – 20 14 46.7

- 21 – 30 9 30

- 31 – 40 5 16.7

- 41 – KE ATAS 2 6.7

JUMLAH 30 100

BANGSA

- MELAYU 13 43.3

- INDIA 6 20

- CINA 6 20

- LAIN-LAIN 5 16.7

JUMLAH 30 100

AGAMA

- ISLAM 13 43.3

- HINDU 6 20

- BUDHA 6 20

- LAIN-LAIN 5 16.7

JUMLAH 30 100

JADUAL 1: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN SOAL SELIDIK

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2021

ANALISIS DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual di atas menunjukkan data demografi responden soal selidik bagi kajian yang bertajuk
faktor yang mendorong kesetiaan pelanggan terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri
Kluang. Data dibahagikan kepada empat bahagian iaitu jantina, umur, bangsa dan agama.

Daripada jadual dapatlah dikenalpasti bahawa responden terdiri daripada 14 orang lelaki dan
16 orang perempuan. Maka jumlah keseluruhan responden ialah 30 orang. Dari jumlah itu,
seramai 14 orang dari kumpulan umur 15 hingga 20 tahun. Manakala 9 orang dari kumpulan
umur 21 hingga 30 tahun. Seterusnya, 5 orang dari kumpulan umur 31 hingga 40 tahun. Baki
2 orang adalah dari kumpulan umur 41 tahun ke atas. Ini menunjukkan bahawa data kajian ini

020413-14-0908

adalah relevan kerana 46.7% daripada jumlah keseluruhan 30 responden adalah dari kumpulan
umur 15 hingga 20 tahun iaitu banyak terdiri daripada golongan muda. Hal ini kerana Kluang
Western Cafe di Taman Sri Kluang menyediakan makanan yang sedap dan enak serta menarik
perhatian golongan muda.

Berdasarkan maklumat dari jadual di atas juga, 13 orang berbangsa Melayu dan beragama
Islam. Seterusnya, responden berbangsa India dan beragama Hindu, serta responden berbangsa
Cina dan beragama Buddha adalah sama dengan seramai 6 orang. Manakala 5 orang berbangsa
lain-lain dan beragama lain-lain. Ini menunjukkan bahawa responden terdiri daripada semua
bangsa dan agama. Bermaksud hasil dapatan kajian yang diperoleh juga adalah relevan kerana
tidak bermonopoli oleh satu jenis bangsa atau agama sahaja.

Kesimpulannya, responden yang memberikan jawapan dalam soal selidik yang diedarkan
adalah dari kalangan yang boleh dipercayai dan relevan dengan tajuk kajian.

020413-14-0908


BAHAGIAN B : MENGENAL PASTI JENIS MENU YANG DITAWARKAN OLEH
KLUANG WESTERN CAFE DI TAMAN SRI KLUANG YANG MENJADI PILIHAN
PELANGGAN

TAMAN SRI KLUANG : JENIS MENU YANG DITAWARKAN OLEH KLUANG
WESTERN CAFE YANG MENJADI PILIHAN PELANGGAN PADA TAHUN 2021

JENIS MENU BILANGAN (ORANG) PERATUS (%)

Pasta 17 56.7

Ramen 10 33.3

Makanan barat (Western) 20 66.7

Ala Carte 9 30

Side Dish 5 16.7

Mixed Platter 7 23.3

Minuman panas 7 23.3

Minuman sejuk 13 43.3

Milkshake 11 36.7

Ice Blended 15 50

Lain-Lain 5 16.7

JADUAL 2 : JENIS MENU YANG DITAWARKAN OLEH KLUANG WESTERN CAFE

DI TAMAN SRI KLUANG YANG MENJADI PILIHAN PELANGGAN PADA TAHUN

2021

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2021

PERATUS (%) TAMAN SRI KLUANG : JENIS MENU YANG DITAWARKAN OLEH KLUANG WESTERN
CAFE DI TAMAN SRI KLUANG YANG MENJADI PILIHAN PELANGGAN PADA TAHUN

2021

80
70
60
50
40
30
20
10

0

Pasta
MakanaRn abamreant…

Ala Carte
MiMinnMuiuxmemSaida nd n Pelp saaDetjintsuaekhsr

IceM ilBlkesnhdaeked
Lain-Lain

JENIS MENU

RAJAH 1 : JENIS MENU YANG DITAWARKAN OLEH KLUANG WESTERN CAFE DI
TAMAN SRI KLUANG YANG MENJADI PILIHAN PELANGGAN PADA TAHUN 2021

SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2021

020413-14-0908
ANALISIS DATA

Graf di atas menunjukkan Jenis Menu Yang Ditawarkan Oleh Kluang Western Cafe di Taman
Sri Kluang Yang Menjadi Pilihan Pelanggan Pada Tahun 2021. Maklumat diperoleh dari soal
selidik yang diedarkan oleh pengkaji kepada responden pelanggan Kluang Western Cafe di
Taman Sri Kluang.

Daripada graf dapatlah dikenalpasti bahawa jenis menu makanan barat (western) merupakan
menu utama yang menjadi pilihan pelanggan. Seramai 20 responden (66.7%) memilih makanan
barat (western) yang menjadi pilihan pelanggan Kluang Western Cafe. Selain itu, jenis menu
pasta dan ice blended mempunyai peratus pelanggan memilih menu yang menjadi pilihan
pelanggan Kluang Western Cafe iaitu masing-masing mencapai 56.7% dan 50%. Seterusnya,
jenis menu minuman sejuk dan milkshake telah mencapai 43.3% dan 36.7% bagi jenis menu
yang menjadi pilihan pelanggan Kluang Western Cafe.

Di samping itu, diikuti dengan jenis menu ramen dan Ala Carte dengan peratusan 33.3% dan
30% pelanggan memilihnya sebagai jenis menu yang menjadi pilihan pelanggan Kluang
Western Cafe. Seterusnya, jenis menu Mixed Platter dan minuman panas mempunyai nilai
peratusan yang sama iaitu 23.3% pelanggan yang memilihnya sebagai jenis menu yang menjadi
pilihan pelanggan. Akhir sekali, jenis menu yang paling kurang dipilih oleh pelanggan untuk
menjadi menu yang menjadi pilihan pelanggan ialah jenis menu Side Dish dan lain-lain yang
mendapat peratusan yang sama iaitu 16.7%.

Kesimpulanya, responden yang memberikan jawapan dalam soal selidik yang diedarkan adalah
dari kalangan yang boleh dipercayai dan relevan dengan tajuk kajian.

020413-14-0908

BAHAGIAN C : MENGKAJI FAKTOR YANG MENDORONG KESETIAAN
PELANGGAN TERHADAP KLUANG WESTERN CAFE DI TAMAN SRI KLUANG

TAMAN SRI KLUANG : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG

WESTERN CAFE DARI ASPEK KEMUDAHAN PADA TAHUN 2021

ASPEK SGT TAK TAK TAK SETUJU SGT
KEMUDAHAN SETUJU SETUJU PASTI BIL % SETUJU
BIL % BIL % BIL % BIL %
Kemudahan meletak
kenderaan. 1 3.3 2 6.7 7 23.3 11 36.7 9 30

Kemudahan Wi-Fi 0 0 1 3.3 4 13.3 18 60 7 23.3
terbuka.

Perkhidmatan aktiviti

keluarga seperti 0 0 0 0 5 16.7 12 40 13 43.3
sambutan hari jadi.

Perkhidmatan 0 0 1 3.3 6 20 16 53.3 7 23.3
penghantaran.

Waktu operasi sesuai 0 0 0 0 1 3.3 20 66.7 9 30
kehendak pelanggan.

JADUAL 3 : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG WESTERN CAFE

DARI ASPEK KEMUDAHAN PADA TAHUN 2021

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2021

TAMAN SRI KLUANG : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG WESTERN
CAFE DARI ASPEK KEMUDAHAN PADA TAHUN 2021

Peratus (%) 80 SGT TAK SETUJU
TA K SE TUJU
60 TA K PAST I
SETUJU
40 SGT SETUJU

20

0

Kemudahan Kemudahan Perkhidmatan Perkhidmatan Waktu operasi

meletak Wi-Fi terbuka aktiv iti penghantaran sesuai

kenderaan ke lua rga ke he nda k

pela ng gan

ASPEK KEMUDAHAN

RAJAH 2 : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG WESTERN CAFE DI
TAMAN SRI KLUANG DARI ASPEK KEMUDAHAN PADA TAHUN 2021
SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2021

020413-14-0908
ANALISA DAPATAN KAJIAN

Graf di atas menunjukkan Kesetiaan Pelanggan Terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri
Kluang Dari Aspek Kemudahan Pada Tahun 2021. Maklumat diperolehi dari soal selidik yang
diedarkan oleh pengkaji kepada responden pelanggan Kluang Western Cafe di Taman Sri
Kluang.

Pernyataan 1, Kluang Western Cafe menyediakan kemudahan meletak kereta. Skala yang
paling tinggi peratusnya ialah setuju iaitu sebanyak 36.7% daripada jumlah keseluruhan
reponden 30 orang. Manakala skala paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 3.3%
daripada jumlah keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa penyediaan kemudahan meletak kereta
telah disediakan oleh Kluang Western Cafe bagi memudahkan pelanggan untuk datang ke
kedainya.

Pernyataan 2, Kluang Western Cafe menyediakan kemudahan Wi-Fi terbuka kepada
pelanggannya. Skala yang paling tinggi peratusnya ialah setuju iaitu sebanyak 60% daripada
jumlah keseluruhan reponden 30 orang. Manakala skala paling rendah peratusnya ialah sangat
tak setuju iaitu 0% daripada jumlah keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa responden berpuas
hati dengan kemudahan Wi-Fi terbuka yang disediakan oleh Kluang Western Cafe bagi
memudahkan pelanggan mengakses internet di kedai mereka.

Pernyataan 3, Kluang Western Cafe menyediakan perkhidmatan aktiviti keluarga seperti
sambutan hari jadi. Skala yang paling tinggi peratusnya ialah sangat setuju iaitu sebanyak
43.3% daripada jumlah keseluruhan reponden 30 orang. Manakala skala paling rendah
peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada jumlah keseluruhan. Ini menunjukkan
bahawa responden berpuas hati dengan perkhidmatan aktiviti keluarga yang disediakan.

Pernyataan 4, Kluang Western Cafe menyediakan perkhidmatan penghantaran. Skala yang
paling tinggi peratusnya ialah setuju iaitu sebanyak 53.3% daripada jumlah keseluruhan
reponden 30 orang. Manakala skala paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0%
daripada jumlah keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa responden berpuas hati dengan
perkhidmatan penghantaran yang disediakan oleh Kluang Western Cafe.

Pernyataan 5, waktu operasi sesuai dengan kehendak pelanggan. Skala yang paling tinggi
peratusnya ialah setuju iaitu sebanyak 66.7% daripada jumlah keseluruhan reponden 30 orang.
Manakala skala paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada jumlah

020413-14-0908

keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa responden berpuas hati dengan waktu operasi yang
sesuai dengan kehendak pelanggan.

Daripada soal selidik yang dibuat dari aspek kemudahan, dapatlah disimpulkan bahawa
kesetiaan pelanggan terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri Kluang dari aspek
kemudahan ini adalah tinggi. Ini dapat dibuktikan daripada responden, melalui hasil dapatan
kajian soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji.

(Perbincangan dapataan secara kuantitatif)

Hal ini disokong dengan temubual bersama dengan responden B (bukan nama sebenar) dan
beliau menyatakan

“Pada pendapat saya, saya berpuas hati dengan kemudahan Wi-Fi terbuka kerana ia mudah
didapati kerana kata laluan Wi-Fi telah ditulis di dalam resit makanan atau boleh bertanya terus
dengan pekerja restoran tersebut.”

(B, Temubual pada 23/4/2021)

(Perbincangan daripada kualitatif secara temubual)

Ini menunjukkan bahawa pelanggan setia akan Kluang Western Cafe kerana aspek kemudahan
yang disediakan iaitu kemudahan meletak kenderaan, kemudahan Wi-Fi terbuka, perkhidmatan
aktiviti keluarga seperti sambutan hari jadi, menyediakan perkhidmatan penghantaran dan
waktu operasi yang sesuai dengan kehendak pelanggan. Ini disokong dengan pemerhatian
pengkaji.

Hasil pemerhatian juga menunjukkan waktu operasi yang sesuai dengan kehendak pelanggan
merupakan faktor utama kesetiaan pelanggan terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri
Kluang iaitu dapat dibuktikan ramai pelanggan berkunjung ke restoran ini pada waktu malam
kerana sibuk bekerja dari pagi sehingga petang.

020413-14-0908


TAMAN SRI KLUANG : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG

WESTERN CAFE DARI ASPEK KEMUDAHAN PADA TAHUN 2021

ASPEK HARGA SGT TAK TAK TAK SETUJU SGT
SETUJU SETUJU PASTI BIL % SETUJU
Harga ditawarkan BIL % BIL % BIL % BIL %
berpatutan.
0 0 0 0 9 30 14 46.7 7 23.3

Harga makanan

dipamerkan di dalam 0 0 0 0 2 6.7 15 50 13 43.3
menu.

Harga makanan sesuai 0 0 1 3.3 7 23.3 11 36.7 10 33.3
saiz hidangan.

Pengalaman makan 0 0 1 3.3 8 26.7 11 36.7 10 33.3
sangat berbaloi
dengan harga yang

dibeli.

Promosi jualan atau 0 0 3 10 7 23.3 11 36.7 9 30
set yang murah.

JADUAL 4 : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG WESTERN CAFE

DARI ASPEK HARGA PADA TAHUN 2021

SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2021

TAMAN SRI KLUANG : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG WESTERN
CAFE DARI ASPEK HARGA PADA TAHUN 2021

Peratus (%) 60 SGT TAK SETUJU
50 TA K SE TUJU
40 TA K PAST I
30 SETUJU
20 SGT SETUJU
10

0

Harga Harga Harga Pengalaman Promosi jualan
ditawarkan ma kanan ma kanan
berpatutan dipamerkan di sesuai sai z makan sangat atau set y ang
dalam menu hidangan
berbaloi murah

dengan harg a

yang dibeli

ASPEK HARGA

RAJAH 3 : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG WESTERN CAFE DARI
ASPEK HARGA PADA TAHUN 2021
SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2021

020413-14-0908
ANALISA DAPATAN KAJIAN

Graf di atas menunjukkan Kesetiaan Pelanggan Terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri
Kluang Dari Aspek Harga Pada Tahun 2021. Maklumat diperolehi dari soal selidik yang
diedarkan oleh pengkaji kepada responden pelanggan Kluang Western Cafe di Taman Sri
Kluang.

Pernyataan 1, harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Skala yang paling tinggi peratusnya
ialah setuju iaitu sebanyak 46.7% daripada jumlah keseluruhan reponden 30 orang. Manakala
skala paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada jumlah keseluruhan.
Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju dan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan
oleh Kluang Western Cafe adalah berpatutan.

Pernyataan 2, harga makanan dipamerkan di dalam menu. Skala yang paling tinggi peratusnya
ialah setuju iaitu sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan reponden 30 orang. Manakala
skala paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada jumlah keseluruhan.
Ini menunjukkan bahawa responden berpuas hati dengan harga makanan dipamerkan di dalam
menu yang disediakan oleh Kluang Western Cafe bagi memudahkan pelanggan memilih menu
yang sesuai dengan keinginan mereka.

Pernyataan 3, harga makanan sesuai saiz hidangan. Skala yang paling tinggi peratusnya ialah
setuju iaitu sebanyak 36.7% daripada jumlah keseluruhan reponden 30 orang. Manakala skala
paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada jumlah keseluruhan. Ini
menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan harga makanan sesuai saiz hidangan adalah
tinggi.

Pernyataan 4, pengalaman makan di Kluang western Cafe sangat berbaloi dengan harga yang
dibeli. Skala yang paling tinggi peratusnya ialah setuju iaitu sebanyak 36.7% daripada jumlah
keseluruhan reponden 30 orang. Manakala skala paling rendah peratusnya ialah sangat tak
setuju iaitu 0% daripada jumlah keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju
pengalaman makan di Kluang western Cafe sangat berbaloi dengan harga yang dibeli adalah
tinggi kerana harganya berbaloi dengan pakej makanan yang berkualiti dan enak.

Pernyataan 5, promosi jualan atau set yang murah. Skala yang paling tinggi peratusnya ialah
setuju iaitu sebanyak 36.7% daripada jumlah keseluruhan reponden 30 orang. Manakala skala
paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada jumlah keseluruhan. Ini
menunjukkan bahawa responden berpuas hati dengan promosi jualan atau set yang murah yang

020413-14-0908

telah disediakan oleh Kluang Western Cafe bagi menarik perhatian pelanggan untuk datng ke
kedainya sekaligus menggembirakan hati pelanggan.

Daripada soal selidik yang dibuat dari aspek harga, dapatlah disimpulkan bahawa kesetiaan
pelanggan terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri Kluang dari aspek harga ini adalah
tinggi. Ini dapat dibuktikan daripada responden, melalui hasil dapatan kajian soal selidik yang
diedarkan oleh pengkaji.

(Perbincangan dapataan secara kuantitatif)

Hal ini disokong dengan temubual bersama dengan responden M (bukan nama sebenar) dan
beliau menyatakan

“Pada pendapat saya, saya bersetuju bahawa harga yang ditawarkan sesuai dengan saiz
hidangan kerana saiz pakej makanannya adalah banyak dan sedap. Tidak hairanlah sekiranya
harga yang ditawarkan itu mahal kerana bahan masakan yang digunakan adalah berkualiti.”

(M, Temubual pada 23/4/2021)

(Perbincangan daripada kualitatif secara temubual)

Ini menunjukkan bahawa pelanggan setia akan Kluang Western Cafe kerana aspek harga yang
disediakan iaitu harga yang ditawarkan adalah berpatutan, harga makanan dipamerkan di dalam
menu, harga makanan sesuai dengan saiz hidangan, dan pengalaman makan di Kluang Western
Cafe sangat berbaloi dengan harga yang dibeli serta mempunyai promosi jualan atau set yang
murah. Ini disokong dengan pemerhatian pengkaji.

Hasil pemerhatian juga menunjukkan harga makanan dipamerkan di dalam menu merupakan
faktor utama kesetiaan pelanggan terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri Kluang iaitu
dapat dibuktikan bahawa pelanggan lebih mudah untuk memilih menu yang sesuai dengan
bajet mereka serta dapat memilih makanan yang mereka gemari pada harga yang mereka mahu.

020413-14-0908


TAMAN SRI KLUANG : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG

WESTERN CAFE DARI ASPEK PERSEKITARAN PADA TAHUN 2021

ASPEK SGT TAK TAK SETUJU SGT
PERSEKITARAN TAK SETUJU PASTI SETUJU
SETUJU
Lokasi yang strategik. BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
Berhampiran dengan 00 1 3.3 4 13.3 19 63.3 6 20
kemudahan awam.
00 1 3.3 3 10 15 50 11 36.7

Berdekatan kawasan
petempatan penduduk. 0 0 0 0 2 6.7 15 50 13 43.3

Persaingan perniagaan

sengit dengan 0 0 0 0 6 20 16 53.3 8 26.7

perniagaan lain.

Persekitaran tapak
yang bersih dan ceria. 0 0 0 0 4 13.3 14 46.7 12 40

JADUAL 4 : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG WESTERN CAFE

DARI ASPEK PERSEKITARAN PADA TAHUN 2021
SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2021

TAMAN SRI KLUANG : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG WESTERN CAFE
DARI ASPEK PERSEKITARAN PADA TAHUN 2021

70

60 SGT TAK SETUJU
TA K SE TUJU
Peratus (%) 50 TA K PAST I
SETUJU
40 SGT SETUJU

30

20

10

0

Lokasi yang Berhampi ran Berdekatan Persaingan Persekitaran

s trateg ik. dengan kawasan perniagaan tapak y ang

kemudahan petempatan sengit dengan bersih dan ceria.

awam. penduduk. perniagaan lai n.

ASPEK PERSEKITARAN

RAJAH 3 : KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP KLUANG WESTERN CAFE DARI
ASPEK PERSEKITARAN PADA TAHUN 2021
SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2021

020413-14-0908
ANALISA DAPATAN KAJIAN

Graf di atas menunjukkan Kesetiaan Pelanggan Terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri
Kluang Dari Aspek Persekitaran Pada Tahun 2021. Maklumat diperolehi dari soal selidik yang
diedarkan oleh pengkaji kepada responden pelanggan Kluang Western Cafe di Taman Sri
Kluang.

Pernyataan 1, lokasi restoran yang strategik untuk dikunjungi. Skala yang paling tinggi
peratusnya ialah setuju iaitu sebanyak 63.3 % daripada jumlah keseluruhan reponden 30 orang.
Manakala skala paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada jumlah
keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju dan berpuas hati dengan lokasi
restoran adalah strategik untuk dikunjungi adalah dalam tahap tinggi.

Pernyataan 2, Kluang Western Cafe berhampiran dengan kemudahan awam (pasar raya, balai
polis, sekolah, dan klinik). Skala yang paling tinggi peratusnya ialah setuju iaitu sebanyak 50%
daripada jumlah keseluruhan reponden 30 orang. Manakala skala paling rendah peratusnya
ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada jumlah keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa
responden bersetuju Kluang Western Cafe berhampiran kemudahan awam yang dapat
memudahkan pelanggannya untuk menggunakan kemudahan awam.

Pernyataan 3, berdekatan dengan kawasan petempatan penduduk. Skala yang paling tinggi
peratusnya ialah setuju iaitu sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan reponden 30 orang.
Manakala skala paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada jumlah
keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju Kluang Western Cafe berdekatan
dengan kawasan petempatan penduduk dan akan memudahkan penduduk yang berdekatan
untuk mencari kedai makan terdekat.

Pernyataan 4, persaingan perniagaan yang sengit dengan perniagaan lain. Skala yang paling
tinggi peratusnya ialah setuju iaitu sebanyak 53.3% daripada jumlah keseluruhan reponden 30
orang. Manakala skala paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada
jumlah keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju Kluang Western Cafe
mempunyai persaingan perniagaan yang sengit dengan perniagaan lain kerana terdapat banyak
gerai makan yang berhampiran dengan kedainya.

Pernyataan 5, persekitaran tapak perniagaan yang bersih dan ceria. Skala yang paling tinggi
peratusnya ialah setuju iaitu sebanyak 46.7% daripada jumlah keseluruhan reponden 30 orang.
Manakala skala paling rendah peratusnya ialah sangat tak setuju iaitu 0% daripada jumlah

020413-14-0908

keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa responden berpuas hati dengan persekitaran tapak
perniagaan yang bersih dan ceria pada tahap sederhana.

Daripada soal selidik yang dibuat dari aspek persekitaran, dapatlah disimpulkan bahawa
kesetiaan pelanggan terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri Kluang dari aspek
persekitaran ini adalah tinggi. Ini dapat dibuktikan daripada responden, melalui hasil dapatan
kajian soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji.

(Perbincangan dapataan secara kuantitatif)

Hal ini disokong dengan temubual bersama dengan K (bukan nama sebenar) dan beliau
menyatakan

“Pada pendapat saya, saya bersetuju Kluang Western Cafe berdekatan dengan kawasan
petempatan penduduk kerana kedai itu berada di seberang tempat petempatan dan
memudahkan penduduk untuk mencari kedai makan terdekat.”

(K, Temubual pada 23/4/2021)

(Perbincangan daripada kualitatif secara temubual)

Ini menunjukkan bahawa pelanggan setia akan Kluang Western Cafe kerana aspek persekitaran
yang disediakan iaitu lokasi restoran yang strategik untuk dikunjungi, berhampiran dengan
kemudahan awam (pasar raya, balai polis, sekolah, dan klinik), berdekatan dengan kawasan
petempatan penduduk, dan persaingan perniagaan yang sengit dengan perniagaan lain serta
persekitaran tapak perniagaan yang bersih dan ceria. Ini disokong dengan pemerhatian
pengkaji.

Hasil pemerhatian juga menunjukkan lokasi restoran yang strategik untuk dikunjungi juga
merupakan salah satu faktor utama kesetiaan pelanggan terhadap Kluang Western Cafe di
Taman Sri Kluang iaitu dapat dibuktikan bahawa kedai ini terletak di kawasan terdapat banyak
premis perniagaan yang dibuka di situ dan mudah dilihat. Kedai ini juga mempaparkan nama
kedai yang besar dan tidak terlindung dengan apa-apa bangunan.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
HIJRAH DAN KEPIMPINAN RASULULLAH SAW
Next Book
สรุปผลการปฏิบัติงานลัดดา