020413-14-0908
020413-14-0908
FAKTOR YANG MENDORONG KESETIAAN PELANGGAN TERHADAP
KLUANG WESTERN CAFE DI TAMAN SRI KLUANG
ABSTRAK
Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong kesetiaan
pelanggan terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri Kluang. Objektif pertama untuk
mengenal pasti jenis menu yang ditawarkan oleh Kluang Western Cafe di Taman Sri Kluang
yang menjadi pilihan pelanggan. Objektif kedua untuk mengkaji faktor yang mendorong
kesetiaan pelanggan terhadap Kluang Western Cafe di Taman Sri Kluang. Kajian ini diadakan
di Western Kluang Cafe di Taman Sri Kluang, Johor. Kaedah kajian yang digunakan ialah
kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, rujukan,
pemerhatian dan temubual. Sampel kajian ialah seramai tiga puluh orang, mereka adalah dari
kalangan pelanggan Kluang Western Cafe. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makanan
barat (western) dan pasta adalah jenis menu utama Kluang Western Cafe yang menjadi pilihan
pelanggan. Daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa kesetiaan pelanggan terhadap
Kluang Western Cafe kerana kedai ini menyediakan waktu operasi yang sesuai dengan
kehendak pelanggan.
(149 patah perkataan)