020413-14-0908
020413-14-0908
3.0 LOKASI KAJIAN
Peta 1 : Negeri Johor Darul Ta’zim
Sumber : https://goo.gl/maps/EVT7bmWpp2iN5Fbn8
Johor Darul Ta’zim ialah sebuah negeri yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia di
Malaysia. Nama rasminya iaitu “Darul Ta’zim” berasal dari perkataan Arab yang bermaksud
tempat perlindungan yang bermaruah. Johor mempunyai sempadan darat dengan negeri-negeri
di Malaysia iaitu Pahang di utara, Negeri Sembilan di barat laut serta Melaka. Manakala bagi
sempadan maritim, Johor bersempadan dengan Indonesia di kedua-dua barat dan timur dan
Singapura di selatan. Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu merupakan sebuah bandar raya
di selatan negeri ini. Selain itu, bandar-bandar utamanya ialah Muar, Batu Pahat, dan Kluang.
Dengan keluasan kira-kira 19,984 km, Johor merupakan negeri kelima terbesar dalam negara
Malaysia dan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain itu, bancian Malaysia
pada tahun 2018 melaporkan penduduk Johor berjumlah sebanyak 3,764,800 orang. Ibu negeri
Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandar raya di selatan negeri ini. Johor mempunyai
kepelbagaian hutan hujan tropika serta iklim khatulistiwa. Negeri Johor juga mempunyai
pelbagai daya tarikan termasuklah dari segi budaya, sejarah dan warisan yang menjadi tarikan
pelancong di dalam dan luar negara. Koordinat bagi negeri Johor ini adalah 1°29′14″N,
103°46′52″E.
020413-14-0908
Peta 2 : Daerah Kluang, Johor
Sumber : https://goo.gl/maps/ZdMSxtQgsJaJN1dW8
Kluang merupakan salah sebuah daerah di Negeri Johor. Nama Kluang ini berasal daripada
perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah.
Pada asalnya, Kluang berkembang sebagai suatu daerah penanaman getah. Tetapi kini,
tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit, nanas dan teh telah menggantikan kedudukan
getah sebagai tanaman utama. Kluang terletak 105 km di tenggara Batu Pahat, utara Johor
Bahru, barat Mersing dan selatan Segamat. Jarak Bandar Kluang ke Tol Ayer Hitam adalah
12km. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 350,000 orang dan kawasan bandar
itu sendiri mempunyai 200,000 penduduk. Kluang merupakan bandar ketiga terbesar dalam
negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru dan Batu Pahat.
Selain itu, koordinat geografinya ialah 2°2′01″U, 103°19′10″T.
020413-14-0908
Peta 3 : Kluang Western Cafe, Taman Sri Kluang
Sumber : https://goo.gl/maps/pCQQezcktLDdehFY7
Kluang Western Cafe merupakan sebuah kedai makan yang menyediakan pelbagai makanan
yang berasaskan makanan barat. Kluang Western Cafe juga memang terkenal dengan keunikan
masakan ala barat dan aneka burger yang memang menyelerakan. Terdapat pelbagai menu
istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Kluang Western
Cafe dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat. Lokasi Kluang Western Cafe terletak
di No. 171, Jalan 1, Taman Sri Kluang, 86000 Kluang, Johor. Kluang Western Cafe terletak di
deretan rumah kedai. Jarak lokasinya 15.00 km dari Kluang, 31.69 km dari Batu Pahat, 49.32
km dari Kulaijaya. Kedai makan ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 11
malam.