KERIS SAKTI DAN SELEMPANG MERAH
Terdapat sebuah keluarga yang sangat susah dan sangat miskin di hujung kampung Bakti.
Mereka mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan yang bernama Ayim dan Ayu. Mereka
hanya bekerja sebagai petani. Mereka tiada pilihan lain untuk membesarkan anak mereka
melainkan dengan berhutang. Rumah yang mereka duduk sekarang adalah secara haram tanpa
pengetahuan tuan tanah. Walupun keadaan mereka tertekan dengan kewangan, keluarga ini
sangat bahagia seperti tiada sebarang masalah berlaku akan tetapi di luar sana, mereka adalah
keluarga yang dipandang hina dan dibenci oleh penduduk kampung. Mereka sedar akan
kutukan dan ejekan tersebut tetapi membalasnya dengan senyuman sahaja.
Pada satu malam, ketika sedang nyenyak tidur, keluarga ini ditimpa musibah dan ujian apabila
hujan lebat dan angin kuat menyebabkan pokok besar tumbang dan terhempas atas kedua ibu
bapa mereka. Mereka meraung menangis dan sedih kerana orang yang membesarkan mereka
telah pergi selamanya. Kini abangnya bertanggungjawab untuk mencari makanan
membesarkan adiknya. Hidup mereka sangat sangat daif. Bebanan ini turut ditambah lagi
apabila tuan tanah tersebut menjual tanahnya kepada seorang ushawan yang kaya. Mereka
sangat sedih kerana semuanya berlaku sekelip mata. Hari demi hari tangisan mereka ini
didengari seluruh makhluk didalam hutan tersebut. Tiba tiba terdengar satu suara memanggil
nama anak-anak ini..”ayimm ayimmm ayimmm… ayu ayuuu ayuuu…” mereka sangat takut
dan gementar kerana suara tersebut tidak pernah didengari. Tiba -tiba satu cahaya putih dan
asap tebal keluar dihadapan mereka. Mereka tidak ada tempat hendak berlari melainkan peluk
antara satu sama lain. Pelukan erat itu dilepaskan apabila seorang puteri bersayap menjelmakan
diri dihadapan mereka. Perasaan takut dan gementar sudah hilang kerana puteri tersebut sangat
cantik dan baik. Setelah meluahkan segala bentuk masalah, puteri tersebut menghadiahkan
sebuah keris sakti dan selempang merah kepada mereka. Walaupun begitu, mereka harus
mengharungi beberapa cabaran untuk memastikan keris sakti dan selempang merah itu betul-
betul sakti. Antaranya adalah harus mengharungi hutan belantara untuk mencari seorang nenek
yang tinggal bersama makhluk-makhluk hutan. Ayim dan ayu tidak teragak-agak utuk bertemu
dengan nenek tersebut. mereka hanya memikirkan bahawa laluan yang hendak dilalui itu
adalah mudah. Apabila hendak mengatakan setuju kepada puteri tersebut, puteri itu sudah
hilang.
Pada keesokan paginya, mereka bersemangat untuk mencari nenek tersebut. adiknya berkata
”bagaimana kita hendak cari nenek ini abang?”.. lalu jawapan abangnya itu terjawab apabila
ada seeokor anak rusa tiba-tiba datang dan boleh bercakap dengan mereka. Terkejut mereka
apabila pelbagai perkara luar biasa berlaku dalam diri mereka. Anak rusa itu berkata” jangan
kamu khawatir, ikut sahaja jejak kaki aku dan jangan terlepas dari melihatku. Pelbagai cabaran
yang kamu harus harungi didepan sana.” “baikkkkkkk” Suara semangat anak kecil memberi
gambaran untuk anak rusa ini membawa mereka berjumpa dengan nenek tersebut. dalam
perjalanan mereka mengetahui apa kelebihan dan sakti yang berada pada keris dan selempang
merah tersebut. Segalanya diceritakan oleh anak rusa tersebut kepada mereka. Mereka sngat
seronok dangn kuasa yang mereka perolehi. Mereka juga berazam akan menghapuskan segala
kemiskinan dan kesusahan yang mereka harungi selama ini. Mereka juga akan membantu
penduduk kampung yang sakit dan miskin dengan sakti yang ada pada mereka. Setelah
memasuki separuh perjalanan mereka berasa penat dan ingin berehat, kata-kata mereka itu
seperti raja apabila selepang merah tersebut tiba-tiba terbang dan membawa makanan kepada
mereka. Mereka seperti berada diistana dan segala kemahuan dipenuhi serta merta.
Setelah kenyang dan berehat, mereka meneruskan perjalanan sehingga menuju ke kawasan
nenek tersebut tinggal. Mereka belum menceritakan kejadian sebenar, nenek tersebut telah
mengetahui perkara yang sebenarnya. Hajat mereka untuk memiliki kuasa dan sakti tertunai
apabila keris yang digunakan tersebut mampu memenuhi segala hajat dan permintaan mereka,
manakala selempang mereh adalah perlindungan mereka ketika berada dalam kesusahan.
Setelah menuntut ilmu dengan ennek tersebut, mereka digelar sebagai pendekar sakti kerana
mampu membantu orang sekeliling. Dalam perjalanan pulang, mereka diuji pelbagai cabaran
yang telah diatur oleh nenek tersebut agar mengetahui bahawa mereka adalah orang yang layak
untuk menggunakan kelebihan tersebut. Mereka diuji apabila terdapat seekor gergasi yang
besar berbadan tiga, mata 9 dan kepala 4 menghalang laluan mereka. Rupa yang hodoh dan
busuk menyebabkan mereka tidak selesa. Pelbgai jenis cairan busuk dan berbau dikeluarkan,
mereka tidak mampu bertahan lalu abangnya berkata” ayu keluarkan selempang merah sebagai
perlindungan.” Selempang itu dilemparkan lalu membentuk bilik kedap udara.. dalam masa
yang sama, abangnya menggunakan keris tersebut lalu melempaarkan menjadi seekor raksasa
yang jauh lebih besar dan kuat. Raksaksa itu terus membunuh dan memakan raksasa yang
busuk tersebut.
Perjalanan mereka diteruskan lagi. Apabila sam[pai satu kawasan perkampungan asal mereka,
mereka terdengar jeritan suara yang sangat menakutkan apabila perkampungan tersebut dilanda
wabak penyakit badab membengkak menyebabkan penduduk kampung seolah-olah seperti
nenek kebayan yang berusia berates tahun. “sakittttt.. sakitttttt… tolongggg tolonggggg”
pelnbagai arah dan sudut kedengaran suara meminta tolong kerana tidak tahan dengan
penderitaaan itu. Tanpa berasa iri hati terhadap penduduk kampung akan apa yang berlaku
keatas mereka dahulu ketika susah, mereka menggunakan kelebihan itu dengan merawat
penduduk kampung. Selempang merah dikeluarkan lalu menerbangkan manusia yang
berpenyakit di satu kawasan yang lapang dan tiada manusia laina agar tidak menyebarkan
wabak. Lalu keris sakti tersebut mengeluarkan asap kuning dan cahaya putih dan
menyembuhkan semua penyakit yang mereka alami, rupa yang hodoh, badan yang jijik serta
merta hilang. Jeritan menagih simpatai sudah tiada. Lalu, mereka mendapat sambutan yang
baik laluk diambil oleh ketua kampung untuk tinggal bersamnya. Kini keris dan selempang
merah itu dimanfaatkan apabila mereka membuka satu pusat rawatan kepada penduduk
kampung tanpa bayaran. Malah mereka juga boleh mendapatkan bantuan kwangan, makanan
dan sebagainya. Kehidupan mereka kini lebih baik dan dihormati oleh penduduk kampung
Bakti.