The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh :

Nur Sarah Shahirah binti Mohd Rizal,
Bilik Kuliah 17,
Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azman.ligun, 2020-12-01 19:15:55

SEJARAH SUKAN PETANQUE

Disediakan oleh :

Nur Sarah Shahirah binti Mohd Rizal,
Bilik Kuliah 17,
Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu

SUKAN PETANQUE
SEJARAH SUKAN PETANQUE

NAMA : NUR SARAH SHAHIRAH
BINTI MOHD RIZAL
BILIK KULIAH : 17
NO. KAD PENGENALAN : 010409-12-1326
ANGKA GILIRAN : SE0026/1048
GURU PEMBIMBING : ENCIK S. AZMAN BIN LIGUN

PENGENALAN

Petanque merupakan sejenis sukan yang menggunakan bola atau “boule yang diperbuat
daripada logam . Sukan petanque dimainkan mengikut peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa
sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan
mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque
boleh dimainkan secara individu, 2 pemain atau 3 pemain.
Perkataan petanque berasal daripada perkataan Perancis “Pields tanques” yang membawa
maksud kedua-dua kaki terikat yang menberikan gambaran bagaimana seseorang yang bermain
petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan.
Rasional tajuk ini dipilih ialah untuk mengetahui asal usul permainan petanque. Selain itu,
rasional tajuk ini juga dapat mengetahui alatan-alatan petanque dan teknik untuk bermain
petanque.

OBJEKTIF

Mengenal pasti sejarah sukan petanque dunia
Mengenal pasti peralatan permainan sukan petanque
Menjelaskan teknik bermain sukan petanque

SEJARAH SUKAN
PETANQUE

Sejarah Sukan Petanque Dunia

Gambar 1: Sejarah Sukan Petanque
Petanque merupakan sukan yang telah berkembang selama berabad-abad dan
dimainkan dengan pelbagai cara dan gaya. Kewujudan permainan ini dikesan sejak
tahun 9000 sebelum Masihi iaitu apabila satu set bola dan jek telah ditemui di Turki.
Satu set bola lagi ditemui di makam orang Mesir pada tahun 7000 sebelum Masihi.
Pada zaman purba, sukan ini dikatakan bahawa sukan petanque telah dimainkan oleh
orang Rom dan Greek. Orang-orang Rom juga dipercayai merupakan orang pertama
yang membawa permainan petanque ke Merseilles, Perancis kira-kira 2600 tahun yang
dahulu. Walau bagaimanapun, terdapat cerita yang mengatakan bahawa sukan ini
pertama kali dimainkan di Greek.
Permainan petanque semakin berkembang ke Benua Eropah. Orang Rom telah
mengambil alih dan mempelajari sukan ini melalui orang Greek. Mereka telah
memperkenalkan permainan petanque di bahagian selatan Perancis dan permainan ini
telah mendapat sambutan yang meriah.
Pada kurun ke-17, para bangsawan Perancis telah menjadikan permainan ini menjadi
kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan

kepada 14 mata. Sukan ini diperkenalkan dalam kalangan orang kenamaan dan hanya
dibenarkan bermain sukan petanque di kawasan istana sahaja. Semasa pemerintahan
Napoleon Bonaparte, beliau telah mengisytiharkan permainan ini sebagai sukan
kebangsaan bagi negara Perancis dan semua rakyat jelata dibenarkan bermain sukan ini
dengan bebas.

PERALATAN PERMAINAN SUKAN PETANQUE

1. BOULE

Boule merupakan sebuah bola yang berbentuk bulat dan diperbuat daripada logam dan
berongga dalam bahagiannya.
Boule mempunyai garisan pusat antara 70.5mm hingga 80mm
Berat boule adalah di antara 650 gram hingga 800 gram
Boule mempunyai jenama yang tersendiri dan angka penunjuk berat serta nombor siri
yang tertera pada boule tersebut.
Boule yang digunakan mestilah bola yang telah diluluskan oleh badan antarabangsa
iaitu Federation International Petanque et Jeu Provencal (FIPJP) atau persatuan
persekutuan petanque kebangsaan (PPM).

2. JACK

JACK

Jack yang digunakan berbentuk bulat dan diperbuat daripada kayu keras.
Mempunyai garisan pusat antara 25mm hingga 35mm.
Jack boleh diwarnakan tetapi menggunakan warna yang terang supaya dapat dilihat
dengan lebih jelas di atas permukaan gelanggang petanque.
3. ALAT PENGUKUR JARAK

Contoh alat pengukur yang digunakan adalah
“tape measure”, “telescopic measure” dan lain-
lain.
Alat ini digunakan untuk mengukur jarak boule
yang terdekat dengan kedudukan jack.

TEKNIK BERMAIN SUKAN PETANQUE

A. TEKNIK MEMEGANG BOLA

Boule diletak di tapak tangan atau di
hujung jari
1.

Genggam bola dengan kelima-lima
jari
2.

Menggunakan kelima-lima jari
dengan sokongan ibu jari di sisi
tepi
3.

B. TEKNIK KEDUDUKAN KAKI DALAM BULATAN

Kedudukan kaki separuh ke
depan dan separuh ke
belakang

1.

Kedudukan terbuka di
hadapan dan rapat di
bahagian belakang

2.

C. TEKNIK KEDUDUKAN POINTING

Kedudukan paras lutut sama
tinggi
1.

Paras lutut kanan lebih
tinggi
2.

3. 4.
Hanyunan bola bermula dari paras bahu
kemudiannya ke aras bawah.

D. TEKNIK SHOOTING

1.
Kedudukan kaki, badan dan tangan perlu dipastikan
dalam keadaan yang betul dan selesa.
Tumpukan perhatian kepada bola jack

2.
Hayunkan tangan ke belakang dengan
pergerakan seluruh badan dengan
lembut dan lancar

3.
Ketika melepaskan bola, tangan mestilah lurus.
Pergelangan tangan bengkok ke atas
Lutut dan pinggang terkunci

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sukan petanque semakin popular sejak diperkenalkan di Perancis dan telah
menjadi sukan kebangsaan di Perancis. Pada mulanya, sukan ini hanya dimainkan dalam
kalangan orang kenamaan sahaja kemudiannya seluruh rakyat Perancis dibolehkan untuk
bermain sukan ini. Alatan sukan ini hanya memerlukan boule, jack dan alat pengukur jarak
bagi mengira mata permainan yang diperolehi. Teknik yang digunakan dalam sukan petanque
ialah teknik memegang bola, teknik kedudukan kaki dalam bulatan, teknik kedudukan pointing
dan teknik shooting. Secara keseluruhannya, sukan petanque boleh dimainkan oleh semua
orang kerana sukan ini tidak begitu sukar dan hanya perlu melakukan beberapa teknik yang
mudah. Sukan petanque juga tidak memerlukan pergerakan yang banyak sehingga
menyukarkan pemain dalam melakukan sukan ini.

SUMBER RUJUKAN

Apa Itu Petanque?, https://www.scribd.com/doc/315869988/Apa-Itu-Petanque, diakses pada
27 November 2020
Peralatan Dalam Sukan Petanque, https://www.scribd.com/document/397267424/Peralatan-
Dalam-Sukan-Petanque, diakses pada 27 November 2020
Peralatan Dalam Sukan Petanque, https://pdfslide.net/documents/peralatan-permainan-
petanque.html, diakses pada 27 November 2020
Petanque, Sukan Dari Perancis Yang Santai Tetapi Penuh Strategi,
https://sukan.my/petanque-sukan-dari-perancis-yang-santai-tetapi-penuh-strategi/, diakses
pada 26 November 2020
Sejarah Petanque, https://www.academia.edu/11285118/Sejarah_Petanque, diakses pada 26
November 2020
Teknik Asas Petanque, https://pdfslide.tips/documents/teknik-asas-petanque.html, diakses
pada 28 November 2020
Teknik Asas Kemahiran Petanque, https://www.scribd.com/doc/249927519/TEKNIK-ASAS-
KEMAHIRAN-PETANQUE-docx, diakses pada 28 November 2020


Click to View FlipBook Version