The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh :

Alyas bin Anwar,
Bilik Kuliah 17,
Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azman.ligun, 2020-12-01 20:46:51

PERATURAN PERMAINAN SUKAN PETANQUE

Disediakan oleh :

Alyas bin Anwar,
Bilik Kuliah 17,
Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.

KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
PETANQUE

NAMA : ALYAS BIN ANWAR

BILIK KULIAH : BILIK KULIAH 17

NO. K/P : 010922-12-0113

NO. ANGKA GILIRAN : SE0026/1033

GURU PEMBIMBING : EN. S. AZMAN LIGUN

PENGENALAN

Sukan Petanque dikenali sebagai sukan sasaran dan dimainkan dengan
menggunakan “boules” atau bola yang diperbuat daripada logam. Sukan
Petanque berasal dari Perancis dan merupakan salah satu cabang kumpulan
permainan, seperti boling padang atau boling sepuluh pin dan kini
merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan SEA sejak
2001. Pemain perlu melontarkan “boule” supaya menghampiri “jack” atau
sasaran untuk mengumpul mata kemenangan. Sukan ini diiktiraf oleh
Kementerian Belia dan Sukan sebagai acara sukan baru dalam kategori
Sukan untuk Semua. Bermain sukan petanque ini dapat melatih ketabahan
dan kesabaran seseorang individu kerana mereka perlu fokus semasa
membuat lontaran. Selain itu, sukan ini juga melatih ketahanan fizikal dan
mental kerana sukan ini berlangsung dalam keadaan cuaca yang panas atau
hujan (kecuali ribut petir). Sehubungan dengan itu, sukan petanque dapat
membentuk sikap positif dan berdisiplin selain melatih kemahiran berfikir
dan kemahiran menyelesaikan masalah.

OBJEKTIF
 Mengkaji sejarah asal usul dan perkembangan sukan petanque.

 Mengenalpasti jenis peralatan yang digunakan dan fungsi alatan dalam
sukan petanque.

 Menganalisis kriteria dan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang
pemain untuk bermain sukan petanque.

LATAR BELAKANG SUKAN PETANQUE
Petanque adalah sukan yang telah berkembang selama berabad-abad dan
petanque ini dimainkan dalam pelbagai cara dan gaya. Sejarah permainan
petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sebelum Masihi
apabila satu set bola dan jek ditemui di Turki. Satu set bola juga ditemui di
makam orang-orang Mesir, dipercayai berusia sekitar tahun 7000 sebelum
Masihi. Pada zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan
Greek. Dipercayai juga bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama
yang membawa permainan petanque ini ke Marseiles kira-kira 2600 tahun
dahulu.

Pada zaman pertengahan, permainan petanque ini sangat popular
sehingga ia dilarang dari dimainkan. Pada kurun ke-17, para bangsawan
Perancis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja dan Raja
Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan ini kepada 14 mata.
Sewaktu perang ,tentera Napolean Bonaparte menggunakan peluru meriam
sebagai bola permainan. Dikhabarkan juga bahawa Sir Francis Drake telah
menamatkan permainan bola ini sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan
bala tentera Sepanyol.

Foto 1 : Ilustrasi permainan petanque pada abad ke 15
Sumber : https://www.google.com

Sejarah moden permainan petanque moden pula bermula di Clotat,
Perancis pada tahun 1910 apabila seorang lelaki cacat yang baru sembuh dari
kemalangan sewaktu menyaksikan sukan ini telah mengambil salah satu
bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali pada kedudukan
berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua jajahan Perancis di
Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat. Pada akhir dekad, petanque ini juga
dimainkan di Eropah Timur dan Asia Tenggara seperti Thailand, Malaysia,
Vietnam, Kemboja, Laos, Jepun dan Singapura. International Petanque
Federation atau Federation Internationale de Petanque et Jeu Provencal telah
ditubuhkan pada tahun 1958 di Marseille. Persatuan ini mempunyai ahli
seramai 600,000 ahli dari 52 buah negara. Kejohanan Petanque Dunia yang
pertama telah dianjurkan pada tahun 1959.

Sukan petanque diperkenalkan di negara Malaysia pada tahun 1987 oleh
Kementerian Belian dan Sukan untuk berkhidmat sebagai satu acara sukan
untuk orang kurang upaya (OKU). Pada pertengahan tahun 1989, YM
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua ANGKASA adalah untuk
memperkenalkan sukan ini kepada koperasi di Malaysia. Selepas beberapa
bulan diperkenalkan, sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu
acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh Menteria Belia
dan Sukan pada masa itu iaitu Yang Berhormat Dato Seri Mohd Najib Tun
Razak pada tanggal 22 Mac 1990 bertempat di Jalan Padang Timur, Petaling
Jaya. Pada tahun 1993, sukan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia
dan Sukan sebagai salah satu acara sukan baru. Seminar untuk sukan ini
telah diadakan di Universiti Malaya pada 24 April 1994 anjuran Kementerian
Belia dan Sukan. Sejak permainan petanque ini dibawa masuk ke negara
Malaysia, ANGKASA telah memainkan peranan memperkenalkannya.

Antara usaha-usaha yang telah dijalankan ANGKASA ialah :

 Mengadakan demontrasi permainan petanque di seluruh negara dari
semasa ke semasa atas permohonan persatuan-persatuan sukan, kelab
atau rekreasi.

 Mengadakan kursus khas permainan dan peraturan-peraturan
petanque. Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh ANGKASA iaitu kos
jurulatih, kos alat tulis, dan peruntukan makan sebanyak RM10.00
setiap peserta yang menyertainya.

 Kursus permainan petanque ini telah dijadikan salah satu modul
pendidikan ANGKASA secara rasmi sejak tahun 1998.

 Menganjurkan kejohanan petanque antara koperasi peringkat negeri
dan peringkat kebangsaan sempena perayaan Hari Koperasi
Antarabangsa setiap tahun.Pertandingan ini telah dimulakan sejak
tahun 1990.

 Mengambil bahagian dalam pertandingan petanque antarabangsa
khasnya jemputan Singapura setiap tahun.

Foto 2 : YM Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz
Sumber : https://www.google.com

PERALATAN DALAM SUKAN PETANQUE
 Boules - mesti mematuhi Persekutuan Internationale de Petanq er Jeu

Provecal.
 Jack (Cochonnets) – bola bulat kecil yang dicat untuk menentukan

bola yang paling dekat.
 Pita pengukur.
 Kain atau tuala kecil.
 Beg.

PENERANGAN TENTANG PERALATAN
1. BOULES

 Berbentuk bulat dan diperbuat daripada logam serta berongga di
bahagian dalamnya.

 Mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingga 80mm.
 Beratnya antara 650 gram hingga 800 gram.
 Boule ini mempunyai jenama tertentu,angka penunjuk berat dan

nombor siri tertera padanya.
 Boule yang digunakan dalam pertandingan mestilah yang telah

diluluskan oleh badan antarabangsa (FIPJP) atau Persekutuan
Petanque Kebangsaan (PPM).

2. JACK

 Berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras.
 Mempunyai garis pusat antara 25mm hingga 35mm.
 Boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah boleh dilihat dengan jelas

di atas permukaan gelanggang.
3. PITA PENGUKUR

 Meliputi alat-alat seperti "tape measure", "telescopic measure",
"caliper” dan "tape gauge".

 Digunakan untuk mengukur jarak boule yang terdekat dengan
kedudukan bola jack.

4. KAIN ATAU TUALA KECIL

 Digunakan untuk membersihkan boule semasa pertandingan.

5. BEG

 Mempunyai saiz yang sesuai untuk mengisi dan membawa peralatan
petanque.

SPESIFIKASI PERMAINAN
 TEMPAT BERMAIN - Petanque juga dikenali sebagai boules yang

dimainkan di luar rumah di mana-mana permukaan munasabah firma
halaman anda, taman, padang, tempat letak kereta yang berbatu,
membara trek berjalan, dan lain-lain permukaan keras seperti konkrit
atau asfalt atau sangat lembut seperti pantai pasir halus manakala
rumput panjang tidak digalakkan. Permukaan ideal adalah keras
dibungkus bumi dengan pasir kursus atau kacang batu kira-kira “1/8 -
1/4" dalam meliputi permukaan. Cari tempat terbuka dan agak rata.
 PILIH PASUKAN - Bahagikan kepada dua pasukan. Anda boleh
bermain single dengan seorang pemain pada setiap sisi, doubles
dengan dua pemain pada setiap sisi, atau triples dengan tiga pemain
pada setiap sisi.
 PILIH BOULES - Kedua-dua pasukan memilih boules mereka. Boules
setiap pasukan harus mempunyai corak groove yang membezakan
mereka daripada boules sisi lain. Dengan cara itu, pemain akan mudah
mengenal pasti boules sendiri apabila mengira mata. Apabila bermain
singles atau doubles, setiap pemain menggunakan tiga boules dan
triples setiap pemain menggunakan dua boules.

 TENTUKAN GILIRAN - Melambungkan duit syiling untuk melihat
pihak mana yang pertama memulakan permainan.

 SUPPOSE JACK - Pasukan yang menang lambungan syiling memilih
lokasi permulaan dan kemudian memilih salah seorang pemain
mereka untuk membuang bicu. Lokasi permulaan ditandakan dengan
bulatan yang berukuran 14 hingga 20 inci diameter dan sekurang-
kurangnya tiga kaki dari sebarang halangan. Bulatan boleh dilukis
dengan kapur, terukir dengan kotoran dengan kayu, atau dibuat dari
sekeping tali atau apa sahaja yang berfungsi. Apabila bulatan dilukis,
pemain kemudian berdiri dengan kedua-dua kaki di dalam ataupun
gelung dan melemparkan jack.

 MEMBUANG BOULES - Semua boules hendaklah dibuang dari dalam
bulatan permulaan dengan kedua-dua kaki di atas atas tanah. Pemain
yang pertama memulakan permainan akan cuba membaling boule
untuk dekat dengan bola jack. Pemain perlu kekal di dalam bulatan
sehingga boule telah mendarat. Kemudian, seorang pemain dari
pasukan lawan akan melangkah ke dalam bulatan dan cuba untuk
mendaratkan boulenya lebih dekat dengan jack walaupun ianya
bermakna boleh berlanggar dengan boule pihak lawannya ataupun
pemain boleh membuang boule pihak lawan yang dekat dengan jack
dengan balingan yang kuat. Boule yang dekat dengan jack dikatakan
memegang mata dan kedudukan yang kukuh .

 MEMENANGI PUSINGAN - Setelah salah satu pasukan telah habis
boule atau telah dapat mendekatkan boulenya dengan jack, pihak
lawan atau pasukan dapat membuang boule dan mata akan dikira.
Pasukan yang mempunyai boule yang paling dekat dengan jack akan
memenangi pusingan. Selain itu, mereka juga menerima mata untuk
setiap boule yang lebih dekat dengan jack berbanding boule pihak
lawan. Hanya satu pasukan yang akan mendapat skor setiap pusingan.

 MEMENANGI PERMAINAN - Pasukan pertama yang mendapat 13
mata akan menang permainan.Tidak ada lagi pusingan yang akan
dimainkan jika salah satu pasukan telah mendapat 13 mata.

KRITERIA DAN KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN OLEH
SESEORANG PEMAIN UNTUK BERMAIN SUKAN PETANQUE.
Permainan petanque adalah sejenis permainan yang tidak membabitkan
“body contact” atau sentuhan badan bagi pemain yang bermain dan
bertanding dalam sukan ini. Bagi atlet negara kita peluang untuk mencapai
pencapaian yang baik dalam sesuatu pertandingan amat tipis bagi acara yang
membabitkan “body contact” atau saiz fizikal.

Bagi permainan petanque, ia lebih mementingkan kemahiran
individu dalam permainan tersebut dan juga ketenangan serta ketahanan
mental seseorang atlet untuk berjaya dalam sesuatu pertandingan.
Disamping itu, kos permainan ini juga boleh dikatakan murah kerana
pemain hanya perlu membeli set boules petanque sekali sahaja dan ia amat
tahan lama digunakan. Boules hanya perlu digantikan jika ia telah retak atau
pecah, manakala gelanggang petanque juga amat mudah untuk disedia dan
diselenggarakan. Malah permainan petanque juga boleh dimainkan pada
bila-bila masa serta gelanggang yang dibuat mempunyai bumbung dan ada
kemudahan lampu limpah.

Permainan petanque juga adalah suatu permainan yang memerlukan
pemainnya mempunyai etiket permainan yang tinggi di mana sikap jujur dan
menghormati lawan amat penting. Sepanjang pertandingan berlangsung
keperluan seorang pengadil untuk mengadili amatlah kurang di mana

pemain sesama sendiri akan mengawasi permainan. Pengadil hanya
diperlukan apabila terdapat sesuatu masalah yang rumit yang perlu
diselesaikan oleh pengadil.

Secara keseluruhannya, negara kita seharusnya menggunakan
kelebihan permainan petanque sebagai salah satu sukan utama negara kita
kerana peluang untuk atlet negara kita mencapai kejayaan di peringkat
antarabangsa adalah cerah. Oleh itu, kita seharusnya bersedia seandainya
sukan ini dipertandingkan dalam sukan utama negara seperti Sukan
Komanwel, Sukan Olimpik dan sebagainya.

KESIMPULAN

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal
pelajar selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh
yang sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang
sangat penting bagi melahirkan insan yang sihat dan cergas. Justeru,
pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat pelajar antaranya
ialah sukan petanque ini sendiri agar mereka dapat mengamalkan gaya
hidup yang sihat selaras dengan pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang memberikan penumpuan ke arah melahirkan insan yang
seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

Oleh hal yang demikian, folio ini membincangkan 3 objektif yang telah
dikenalpasti iaitu berkaitan sejarah asal usul dan perkembangan sukan
petanque. Selain itu ialah mengenalpasti jenis peralatan yang digunakan dan
fungsi alatan dalam sukan petanque dan menganalisis kriteria dan
kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pemain untuk bermain sukan
petanque. Semua maklumat yang diperoleh adalah hasil daripada rujukan
sumber Internet. Secara keseluruhannya, adalah diharapkan agar folio ini
dapat dijadikan sebagai bahan bacaan yang sesuai untuk Kelab Sukan dan
Permainan Petanque Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, Sabahpada masa
akan datang.

RUJUKAN

 A. Jalil, N. A. (2012). Pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah

menerusi aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat dalam kalangan

pelajar UTHM. Retrieved from

http://eprints.uthm.edu.my/4234/1/noor_azyani_a.jalil.pdf

 La Boule Cadienne De Lafa Yette,
http://www.petanquelafayette.org/history , diakses pada 17 Februari
2020

 Petanque, https://penjasolgy.web.id/petanque/ , diakses pada 3 Januari
2020.

 Pelajar IPT perlu ceburi sukan tingkat kemahiran. (2010, May 30).

Utusan Online. Retrieved from

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0531&pub=Utu

san_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm

 Sejarah Petanque,

https://www.academia.edu/11285118/Sejarah_Petanque , diakses pada

24 Februari 2016.

 The Game of Petanque, https://www.w3.org/2001/08/Petanque ,
diakses pada 30 Oktober 2001.


Click to View FlipBook Version