PENYUSUAN SUSU IBU Pilihan Terbaik Untuk Bayi Dan Anda HOTLINE/TELEFON: HOSPITAL KAPIT (WAD BESALIN): 084-796333 SAMB. 251 KLINIK KESIHATAN KAPIT (MCH): 084-796661 Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU SAHAJA dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan umur 6 bulan
1. Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kebaikan kepada bayi 1. Mengandungi zat makanan yang lengkap dan makanan terbaik untuk bayi. 2. Melindungi bayi daripada infeksi atau jangkitan. 3. Mengurangkan risiko alahan kepada bayi. 4. Mengelakkan masalah cirit-birit. 5. Perkembangan daya intelek lebih baik (IQ tinggi). 6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik. 7. Suhu yang sesuai dan sedia diminum. 8. Mengurangkan risiko juvenile-onset diabetes dan jangkitan telinga. 9. Mudah dihadam. Kebaikan kepada Ibu 1. Mengeratkan hubungan kasih sayang di antara ibu dan anak. 2. Membantu pengecutan rahim dan mengelakkan pendarahan selepas bersalin. 3. Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari. 4. Mengurangkan berat badan jika disertai dengan senaman. 5. Menjimatkan masa dan wang. 6. Mudah dan tidak perlu persediaan. 2. Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya (Eksklusif) 1. Hanya susu ibu sahaja makanan yang paling sesuai untuk bayi sehingga bayi berumur 6 bulan. 2. Mengandungi:- - Bahan pelindung penyakit (antibodi) - Faktor pertumbuhan 3. Penghasilan susu akan bertambah apabila bayi menyusu dengan kerap. 4. Mengelakkan bengkak payudara. 5. Menjarakkan kehamilan untuk penyusuan ekslusif 6 bulan. BERIKAN BAYI PENYUSUAN SUSU IBU DENGAN KERAP, MENGIKUT KEHENDAK BAYI 6 bulan pertama usia bayi bermaksud dari lahir hingga akhir 6 bulan atau 180 hari. Sepenuhnya atau Eksklusif bermaksud “Tiada sebarang minuman atau makanan lain diberikan kepada bayi selain susu ibu dalam masa 6 bulan pertama.”
3. Kepentingan Sentuhan Kulit Ke Kulit Sebaik Sahaja Bayi Dilahirkan 1. Bayi merasa tenang dan tidak kesejukkan. 2. Menggalakkan hubungan ibu dan bayi untuk membantu memulakan penyusuan. 3. Melindungi bayi daripada infeksi atau jangkitan. 4. Merangsang pengaliran dan penghasilan susu. 4. Kepentingan Penyusuan Awal Atau Sebaik Sahaja Bayi Dilahirkan 1. Mengeratkan hubungan ibu dan bayi melalui sentuhan kulit-ke-kulit dalam masa 1 jam selepas kelahiran. 2. Pemberian susu awal atau kolostrum yang kaya dengan protein dan antibodi mencegah bayi dari infeksi atau jangkitan. 3. Rooting Reflex (mencari-cari putting payudara) dan gerakbalas hisapan amat kuat dalam masa 1 - 2 jam pertama selepas kelahiran. 4. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu. 5. Memastikan bayi mendapat semua kolostrum pada 1 - 3 hari pertama. 6. Penyusuan yang pertama memastikan kejayaan penyusuan susu ibu seterusnya. 7. Mengurangkan pendarahan selepas bersalin. 8. Mengelakkan bengkak payudara. Sebaik sahaja bayi dilahirkan sentuhan kulit ibu - bayi perlu dilakukan dengan segera. Ibu digalakkan memberi sentuhan selama 1 jam atau lebih Apakah ‘Kolostrum’ ‘Kolostrum’ adalah cecair pertama berwarna kekuningan dan pekat. Ia dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi. Keistimewaan ‘KOLOSTRUM’ i. Kaya dengan protein, vitamin A&E. ii. Bertindak sebagai ‘paint coating’ melindungi usus bayi daripada infeksi. iii. Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria. iv. Membantu dalam pembentukan bakteria baik untuk usus bayi. v. Membantu bayi mengeluarkan mekonium untuk mencegah jaundis.
5. Kepentingan Bayi Dan Ibu Sentiasa Bersama (Rooming-In) 1. Ibu dapat menyusukan bayi bila-bila masa mengikut kehendak bayi dan ibu. 2. Boleh meransangkan pengaliran dan pengeluaran susu ibu. 3. Bayi boleh mendapat cukup susu. 4. Dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. 6. Kepentingan Untuk Menyusukan Bayi Dengan Kerap Bayi perlu disusukan dengan kerap, mengikut kehendak bayi. (on-demand). Susukan bayi secepat mungkin selepas dilahirkan Susukan bayi mengikut kehendak bayi dan bukan mengikut sela masa jam Pastikan teknik penghisapan yang betul Bagi ibu yang bekerja, perlu mempelajari teknik memerah susu dan cara memberi susu perahan yang betul Perah susu di tempat kerja Jika boleh, gunakan double pump untuk memerah susu kerana ia menjimatkan masa. Tidak menggunakan botol susu / puting tiruan Pastikan bayi tidak diberi makanan pelengkap terlalu awal. Bayi yang cukup susu sepatutnya puas selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu. Bayi tidur lena dan nampak sihat dan cergas sewaktu jaga.
7. Kepentingan Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi Dan Ibu 1. Ibu akan menghasilkan cukup susu dan memudahkan pengeluaran susu dengan sempurna. 2. Bayi mendapat cukup dan semua nutrien yang diperlukan untuk pembesarannya.. 3. Ibu dapat ketahui respon bayi dan corak penyusuan bayinya. 4. Bayi kurang menangis. 5. Mengurangkan kejadian jaundis pada anak. 6. Ibu kurang alami bengkak payudara. Tanda-tanda bayi mendapat susu yang cukup. Bayi tidak menangis kerana kenyang mendapat susu. Kencing sekurang-kurangnya 6 - 8 sehari. Membuang air besar sekurang-kurangnya 3 - 8 kali sehari. Berat badan meningkat 2 kali ganda daripada berat lahir sehingga umur 5 - 6 bulan dan meningkat 3 kali ganda daripada berat lahir semasa umur 12 bulan. Najis bayi susu ibu
8. Kepentingan Posisi Dan Pelekapan Yang Betul Posisi Anak Ada 4 perkara utama yang penting perlu dipatuhi bagi memastikan posisi atau pegangan bayi adalah betul. 1. Kepala, bahu dan tubuh bayi selari menghadap ibu. 2. Badan bayi rapat ke badan ibu (bayi dibawa ke payudara). 3. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu (bayi baru lahir). 4. Muka bayi menghadap payudara dan hidung bayi bertentangan dengan puting ibu. Pelekapan Bayi Ke Payudara Mengampu Payudara Dengan Betul 1. Sentuh bibir bayi dengan puting ibu hingga mulut bayi terbuka luas. Bila mulut terbuka luas, masukkan areola secara lembut dengan cepat ke mulut bayi. 2. Pastikan dagu bayi menyentuh payudara ibu. 3. Bibir bayi melangkup keluar. Pipi bayi kelihatan gelebung atau penuh. 4. Apabila bayi mendapat air susu, bayi akan menyusu dengan ritma hisap-telan-bernafas dengan tenang. Pegangan C = betul Pegangan Gunting = Salah
9. Kepentingan Meneruskan Penyusuan Susu Ibu Selepas 6 Bulan 1. Susu ibu akan membekalkan lebih kurang ⅓ - ½ daripada keperluan kalori untuk bayi berusia 1 tahun. 2. Bayi juga akan terus mendapat bahan antibodi, faktor pertumbuhan dan enzim penghadaman yang terdapat dalam susu ibu. Teknik Memerah Susu 1. Basuh tangan dengan bersih. Selesakan diri kerana susu akan mengalir dengan baik jika tenang. 2. Letakkan ibu jari di bahagian tepi luar tompok gelap (areola) atau saluran susu. Jari telunjuk pada kedudukan bertentangan dan jari-jari lain mengampu payudara . 3. Tekan ibu jari dan jari telunjuk ke arah dada atau ke belakang secara serentak, kemudian tekan dan lepas. 4. Ulang langkah perahan mengikut pusingan untuk mengeluarkan semua susu. 5. Beralih ke payudara yang sebelah lagi sekiranya payudara berasa kosong. Cara Memerah Susu Memerah Menggunakan Pam Penyusuan susu ibu perlu diteruskan sehingga bayi mencapai umur 2 tahun atau lebih. Bagi mengekalkan dan meneruskan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerja atau bayi yang berpisah dengan ibu, ibu perlu memerah susu ibu. Perahan susu ibu boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia juga boleh mencegah dan melegakan bengkak payudara atau duktus yang tersumbat. **Jenis Pam Yang Sesuai
Penyimpanan Susu Perahan TEMPAT GAMBAR BAYI NORMAL BAYI PRAMATANG Suhu bilik (25°C - 37°C) 4 Jam Guna serta-merta Bilik berhawa dingin (25°C - 37°C) >15°C 8 jam 24 jam - Peti sejuk (25°C - 37°C) - Ruangan Am < 8 hari 2 hari Peti Sejuk (1 pintu) Bahagian sejuk beku 2 minggu 2 minggu Peti sejuk (2 pintu) Bahagian sejuk beku (-20°C) Susu beku yang dicairkan dalam peti sejuk (2°C - 4°C) 3 bulan 24 jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula) 3 bulan 12 jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula) Pembeku (-2°C) @ Deep freezer 6 bulan 3 bulan
1. Pastikan kuantiti susu yang disimpan cukup untuk sekali penyusuan sahaja. 2. Simpan dalam bekas yang bersih dan telah disterilkan dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan susu ibu. 3. Simpan di dalam peti sejuk. 4. Jika susu ingin dibekukan, pastikan susu tidak diisi terlalu penuh. Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan 1. Gunakan susu yang paling awal diperuh dahulu. 2. Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk (suhu 2°C - 4°C) semalaman. 3. Susu yang telah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24 jam. 4. Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu kali penyusuan sahaja.) 5. Jangan panaskan susu dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur. 6. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (tidak boleh simpan semula.) 7. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi 2 lapisan. Goncangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk mengabungkan lapisan yang terpisah itu. Jenis bekas simpan susu. Gambar menunjukkan tarikh dan masa yang dilabel pada bekas susu
Cara Memberi Susu Perahan Kepada Bayi 1. Berikan susu kepada bayi anda dengan menggunakan sudu atau cawan kecil untuk mengelakkan kekeliruan terhadap puting. 2. Pangku bayi diatas riba pada paras condong 45°. 3. Sentuh cawan kecil yang mengandungi susu di bibir bawah bayi. 4. Jangan tuangkan terus ke mulut bayi. Pegang cawan dan biarkan bayi menjilat atau menghirup sendiri. Pada permulaannya adalah perkara biasa jika susu tumpah sedikit. 5. Apabila kenyang, bayi akan berhenti sendiri. Penyusuan Bagi Ibu Bekerja Persediaan bagi ibu yang bekerja. 1. Ibu mestilah betul-betul berazam untuk menyusukan bayi secara eksklusif untuk tempoh 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga bayi berusia 2 tahun. 2. Semasa cuti bersalin, susuilah bayi anda sepenuhnya. 3. Ibu dinasihatkan berlatih memerah susu 2 minggu sebelum kembali ke tempat kerja. (Walau bagaimanapun, ibu boleh berlatih lakukan perahan susu pada bila-bila masa atau secepat mungkin kesesuaian.) 4. Simpan semua susu perahan sebagai stok apabila telah kembali bekerja. Jadual Latihan Memberikan Susu Perahan Kepada Bayi Masa Hari 1-3 Hari 4-6 Hari 7-9 Hari 10 - Sarapan 7.30 – 9.00 pagi Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Minum Pagi 10.00 – 11.00 pagi Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Makan Tengahari 12.00 – 1.30 petang Susu Ibu Susu Ibu Perahan Susu Ibu Perahan Susu Ibu Minum Petang 3.30 – 4.30 petang Susu Ibu Susu Ibu Susu Ibu Perahan Susu Ibu
Catatan Latih penjaga bayi anda untuk memberi susu perahan dengan menggunakan sudu atau cawan kecil. Untuk permulaan, lebih baik orang lain yang memberi susu perahan kepada bayi anda. - Ini adalah kerana bayi anda yang biasa dengan bau ibunya akan menolak susu perahan yang diberikan oleh orang lain. Mengurut belakang selama 2 - 3 minit boleh membantu pengaliran susu ibu. PIRAMID MAKANAN SEIMBANG MALAYSIA Pemakanan Sihat Juga Penting Dalam Penghasilan Susu Ibu *Ibu menyusu perlu memastikan pemakanan seharian adalah seimbang untuk memastikan anda dapat tenaga, protein, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk keperluan anda dan bayi. Pemberian Makanan Pelengkapan Bayi perlu diberi makanan pelengkap apabila usia mencapai 6 bulan di samping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun. Peringkat bayi dan kanak-kanak adalah tempat paling sensitif kerana ia adalah tempoh pembentukan dan kematangan saraf. Oleh itu, amalan pemakanan yang baik hendaklah bermula sejak kecil supaya kanak-kanak akan membesar dengan sihat dari segi mental dan fizikal.
Makanan pelengkap harus diberi berdasarkan kekerapan mengikut umur seperti berikut: * Penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi perlu diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. 10. Ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu (AKSSI) Setiap klinik dan hospital mempunyai AKSSI yang boleh membantu ibu. Menangani masalah berkaitan penyusuan susu ibu. Menunjuk ajar cara pengendalian penyusuan susu ibu dengan betul. Memberi sokongan melalui perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam usaha mengalak, menyokong dan menjayakan penyusuan susu ibu. 6 - 8 bulan: 2 - 3 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat* 9 - 11 bulan: 3 - 4 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat* 1 - 3 tahun: 4 - 5 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat* Tips kejayaan susu ibu adalah apabila seorang ibu mendapat sokongan dari suami, keluarga dan masyarakat.
AI TUSU INDAI Susu Ti Pemadu Manah HOTLINE/TALIPON: HOSPITAL KAPIT (WAD BERANAK): 084-796333 EXT 251 KLINIK KESIHATAN KAPIT (MCH): 084-796661 Polisi Tusu Indai Malaysia Semua indai deka diasuh meri tusu tubuh ngagai anak enggau TUSU INDAI AJA ari anak ada sampai umur iya 6 bulan serta neruska meri tusu tubuh sampai umur anak manggai 2 taun. Utai dempa bukai tau diberi bepun ari umur anak 6 bulan.
11. Pemanah Tusu Indai Pemanah Ba Anak 10. Cukup zat sereta utai dempa paling manah ti diberi enggau anak. 11. Ngelindung anak ari kena jangkit kuman. 12. Ngurangka risiko alahan ngagai anak. 13. Nagang anak ari cirit tauka pedis perut. 14. Pengelandik bepikir (IQ) ulih ngerembai enggau manah. 15. Nguramg ka penanggul ba ngeli tauka gigi. 16. Pemanas ai susu ngam diirup anak. 17. Ngurang ke risiko kencing manis enggau pedis ba pending. 18. Senang ditelan enggau senang diinjin dalam perut. Pemanah ba Indai 7. Neguh ka agi kaul pengerindu anak enggau indai. 8. Nulung ba pengerai sarang anak enggau nagang datai kain lubah sekumbang udah beranak. 9. Ngurang ka risiku bulih sakit riman (kanser) tusu enggau kantung telu (ovari). 10. Ngurang ka berat tubuh (enti indai bisi besenam) 11. Jimat ka belanja enggau masa. 12. Senang ka bulih laban enda perlu digaga. 12. Pemanah Nusu Tusu Indai Sepenuh Ya (Ekslusif) 6. Ai tusu indai aja utai dempa ke paling badas diberi ke anak sampai umur anak 6 bulan. 7. Ai tusu indai bis ngundan: - anti bodi kena ngelindung anak ari igi penyakit - Faktor pemesai 8. Ningkat ka pemayuh ai tusu indai enti anak selalu nusu tubuh. 9. Nagang tusu indai ari kembai. 10. Ngemanjai ka masa indai ka beranak baru. Tusu ke anak nitih ka peneka iya 6 bulan keterubah umur anak meri reti sampai pengabis 6 bulan tauka 180 ari. Meri anak susu tubuh sepnuh iya tauka Ekslusif meri maksud ‘Nadai utai dempa enggau ai bukai diberi ngagai anak selain ari ai tusu indai
13. Pemanah Megai Enggau Merap Anak Sekumbang Udah Ada 5. Anak enda takut serta enda celap. 6. Ngasuh anak ka nusu tubuh. 7. Ngelindung anak ari igi penyakit baka jangkitan kuman. 8. Nulung nambah ka pemayuh ai tusu indai. 14. Pemanah Meri Anak Nusu Tubuh Sekumbang Udah Ada 9. Nerit ka kaul pengerindu anak enggau indai. 10. Meri kolostrum (susu ti keterubah dulu pansut ari tusu indai) ke mayuh ngundan protein serta antibodi kena ngelindung anak ari kena igi penyakit. 11. Rooting Reflex (tanda baka anak deka ngiga mulut tusu indai) enggau cara anak nginsap tusu amat kuat dalam timpuh 1 jam ngagai 2 jam keterubah sekumbang udah ada. 12. Ngemayuh ka pemayuh ai tusu indai. 13. Meri anak nerima semua kolostrum ari keterubah anak ada sampai iya udah 3 hari anak ada. 14. Meri tusu ngagai anak keterubah iya ada ulih meransang anak ka nusu tubuh. 15. Ngurangka darah mayuh pansut sekumbang udah beranak. 16. Nagang tusu indai ari kembai. Sekumbang anak baru udah ada, indai tau ngambi enggau merap anak dalam timpuh sejam tauka lebih ari nya. Nama utai dikumbai‘Kolostrum’ ‘Kolostrum’ nya ia nya ai tusu ti kuning keterubah ia pansut ari tusu indai ti diberi ngagai anak baru ada diberi nusu susu tubuh. Iya pansut mimit ari tusu indai ngambi ka anak kenyang, ngam enggai pemesai perut Pemanah ‘KOLOSTRUM’ i. Mayuh ngundan protein, vitamin A &E. ii. Ngelindung perut anak ari jangkitan kuman iii. Nagang kuman ari ngerampit ngagai anak. iv. Nulung ngidup ke kuman ti mana ba dalam perut anak. v. Nagang anak ari sakit kuning
15. Pemanah Anak Enggau Indai Selalu Begulai (Rooming-In) 5. Ulih meri tusu ngagai anak nitih jam ke deka anak enggau indai. 6. Ngemayuh ka ai tusu indai. 7. Anak bulih ai tusu ti cukup. 8. Neguh ka kaul pengerindu anak enggau indai. 16. Pemanah Suah Meri Anak Nyusu Ai Tusu Indai Tusu ke anak nitih ke peneka iya (on-demand). Nyusu anak keterubah iya baru ada. Nyusu anak nitih jam kedeka anak. Cara anak nginsap puting susu indai ti betul. Enti indai bisi pengawa, indai mesti belajar cara ke micit ai tusu enggau cara betul meri susu nya tadi ngagai anak. Micit ai tusu ba endur gawa. Enti ulih, ngena double pump kena micit ai tusu ngambi ke ulih jimat masa. Enda ngena botol tusu tauka pipit beli ba kedai Enda meri utai dempa bukai ngagai anak kelalu tumu. Anak ke udah diberi cukup tusu patut ulih jenuh pengelama 1 jam sampai 2 jam sepengudah iya nusu. Anak ulih tinduk jenak enggau tampak gerai serta lincah maya baru dani ari tinduk.
17. Pemanah Meri Ai Tusu Indai Nitih Jam Kedeka Anak Enggau Indai 7. Indai senang ka ngemansut ka ai tusu serta cukup kena anak. 8. Anak bulih cukup zat kena ngemansang ka tubuh iya. 9. Indai ulih nemu maya anak iya ka nusu. 10. Anak jarang ka nyabak. 11. Ngurang ke sakit kuning (jaundis) ba anak. 12. Ngurang ka kembai tusu ba indai. Tanda-tanda Anak Cukup Diberi Tusu. Anak enda nyabak. Kemi dalam 6 - 8 kali dalam sehari. Bira dalam 3 - 8 kali dalam sehari. Berat anak niki 2 kali lipat ari timbang iya maya ada sampai umur anak 5 - 6 bulan, enggau berat anak tau niki baru 3 kali lipat enti udah umur 12 bulan. Taie anak ke udah diberi nusu tusu indai.
18. Posisi / Endur Tubuh Anak Serta Cara betul Mulut Anak Ka Nyusu Posisi Anak Bisi 4 cara patut dititih ngambi endur enggau cara tubuh anak ti betul maya nusu ba tusu indai. 5. Pala, bau enggau tubuh anak nungga tubuh indai maya iya ka nyusu. 6. Tubuh anak dipangku damping enggau tubuh indai (bai semak enggau tusu indai) 7. Pala. Bbau enggau punggung anak deka dipegai tauka dipangku manah (keterubah anak baru ada) 8. Mua anak nungga tusu indai enggau idung iya betetang enggau puting tusu indai Cara Mulut Anak Melekap Ba Tusu Indai Cara Megai Tusu Enggau Betul 2. Pegai mulut anak enggau puting tusu sampai mulut anak tebuka. Lebuh anak udah muka mulut, pasuk ka puting tusu ke dalam mulut anak enggau jampat serta cermat. 3. Dagu anak mesti deka negu tauka damping ba tusu indai. 5. Mulut anak melangkup keluar. Kuyu anak dipeda baka ke penuh tauka bulat. 6. Sekumbang anak udah bulih ke ai tusu, anak deka nginsap susu sambil iya nelan ai tusu sereta enseput. Cara Megai C = betul Cara Megai Gunting = Salah
19. Pemanah Meri Anak Nusu Tubuh Lebih Ari Umur Anak 6 Bulan 3. Ai tusu indai meri anak lebih kurang 1/3 - 1/2 tenaga kena anak berumur 1 taun. 4. Anak tau ngulih ka antibodi, faktor pemesai enggau ensim kena nginjin utai dempa ba perut anak. Cara Micit Ai Tusu 6. Cuci tangan enggau ai beresi. 7. Jari indai mesti megai tisi puting tusu. Jari-jari ke lain engkah ba endur bukai ba tusu. 8. Tekan ke jari, udah nya picit tusu lalu dilepaska. 9. Titih baru cara ke tadi nitih pusingan jam ngambi ulih ngeluar ka ai tusu. 10. Enti ai tusu udah abis, mega tusu sepiak. Cara Micit Ai Tusu Cara Micit Ai Tusu Nyusu tubuh patut diteruska sampai anak berumur 2 taun tauka lebih Enti indai bisi pengawa, indai patut micit tusu kena ngemansut ka ai tusu ngambi anak ulih diberi nusu lebuh indai nadai begulai enggau anak. Micit ai tusu ulih nambah ka pemayuh ai tusu indai. Caranya tadi ulih mega nagang tusu indai ari kembai. **Enti ka nemu jenis pam ti manah, ulih nanya ngagai bala staff ba klinik
Cara Nyimpan Ai Tusu Ke Udah Dipicit Ari Tusu Indai ENDUR NYIMPAN GAMBAR ANAK MIT NORMAL ANAK MIT ENDA CUKUP BULAN / BISI PEMEDIS Ba bilik (25°C - 37°C) 4 Jam Ai tusu mesti deka dikena terubah udah dipicit Ba bilik celap (25°C - 37°C) >15°C 8 jam 24 jam 4 jam 4 jam Peti Ais (25°C - 37°C) - ba endur enda beku < 8 hari 2 hari Peti Ais (1 pintu) Ba endur beku 2 minggu 2 minggu Peti Ais (2 pintu) Ba endur beku (-20°C) Ai tusu ke udah beku deka dicair ka dalam ba endur enda beku (2°C - 4°C) 3 bulan 24 jam (Ai tusu ke udah cair enda tau dibeku ke agi) 3 bulan 12 jam (Ai tusu ke udah cair enda tau dibeku ke agi) Ba bilik (-2°C) @ Deep freezer 6 bulan 3 bulan
5. Pemayuh ai tusu ke disimpan dalam botol mesti cukup kena sekali meri anak nyusu. 6. Simpan ai tusu dalam bekas / kontena beresi ke bisi ditanda enggau aribulan serta jam susu dipicit. 7. Simpan ba dalam peti ais. 8. Ai tusu enda tau diisi kelalu penuh dalam botol enti ai tusu deka disimpan ba endur beku. Cara Deka Mencair Ke Ai Tusu Ke Udah Beku 8. Ngena ai tusu ke paling dulu dipicit. 9. Simpan ai tusu ke beku ba endur enda beku dalam peti ais (pemanas 2°C - 4°C) semalam. 10. Ai tusu ke udah cair mesti dikena dalam masa 24 jam. 11. Rendam bekas ke bisi berisi ai tusu ba dalam ai suam (ai tusu cukup dikena sekali nusu aja.) 12. Anang ngangat ka ai tusu dalam oven / mirkrowave tauka ba atas dapur gas. 13. Ai tusu ke udah dikangat tadi mesti deka dikena dalam masa sejam (enda tau disimpan baru.) 14. Ai tusu ke udah beku bisi tepeda ke 2 lapisan lemak. Gusak bekas / kontena susu nya tadi. Jenis bekas kena nyimpan tusu. Gambar nunjuk ke aribulan serta jam ditanda ba bekas / kontena
Cara Meri Anak Ai Tusu Ke Udah Dipicit Ari Tusu Indai 6. Meri ai tusu ngagai anak ngena sudu tauka cangkir mit. 7. Pangku anak ba atas pah alu dipangku senget lebih kurang 45°. 8. Engkah cangkir mit ke bisi ai tusu nya tadi ba mulut anak. 9. Anang nuang ai tusu terus ke dalam mulut anak. Pegai cangkir engkah ba mulut anak dulu. Udah nya awak ke iya nilat tauka ngirup tusu nya kediri. Ai tusu deka siuh mimit-mimit lebuh anak baru diberi ngirup ai tusu ngena cara tu. 10. Nyema ke udah kenyang, anak nemu ngetu kediri empu. Meri Anak Susu Tubuh Kena Indai Ti Gawa Indai ti gawa mesti besedia deka meri anak nusu tubuh. 5. Indai mesti betul-betul ka meri anak nyusu tubuh aja kena timpuh 6 bulan pun ari anak ada enggau nerus ke meri anak nyusu tubuh sampai anak berumur 2 taun. 6. Lebuh maya cuti beranak, indai tau meri anak nyusu tubuh aja. 7. Indai mesti belajar cara ka micit ai tusu 2 minggu sebedau gawa baru (tau nitih ke masa penyamai diri empu.) 8. Simpan semua ai tusu ke udah dipicit enti udah gawa baru. Jam/Maya deka meri ai tusu ngagai anak Masa Ari 1-3 Ari 4-6 Ari 7-9 Ari 10 - Ngirup Pagi 7.30 – 9.00 pagi Micit Ai Tusu Micit Ai Tusu Micit Ai Tusu Micit Ai Tusu Ngirup Pagi 10.00 – 11.00 pagi Susu Tubuh Micit Ai Tusu Micit Ai Tusu Micit Ai Tusu Makai Tengahari 12.00 – 1.30 lemai Susu Tubuh Susu Tubuh Micit Ai Tusu Micit Ai Tusu Ngirup Lemai 3.30 – 4.30 lemai Susu Tubuh Susu Tubuh Susu Tubuh Micit Ai Tusu
Pengingat Ngagai Indai Enti anak dijaga urang bukai, iya mesti deka diajar cara meri anak ai tusu ke udah dipicit ngambi ke sida ulih meri ai tusu nya tadi ngagai anak ngena sudu tauka cangkir mit. - Maya kitai baru ka meri anak ai tusu ke udah dipicit, manah agi ngasuh urang bukai ngadu ke iya. - Cara tu tau dititih ngambi anak deka nyusu. Anak udah teleba enggau bau indai iya empu, nya ngambi anak enda tentu ka ngirup ai tusu diberi urang lain. Ngurut belakang 2 - 3 minit tau nulung ai tusu indai pansut PIRAMID MAKANAN SEIMBANG MALAYSIA Pemakai Ti Manah Ulih Ningkat Ke Pemayuh Ai Tusu Indai *Indai ke bisi nyusu anak mesti nyaga pemakai ngambi ke indai bisi ngulih ke tenaga, protein, vitamin serta mineral ti cukup kena pengerai indai enggau anak. Meri Utai Dempa Bukai Ngagai Anak Anak mesti ka diberi utai dempa bukai tauka dikumbai kitai “makanan pelengkap” lebuh anak udah berumur 6 bulan kelimpah ari nerus ke meri anak nyusu tubuh sampai umur 2 taun. Lebuh anak mit, pemakai sida mesti ka dijaga awak ke sida mujur dalam pengerai diri serta tau nyukung pemesai sida.
Utai dempa bukai (makanan pelengkap) patut diberi nitih ke umur anak baka ke ditunjuk ba baruh: * Nyusu tubuh mesti deka diterus nitih ke peminta anak sampai umur iya 2 tahun. 20. Bala Kumpulan Sokongan Penyusuan Ai Tusu Indai (AKSSI) Setiap klinik enggau hospital bisi AKSSI ke tau nulung indai dalam: Masalah berkait enggau meri anak nyusu tubuh. Nunjuk ke cara ti betul kena nyimpan enggau meri anak ai tusu ke udah dipicit ari tusu indai. Meri penemu ngagai bala indai dalam hal berkait enggau nyusu tubuh ngambi ke bala indai sama bela nerus ka meri anak nyusu. 6 - 8 bulan: 2 - 3 kali sehari enggau 1 - 2 kali snek ti manah* 9 - 11 bulan: 3 - 4 kali sehari enggau 1 - 2 kali snek ti manah* 1 - 3 tahun: 4 - 5 kali sehari enggau 1 - 2 kali snek ti manah* Enti deka neruska dalam meri anak nyusu tubuh, indai nya empu mesti bisi sokongan ari laki, bala ba rumah enggau rayat sekeliling