Sejarah Perkembangan
Tulisan Bahasa Melayu
Dari Zaman
Pascamerdeka
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa
Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
melalui peruntukan undang-undang.
Perkara 152 Perlembagaan
Akta Dewan Bahasa Dan Pustaka 1959
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Akta Pendidikan 1996
Akta 152 Perlembagaan
Di dalam Perkara 152 iaituPerlembagaan Malaysia memperuntukkan Bahasa Kebangsaan di
Malaysia ialah Bahasa Melayu Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan sama
sekali tidak menafikan penggunaan Bahasa lain nyaseperti Bahasa China, India, Iban dan
sebagainya. Bahasa lain dibenarkan untuk dipelajari dan dikembangkan di Malaysia tanpa ada
sekatan daripada mana-mana pihak. Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama,namun nama
yang popular ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.Bahasa Melayu juga merupakan
bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa-bahasa etnik yang dituturkan
di nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, bahagian selatan Thai danFilipina
sehinggalah ke Pulau Kristmas di Australia. Di Malaysia, bahasa Malaysia dinobatkan sebagai
bahasa kebangsaan selepas Malaysia bebas daripada belenggu penjajah selama beratus
tahun lamanya. Bahasa Malaysia telah diiktiraf dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan
Persekutuan yang digunakan oleh semua masyarakat dalam semua urusan seharian
Akta Dewan Bahasa Dan Pustaka 1959 (Pindaan 1995)
Membina dan memperkaya bahasa Kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi
mengembangkan bakat sastera
membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang betul.
tokoh semasa
pascamerdeka
NIK SAFIAH KARIM
Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim merupakan
antara tokoh dan cendekiawan tanahair yang aktif
memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Dedikasi
beliau yang tidak boleh dinafikan menjadikannya
disegani ramai dan menjai idola kepada anak-anak
muda di institusi pengajian tinggi yang mengikuti
bidang linguistik dan sastera. Namun selain perjuangan
lingustik ini, beliau juga gigih memperjuangan
kedudukan serta kebajikan kaum wanita tanahair.
Antara sumbangan beliau dapat dilihat dari jawatan yang beliau sandang, antaranya Dekan Fakulti
Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali iaitu di antara 1982 sehingga1983 dan 1992 sehingga 1994 ,
Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 984 sehingga 1986 dan Pengarah pertama Akademi
Pengajian Melayu dari tahun 1990 sehingga 1992.
Sementara di antara tahun 1989 hingga 1990, beliau telah dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka
sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Di sini beliau terus menabur berbakti dalam perjuangan
mengutuhkan bahasa Melayu bukan sahaja di tanahair tetapi juga di seluruh dunia. Ini dilihat dari
perlantikan beliau selama 14 tahun dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli
Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa
Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM). Selain itu beliau merupakan ahli
jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).
ASMAH HJ OMAR
Telah menghasilkan puluhan buah buku mengenai bahasa dan linguistik, ratusan makalah dan kertas
kerja yang sebahagiannya diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa, antaranya
termasuklah:
Morfologi – Sintaksis Bahasa melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia: Satu Perbandingan Pola (1968).
The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description (1969).
Essays on Malaysian Linguistics, (1975 & 1993).
Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan (1978).
Nahu Melayu Mutakhir (1980, 1982 & 1992).
The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages (1993).
Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu (1986 & 1988).
Bahasa Malaysia Saintifik (1987).
Malay in its Sociocultural Context (1988).
Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk (1995).
Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan (2001).
Setia dan Santun Bahasa (2002).