The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PDPR PK TAHUN 5 2020 Disediakan oleh Roslinah Gundiba

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aiman020807, 2020-10-23 09:09:57

MODUL PDPR PK TAHUN 5 2020 Disediakan oleh Roslinah Gundiba

MODUL PDPR PK TAHUN 5 2020 Disediakan oleh Roslinah Gundiba

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN KOTA BELUD,
KOTA BELUD SABAH.

Sasaran Murid Tahun 5

Subjek Pendidikan Kesihatan

Modul 3 Pemakanan

Tema Kesihatan Persekitaran

Tajuk/Tema Makanan Seimbang

Standard 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang

kandungan sihat serta selamat.

Standard 1.3.1 Memahami kepentingan mengambil

Pembelajaran pelbagai jenis makanan.

1.3.2 Mensintesis menu makanan seimbang.

Objektif Murid dapat :-

1. Memahami kepentingan mengambil pelbagai jenis
makanan.

Kriteria 2. Menyediakan menu makanan seimbang
Kejayaan 1. Murid dapat menyenaraikan kepentingan
mengambil pelbagai jenis makanan
Aktiviti 2. Murid dapat menyediakan 1 menu makanan
seimbang untuk sarapan pagi dalam bentuk buku
skrap.
1. Membaca maklumat berkaitan makanan
seimbang.
2. Murid menyediakan buku skrap tentang
penyediaan menu makanan seimbang

Abm Kertas,pen marker,warna,gambar,gunting

Tempoh 19 hingga 26 Oktober 2020

Pelaksanaan

Pentaksiran Tahap 1 –
Menyatakan kepentingan mengambil pelbagai jenis
makanan.

Tahap 2-
Membincangkan menu makanan seimbang.

Tahap 3 -
Menunjuk cara penyediaan makanan
seimbang.

Tahap 4 -
Membanding beza antara makanan yang
berkhasiat dengan makanan yang tidak berkhasiat.

Tahap 5 -
Memberi komen tentang hidangan dalam
pemilihan makanan.

Tahap 6 –
Mencipta dan menghasilkan hidangan yang seimbang
dan berkhasiat.



Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk
merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang

sesuai untuk kita setiap hari.

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang
diletakkan pada 4 aras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan
Malaysia:

Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya
dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang
utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,mineral, serat dan sedikit
protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan iniperlu
diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi,
bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi

keledek, keladi dan kentang.

Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan.
Makanan ini kaya denganvitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-
buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di

dalam setiap hidangan.

Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini

kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging
rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali
sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak

dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe),

kacang dhal dan kacang merah.
Hasil Tenusu

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan
dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan
vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.

Lemak, Minyak dan Gula
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini
terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan

daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Aktiviti Pembelajaran 1

Berdasarkan Piramid Makanan, Senarai kepentingan mengambil pelbagai
jenis makanan.

6._________ 1._________ 2._________
___________ ___________ ___________
___________ ___________ ___________
___________ ___________ ___________
___________ ___________ 3._________
5._________ ___________
___________ Kepentingan ___________
___________ mengambil ___________
___________ pelbagai
___________ makanan

4._________
___________
___________
___________
___________

Aktiviti Pembelajaran 2

Sediakan menu makanan sarapan pagi berdasarkan Piramid Makanan

Anda dikehendaki menyediakan buku skrap yang bertajuk ‘MENU
MAKANAN SEIMBANG SAYA’

Pengisian buku skrap anda hendaklah mengandungi :-

1. Helaian pertama
a) nama
b) Kelas
c) Menu yang dipilih
d) Guru mata pelajaran : Cikgu Roslinah binti Gundiba

2. Helaian kedua
a) Isi kandungan /muka surat iaitu :
i. Prakata/penghargaan
ii. Pengenalan (Nyatakan kebaikkan mengambil pelbagai jenis
makanan berkhasiat)
iii. Tajuk menu, Senarai bahan menu beserta khasiat(rujuk
piramid makanan)
iv. Gambar bahan-bahan menu
v. Langkah-langkah penyediaan beserta gambar
vi. Hasil menu ( gambar )
vii. Khasiat dan kebaikan menu yang anda sediakan
viii. Komen ahli keluarga tentang menu
ix. Saranan /motivasi/sokongan/ulasan tentang menu
x. (Boleh tambah apa-apa yang berkaitan)

3. Helaian ketiga dan seterusnya mengikut senarai isi kandungan.
4. Buku skrap hendaklah tidak kurang dari 10 helaian

5. Murid juga boleh menghasilkan tugasan dalam bentuk lain seperti
persembahan digital menggunakan MS powerpoint,anyflip dan lain-
lain.

6. Gunakan kreativiti anda untuk menyediakan buku skrap.

7. Hadiah/Token akan diberi kepada murid yang menyiapkan buku
skrap sebagai penghargaan di atas usaha,kesungguhan dan
komitmen murid.

Contoh Kandungan buku skrap

NAMA:
KELAS:
MENU:


Click to View FlipBook Version