The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adyfathullah, 2021-05-23 07:03:08

Jalan ke puncak

Tingkatan dua

Keywords: Buku

SIPNOSIS

Jalan ke puncak

Muhammad Ady Fathullah bin Muhamad Sharizam
2 Al Razi

SIPNOSIS BAB

1.

• Laiman pelajar dari Sabah seakan-akan tidak percaya bahawa dirinya berada
di Sarawak untuk menjalani latihan industri. Bidang yang diambilnya ialah
kejuruteraan. Dia dihantar untuk membuat praktikal di sebuah syarikat
minyak. Semasa menjalani latihan, dia menjalankan tugasnya dengan
bersungguh-sungguh dan penuh minat. Di situ, dia berkawan baik dengan
Sukri. Dia bercerita kepada Sukri bahawa dia akan berehat selepas tamat
pengajian nanti. Jika dia menerima tawaran bekerja dari mana-mana syarikat,
dia tidak akan menerimanya dengan cepat. Sukri hairan memikirkan sikap
Laiman. Kebanyakan pelajar akan memikirkan pekerjaan setelah tamat belajar
di universiti, tetapi Laiman hendak berehat. Laiman teringat akan kawannya
yang bernama Chow Chin. Pemuda itu belajar di universiti hingga tamat
pengajian. Setelah tamat belajar, dia tidak memohon pekerjaan sebaliknya
membuka perniagaan kereta terpakai.

SIPNOSIS BAB

2.

• Laiman bersiar-siar ke Lutong selepas waktu pejabat. Kerjanya telah selesai.
Pengurusnya berpuas hati dengan kecekapan dan sikap Laiman. Ramai yang
memuji Laiman. Di pekan Lutong, Laiman terjumpa rakan sekerjanya Soniah.
Mereka berbincang hal kerja. Soniah telah bertanya Laiman tentang Muluk.
Bagi Laiman, Muluk seorang pemuda yang bersikap aneh. Dia tidak pernah
berbual dengan pemuda itu. Apabila Laiman bertanya lebih lanjut tentang
Muluk, Soniah enggan menjawab, seolah-olah Soniah sedang
menyembunyikan sesuatu mengenai Muluk. Akhirnya Laiman membiarkan
persoalan tentang Muluk begitu sahaja tanpa sebarang jawapan daripada
Soniah.

SIPNOSIS BAB

3.

• Sukri, ketua jabatan yang menyelia Laiman telah menerima berita bahawa
sebuah tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman telah terbakar. Ketika
kejadian Laiman berada di Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang
sedang menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan sambil mengambil buku-
buku rujukan yang disimpannya sewaktu sampai di Kuching dahulu.
Kebakaran dapat dipadamkan tiga jam kemudian oleh anggota bomba dan
pekerja-pekerja di situ. Perkara yang menjadi persoalan kini ialah punca
kebakaran tersebut. Sukri berpendapat Laiman tidak wajar dipersalahkan
kerana ketika kejadian berlaku, Laiman tiada di situ. Sukri juga memikirkan
kerugian dan nasib Laiman yang akan dikenakan tindakan oleh pengurus
syarikat. Keesokan harinya, Sukri memaklumkan kejadian tersebut kepada
Laiman. Laiman sangat yakin kerja yang dilakukannya cukup rapi dan dia
tidak percaya kejadian itu boleh terjadi. Akhirnya Sukri membuat andaian
bahawa peristiwa itu terjadi mungkin disebabkan oleh pembuatan khianat.
Perkara tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya bersama Sonia

SIPNOSIS BAB

4.

• Laiman dan Soniah menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar di
Bandar Miri. Mereka berbincang tentang rancangan masa depan Soniah yang
ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Bagi Laiman, bidang
kejuruteraan amat mencabar dan tidak sesuai dengan Soniah kerana risiko
untuk menjalakan tugas cari gali minyak memakan masa berbulan-bulan
lamanya. Bagi Soniah, dia suka akan cabaran dan menjadi seorang jurutera
merupakan impiannya. Soniah turut bertanyakan tentang kejadian kebakaran
yang berlaku kepada Laiman. Laiman berharap kejadian tersebut tidak
menjejaskan perjalanan kuliahnya di universiti. Sewaktu Laiman dan Soniah
sedang bersiar-siar, Laiman menyedari kehadiran Muluk yang memerhatikan
gerak-geri mereka.

SIPNOSIS BAB
5.

• Setelah pulang dari universiti, Laiman berubah.

SIPNOSIS BAB

6.

Laiman kini mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamannya di
Sabah. Walaupun hanya bekerja sebagai petani, Laiman tidak peduli. Dia ingin
manyahut seruan kerajaan supaya siswazah berdikari dan tidak bergantung
kepada kerajaan. Baginya rezeki ada dimana-mana asalkan rajin berusaha.
Laiman juga merancang untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan
ikan air tawar. Laiman masih diusik kenangan setahun lalu ketika dia menjalani
latihan di Sarawak. Terbongkar juga akhirnya punca kejadian kebakaran tangki
minyak. Rupa-rupanya Muluk cemburu akan Laiman kerana menyangka Laiman
menjalin hubungan cinta dengan Soniah. Oleh sebab cintanya tidak berbalas,
Muluk menaruh dendam dan berniat menyusahkan sesiapa sahaja yang
mendampingi Soniah. Muluklah yang membakar tangki minyak. Akibat
perbuatannya itu, Muluk menerima hukuman.

SIPNOSIS BAB

7.


Laiman ditegur oleh ayahnya Pak Kiassim kerana menolak tawaran bekerja di
jabatan pertanian. Ayahnya kesal kerana selama ini dia telah banyak
berkorban untuk pengajian Laiman di Universiti, tetapi Laiman tidak
memanfaatkan kelulusan yang dimilikinya untuk bekerja terutama dengan
jabatan kerajaan sebaliknya Laiman pulang ke kampung untuk menjadi
petani. Laiman begitu tertekan kerana cita-cita dan impiannya tidak difahami
oleh ayahnya. Laiman ingin membuka mata penduduk kampung supaya gigih
berusaha tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan seperti mana yang
dilakukannya bersama sepupunya Milan. Laiman mendapat sokongan
daripada sepupunya dalam usahanya itu.

SIPNOSIS BAB

8.

• Rancangan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah
sawah milik Pak Sahok untuk dijadikan kolam ternakan ikan tidak dipersetujui
Pak Sahok. Walaupun tanah paya itu tidak termasuk dalam geran Pak Sahok,
namun Pak Sahok ada mengusahakan sebahagian paya itu untuk dijadikan
sawah. Laiman tidak berputus asa. Dia terus memujuk Pak Sahok. Sementara
itu kebun tembikainya mula berbuah. Laiman dibantu oleh Milan untuk
mengusahakan kebun itu. Dia juga berazam untuk meneruskan projek
ternakan lebah madu. Laiman bercadang untuk mengambil anak-anak muda
kampung itu untuk bekerja dengan mereka.

SIPNOSIS BAB

9.

• Pak Sahok tetap berkeras dan tidak membenarkan Laiman untuk
melaksanakan projek di kawasan tanah miliknya walaupun ditawarkan untuk
berkongsi pendapatan daripada projek ternakan ikan air tawar itu. Laiman
terpaksa mengalah dan cuba memikirkan tempat lain yang lebih sesuai.
Namun Laiman dan Milan masih buntu. Pada masa yang sama ayahnya mula
menyedari hasil usaha Laiman telah mendatangkan hasil. Kejayaan tanaman
tembikai Laiman mula menjadi buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim
menawarkan diri untuk berbincang dengan Pak Sahoh berkaitan projek
ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya. Laiman berasa
terharu. Dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak dapat memenuhi hasrat
ayahnya supaya bekerja sebagaimana siswazah lain.

SIPNOSIS BAB

10 .

• Kejayaan projek Laiman mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan
Pertanian yang menawarkan pelbagai bantuan. Pak Sahoh pula telah
bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Laiman menggunakan tanah
paya untuk projek ternakan ikan air tawar dan udang harimau. Hasil jualan
buah tembikai akan dijadikan modal untuk projek tersebut. Ramai anak muda
yang mahu bekerja dengan Laiman untuk menjayakan projek yang akan
dilaksanakan itu. Kolam telah mula dikorek, dan dua orang pekerjanya telah
dihantar untuk mengikuti latihan khusus dalam bidang penternakan.
Sementara itu kebun tembikai diserahkan kepada ayahnya untuk diusahakan.
Pada masa yang sama, Soniah sesekali menghubungi Laiman melalui surat.
Kini Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.

SIPNOSIS BAB

11 .

• Laiman dimaklumkan oleh Milan bahawa dua orang pekerja mereka iaitu
Kadek dan Muali yang dihantar untuk mengikuti latihan dalam bidang
ternakan air tawar telah membuat keputusan untuk mengusahakan projek
ternakan mereka sendiri. Mereka enggan membantu projek Laiman dan Milan.
Laiman sangat terkejut. Pada mulanya dia amat marah tetapi dia yakin banyak
lagi orang kampung yang berkebolehan. Ayah Laiman mulai menyedari erti
pengorbanan Laiman yang enggan bekerja dengan kerajaan walaupun
Laiman mempunyai ijazah. Dia mula memahami Laiman telah bersusah payah
mencari projek untuk yang akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-
anak muda yang menganggur.

SIPNOSIS BAB

12 .

• Keengganan Muali dan Kedek untuk bekerja setelah dihantar untuk mengikuti
latihan sudah tidak menjadi masalah lagi bagi Laiman. Abangnya Mail
menyokong usaha yang dibuat oleh Laiman dan menasihati adiknya itu agar
melakukan kerja bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan cakap-cakap
orang kampung terhadapnya.

SIPNOSIS BAB

13 .

• Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka
yang dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-
kerja sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa.
Pendapatan mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka.

SIPNOSIS BAB

14 .

• Laiman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang. Tidak
lama lagi kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil. Laiman berterima
kasih kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya menggusahakan tanah di
sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah muncul sebagai
usahawantani termuda yang berjaya. Mereka turut membeli lori yang dapat
memudahkan urusan mereka mengangkut hasil tanaman, ternakan dan
perniagaan mereka.

SIPNOSIS BAB

15 .

• Laiman merenung kembali susah payahnya selama ini untuk sampai ke tahap
itu. Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh kepada anak-anak muda. Dia
turut bersedia membimbing mereka yang ingin berjaya sepertinya. Dia ingin
melihat bangsanya berjaya. Kerjanya kini sebagai seorang penternak,
pengusaha kedai makan dan pemborong yang berjaya walaupun memiliki
ijazah dalam bidang kejuruteraan. Laiman masih mengingati Soniah yang
telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan perasaan terhadap
gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja di syarikat
pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan isi
hatinya kepada Soniah.


Click to View FlipBook Version