The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuradilakml, 2021-03-31 10:53:56

FORUM 5

FORUM 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Terdapat 10 elemen
merentas kurikulum yang perlu dimasukan dalam sesuatu pengajaran. Antara elemen di dalam
EMK seperti bahasa, kelestarian alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi, patriotism,
kreativiti dan inovasi, keusahawanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, kelestarian global
dan kewangan.

Kepentingan elemen merentas kurikulum yang perlu dimasukan dalam sesuatu pengajaran
adalah elemen bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan bahasa pengantar yang betul
perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran. Oleh itu, semasa Pdp bagi setiap mata pelajaran,
aspek sebut, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi
membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan. Guru perlu memainkan
peranan yang sewajarnya untuk memastikan kecekapan pelajar dalam elemen bahasa.

Selain itu, kepentingan elemen merentas kurikulum yang perlu dimasukan dalam sesuatu
pengajaran adalah elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Hal ini kerana penerapan elemen
TMK dalam PdP untuk memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan
dan kemahiran asas TMK yang dipelajari. Pengaplikasian TMK ini bukan sahaja mendorong murid
menjadi kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan
kualiti pembelajaran. Oleh sebab itu, TMK perlu diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang
hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap
kandungan mata pelajaran

Kepentingan elemen merentas kurikulum yang perlu dimasukan dalam sesuatu pengajaran
seterusnya adalah elemen nilai murni. Hal ini kerana nilai murni diberi penekanan dalam semua
mata pelajaran supaya murid akan kepentingan dan mengamalkannya. Nilai murni merangkumi
aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan
harian. Oleh itu, murid bukan sahaja memperoleh ilmu dalam pembelajaran malah terdidik dengan
nilai murni ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

Kesimpulannya, elemen-elemen merentas kurikulum ini sangat penting dan perlu dimasukan
dalam sesuatu pengajaran. Elemen-elemen ini dapat melahirkan pelajar yang berpotensi, kreatif,
berkemahiran, berdisiplin, berdaya saing dan sebagainya.


Click to View FlipBook Version