Kawan Baik Ku Penulis: Endra Raim George Cheldronnex Baisol Buku CeritaKanak-Kanak "Kisah Lala dan Anna"
PENGHARGAAN Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat juga kami menyempurnakan penghasilan buku cerita bagi memenuhi keperluan kursus Perkembangan Sosio-Emosi, Kerohanian dan Moral Kanak-Kanak (TD30803). Sepanjang kumpulan kami menyiapkan tugasan ini, banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami perolehi. Kesempatan ini, kami ingin mengucakkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah kami, Dr Jusiah binti Idang untuk dedikasi dan bimbingannya kepada kami. Terima kasih buat setiap insan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Kami berharap anda mendapat manfaat melalui buku ini dan dapat membantu memberi pengalaman membaca yang menyeronokkan kepada kanak-kanak.
Anna dan Lala adalah rakan karib. Setiap hari mereka sentiasa pergi ke sekolah bersama-sama. Mereka suka main bersama, makan bersama, ke mana-mana mereka sentiasa bersama. Anna Lala (1)
Anna dan Lala ada banyak persamaan. Warna kegemaran mereka ialah warna merah. Anna dan Lala suka warna merah kerana mereka suka makan buah Epal. (2)
Pada suatu hari, Lala pergi ke rumah Anna. Lala ingin beritahu bahawa Lala akan ikut ayahnya berpindah. Anna dan Lala sedang asyik mewarna lukisan kartun kegemaran mereka sehingga Lala terlupa untuk memberitahu Anna tentang perkara itu. (3)
Semasa mereka sedang mewarna, Anna ingin menggunakan pensel warna merah kegemarannya tetapi pensel warna merah itu hilang. "Eh, mana pensel warna merah saya tadi, Lala? tanya Anna. "Kenapa hilangkan pensel kegemaran Anna"! ujar Anna kepada Lala dengan muka yang marah. (4) Anna memarahi dan menuduh Lala telah menghilangkan pensel warna kegemarannya. Lala berasa sangat sedih.
Keesokan harinya, ibu Anna melihat pensel warnanya ada di bawah sofa. "Anna, ini pensel warna kegemaran kamu kan? tanya ibu Anna kepada Anna. Rupa-rupanya pensel tersebut telah jatuh di bawah sofa dan bukan Lala yang menghilangkannya. (5)
Anna sedar akan perbuatannya memarahi dan menuduh Lala menghilangkan pensel warnanya. Anna menyesal dan berasa sangat sedih. Anna ingin meminta maaf kepada Lala. (6)
Di sekolah, cikgu Ayu memberitahu Anna dan rakanrakan lain bahawa Lala telah berpindah ke sekolah lain. Semua orang berasa sedih kerana mereka rindu akan Lala. (7)
Anna dan rakan-rakan lain tidak tahu Lala telah berpindah ke sekolah lain. Anna berasa sedih kerana tidak sempat untuk meminta maaf dan berjumpa dengan Lala untuk kali terakhir. (8)
Lala bersama keluarganya pulang ke kampung. Satu bulan kemudian . . . Lala memberitahu ibunya, Lala ingin berjumpa dengan rakanrakannya dan ingin memberikan hadiah kepada Anna dan rakanrakan lain. "Ibu Lala mahu berjumpa dengan kawankawan Lala, Lala ingin beri mereka hadiah"! ujar Lala dengan sangat gembira. (9)
Lala berjumpa dengan kawan-kawannya yang lain. Mereka menghabiskan waktu bersama-sama dengan bermain. Anna sudah meminta maaf kepada Lala. "Lala, Anna minta maaf ya, Anna janji tidak akan bersangka buruk lagi. (10)
Lala memberi Anna dan rakan-rakan lain hadiah sebagai tanda perpisahan mereka dan berharap mereka tidak melupakan Lala. Lala mengucapkan selamat tinggal kepada Anna dan rakan-rakan lain dan berjanji akan pulang ke kampung lagi. (11)
Pengajaran Menghargai kawan baik Tidak cepat bersangka buruk Jika berbuat salah, hendaklah meminta maaf
Ruang Aktiviti Warnakan riak muka yang sedih.