The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan Berkumpulan TD20303
Disediakan Oleh;
1. Adlina Ardin
2. Cheldronnex Baisol
3. Endra Raim@George
4. Grace Clement

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by endraraimgeorge00, 2023-01-13 14:05:29

Booklet Pemakanan Seimbang Untuk Kanak-Kanak

Tugasan Berkumpulan TD20303
Disediakan Oleh;
1. Adlina Ardin
2. Cheldronnex Baisol
3. Endra Raim@George
4. Grace Clement

Keywords: education,kanak-kanak,pemakanan seimbang

Seimbang Seimbang PEMAKANAN UNTUK KANAK-KANAK Disediakan Oleh: ADLINA BINTI ARDIN CHELDRONNEX BAISOL ENDRA RAIM@GEORGE GRACE CLEMENT


KANDUNGAN Kuantiti pengambilan makanan mengikut umur Pengenalan Panduan pemakanan seimbang Makanan untuk otak & mata Fungsi makanan untuk tumbesaran kanak-kanak Resepi Chef si Kecil - Piramid Makanan - -


Pemakanan yang baik adalah pent ing untuk semua per ingkat umur dan pada semua per ingkat kehidupan. Terutamanya untuk bayi, anak-anak kecil dan kanak-kanak ber tat ih kerana mereka memer lukan pelbagai vi tamin dan mineral yang seimbang untuk membantu tubuh dan minda berkembang dan menjadi matang. Pemakanan yang baik boleh mengekalkan kes ihatan mental dan f i z ikal anak anda ser ta untuk perkembangannya. Dietnya mes t i mengandungi karbohidrat , protein, lemak, vi tamin dan mineral yang mencukupi. PENGENALAN Pemakanan yang baik pada awal kehidupan kanak-kanak dikai tkan dengan pres tas i yang lebih baik di sekolah ser ta di kemudian har i nant i. Kanak-kanak yang kekurangan nut r ien mempunyai ketahanan atau imuni t i yang lebih rendah untuk melawan jangki tan, kerana i tu mereka lebih kerap jatuh saki t , t idak hadi r ke sekolah, dan gagal melengkapkan ker ja sekolah.


PIRAMID MAKANAN Piramid makanan memberikan panduan umum tentang pemakanan seimbang yang merangkumi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberikan zat serta nutrisi yang cukup kepada badan. LEMAK PROTEIN VITAMIN & MINERAL KARBOHIDRAT


Aras 3 : Makan lebih Banyak Aras 2 : Makan dengan Sederhana Aras 4 : Makan paling Banyak Aras 1 : makan sedikit sahaja (Lemak, Gula dan Garam) (Ayam, Daging, Ikan, Kekacang dan tenusu) (Buah-buahan dan Sayur-Sayuran) (Nasi, Mee, Roti, Bijirin serta Ubi)


KUANTITI PENGAMBILAN MAKANAN MENGIKUT UMUR 9-11 BULAN 6-8 BULAN 1-3 TAHUN 1 ½ cawan bubur 2 cawan pekat 2 cawan nasi ¼ cawan sayur masak ¼ betik atau pisang bersaiz kecil 2 sudu teh sebarang jenis daging atau isi ikan 1 sudu teh minyak ½ cawan sayur masak 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil 2 sudu teh sebarang jenis daging atau 2 sudu teh isi ikan atau ½ biji telur 1 ½ sudu teh minyak 1 cawan sayur masak 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil ½ ekor ikan kembung saiz sedang atau 1 biji telur 1 sudu teh minyak


keperluan kalori seharian kanak-kanak berusia 1-3 tahun adalah berbeza. kanakkanak lelaki memerlukan 1,230 kalori sehari manakala kanak-kanak perempuan pula adalah 1.165. Kita semua sedar bahawa pemakanan yang baik adalah penting untuk semua peringkat umur dan pada semua peringkat kehidupan. Terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak kerana mereka memerlukan pelbagai vitamin dan mineral yang seimbang untuk membantu tubuh dan minda berkembang dan menjadi matang. Memberi anak anda pemakanan yang sihat dan seimbang dari kecil dapat melindungi mereka daripada masalah malpemakanan serta mewujudkan tabiat pemakanan yang baik di masa akan datang. PANDUAN seimbang PEMAKANAN ketahui panduan pemakanan yang seimbang untuk si kecil bagi kesihatan yang lebih baik. Tahukah anda? KCAL Kenapa pemakanan seimbang itu penting? Pemakanan yang baik boleh mengekalkan kesihatan mental dan fizikal anak anda serta untuk perkembangannya. pemakanan seimbang mesti mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi. Membina tulang yang kuat: pemakanan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan tulang anak anda sepanjang hayat. Tulang adalah tisu yang hidup dan berkembang; zaman kanakkanak dan awal remaja adalah masa yang terbaik untuk membina tulang. Tenaga untuk badan: makanan yang dimakan akan membekalkan tenaga untuk keperluan tubuh. Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang utama. Membina otot: semasa anak anda membesar dan berkembang, dia akan menjadi semakin aktif. Kanak-kanak yang aktif memerlukan otot yang sihat untuk memastikan pergerakan selamat.


6 Makanan yang Baik Untuk OTAK Coklat mengandungi Theobromine yang bagus untuk meningkatkan kepantasan berfikir dan menambah tenaga otak. Pisang membaik pulih organ dalaman. Pisang mengandungi B6, manganese dan copper. Semuanya baik untuk otak. Telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan dan memberi perlindungan untuk otak. Ikan adalah sumber Omega 3. Kajian mendapati kanak-kanak yang mengambil makanan yang mengandungi omega 3 lebih tinggi IQ. Keledek ungu adalah makanan berserat tinggi. Mengandungi anti oksida juga anti radang. Bagus untuk otak. Teh hijau mempunyai kandungan luar biasa. Namanya Polyphenol. Sejenis anti oksida yang memberi kita M.E.L (mental alertness, enhance memory, lambatkan proses penuaan sel otak).


MAKANAN YANG BAIK UNTUK MATA Sayur daun hijau mempunyai banyak vitamin dan mineral yang membantu mengekalkan mata yang sihat, seperti vitamin C. Epal mengandungi beberapa anti oksida termasuk pigmen tumbuhan quercitin (melindungi mata daripada sinaran solar) dan rutin (membantu mengurangkan kebocoran di saluran darah kecil di dalam retina). Lobak merah membantu dalam kesihatan mata dan mencegah daripada rabun malam. Kandungan lutein dan zeaxantin iaitu karatenoid dalam lobak dapat membantu melindungi mata daripada kerosakan. Kekacang antara makanan yang tinggi sumber vitamin E dan zink (dapat membantu menstabilkan dan meningkatkan penglihatan pesakit degenerasi makular). Buan oren kaya dengan vitamin C. Seperti vitamin E, vitamin C adalah antioksidan yang disyorkan untuk melawan kerosakan mata yang berkaitan dengan usia. Minyak ikan boleh membalikkan mata kering, termasuk mata kering yang disebabkan oleh menghabiskan terlalu banyak masa pada komputer.


Kanak-kanak memerlukan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, kalsium, zat besi dan vitamin dan mineral bagi perkembangan tumbesaran mereka. FUNGSI MAKANAN UNTUK TUMBESARAN KANAK-KANAK Dalam pelbagai aspek kanak-kanak membesar, pertumbuhan dan perkembangannya banyak bergantung kepada pemakanannya. Mendapat perlindungan terhadap pelbagai penyakit dan jangkitan dengan menguatkan tubuh dan sistem imun. Tenaga yang diperlukan untuk perkembangan fizikal dan mental yang sangat pantas. Perkembangan fizikal dan mental seperti daya ingatan dan penglihatan serta tumpuan yang lebih baik di sekolah. Nutrien yang optimum, pelbagai dan seimbang dapat memastikan kanak-kanak: Tubuh kanak-kanak melakukan pelbagai fungsi termasuklah penghadaman, fungsi kognitif, pengecutan otot, pengerasan tulang dan sebagainya. Pertumbuhan dalam tempoh ini adalah agak pantas. Maka, nutrien yang pelbagai diperlukan untuk memenuhi keperluan yang berbeza-beza ini. Jika kanak-kanak tidak mendapat nutrien yang mencukupi dalam tempoh perkembangan mereka, ia akan membantutkan tumbesaran dan perkembangan, lalu menyumbang kepada kekurangan berat dan ketinggian. Namun, kalori berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal pula akan mengakibatkan lebihan berat badan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.


Cincang isi ayam dan lobak merah. Pecahkan telur, kemudian pukul sehingga sedikit berbuih. Panaskan kuali, masukkan mentega dan tumis bahan cincang. masakkan seketika. Masukkan telur dan kacau semua, jangan terlalu kering. Tutup api dan hidangkan dalam pinggan. Boleh dimakan begitu sahaja ataupun makan bersama roti. Cara penyediaan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. ResepiChef si Kecil Menu Sarapan SCRAMBLED EGG 2 ketul isi ayam 3 biji telur 1/2 lobak merah 1 sudu mentega Bahan-bahan:


Kupas kulit lobak merah. Kemudian cuci bersih lobak merah. Potong halus lobak merah dan isi ayam secara memanjang. Rebus isi ayam dan lobak sehingga masak. Gaul nasi dengan isi ayam, campur bersama bahan yang telah dipotong halus. Pecahkan telur dan pukul sehingga sedikit berbuih. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Goreng telur dengan nipis. Sediakan tikar penggulung. Letak telur yang digoreng keatas tikar penggulung. Letakkan nasi yang digaul ke atas telur bersama isi ayam dan lobak merah. Gulungkan semua bahan tersebut menjadi bulat memanjang. Potong nasi gulung menjadi bahagian kecil sesuai dengan saiz untuk kanak-kanak. Hidangkan nasi gulung ke atas pinggan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. menu makan tengah hari 1 cawan nasi 2 biji telur ayam 1 batang lobak merah 100 gram isi ayam Cara Penyediaan: Bahan: NASI PUTIH GULUNG


2 ketul isi ayam 1 biji kentang 1/2 batang lobak 1 biji tomato 3 ulas bawang 1 camca minyak 1 liter air bahan perasa (belah 8) merah (potong dadu) (belah 6) merah (tumbuk halus) SSII KKEECCIILL RESEPI CHEF Bahan: Bersihkan dan potong dadu kecil isi ayam. Basuh dan potong semua sayuran. Panaskan minyak dalam api, periuk sederhana, tumis bawang sehingga mendidih. Masukkan ayam dan air perlahan-lahan, biar hingga mendidih. Masukkan kentang dan lobak merah. Masak hingga empuk. Masukkan tomato dan suaikan rasa. 1 2 3 4 5 6 Cara Penyediaan: Sup Ayam M E N U M A K A N M A L A M


Cara penyediaan: 1. Butter yang telah dilembutkan pada suhu bilik digaul bersama madu menggunakan whisk atau sudu. 2. Masukkan telur dan digaulkan bersama. 3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum sehingga adunan nampak cantik kemudian cedok menggunakan sudu. 4. Masukkan kacang badam. Akhir sekali masukkan cip coklat homemade. Kaupkan semula sahaja menjaga bentuk cip coklat. 5. Sudukan adunan macam biasa. Bakar api atas bawah, 25-30 minit suhu 160°c, bergantung pada oven masing-masing. Resepi Kudapan: Butter Chocolates Chips Cookies RESEPI CHEF SI KECIL Tepung gandum / tepung kek – 4 sudu besar Tepung jagung – 2 sudu besar Unsalted butter – 100gram Telur – sebiji Madu – 2 sudu besar untuk Kacang badam cincang *letak dalam adunan* Cip coklat homemade Bahan-bahan: Sedap Mudah Lagi Sihat!


Click to View FlipBook Version