INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN
(PPISMP)
AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2
TUGASAN 1 – PENULISAN AKADEMIK
NAMA PELAJAR : ASNIDA BINTI MOHD SUKI
ANGKA GILIRAN : 2020092310061
NO KAD PENGENALAN : 020517-03-0682
KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 1
KOD DAN NAMA KURSUS : PIM1064 TARIKH ISLAMI
NAMA PENSYARAH : USTAZ ZAINUDDIN BIN LATEH
TARIKH HANTAR : 6 MAC 2021
NO. TEL : 019-5233965
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :
Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
PENGHARGAAN TAJUK SURAT
1.0 PENGENALAN ii
2.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB 1
1-2
3.0 KETOKOHAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB SEMASA PEMERINTAHNNYA 2-3
4.0 KEJAYAAN DAKWAH ISLAMIYYAH DALAM PELBAGAI ASPEK SERTA 3-5
SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN YANG DILAKASANAKAN 6
3.1 SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN DARI ASPEK PENTADBIRAN
3.2 SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN DARI ASPEK EKONOMI
3.3 SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN DARI ASPEK PENDIDIKAN
3.4 SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN DARI ASPEK HUBUNGAN DIPLOMATIK
3.5 SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN DARI ASPEK KETENTERAAN
5.0 KESIMPULAN
i
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan keizinanNya serta
kekuatan , kesabaran , kesihatan , idea dan kudrat dapat saya siapkan kerja kursus yang telah
diamanahkan kepada saya untuk diselesaikan.
Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu
Ustaz Zainuddin Bin Lateh kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing saya
dalam melakukan kerja kursus ini serta memberi tunjuk ajar dalam mempelajari subjek ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
kerana telah memberikan tugasan ini kepada saya serta telah menyediakan kemudahan
internet terutamanya di kolej kediaman kepada saya untuk mengakses internet supaya dapat
mencari maklumat sepertimana yang dikehendaki soalan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi
sokongan yang tidak henti serta rakan – rakan yang tidak jemuh memberi bantuan dan tunjuk
ajar semasa menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir kata dapat saya jelaskan, saya mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada
yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam penyediaan kerja kursus ini,
Terima kasih.
ii
1.0 PENGENALAN
Zaman khulafa’ al-Rasyidin merupakan satu zaman yang dianggap sebagai zaman
permulaan yang menyerlahkah tamadun Islam dari segala aspek seperti aspek politik,
dakwah,pentadbiran, sosial, ketenteraan , hubungan diplomatik yang sistematik. Khalifah
bermaksud orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam manakala Khulafa
Al- Rasyidin bererti gelaran kepada 4 orang sahabat Rasulullah yang memegang jawatan
sebagai ketua negara selepas wafatnya Rasulullah. Khulafa’ Al- Rasyidin terdiri daripada
Saidina Abu Bakar As- Siddiq, Saidina Umar bin Al- Khattab, Saidina Uthman bin Affan
dan khalifah yang terakhir iaitu Saidina Ali bin Abi Talib.Kerajaan Khulafa’ Al- Rasyidin
terletak di Madinah . Antara ciri – ciri kepimpinan Khulafa’ Al- Rasyidin ialah mempunyai
tanggungjawab serta bersifat amanah semasa memerintah, merupakan seorang pejuang
yang tegas dan berani dalam mempertahankan agama Islam dan membangunkan negara
serta mempunyai kehidupan yang sederhana sahaja . Pendekatan politik dan dakwah
khulafa’ al- Rasyidin telah memberikan banyak kesan yang positif dalam pembangunan
negara Islam.
2.0 LATAR BELAKANG KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
Umar al- Khattab merupakan satu nama yang tidak lagi asing dalam sejarah kegemilangan
umat Islam. Saidina Umar al- Khattab yang sangat terkenal dengan keperibadian yang
tegas dalam menegakkan keadilan. Sebelum mendapat hidayah untuk memeluk islam,
Saidina Umar al- Khattab merupakan penentang yang paling kuat terhadap Islam semasa
awal perkembangan agama Islam. Nama sebenar beliau ialah Umar bin Al- Khattab bin
Nufail bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin Adi bin
Kaab.Saidina Umar bin Al- Khattab turut digelar sebagai Al- Faruq yang bermaksud “ yang
dapat membezakan antara baik dan buruk” dan juga gidelar sebagai Amirul Mukminin
yang bererti ‘ Ketua orang- orang beriman”. Saidina Umar al- khattab berketutunan bani
Adi dan beliau dilahirkan di Mekah pada tahun 584M. Ibunda Saidina Umar bernama
hantamah binti Hasyim bin Al- Mughirah dari Bani Makhzum.Ibunya juga merupakan
sepupu kepada Khalid al- walid .Umar al- Khattab sangat gemar menunggang kuda dan
meminati puisi.Saidina Umar al- Khattab wafat pada 23 hijrah setelah memerintah selama
10 tahun 6 bulan dan beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada awal
Muharram tahun ke-4 hijrah.
1
Saidina Umar al- Khattab sentiasa didoakan oleh Rasulullah untuk menerima Islam
kerana dengan adanya beliau dalam Islam, Islam akan bertambah kuat. Dengan izin Allah,
Saidina Umar al- Khattab telah mendapat hidayah ketika beliau berusia 35 Tahun. Selepas
beliau memeluk Islam , Islam seolah- oleh mendapat ‘roh’ baru kerana mereka tidak
pernah merasakan kehebatan Islam seperti ini melainkan setelah Saidina Umar al-
Khattab memeluk Islam.Sifat keperibadiannya yang sangat tegas, berani , berpendirian
teguh , berpandangan jauh , baik dan juga sangat prihatin terhadap rakyatnya semasa
zaman pemerintahan beliau.Pengislaman Umar al- Khattab telah membawa banyak
perubahan besar kepada umat Islam . Hal ini adalah kerana kehebatan dan keberanian
beliau dalam menegakkan syiar- syiar Islam sehingga mencetuskan kegerunan dalam
kalangan kafir Quraisy.Umat Islam merasakan bahwa mereka memperoleh keselamatan
dan keamanan dengan adanya Saidina Umar kerana keberanian dan kegagahannya tidak
dapat ditandingi oleh musuh- musuh Islam. Pembesar- pembesar Quraisy yang dahulunya
menjadi sahabat beliau , kini menjadi musuh ketatnya apabila beliau memeluk Islam.
3.0 KETOKOHAN SAIDINA UMAR AL- KHATTAB SEMASA PEMERINTAHANYA
Saidina Umar al- Khattab telah meneruskan legasi kepimpinan islam dengan menjadi
khalifah yang kedua selepas wafatnya Khalifah yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-
Siddiq.Saidina Umar telah menjadi khalifah setelah diberi kepercayaan melalui wasiat
daripada Abu Bakar yang menginginkan Saidina Umar menjadi khalifah yang kedua demi
menyelamatkan umat dari berpecah .Pada era pemerintahan Saidina Umar ,empayar
Islam telah berkembang pesat disebabkan kemenangan tentera muslim dalam beberapa
peperangan.Saidina Umar juga menyerlah ciri–ciri kepimpinan beliau semasa
memerintah. Antara ciri kepimpinannya ialah Saidina Umar sangat tegas dalam urusan
kewangan negara iaitu beliau sangat tegas dan teliti dalam hal gaji serta harta setiap
gabenor dan pegawainya. Selain itu, beliau juga sangat prihatin dan mengutamakan
rakyat.Saidina Umar juga seorang yang zuhud kerana kehidupan tidak langsung tertarik
kepada kemewahan harta. Seterusnya, bersedia dikritik dan menerima pandangan orang
lain terutamanya semasa beliau mengadakan musyawarah, mengatasi masalah rakyat
dengan sendiri , adil dan saksama semasa pemerintahannya.Saidina Umar sentiasa
menjadikan rakyatnya sebagai satu keutamaan kerana beliau tidak pernah menggunakan
jawatannya untuk kepentingan diri sendiri malah beliau rela untuk susah asalkan
rakyatnya tidak menderita dan berada dalam kesusahan.
2
4.0 KEJAYAAN DAKWAH ISLAMIYYAH DALAM PELBAGAI ASPEK SERTA SUMBANGAN
DAN PEMBAHARUAN YANG DILAKSANAKAN
Zaman pemerintahan Khalifah Umar al- Khattab dianggap sebagai zaman keemasan
kerajaan Islam kerana telah melakukan banyak perubahan semasa pemerintahannya.
Selama 10 tahun 6 bulan Saidina Umar menjadi khalifah, beliau telah memberikan banyak
sumbangan dalam pelbagai aspek seperti pentadbiran, ekonomi,pendidikan, ketenteraan
dan juga berlaku perluasa kuasa empayar Islam.Antara kejayaan dakwah islamiyyah
beliau ialah Saidina Umar al- Khattab telah merealisasikan al- quran terutamanya dalam
akhlak dan penghidupan sehingga menjadi qudwah hasanah
4.1 SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN
Khalifah Umar al- Khatab telah melakukan beberapa perubahan dan pembaharuan
terhadap sistem pentadbirannya. Antaranya ialah memperkenalkan dasar
pentadbiran dan perlantikan pegawai. Selain itu, khalifah Umar al- khattab juga
telah mengemaskinikan lagi pentadbiran dengan mengasingkan tugas- tugas
kehakiman dengan tugas- tugas eksekutif .Pengurusan kehakiman terus
diletakkan dibawah perhatian khalifah. Beliau juga telah mengasingkan tugas
memungut cukai daripada pihak eksekutif bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya penyelewengan wang .Saidina Umar al- Khattab juga telah
menubuhkan dewan Al- Kharaj dan Dewan Al-Jundi. Dewan Al-Kharaj bertujuan
untuk meningkatkan ekonomi negara kerana melalui dewan ini, Khalifah Umar
berjaya memungut hasil dalam negeri dengan lebih teratur dan sistematik
manakala Dewan Al- Jundi adalah bertujuan untuk menguruskan pentadbiran
rekod- rekod dan urusan elaun bagi setiap anggota tentera.dewan ini telah berjaya
meningkatkan kedudukan tentera .
4.2 SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN DALAM BIDANG EKONOMI
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar al- Khattab, sumbangan dan
pembaharuan beliau dari aspek ekonomi adalah dengan menggalakkan rakyat
supaya menggunakan tanah pertanian secara bersungguh- sungguh . Contohnya,
melalui tanah negara, Saidina Umar amat menggalakkan supaya rakyat
mengusahakan tanah yang terbiar dan tanah tersebut perlu dimajukan selama
tempoh 3 Tahun dan sekiranya tanah tersebut tidak diuasahakan , tanah tersebut
akan ditarik balik oleh kerajaan.Khalifah umar sangat mengutamakan
perbelanjaan dalam sektor pertanian dan pemulihan tanah supaya dapat
3
membantu rakyat yang memerlukan tanah pertanian.Pembaharuan yang telah
dilakukan oleh Saidina Umar dari segi ekonomi adalah dengan meminda peraturan
untuk memiki tanah. Contohnya,tentera Islam tidak dibenarkan untuk memiliki
tanah di negeri yang baru dibuka. Beliau mengekalkan tanah tersebut kepada
pemilik di bawah penguasaan Baitul Mal dan hasil pungutan daripada tanah akan
diabahagikan kepada orang miskin. Hal ini adalah bertujuan untuk memakmurkan
negara dan rakyat.Beliau juga telah mengadakan sistem pungutan cukai iaitu cukai
jizyah dan cukai kharaj bertujuan untuk menambahkan pendapatan negara.
4.3 SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Khalifah Umar merupakan seorang yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan
dan sentiasa menggalakkan rakyatnya untuk menimba ilmu kerana ilmu itu amat
penting dalam kehidupan. Oleh itu, beliau menekankan bidang ilmu pengetahuan
khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan al- quran seperti bacaan dan
pemahaman isi al- quran.Jadi, Saidina Umar telah mengembangkan pengajaran
al-quran serta menyediakan tempat untuk belajar al- quran . Contohnya ialah
beliau telah menghantar guru–guru agama ke pelbagai wilayah untuk
mengembangkan ilmu ini sepertimana yang telah dilakukan oleh Saidina Umar
terhadap Abu Sufyan. Abu Sufyan telah dihantar ke kawasan pedalaman untuk
mengajar orang disana.
4.4 SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN DALAM BIDANG KETENTERAAN
Saidina Umar al- Khattab telah menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk
tentera tetap dan juga tentera sukarela.Setiap anggota tentera akan dibayar gaji
dan juga diberikan pakaian seragam secara percuma. Tentera – tentera tersebut
hanya perlu memberikan penekanan dalam bidang ketenteraan sahaja dan
mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan seperti bertani
supaya tentera tersebut dapat memfokuskan diri dan memberi tumpuan terhadap
tugas mereka sahaja. Saidina Umar al- Khattab juga telah menubuhkan pusat
ketenteraan dan juga memperkukuhkan lagi ketenteraan dengan membina kubu-
kubu pertahanan sebagai langkah berjaga – jaga dan sebagai pertahanan.
4
4.5 SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PERLUASAN KUASA
Khalifah Umar Al-Khattab merupakan khalifah yang pertama melakukan
perjalanan keluar Arab . Keluarnya beliau adalah kerana permintaan para
pemimpin di Yerusalem yang meminta Saidina Umar untuk melakukan kunjungan
ke sana untuk menyerahkan kota suci itu kepada jajahan Islam.Semasa di
Yerusalem , satu perjanjian telah dimenterai di antara penduduk Yerusalem
dengan Khalifah Umar .
5.0 PENUTUP
Saidina Umar al-khattab telah mencerminkan sifat kepimpinan yang sangat berwibawa
semasa pemerintahnnya. Kehebatanya semasa memerintah telah membawa sinar
terhadap pembentukan empayar Islam. Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran
yang telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar al- Khattab telah melonjakkan kegemilangan
Islam sehingga kini Seorang pemimpin mestilah mencontohi perbuatan dan ciri- ciri
kepimpinan yang ditunjukkan oleh Saidina Umar al- Khattab semasa pemerintahannya
terutamanya sifat mementingkan keperluan rakyat melebihi diri sendiri.Sewaktu
kepimpinan beliau, Islam bukan sahaja dilihat sebagai agama yang dipandang tinggi tetapi
juga turut digeruni oleh kaum kafir.Oleh sebab itulah, semasa pemerintahan Saidina
Umar, Islam sangat gemilang kerana dapat membentuk empayar Islam yang kukuh.
5
6.0 RUJUKAN
Abdul Latip Talib. (2009). Umar Al- Khattab : Reformis Dunia Islam. Selangor: PTS Edar Sdn. Bhd.
Ahmad Redzuan Mohd Yunus. (2001). Sejarah Dakwah. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Azuwira Abdul Aziz, A. K. (2002). Pendidikan Al- quran Dan As- Sunnah Tingkatan 4. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mk Riza, A. F. (2020). Kisah Hidup Umar Al-Khattab. Negeri Sembilan: Komikaw PLT.
Najib Kaylani. (2009). Umar Al- Khattab Semarak Dakwah Rasulullah S.A.W. Selangor: Al- Hidayah
Publication.
Ustaz Wadi Annuar. (2019). Andai Umat Ini Hidup Seperti Umar Al- Khattab. Selangor: PTS
Publication House Sdn. Bhd.
Aina Azmi. (2020, Disember). Umar Al- Khattab : Sirah dan Kelebihan. Dipetik daripada Aku Muslim :
https://akumuslim.asia/umar-al-khattab-sirah-dan-kelebihan/
Rabiatul Adaweeyah. (2017). 7 Keperibadian Umar Al- Khattab Dalam Kepimpinan. TZKRH.
Rabiatul Adaweeyah. (2017). Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Umar Al- Khattab. TZKRH.
Ghazali Mohd Ros, S. B.. Ketokohan Saidina Umar Dalam Dunia Kesusasteraan Melayu Tiga Prinsip
Keadilan Islam Menerusi Hikayat Abu Syahmah . Journal Of Social Sciences and Humanities,
2-3.
Ustaz Fawwaz Mohd Jan. (2013, September Isnin). Dipetik daripada Pustaka Kisah Pengajaran:
https://pustaka-kisah.blogspot.com/2013/09/khalifah-umar-al-khattab-dan.html
6