PERATURAN-PERATURAN UNTUK GURU
1. WAKTU PERSEKOLAHAN 2021
TAHUN ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
1 SESI PAGI 7.40 – 12.00
4 7.40 – 12.00
5 7.40 – 12.30 7.40 – 12.00
6 7.40– 12.00
7.40 – 1.00
2 2.10 – 6.10
3 7.40 – 1.00 2.10 – 6.10
7.40 – 1.00
SESI PTG
1.10 – 6.10
1.10 – 6.10
2. MASA KEHADIRAN
2.1 Semua guru sesi pagi mestilah sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 10 minit lebih
awal daripada masa yang ditetapkan dan balik 30 minit lewat daripada masa tamat
persekolahan sesi pagi manakala guru-guru sesi petang mestilah berada di sekolah 30
minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
3. KEDATANGAN GURU
3.1 Semua guru mestilah mengetik kad perakam waktu (punch card) pada waktu datang
dan pulang. Jika tidak berbuat demikian, guru berkenaan dianggap tidak hadir ke
sekolah.
3.2 Sekiranya guru datang lewat (dengan alasan munasabah), berkursus atau terlibat
dengan mesyuarat di luar, sila catatkan keterangan di ruangan yang disediakan dan
hendaklah diperakukan oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum.
3.3 Guru Besar akan menukarkan kad perakam waktu KUNING kepada kad HIJAU pada
bulan berikut sekiranya,
a) kesalahan datang lewat dan / atau pulang awal dilakukan lebih daripada tiga
kali dalam tempoh satu bulan
atau
b) tidak mencatat keterangan yang munasabah lebih daripada tiga kali pada kad
perakam waktu dan tidak diperakukan oleh Guru Besar dalam tempoh satu
bulan kalendar.
3.4 Guru Besar akan menukarkan kad perakam waktu HIJAU kepada kad MERAH pada
bulan berikut sekiranya,
a) kesalahan datang lewat dan / atau pulang awal dilakukan lebih daripada dua
kali dalam tempoh satu bulan kalendar,
atau
b) tidak mencatat keterangan yang munasabah lebih daripada dua kali pada kad
perakam waktu dan tidak diperakukan oleh Guru Besar dalam tempoh satu
bulan kalendar
atau
c) pegawai menerima kad perakam waktu HIJAU tiga bulan berturut-turut atau
tiga kali dalam satu tahun kalendar.
4. BUKU REKOD MENGAJAR / FAIL REKOD MENGAJAR
4.1 Buku Rekod Mengajar mesti diisi dengan teliti dan lengkap.
4.2 Buku Rekod Mengajar mestilah mengandungi semua mata pelajaran yang diajar guru
berkenaan.
4.3 Rancangan Pelajaran untuk setahun disusun rapi mengikut keutamaan dan
penyesuaian.
4.4 Semua butiran hendaklah diisikan. Perkara-perkara yang perlu dikemaskini ialah :
a) Rancangan Kerja Setahun untuk kedua-dua penggal.
b) Jadual Penggal Persekolahan dan Cuti-cuti Am.
c) Jadual Waktu Darjah/Persendirian mesti diisi setiap kali terdapat sebarang
perubahan dalam jadual waktu.
4.5 Sekiranya guru bercuti kerana sakit atau berkursus , Buku Rekod Mengajar hendaklah
diserahkan kepada pihak pentadbir.
4.6 Buku Rekod Persediaan Guru hendaklah dihantar ke pejabat sekolah pada tiap-tiap
hari Jumaat selepas sekolah tamat atau hari persekolahan terakhir bagi sesuatu
minggu yang berkenaan.
4.7 Buku Rekod adalah harta sekolah dan mesti diserahkan ke pejabat sekolah sebelum
guru itu berhenti mengajar di sekolah ini atau pada hari persekolahan yang terakhir
bagi sesi tahun berkenaan.
4.8 Ia boleh digunakan sebagai salah satu instrument bagi menilai prestasi seseorang
guru.
5. JADUAL WAKTU
5.1 Semak jadual waktu dan maklum kepada GPK (T & K) jika ada pertembungan waktu
mengajar.
5.2 Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di
dalam kelas sendiri.
5.3 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
6. CUTI
6.1 CUTI SAKIT
6.1.1 Apabila tidak dapat hadir ke sekolah, guru mestilah :
a) Menelefon atau memberitahu Guru Besar / Penolong Kanan
sebelum 7.00 pagi.
b) Menyerahkan surat cuti sakit hospital/ klinik kepada Guru Besar setelah
kembali ke sekolah.
6.1.2 Surat cuti sakit yang melebihi dua (2) hari daripada klinik / hospital swasta
mesti disahkan oleh doktor kerajaan.
6.1.3 Guru yang meninggalkan sekolah untuk mendapatkan rawatan doktor
dikehendaki mendapatkan surat hadir klinik sekiranya tidak mendapat sijil cuti
sakit dan surat ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar.
6.1.4 Guru-guru perlu melaksanakan jual beli jadual untuk urusan rawatan kesihatan
yang dirancang serta maklumkan kepada pentadbir.
6.1.5 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
dalam setahun.
6.1.6 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau berselang-
selang akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri da Kementerian
Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
6.2 CUTI REHAT (CRK)
6.2.1 CRK adalah satu kemudahan dan bukan hak mutlak seseorang guru.
6.2.2 CRK ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
6.2.3 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan
dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.
6.2.4 Permohonan cuti sambilan (borang putih) mesti sampai kepada Guru Besar
selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh cuti dipohon. (Kecuali cuti kecemasan;
borang merah jambu).
6.2.5 Guru-guru juga perlu mengisi permohonan CRK secara online melalui sistem
Hrmis.
6.3 CUTI TANPA GAJI
6.3.1 Mengikut Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
6.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas
habis semua cuti rehatnya.
6.3.3 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setaun adalah diluluskan
oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang Permohonan hendaklah dihantar
ke Jabatan Negeri 10minggu sebelum tarikh mula bercuti.
6.4 CUTI REHAT/CUTI PENGGAL
6.4.1 Menurut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP) 0046,SJ/A/(30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas
oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun
untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.
7. MENEPATI MASA
7.1 Semua guru hendaklah mematuhi arahan waktu bekerja tiap-tiap hari. (Rujuk Perintah
Am Bab C)
7.2 Semua guru hendaklah masuk kelas mengajar pada masa yang tetap mengikut Jadual
waktu Kelas.
7.3 Menghadiri mesyuarat guru dan lain-lain mesyuarat adalah wajib pada masa yang
tepat.
8. MMI ( Melindungi Masa Instruksional )
8.1 Guru mesti masuk ke kelas TEPAT pada masanya.
8.2 Guru tidak dbenarkan duduk semasa mengajar.
8.3 Guru mestilah mengajar sambil mengawas kelakuan murid-murid. Apabila murid-
murid sedang menjalankan aktiviti, guru hendaklah mengawas dan membantu murid-
murid yang lemah (buat pemulihan).
8.4 Meninggalkan kelas adalah kesalahan yang boleh dianggap serius. Jika perlu
meninggalkan kelas guru berkenaan dikehendaki memberitahu guru di kelas
bersebelahannya atau Guru Besar.
8.5 Guru-guru yang perlu melakukan tugas rasmi di luar sekolah perlu menyediakan BBB
untuk digunakan oleh murid semasa guru relief masuk ke kelas.
8.6 Jual beli jadual perlu dilakukan sekiranya guru terpaksa melakukan tugas rasmi di luar
sewaktu sesi persekolahan.
8.7 Setiap panitia perlu menyediakan modul yang boleh digunakan sewaktu guru relief.
9. MASA LAPANG GURU (WAKTU SENGGANG)
9.1 Sila rujuk pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981.
9.2 Semua guru mesti berada di dalam bilik guru kecuali mereka yang memegang tugas
khas.
9.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah dalam waktu persekolahan tanpa
kebenaran Guru Besar. Kebenaran Guru Besar mesti dicatat dalam buku yang boleh
didapati di pejabat. (Buku Keluar/Masuk Kawasan Sekolah). Sebolehnya hendaklah
elakkan meminta kebenaran keluar untuk tujuan-tujuan peribadi.
10. WAKTU “RELIEF”
10.1 Untuk memudahkan pengurusan “relief” , guru dilarang makan/minum di kantin pada
waktu pertama hari persekolahan.
10.2 Guru yang ditugaskan sebagai guru “relief” /guru ganti mesti masuk ke dalam bilik
darjah TEPAT pada masanya.
10.3 Seelok-eloknya guru “relief”/guru ganti hendaklah mengajar atau memberi kerja-kerja
yang boleh memanfaatkan murid-murid dengan sepenuhnya.
10.4 Guru relief perlu membuat catatan pada ruangan buku kawalan kelas yang disediakan.
11. WAKTU AKHIR SEKOLAH
11.1 Sebelum sekolah tamat, guru yang mengajar waktu akhir mesti memastikan bilik
darjah bersih, kerusi diletakkan di atas meja, papan hitam dibersihkan, kipas angin
dipadamkan sebelum menutup tingkap dan pintu.
11.2 Guru seharusnya orang terakhir sekali meninggalkan kelas.
12. ALAT BANTU MENGAJAR (BBB)
12.1 Guru hendaklah bertanggungjawab ke atas segala alatan BBB dan buku rujukan guru
yang dibekalkan kepadanya.
12.2 Alatan-alatan berkenaan hendaklah diserahkan balik kepada pihak yang berkenaan
selepas menggunakannya.
13. KETIDAKHADIRAN MURID
Rujuk info Unit Hal Ehwal Murid
14. KEMASUKAN MURID BARU DAN BUKU PENDAFTARAN
14.1 Murid baharu tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam kelas tanpa kebenaran bertulis
daripada Guru Besar. Surat Kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan mesti dipulangkan ke pejabat sekolah untuk rujukan.
14.2 Guru Kelas mesti melengkapkan dengan cermat butir-butir murid baru di dalam Buku
Pendaftaran Murid.
15. MURID-MURID YANG BALIK SEMASA WAKTU SEKOLAH
15.1 Guru tidak boleh membenarkan murid-murid keluar atau dibawa keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/Guru Penolong Kanan.
15.2 Rekod murid-murid keluar masuk kawasan sekolah boleh didapati di pejabat sekolah.
15.3 Guru Kelas / Guru Ganti bertanggungjawab memaklumkan kepada Guru Besar /Guru
Penolong Kanan jika didapati ada murid yang balik tanpa kebenaran.
16. KUTIPAN WANG
16.1 Guru-guru TIDAK DIBENARKAN mengutip sebarang wang atau yuran daripada murid-
murid kecuali dengan kebenaran daripada Guru Besar. Sekiranya ada kutipan wang,
rekod kutipan mesti disimpan dengan teliti.
17. BAYARAN PERSEKOLAHAN DAN RESIT
17.1 Guru Kelas bertanggungjawab ke atas kutipan semua bayaran persekolahan daripada
murid-murid.
17.2 Resit-resit mesti diberikan kepada murid-murid secepat mungkin.
17.3 Guru-guru bertanggungjawab di atas kehilangan resit-resit atau kesalahan mengisi
nombor resit. (Guru boleh berhubung dengan kerani mengenai masalah ini).
17.4 Murid-murid yang tidak menjelaskan yuran mesti diberi notis peringatan.
17.5 Semua kutipan hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama
yuran itu dikutip.
18. BUKU-BUKU RAMPAIAN ATAU BUKU-BUKU TEKS
18.1 Semua guru hendaklah memastikan bahawa semua murid mempunyai semua buku
yang dikehendaki untuk kerja bertulis.
18.2 Murid-murid yang menghilangkan buku teks (SPBT) dikehendaki menggantikan
dengan buku yang sama.
18.3 Buku yang telah diganti hendaklah dihantar kepada Guru SPBT untuk dicop.
19. KERJA RUMAH
19.1 Kerja rumah untuk murid adalah penting dan mesti diberi setiap hari.
19.2 Semua guru hendaklah memandang berat terhadap murid yang selalu tidak membuat
kerja rumah.
20. PEMERIKSAAN BUKU-BUKU RAMPAIAN/KERTAS JAWAPAN
20.1 Semua buku rampaian hendaklah kemas dan bersih. Kerja-kerja hendaklah
bersistematik seperti ada ditulis hari, tarikh, dan tajuk pada tiap-tiap latihan dan nota
yang dicatat.
20.2 Semua kerja tulis murid hendaklah diperiksa dengan teliti oleh guru dan BUKAN oleh
murid.
20.3 Buku-buku rampaian murid-murid mesti diperiksa dengan segera (tidak melebihi 2
hari) setelah kerja dibuat oleh murid-murid.
20.4 Guru-guru tidak dibenarkan memeriksa buku rampaian, lembaran kerja atau kertas
jawapan peperiksaan murid-murid di dalam bilik darjah.
20.5 Semua guru hendaklah memastikan bahawa bilangan buku rampaian yang dikutip
adalah sama dengan bilangan murid yang hadir.
20.6 Buku rampaian hendaklah ditunjukkan kepada ibu bapa/penjaga sekurang-kurangnya
2 kali sepenggal untuk ditandatangani. Cop sekolah hendakah digunakan bagi tujuan
ini.
21. PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN
21.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu dilaksanakan sepanjang sesi PDPc.
21.2 Ujian dan peperiksaan akan dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan mengikut
takwim sekolah.
21.3 Semua guru hendaklah mematuhi SOP pentaksiran dan peperiksaan ( sebelum,
semasa dan selepas).
21.4 Semua tahap penguasaan, markah ujian dan peperiksaan yang ditaksir hendaklah
direkod dan diisi di dalam ruangan yang disediakan dalam Buku Rekod Guru.
21.5 Slip Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan SAPS akan dikeluarkan mengikut
tarikh yang ditetapkan serta perlu dimaklumkan kepada ibu bapa dan simpanan fail
peribadi murid.
22. BUKU KESIHATAN
22.1 Buku Kesihatan lengkap diisi oleh ibu bapa.
MUSTAHAK :
Butir-butir yang dikehendaki mesti diisi dengan lengkap dan cermat oleh Guru Kelas.
Guru Kelas mesti dapatkan perkara (22.5) dan (23.1 ) daripada murid yang berpindah
ke sekolah ini.
Perkara-perkara yang sama hendaklah diserahkan kepada murid yang
berpindah ke sekolah lain.
Untuk mengelakkan sebarang kesulitan kelak, dapatkan surat akuan
terima daripada penerima perkara-perkara berkenaan.
23. SIJIL BERHENTI SEKOLAH
23.1 Guru Kelas mesti sediakan Sijil Berhenti Sekolah untuk seseorang murid yang ingin
bertukar atau berhenti sekolah selepas mendapat kebenaran daripada Guru Besar.
23.2 Sijil berhenti sekolah juga perlu dikeluarkan untuk murid bukan warganegara pada
setiap hujung tahun.
23.3 Guru Kelas mesti memastikan bahawa murid-murid yang meninggalkan sekolah telah
menjelaskan semua bayaran serta memulangkan segala harta benda sekolah.
24. DISIPLIN MURID
24.1 Masalah disiplin murid adalah tanggungjawab semua guru. Semua guru adalah guru
disiplin. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bi.10/2001)
24.2 Murid-murid hendaklah dilatih supaya berjalan dengan senyap (tidak berlari) tatkala
keluar/masuk dan tidak meninggikan suara/menjerit ketika bercakap.
24.3 Guru-guru hendaklah sentiasa melatih murid-murid supaya memberi salam kepada
guru-guru, ibu bapa dan pelawat-pelawat sekolah.
24.4 Guru-guru harus mengamalkan serta menanamkan sifat-sifat bersopan santun dalam
kalangan murid-murid.
25. DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH
25.1 Guru hendaklah sentiasa mengawasi disiplin murid dalam darjah.
25.2 Murid hendaklah sentiasa memenuhi masa mereka dengan kerja-kerja yang
berfaedah supaya mereka tidak merasa bosan atau jemu.
25.3 Guru adalah bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam bilik darjah.
25.4 Murid-murid tidak dibenarkan :
26.4.1 bermain dalam kelas
26.4.2 meninggalkan kelas tanpa sebab
26.4.3 bercakap dengan suara yang kuat
26.4.4 membuat bising dan berbual-bual semasa membuat kerja
26. HUKUMAN JASMANI
26.1 Rujuk info Unit Hal Ehwal Murid
27. KESELAMATAN MURID
27.1 Apabila sesuatu kemalangan atau kecemasan berlaku dalam kawasan sekolah, guru-
guru bertugas atau guru yang berhampiran dengannya hendaklah melaporkan perkara
tersebut kepada Guru Besar / GPK.
27.2 Kes-kes serius hendaklah dirujuk kepada klinik/hospital kerajaan atau swasta dengan
segera.
27.3 Ibu bapa / penjaga murid yang berkenaan hendaklah dimaklumkan secepat mungkin
bagi tujuan perlu rujuk hospital atau tidak.
27.4 Adalah satu langkah bijak jika guru seringkali menasihatkan murid tentang langkah-
langkah menjaga keselamatan diri, peraturan-peraturan jalanraya dsbnya.
27.5 Murid-murid hendaklah diingatkan tentang bahayanya menerima hadiah atau
tawaran menumpang kereta daripada orang yang tidak dikenali.
27.6 Pelawat-pelawat/ ibu bapa/ penjaga TIDAK DIBENARKAN berjumpa dengan guru/
murid tanpa kebenaran Guru Besar/GPK.
28. RAWATAN PERUBATAN/PERGIGIAN
28.1 Guru Kelas boleh mengisi borang untuk perkara tersebut di atas sebelum
menghantarnya untuk ditandatangani oleh Guru Besar/GPK.
28.2 Sekiranya murid terpaksa keluar pada waktu persekolahan, mereka perlu mengisi
borang dan buku keluar di pejabat terlebih dahulu.
29. KEBERSIHAN BILIK KELAS / KAWASAN SEKOLAH
29.1 Guru Kelas bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan bilik dan serambi
yang berdekatan.
29.2 Guru Kelas hendaklah menyediakan jadual bertugas untuk murid-murid serta
mempastikan tugasan yang diberi dijalankan dengan sempurna.
29.3 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid cara-cara betul menggunakan tong
sampah, sinki, tandas, dan bilik air. Tegaskan kepentingan kebersihan.
29.4 Selepas pelajaran Pendidikan Seni Visual murid-murid hendaklah membersihkan
berus dan alat-alat lain.
29.5 Murid-murid dilarang menggunakan “liquid paper” dan makan gula-gula getah
(chewing gum) di sekolah.
30. PERALATAN BILIK DARJAH / SEKOLAH
30.1 Setiap kelas mesti ada rekod inventorinya.
30.2 Guru Kelas bertanggungjawab menjaga alat-alat (termasuk perabot) dalam bilik
darjahnya. Alat-alat yang telah rosak / pecah mesti dilaporkan kepada guru
selenggaraan.
30.3 Guru kelas juga perlu memastikan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:
i. Visi dan Misi
ii. Jadual Waktu
iii. Jadual Bertugas
iv. Senarai Nama Murid
v. Pelan Lantai Kelas (Kedudukan Murid)
31. MEMESAN / MEMBELI BARANG / ALAT-ALAT UNTUK SEKOLAH
31.1 Guru mesti dapatkan kebenaran Guru Besar sebelum memesan / membeli barang-
barang untuk sekolah.
31.2 Wakil firma / jurujual tidak boleh berurusan dengan guru tanpa kebenaran daripada
Guru Besar.
32. STOK
32.1 Barang-barang atau alat-alat yang dipesan oleh sekolah haruslah dihantar ke pejabat
sekolah untuk pemeriksaan Guru Besar terlebih dahulu.
32.2 Barang-barang atau alat-alat itu mestilah direkod dalam buku stok dengan segera.
32.3 Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
mempastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan
sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Guru Besar
/GPK.
33. KUNCI
33.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
33.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah mendapat
kebenaran dari Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut
sepenuhnya.
34. MESIN FOTOSTAT / MESIN RISOGRAF
34.1 Guru-guru tidak dibenarkan mengendalikan mesin fotostat/risograf tanpa kebenaran.
Ia hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sahaja. Urusan reso dan fotostat perlu
dilakukan 3 hari lebih awal daripada tarikh penggunaan.
35. TELEFON SEKOLAH / PANGGILAN TELEFON
35.1 Telefon sekolah boleh digunakan hanyan untuk urusan rasmi.
35.2 Bayaran ini hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir dan dicatatkan dalam
buku rekod panggilan telefon.
35.3 Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa di dalam bilik darjah.
35.4 Pejabat akan mengambil pesanan dari semua panggilan telefon dalam waktu
pengajaran.
35.5 Semua guru dibenarkan datang ke pejabat menjawab panggilan telefon jika ada hal
yang mustahak.
36. BILIK GURU
36.1 Guru hendaklah bekerjasama untuk menjaga kebersihan bilik guru.
36.2 Bilik Guru hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Kebersihan adalah tanggung jawab
bersama
36.3 Orang luar sama ada guru atau bukan guru tidak dibenarkan masuk ke bilik guru untuk
urusan peribadi kecuali dengan kebenaran Guru Besar.
36.4 Guru-guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di dalam bilik guru.
36.5 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai ‘non- teching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh
itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
36.6 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab mempastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.
37. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
37.1 Guru sewajar memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat
sesame guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan
dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
37.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang
lain.
37.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud
di sekolah.
38. KEBENARAN UNTUK KELUAR NEGERI / NEGARA
38.1 Guru-guru yang ingin ke luar negara mesti memohon kebenaran daripada Pengarah
Pendidikan sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum bertolak.
39. MENGAMBIL PEPERIKSAAN
39.1 Guru yang ingin mengambil peperiksaan awam mesti memaklumkan kepada Guru
Besar bersama surat kebenaran.
40. KEGIATAN POLITIK DAN PENERBITAN
40.1 Guru-guru tidak dibenarkan terlibat dalam perkara-perkara tersebut tanpa kebenaran
daripada Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan.
41. SURAT MENYURAT
41.1 Semua surat menyurat rasmi, permohonan-permohonan untuk berkursus dan
sebagainya yang ditujukan kepada sebarang agensi Kerajaan / badan –badan luar /
orang perseorangan mesti dibuat melalui Guru Besar.
42. GERAK KERJA LUAR
42.1 Guru pengiring atau penolongnya mesti hadir semasa kegiatan dijalankan di sekolah
atau di tempat lain.
42.2 Semua kegiatan mesti diawasi oleh guru dan mendapat kebenaran ibu bapa terlebih
dahulu.
42.3 Butir-butir aktiviti mesti dicatatkan dalam buku / fail kelab / persatuan / permainan /
rumah.
42.4 Semua gerakerja luar atau aktiviti-aktiviti kokurikulum mesti dijalankan di luar waktu
sekolah.
42.5 Guru Besar mesti dimaklumkan mengenai segala gerak kerja luar yang melibatkan
guru-guru / murid-murid.
43. PENGAJARAN TAMBAHAN
43.1 Guru-guru yang ingin menjalankan pengajaran tambahan seperti pengajaran
persendirian, kelas pelajaran lanjutan , Kelas Nadi atau bahasa ibunda, perlu dapat
kebenaran Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan melalui Guru Besar.
44. JUALAN
44.1 Guru-guru dilarang menjalankan apa-apa penjualan di dalam kawasan sekolah.
45. PAKAIAN
(Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 6 /1985)
45.1 Semua guru hendaklah memakai pakaian kemas dan formal. Pakaian yang
mendedahkan aurat, singkat dan mencolok mata adalah dilarang sama sekali.
45.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher pada tiap-tiap hari Isnin (wajib untuk
perhimpunan) dan bila berurusan dengan Kementerian Pelajaran atau jabatn-jabatan
di bawah naungannya. Jika memakai kemeja lengan panjang jangan digulung/ dilipat
lengannya.
45.3 Guru lelaki tidak dibenarkan memakai seluar jeans, ‘T-Shirt’, ‘Sport Shirt’, baju tidak
berkolar dan kasut kanvas / sukan semasa mengajar di kelas.
45.4 Bagi guru wanita yang memakai skirt dan blaus, pastikan skirt labuh hingga paras lutut
dan blaus lengan panjang.
45.5 Semua guru yang mengajar Pendidikan Jasmani mesti memakai pakaian khas sewaktu
mengajar Pendidikan Jasmani.
45.5.1 Guru perempuan - seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja
sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
45.5.2 Guru lelaki – seluar trek atau seluar panjang sesuai. Kemeja T, kemeja
sukan,baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah.
45.6 Pamakaian tanda nama / ‘name tag’ adalah wajib.
45.7 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat staf adalah pakaian formal.
45.8 Pemakaian baju batik adalah pada hari Khamis. Baju Melayu lengkap
bersongkok dan samping dipakai pada hari Jumaat.
45.9 Guru tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah walaupun pada hari Sabtu,
lebih-lebih lagi untuk kelas tambahan, mesyuarat PIBG atau majlis rasmi
sekolah.
46. PERHIMPUNAN HARIAN
46.1 Sebaik sahaja loceng dibunyikan pada pukul 7.40 pagi atau 1.15 petang guru masa
pertama dan murid boleh beredar ke kelas masing-masing. Guru bertugas perlu
memberi 5 minit info tentang nilai-nilai yang telah ditetapkan dalam takwim 5 minit
sebelum loceng berbunyi.
SEMUA GURU masa pertama perlu berada di dewan dan mengiringi murid naik ke
kelas.
47. PERHIMPUNAN MINGGUAN
47.1 Diadakan pada setiap hari Isnin dan bertempat di tapak perhimpunan tepat pada
pukul 7.40 pagi.
47.2 Perhimpunan Mingguan adalah satu majlis rasmi peringkat sekolah dan semua guru
dikehendaki berada di tapak perhimpunan serta mematuhi peraturan perhimpunan
tersebut.
47.3 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
47.4 Guru bersama-sama pelajar menyanyikan lagu “Negaraku” dan Lagu Sekolah.
47.5 Semasa perhimpunan guru tidak dibenarkan berbual-bual tetapi mendengar ucapan
Guru Besar / Guru Bertugas.
48. MESYUARAT GURU
48.1 Dari semasa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan
semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.
48.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua Panitia.
48.3 Ketidakhadiran hanya dengan kebenaran Guru Besar atas sebab-sebab tertentu.
49. KEAHLIAN KELAB GURU/ PIBG
49.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
49.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.
50. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
50.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
51. GURU BERTUGAS
51.1 Guru bertugas hendaklah bertugas mengikut giliran yang ditetapkan manakala ucapan
guru bertugas perlu mengikut giliran.
51.2 Guru bertugas bertanggung jawab mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar
pada setiap hari.
51.3 Guru bertugas serta semua guru hendaklah mengawasi disiplin murid semasa
perhimpunan harian dan mingguan supaya murid berdisiplin.
51.4 Guru bertugas dikehendaki membuat laporan dalam buku laporan bertugas termasuk
mencatat setiap maklumat yang disampaikan oleh Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan.
51.5 Guru Bertugas adalah bertanggungjawab terhadap :
51.5.1 Menjaga disiplin murid di kawasan sekolah dan kantin sekolah.
51.5.2 Mengawasi kebersihan sekolah, bilik guru, bilik darjah, tandas dan kantin
sekolah.
51.5.3 Mengambil tindakan terhadap kes kemalangan dan melaporkan kepada Guru
Besar /GPK.
51.5.4 Membantu pengawal lalu lintas sewaktu murid balik sekolah.
52. GURU PENGAWAS PERMAINAN
Rujuk info Unit Kokurikulum
53. PERBUATAN YANG DILARANG
53.1 Guru tidak dibenarkan menghisap rokok di dalam kawasan sekolah terutamanya di
dalam kelas, di kantin dan di bilik guru.
53.2 Guru tidak dibenarkan duduk di atas meja guru atau meja murid semasa mengajar.
53.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas semasa dalam waktu pengajarannya kecuali
dengan sebab-sebab tertentu ( maklumkan kepada guru kelas sebelah sekiranya
perkara tersebut berlaku).
54. PENGISYTIHARAN HARTA
54.1 Pegisytiharan Harta oleh semua Pegawai Kerajaan hendaklah dilakukan 5
tahun sekali dan sekiranya ada penambahan harta, perlu diisytiharkan dalam tempoh
3 bulan dari tarih harta tersebut diperoleh
54.2 Pengisytiharan Harta hendaklah dibuat melalui sistem HRMIS.
54.3 “Pegawai” ertinya pegawai, suami atau isterinya, anak-anak dan anggota keluarga di
bawah tanggungannya.
54.4 Takrif harta (Pekeliling Perkhidmatan 2/1984, Perintah Am 8, Perintah-perintah Am
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) ( Bab D) 1980 dan Warta Kerajaan Malaysia
P.U. (B) (647) bertarikh 5 November 1981:
55.4.1 Tanah (termasuk tanah lessen pendudukan sementara)
55.4.2 Rumah atau rumah pangsa
55.4.3 Bangunan (rumah kedai, ruang kedai, ruang pejabat, atau warong)
55.4.4 Syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain.
55.4.5 Apa jua lessen tred, perniagaan atau perdagangan.
55.4.6 Lain-lain harta alih (termasuk barang kemas) yang nilai perolehan tiap-tiap
satunya melebihi 6 bulan gaji atau lima ringgit yang mana lebih rendah.
55.4.7 Wang tunai (lain-lain sumber selain daripada kerajaan)
55.4.8 Kenderaan bermotor tanpa pinjaman kerajaan (jika harga kenderaan itu
melebih 6 bulan gaji pada masa pembelian dibuat.
55.5 Kegagalan untuk mengisytiharkan harta adalah dianggap tidak jujur dan tidak
bertanggungjawab serta boleh diambil tindakan tatatertib sehingga dibuang kerja
atau ditamatkan perkhidmatan jika dalam tempoh percubaan.
56. PERINTAH AM
Semua guru tertakluk kepada perintah-perintah Am Kerajaan :
i. Perintah Am Bab D : Kelakuan dan Tatatertib
ii. Perintah Am Bab C : Cuti
57. TATASUSILA GURU
Semua guru hendaklah mematuhi Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan
menyedari tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, Negara dan rakan
sejawat. (Rujuk Buku Rekod Guru)
SASARAN PENCAPAIAN BIDANG AKADEMIK 2021
BIL PERKARA TOV 2020 SASARAN 2021
1. Jawatankuasa PPSR Meningkatkan peratus lulus kepada
% lulus keseluruhan : 71.30% 80%
Kurikulum
Sekolah
2. Panitia Mata Pengurusan Panitia yang Meningkatkan pengurusan panitia
Pelajaran berkualiti dan sistematik supaya lebih berkualiti dan
Peratus lulus Ujian Sumatif bagi sistematik.
semua subjek peperiksaan Meningkatkan peratus lulus semua
menurun. mata pelajaran.
Semua aktiviti dan mesyuarat Semua aktiviti dan mesyuarat
dilaksanakan mengikut dijalankan mengikut perancangan
perancangan. yang ditetapkan.
3. Pusat Sumber 70% murid menggunakan PSS dan Meningkatkan bilangan murid yang
Sekolah meminjam buku. menggunakan PSS dan meminjam
buku kepada 80%.
60% buku telah diautomasi. Meningkatkan pengautomasian
kepada 80%.
4. Jadual waktu Perancangan dan pelaksanaan Pengendalian PSS lebih terancang
program PSS perlu dan sistematik.
dipertingkatkan lagi. Siap sebelum sekolah dibuka.
Siap sebelum sekolah dibuka. Jadual waktu relief disediakan dan
Jadual waktu relief disediakan dilaksanakan mengikut SPSK PK02
dan dilaksanakan mengikut pengurusan Jadual waktu.
keperluan.
Jadual bilik-bilik khas disediakan. Jadual bilik-bilik khas disediakan.
7. E Operasi Mengemaskini data dan Mengemaskini data dan maklumat
Emis/SMS maklumat guru dan staf setiap guru dan staf mengikut tarikh yang
bulan dan mengikut keperluan ditetapkan.
8. Aset Alih dan Aset alih telah direkodkan, Meningkatkan pengurusan kepada
Penyelenggaraa ditempatkan dan dipasang yang lebih baik dan bersistematik
n sekolah mengikut keperluan. serta berkualiti.
Kursus dalaman yang dihadiri guru
9. Latihan dalam Bilangan Kursus Dalaman Staf dan staf memberi faedah dan
perkhidmatan mencukupi 7 hari. mencukupi atau lebih 7 hari.