Pengenalan kepada Pelaburan Emas
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas minat
anda untuk mendalami ilmu emas.
Laporan ini di tulis dengan satu niat iaitu
membantu anda memahami cara-cara membuat
pelaburan emas dengan betul, tepat dan selamat.
Untuk mendapatkan ilmu emas kita perlu banyak membaca buku-buku rujukan
yang dibeli dari dalam Malaysia mahupun luar negara.Boleh juga rujuk kepada
pakar-pakar yang ada di Malaysia seperti Tuan Syukor Hashim,mahaguru Emas
Malaysia.
Saya dapati amat penting untuk kita mempelajari ilmu dari orang yang pakar di
dalam bidang berkenaan. Ini kerana jika tersalah langkah, anda mungkin
mempelajari ilmu emas ini dari agen-agen skim cepat kaya yang bertopengkan
emas. Mereka ini akan mengajar ilmu emas yang jauh terpesong.
Apatah lagi jika keuntungan segera, sentimen keagamaan dan bangsa dijadikan
daya penarik. Akhirnya, anda boleh rugi besar kerana menjadi mangsa penipuan.
Saya doakan anda mendapat manfaat daripada laporan ini.
Kuasailah ilmu emas. Ilmu kekayaan sebenar.
Cik Amaa
Whatsapp/SMS/tel: 017-3595218
1
Selamat datang ke dunia pelaburan emas!
Laporan ini ditulis untuk menerangkan kepada anda cara-cara membuat pelaburan
emas fizikal dengan betul, tepat dan selamat.
Jika anda masih baru di dalam dunia pelaburan emas, laporan ini dijamin 100%
akan membantu anda menguasai ilmu pelaburan emas fizikal.
Anda akan mendapat maklumat tentang kaedah membuat pelaburan emas fizikal
yang betul, tepat dan selamat.
Baik, mari kita mulakan.
Mula-mula sekali, anda mesti nak tahu:
Apa maksud Pelaburan Emas?
Definisi pelaburan emas adalah:
(1)Anda membeli emas fizikal atau (2) sebarang produk-produk kewangan
berasaskan emas (3) bagi tujuan mendapatkan keuntungan.
Terdapat banyak kaedah pelaburan emas di Malaysia, namun pelaburan emas
secara fizikal adalah kaedah pelaburan yang paling mudah, selamat dan patuh
syariah.
Kenapa anda perlu menyimpan emas?
Kenapa anda perlu menyimpan emas? Di manakah keuntungan menyimpan emas?
Ada 2 sebab yang paling asas kenapa anda perlu menyimpan emas iaitu:
1. Duit senang habis
2. Emas penyimpan nilai yang sangat baik di dalam jangka masa panjang
Duit senang habis.
Tabiat menyimpan duit adalah satu tabiat yang sangat baik. Ini kerana duit yang
anda simpan boleh digunakan bagi tujuan kecemasan, menunaikan umrah @ haji
atau pun bagi tujuan pelaburan seperti membeli hartanah atau modal perniagaan.
Walaupun anda tahu menyimpan duit itu bagus, namun tahukah anda, tabiat
menyimpan duit sukar untuk dipraktikkan?
Buktinya, anda boleh melihat petikan daripada Laporan Pembangunan Manusia
Malaysia 2013.
2
Laporan ini mendedahkan kepada kita 2 maklumat yang merunsingkan.
1. Lebih daripada separuh atau 53% daripada isi rumah di Malaysia tidak
mempunyai aset kewangan (muka surat 49).
2. Memetik angka Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS), laporan itu juga
menyatakan hampir 90% isi rumah luar bandar dan 86% isi rumah dalam
bandar, masing-masing, tidak mempunyai simpanan (mukasurat 49)
Anda boleh membaca laporan mengenainya disini:
http://hdr.undp.org/en/content/malaysia-human-development-report-2013
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tanpa-simpanan-majoriti-rakyat-malaysia-bakal-
hadapi-kesulitan-ketika-kecem
Baik, sekarang saya nak tanya anda satu soalan.
Sila jawab dengan ikhlas
Soalan: “Duit senang nak simpan atau senang nak
dihabiskan?”
Sebagai seorang pendidik emas, saya akan tanya soalan di atas kepada
kenalan-kenalan saya
Saya akan buka beg duit, tarik keluar beberapa keping duit RM50 atau RM100,
tunjukkan kepada mereka dan tanya mereka soalan “awak-awak sekalian,
duit kertas ini senang tak kalau nak dihabiskan?”
Jawapan yang diterima daripada semua orang hampir sama.
Jawapan mereka “Duit senang habis. Cepat pulak tu”
3
Gambar: Duit RM300 nie kejap ajer habis…
Oleh kerana duit senang nak dihabiskan, maka sukar bagi anda untuk membina
kekayaan dengan simpanan duit.
Kenapa? Sebab mindset manusia terhadap duit biasanya ada 2 sahaja.
Pertama bayar hutang dan kedua belanja.
Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini?
Jika anda hendak membina simpanan yang banyak, cuba gunakan teknik tukar duit
simpanan menjadi emas.
Saya ada simpan 1 gram emas di dalam beg duit. Kemudian saya cabut keluar
emas 1 gram tu dan tanya kenalan saya.
Gambar: Jongkong emas 1 gram.
Soalan saya: “Macam mana nak belanja 1 gram emas?”
4
Orang susah nak jawab soalan ini. Sebab orang tak ada pengalaman belanja emas.
Dalam otak kebanyakan orang, emas kena simpan.
Kajian kes: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Pengalaman oleh guru emas saya,Tuan Syukor Hashim.
Saya pernah berjumpa seorang hamba
Allah yang hobinya ialah mengumpul
syiling 1 dinar emas.
Setiap kali beliau ada duit, maka beliau
akan menukarkannya kepada syiling 1
dinar emas.
Beliau kumpul 1 dinar emas sedikit
demi sedikit sehinggakan jumlah 1
dinar beliau mencecah 100 keping.
Fuh! Banyak tu…
Kemudian beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut pada harga RM585
sekeping, ketika harga emas tertinggi sewaktu itu.
Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500
Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar. Beliau hanya fokus
kepada emas paling kecil sahaja. “Seronok dan senang” katanya.
Namun bak kata pepatah “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.
Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti emas anda akan
semakin banyak. It keep growing and growing…
Terdapat 2 pengajaran di dalam cerita ini:
1. Simpanan emas melibatkan simpanan jangka masa panjang. Baru anda boleh lihat
hasilnya. Seeloknya anda simpan emas untuk 5 tahun ke atas.
2. Anda perlu konsisten menyimpan emas.
Tabiat membeli emas secara konsisten amatlah baik.
5
TIPS!
Mengikut pengalaman saya, duit memang susah nak simpan,
terutamanya jika simpanan itu memerlukan komitmen untuk
satu jangkamasa yang sangat panjang.
Anda memerlukan disiplin yang tinggi serta hati yang cekal.
Biasanya hati manusia ini, suka kepada keseronokan yang
cepat dan segera.
Sebab itu kita mempunyai keinginan yang spontan membelanjakan duit sebaik
sahaja menerimanya. Psssttt… tengok ajer duit bonus anda.
Bagi kita, itu adalah normal.
Sebenarnya sikap seronok belanja itu sangat tidak bagus dan merugikan kita dalam
jangka masa panjang.
Sebab itulah, saya cadangkan anda untuk cepat-cepat “membekukan duit” ke
dalam bentuk emas.
Ia adalah salah satu langkah terbaik bagi mengelakkan diri dari terguna, terpakai,
terbelanja, terbeli, termelabur dalam benda-benda mengarut dan macam-macam
ter… lagi….
Kesemua ter.. diatas boleh menyebabkan duit anda hangus.
Betul tak?
6
Emas penyimpan nilai yang sangat baik di dalam jangka
masa panjang.
Satu fakta menarik tentang emas ialah keupayannya mengekalkan kuasa belinya di
dalam jangka masa panjang.
Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulu
tetap boleh dibeli dengan berat emas yang
sama pada hari ini.
Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The
Golden Constant – The English and
American Experience 1560-2007” oleh
Prof. Roy W. Jastram dari Sekolah
Pengurusan Perniagaan University of
California.
Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba
menjawab satu persoalan:
“Adakah nilai duit pada masa lampau
adalah lebih tinggi berbanding
sekarang?”
Di dalam kes ini, duit yang dimaksudkan
adalah emas.
Kajian ini adalah berdasarkan data daripada
tahun 1560 – 2007. Prof. Jastram telah
mengumpulkan data indeks harga barangan
di England dan Amerika serta harga emas semasa.
Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram
telah membuat rumusan berikut:
“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir
sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″
Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda
menyimpan emas.
Kuasa membeli emas adalah sangat stabil.
Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus
tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.
7
Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.
Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1 dinar emas 1400 tahun yang
lalu berbanding hari ini.
Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1
dinar emas (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25gram)
Ini dapat dilihat di dalam hadis Nabi.
Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual.
Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada
lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan
melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu
dinar.
Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki
menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan
harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan
satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda
apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Sekarang ini, tahun 2016. Satu dinar masih boleh membeli seekor kambing!
Inflasi untuk emas adalah 0%
Gambar: Harga kambing ini adalah 1 dinar emas.
8
Prestasi kenaikan harga emas tahun 2001 – 2016
Jadual di bawah menunjukkan purata kenaikan harga emas untuk jangkamasa 16
tahun di dalam 9 matawang utama dunia.
Sebagai contoh, kenaikan harga emas di dalam USD daripada tahun 2001 sehingga
2016 adalah 421%
Saya harap anda dapat melihat potensi pelaburan emas di dalam jangka masa
panjang.
Ia menguntungkan anda.
Gambar: prestasi harga emas dari tahun 2001 - 2016
9
Baiklah, sekarang anda telah mengetahui:
1. Definisi pelaburan emas dan
2. Sebab kenapa anda ingin menyimpan emas.
Seterusnya, mari kita lihat cara termudah membuat pelaburan emas iaitu membeli
emas fizikal.
Pelaburan emas fizikal.
Pelaburan emas fizikal bermaksud anda membeli emas di dalam bentuk fizikal. Anda
boleh pegang emas tersebut dan simpan sendiri.
Emas fizikal terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1. Jongkong emas,
2. syiling emas dan
3. barang kemas
Gambar: Jongkong Emas Gambar: Syiling Emas
Gambar: Barang Kemas
10
Memilih emas fizikal terbaik.
Untuk pelaburan emas fizikal, pilih jongkong emas, syiling emas atau dinar emas.
Ini kerana jongkong emas, syiling emas dan dinar emas dibuat khas untuk tujuan
simpanan dan pelaburan.
Ia mempunyai ciri-ciri khas seperti berikut:
1. Mempunyai bentuk dan berat yang standard.
2. Mempunyai kualiti emas yang tinggi (995.0 - 999.9)
3. Dijual mengikut harga pasaran emas semasa.
4. Mempunyai premium yang rendah
5. Mempunyai susutnilai rendah
Saya akan huraikan ciri-ciri ini satu-persatu.
Bentuk dan berat yang standard.
Jongkong emas mempunyai bentuk segi empat manakala syiling dan dinar emas
berbentuk bulat.
Dari segi pembungkusan, terdapat 2 bentuk pembungkusan yang biasa digunakan
iaitu plastik laminate atau loose packaging
(plastik laminate bermaksud emas tersebut dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka) manakala
loose bermaksud plastik emas boleh dibuka)
Gambar: Jongkong emas dalam plastik laminate dan loose
11
Dinar Emas.
Di Malaysia, salah satu bentuk pelaburan emas fizikal yang terkenal ialah Dinar
Emas.
Dinar emas adalah syiling emas yang digunakan oleh tamadun Islam. Beratnya ialah
4.25 gram.
Dari segi ketulenan, terdapat 2 versi dinar yang boleh dibeli iaitu 24k (999.9) dan 22
karat (916).
2 jenis dinar emas yang popular di Malaysia adalah Dinar Emas Kelantan dan Public
Gold LBMA Dinar.
Dinar Emas Kelantan boleh di dapati di dalam bentuk ½ Dinar, 1 Dinar, 2 Dinar, 5
Dinar dan 8 Dinar. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan harga semasa, sila
kunjungi laman web http://kgt.com.my/
Gambar: Dinar Emas Kelantan.
Dinar Emas LBMA keluaran Public Gold.
Public Gold ada menjual dinar emas LBMA di dalam bentuk ½ Dinar, 1 Dinar, 5
Dinar dan 10 Dinar (lihat gambar)
Untuk maklumat mengenai produk dan harga semasa, sila kunjungi laman web
http://publicgold.com.my/v1/
Gambar: Dinar Emas LBMA keluaran Public Gold.
12
Sistem berat emas di Malaysia (Gram dan Troy Ounce).
Di malaysia, sistem berat emas yang digunakan adalah gram dan Troy Ounce (Oz).
Di dalam sistem gram, biasanya jongkong emas yang dijual adalah 0.5 gram, 1
gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1kg.
Di dalam sistem Troy Oz (1 Troy Ounce @ Oz = 31.10 gram), biasanya jongkong
emas @ syiling emas yang dijual dengan berat ¼ Oz, ½ Oz, 1 Oz, 5 Oz dan 10 Oz.
Lihat contoh dibawah:
Gambar: Syiling Canadian Gold Maple 1 Oz
Gambar: Syiling Canadian Gold Maple ¼ Oz dan 1 gram.
Gambar: Contoh jongkong emas di dalam 1 Troy Oz.
13
Kualiti emas yang tinggi.
Emas pelaburan mempunyai kualiti 24k (995.0 – 999.9). Maklumat ketulenan emas
ini akan diletakkan di dalam sijil ketulenan emas (Gold certificate).
Kalau jongkong emas itu adalah berbentuk laminated. Maka sijil ketulenan emas
akan dicetak di belakang emas tersebut.
4 maklumat asas yang perlu ada di dalam sijil ketulenan adalah:
1. Berat emas
2. Ketulenan emas
3. Nombor siri jongkong emas
4. Tandatangan Certified Assayer (orang yang menguji ketulenan emas)
Gambar: Contoh gold certificate yang mengandungi butiran-butiran emas.
Nota penulis: Ada pengeluar jongkong emas, biasanya keluaran tempatan yang tidak meletakkan
kesemua 4 maklumat ini pada jongkong emas mereka. Kadang-kadang sekadar meletakkan berat
dan ketulenan emas sahaja.
Apa sebabnya? Biasanya sebab utama adalah untuk mengurangkan kos. Contohnya, certified
assayer adalah pihak ketiga yang dibayar bagi menguji ketulenan emas. Begitu juga dengan cetakan
nombor sijil pada jongkong emas. Ia akan melibatkan penambahan kos pengeluaran. Jadi pengeluar
tempatan tidak mahu meletakkan maklumat ini.
Namun, sebagai pelabur bijak, anda perlu pastikan emas yang anda beli mempunyai sijil ketulenan
dengan maklumat yang lengkap.
14
Dijual mengikut harga pasaran emas semasa.
Untuk pengetahuan anda, jongkong emas dan syiling emas biasanya dijual mengikut
pergerakan harga emas semasa dunia.
Harga emas semasa dunia juga dipanggil harga spot gold. Harga spot gold akan
menjadi harga rujukan bagi kebanyakan penjual emas.
Namun hampir semua penjual emas menjual emas mereka pada harga yang lebih
tinggi dari harga spot gold. Ini kerana mereka akan menambah kos-kos yang mereka
tanggung seperti percetakan, penghantaran, insuran, simpanan dan lain-lain kos ke
atas emas fizikal yang mereka jual.
Perbezaan diantara harga penjual dan harga spot gold dipanggil premium over spot
price. Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu memilih emas yang dijual
pada harga yang hampir dengan harga spot gold.
Bagaimana melihat harga spot gold?
1. Anda pergi ke www.goldprice.org
2. Tengok jadual harga di penjuru paling kiri.
3. Ubah maklumat di dalam jadual harga tersebut kepada RM/gram
(sila lihat gambar dibawah)
Dalam kes ini, anda dapati harga spot gold adalah RM152.15 /gram
Daripada harga ini, anda boleh membandingkannya dengan harga jualan emas oleh
semua penjual emas.
15
Contoh pengiraan 1: (untuk jongkong emas Public Gold 10 gram)
Lihat jadual harga di atas. Ketika harga spot gold = RM152.15 /g, harga jualan
jongkong emas 10 gram Public Gold adalah RM167.20 /g)
Harga ini adalah RM15.05 / g lebih tinggi dari harga spot gold (167.20 – RM152.15)
Perbezaan diantara harga spot gold dan harga jualan emas pengeluar dipanggil
premium over spot price.
Kita juga boleh mengira premium over spot di dalam bentuk %.
Formula premium over spot price dalam % adalah seperti berikut:
(Harga jualan RM/g) – (harga spot gold RM /g)
Harga spot gold RM /g x 100
Panduan umum.
Jika premium over spot < 5% = sangat berbaloi beli
Jika premium over spot < 10% = berbaloi
Jika premium over spot > 10% = tak berbaloi beli
Pengiraan 1: (Premium over spot untuk jongkong emas Public Gold 10 gram)
> Harga 10 gram jongkong emas Public Gold = RM1672.00
> harga segram = RM167.20
> Harga spot gold sekarang = RM152.15 /g
( (RM167.20 – RM152.15) / RM152.15 ) x 100
= 9.89% above spot <= berbaloi
16
Pengiraan 2: ( premium over spot untuk jongkong emas Public Gold 100 gram)
> Harga 100 gram jongkong emas Public Gold = RM16,525.00
> Harga segram = RM165.25
> Harga spot gold sekarang = RM152.15 /g
( (RM165.25 – RM152.15) / RM152.15) x 100
= 8.61% above spot <= berbaloi
Kalkulator premium over spot price.
Anda nak tahu cara mudah mengira premium over spot price?
Anda boleh muat turun kalkulator gold premium over spot price dan gold spread
melalui link ini (klik => http://bit.ly/gold_calculator . Ianya PERCUMA
Kemudian anda hanya perlu memasukkan informasi yang diperlukan.
Pesanan:
1. Anda perlu mempunyai perisian Microsoft excel untuk menjalankan program ini.
2. Gold calculator ini juga mempunyai fungsi mengira susutnilai @ spread.
17
Spread @ susutnilai emas.
Spread @ susutnilai bermaksud perbezaan diantara harga belian dan jualan emas.
Ia boleh dikira melalui 2 cara iaitu:
1. Susutnilai di dalam Ringgit Malaysia.
2. Susutnilai di dalam bentuk % (peratus)
Formula pengiraan susutnilai.
1. Formula susutnilai di dalam RM = Harga jualan – Harga belian.
2. Formula susutnilai di dalam % = Harga jualan – Harga belian x 100
Harga jualan
Contoh pengiraan.
Lihat jadual harga jualan dan harga belian semula emas Public Gold dibawah:
Berat PG Sell PG Buy Susutnilai (%)
10 g 8.0%
20 g 1,679 1,544 7%
50 g 6.5%
100 g 3,350 3,115 6.0%
250 g 5%
8,336 7,794
16,594 15,599
40,964 38,916
Anda dapati, semakin berat emas tersebut maka semakin kecil susutnilainya. Jadi,
jika anda membeli emas yang lebih besar, ia lebih menguntungkan.
18
Faktor-faktor lain yang perlu diambil kira sebelum membeli emas.
Sebelum anda membeli emas fizikal, anda perlu mempertimbangkan 7 faktor di
bawah:
1. Spread @ susutnilai emas
2. Harga premium over spot price
3. Kesediaan stok
4. Beli emas bebas GST
5. Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?
6. Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik atau berlaku
kecacatan padanya?
7. Reputasi penjual emas.
Maklumat tentang spread @ susutnilai dan harga premium over spot price telah
saya huraikan.
Sekarang saya akan huraikan 5 faktor yang berikutnya:
i. Kesediaan stok.
Maksud kesediaan stok adalah:
Anda boleh membeli emas yang anda inginkan mengikut harga semasa dan
penjual mempunyai stok.
Masalah kesediaan stok seringkali berlaku apabila anda ingin membeli emas fizikal
di bank. Contohnya Syiling Kijang Emas dan UOB bank.
Saya pernah beberapa kali kecewa kerana tidak dapat membeli emas fizikal di bank
kerana ketiadaan stok. Harga emas yang mereka paparkan sekadar menjadi
perhiasan sahaja kerana emas tidak ada.
Bila saya nak booking emas, penjual cakap tak boleh booking, kena tunggu ada stok
baru boleh beli. Aduh!
Kalau tak dapat emas serta merta, sekurang-kurangnya biarlah penjual emas
membenarkan anda booking emas tersebut dahulu ikut harga semasa.
Bila stok emas dah sampai maka anda boleh pergi ambil.
19
ii. Beli emas bebas GST
Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan GST mulai April
2015. GST telah memberi impak yang besar terhadap industri emas.
Ini kerana emas juga tertakluk kepada GST 6%.
Namun begitu, kita bernasib baik kerana kerajaan telah mewartakan beberapa
jenis emas sebagai ‘Investment Precious Metals’ atau Logam Berharga
Pelaburan.
Emas yang tertakluk di dalam kategori investment precious metals ini dikecualikan
daripada bayaran GST.
Untuk memahami jenis-jenis emas yang termasuk di dalam kategori investment
precious metals, anda perlu download (klik sini) dan baca Warta Kerajaan
Persekutuan – Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan
Dikecualikan 2014) .
Namun, saya akan ringkaskan maklumat ini kepada anda.
Saya ambil isi-isi penting ajer…
Jongkong emas yang di kategorikan sebagai logam berharga pelaburan adalah
mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Jongkong emas berketulenan sekurang-kurangnya 99.5% dan dikeluarkan
oleh penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi
London Bullion Market Association (LBMA) dalam hal emas atau perak;
Gambar: Logo LBMA
2. Senarai penapis yang berada di dalam senarai “Good Delivery” bagi LBMA
boleh dilihat di sini http://www.lbma.org.uk/the-good-delivery-list
3. mana-mana syiling emas yang berikut yang atau telah sah diperlakukan di
negara asalnya, dan mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%:
(i) syiling America Buffalo;
(ii) syiling Australia Kangaroo Nugget;
(iii) syiling Australia Lunar;
20
(iv) syiling Austria Philharmoniker;
(v) syiling Canada Maple Leaf;
(vi) syiling China Panda;
(vii) syiling Malaysia Kijang Emas;
(viii) syiling Mexico Libertad;
(ix) syiling Singapore Lion;
(x) syiling United Kingdom Britannia;
Antara jenama emas berstatus LBMA yang boleh dijumpai di Malaysia adalah Public
Gold LBMA bar dan Public Gold LBMA Dinar, PAMP Suisse, Argor Heraeus, Perth
Mint dan Valcambi.
Dengan membeli emas berstatus LBMA, anda tidak perlu membayar GST.
Contoh, gambar di bawah menunjukkan jongkong emas Public Gold yang
mempunyai logo LBMA.
Gambar: Jongkong emas Public Gold mempunyai logo LBMA. Ia bebas GST.
21
Kajian kes: Jongkong emas yang dikenakan GST.
Di sini saya akan berikan contoh bagaimana GST boleh meningkatkan harga
jongkong emas.
Gambar: Public Gold BungaMas (kiri) dan Taifook (kanan)
Untuk pengetahuan anda, Public Gold ada menjual jongkong emas keluaran
tempatan yang dinamakan BungaMas dan Taifook (gambar atas).
Kedua-dua jongkong emas ini dikeluarkan di kilang emas Public Gold di Pulau
Pinang. Design ini lebih kepada koleksi.
Memandangkan kilang Public Gold tidak berstatus LBMA Good Delivery, maka
kedua-dua jenis jongkong emas ini tidak dikategorikan sebagai investment precious
metals.
Jadi, apabila anda membeli jongkong emas ini, maka anda kena bayar GST.
Berat Harga jualan GST 6% Jumlah bersih
10 gram 1,693 101.58 1794.58
20 gram 3,382 202.92 3584.92
50 gram 8,455 507.30 8962.30
100 gram 16,909 1014.54 17923.54
Daripada jadual di atas, anda boleh lihat bagaimana GST 6% boleh meningkatkan
kos pembelian emas anda.
Lihat sahaja GST untuk emas 100 gram. Kosnya GST sahaja mencecah RM1000++
Sungguh tak berbaloi!
Sebagai pembeli yang bijak, anda mesti membeli jongkong emas LBMA yang tiada
GST.
22
iii. Adakah emas tersebut boleh digadai di Ar-Rahnu?
Salah satu kelebihan emas fizikal adalah anda boleh menggadaikannya di institusi
Ar-rahnu (pajak gadai Islam) jika memerlukan tunai segera.
Ar-Rahnu menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang diberikan.
Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank seperti Bank Rakyat, Bank
Muamalat, Agrobank dan Bank Islam.
Selain itu terdapat juga institusi lain yang menjalankan perkhidmatan Ar-Rahnu
seperti Pos Malaysia, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi-koperasi
tertentu.
Sebelum membeli emas, cuba selidik samada emas tersebut boleh digadaikan di Ar-
rahnu. Ini membolehkan anda menggadaikan emas fizikal anda jika terdesak.
Ini kerana, ada sesetengah jenama tidak diterima oleh Ar-rahnu. Ada sesetengah
design tidak diterima oleh Ar-rahnu (jika ada gambar binatang atau orang) dan ada
sesetengah packaging yang tidak boleh dibuka dan tidak diterima oleh Ar-Rahnu.
Kajian kes.
Baik, di sini saya akan tunjukkan satu contoh. Jongkong emas Public Gold LBMA
atau PAMP suisse adalah di dalam bentuk plastic laminated. Ia tidak boleh dibuka.
Jika anda membawa jongkong emas ini ke Ar-rahnu Bank Rakyat, Ar-rahnu Bank
Muamalat, Ar-Rahnu Agrobank dan Ar-rahnu Affin Bank. Mereka tidak akan
menerimanya untuk tujuan gadaian. Ini kerana mengikut prosedur, mereka perlu
membuka seal tersebut untuk menguji emas.
Namun begitu, Ar-rahnu POS menerima gadaian emas Public Gold dan PAMP
Suisse TANPA PERLU MEMBUKA SARUNG.
Jadi, jika anda membeli jongkong emas Public Gold atau PAMP Suisse maka tempat
terbaik untuk menggadaikannya adalah di Ar-rahnu POS.
Jika anda ingin mengetahui maklumat mengenai Ar-rahnu pos, sila ke sini
http://www.pos.com.my/bm/pejabat-pos/pos-arrahnu/
23
iv. Adakah emas tersebut boleh dijual semula jika dibuka plastik
atau berlaku kecacatan padanya?
Sebelum membeli emas, tanya syarikat yang menjual emas tersebut samada
mereka memberi jaminan akan membeli balik emas tersebut jika:
1. Plastiknya dibuka
2. Terdapat kecacatan pada emas fizikal tersebut.
Terdapat 2 kemungkinan jawapan yang akan anda perolehi:
Jawapan 1: Penjual akan membeli kembali emas tersebut walaupun sarungnya
dibuka, ada kesan calar, goris dan bengkok. tapi ada penambahan susutnilai.
Jawapan 2: Penjual tidak menerima emas tersebut jika telah dibuka, ada kesan
calar, goris atau bengkok.
Kajian kes 1: Plastik dibuka dan emas berlekuk.
Seorang pelabur emas membeli jongkong emas jenama Emirates Gold. Atas sebab
terdesak memerlukan wang, beliau terpaksa menggadaikan jongkong emas ini di Ar-
rahnu sebuah bank.
Ar-rahnu ini membuka sarung plastik tersebut untuk tujuan menguji ketulenan emas
(tengok gambar). Lepas tu tiba-tiba jongkong emas ini terjatuh dan ada sedikit kesan
lekuk. Pergh..!!! ini memang malang tidak berbau.
Apabila hendak menjual kembali emas ini, syarikat penjual sanggup menerima
kembali emas ini, tapi dengan tambahan susutnilai.
Jadi beliau bernasib baik. Namun kajian kes ke 2 dibawah, agak naya sedikit.
Gambar: Sarung plastik dibuka dan ada kesan lekuk sebab terjatuh.
24
Kajian kes 2: Kijang Emas yang calar.
Seorang rakan saya telah membeli syiling Kijang Emas 1 Oz.
Semasa menggadaikan syiling emas ini, telah berlaku sedikit kesan calar pada
syiling tersebut (tengok gambar)
Apabila beliau mahu menjual kembali syiling emas ini di Maybank, beliau terkejut
kerana pegawai Maybank tidak mahu menerima kembali syiling Kijang Emas ini
dengan alasan “ada kesan calar di permukaan syiling ini”.
Pegawai Maybank beritahu beliau “kalau saya terima syiling emas ini, nanti saya tak
boleh nak jual balik kepada pembeli baru sebab dah bercalar”
Jadi, beliau terpaksa menjual emas ini kepada pembeli emas terpakai pada
susutnilai yang lebih tinggi.
Jadi anda perlu berhati-hati. Biasanya bank yang menjual emas mempunyai syarat
yang ketat bila anda hendak menjual semula emas tersebut.
Emas tidak boleh dibuka sarungnya, tidak boleh calar, goris, bengkok atau terkopek.
Ia mesti sempurna. Baru pihak bank akan menerima kembali.
Gambar: Syiling Kijang Emas yang tercalar
25
iv. Reputasi penjual emas.
Semakin lama sesebuah syarikat terlibat dengan aktiviti membeli dan menjual emas,
maka semakin tinggi reputasi dan kredibiliti syarikat berkenaan. Jadi, semakin
kurang risiko terhadap anda.
Kemudian, lihat jenama emas yang mereka jual. Jika emas yang dijual adalah
berstatus LBMA, anda tidak perlu risau pasal GST atau risiko penjual tersebut tutup
kedai. Ini kerana emas berstatus LBMA mempunyai kecairan yang tinggi. Ia boleh
dijual beli dengan mudah kepada penjual lain.
Kemudian anda lihat harga dan susutnilai produk mereka.
Lihat juga 3 perkara di bawah:
1. Jaminan mempunyai stok dan dijual pada harga semasa. Jika stok tidak ada,
adakah pembeli boleh booking emas tersebut pada harga semasa dan boleh
mengambilnya apabila stok ada?
2. Adakah penjual memaparkan harga belian dan jualan yang telus? Harga ini perlu
dipaparkan dengan jelas dan boleh dilihat oleh pembeli. Paling bagus sekiranya
penjual emas tersebut mempunyai sistem belian dan jualan balik secara online.
3. Adakah penjual memberi jaminan belian balik emas mereka mengikut harga
semasa. Jika berlaku sebarang kecacatan pada emas (sarung dibuka, calar, goris
atau bengkok)
Sebagai contoh, jika anda membeli emas dari bank seperti Maybank Kijang Emas,
UOB Bank, Kuwait Finance House dan Al-Rajhi Bank, anda tidak perlu risau tentang
reputasi mereka.
Namun bank ada kelemahan tersendiri. Contohnya bukan semua cawangan bank
ada menjual emas fizikal. Cawangan tertentu sahaja yang menjual emas fizikal.
Kemudian waktu transaksi pembelian emas terhad kepada waktu perbankan bank.
Selain itu bank tidak akan membeli balik emas yang dijual jika ada kecacatan pada
emas tersebut atau pada packaging nya.
Nota penulis:
Setiap syarikat @ institusi yang menjual emas mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri.
Tidak ada satu syarikat yang paling bagus dalam serba serbi.
Jadi, anda perlu mencari produk dan syarikat yang sesuai dengan matlamat anda.
26
Bagaimana saya nak bermula?
Sebelum memulakan, kenal pasti budget anda. Kedua, kenal pasti berapa lama
anda nak simpan emas ini ( psstt... makin lama anda simpan.. makin bagus)
Beli item yang kecil dahulu.
Contohnya jongkong emas 1 gram dan 1 dinar.
Terdapat banyak penjual emas di luar sana. Namun saya cadangkan anda membeli
jongkong emas jenama Public Gold (www.publicgold.com.my) .
Ini kerana Public Gold adalah salah sebuah syarikat penjual emas dan perak
terbesar di Malaysia. Harga yang dijual adalah murah dan susutnilai pula adalah di
10% dan ke bawah.
Mereka menjual emas berstatus LBMA. Emas Public Gold juga boleh digadaikan di
Ar-rahnu POS di seluruh Malaysia.
Selain itu Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di Seluruh Malaysia termasuk
Sabah, Sarawak dan Singapura).
Syarikat ini mempunyai reputasi yang sangat baik.
Pengalaman guru emas saya dengan Public Gold.
Dia telah membeli emas Public Gold sejak tahun 2008.
Ini adalah gambar resit pembelian emas Public Gold pertamanya yang bertarikh
18/12/2008 dengan nilai pembelian sebanyak RM30,507.
27
Mari kita lihat berapa harga jongkong emas dan dinar emas.
1 gram jongkong emas.
1 gram emas sekarang berharga RM200. Namun anda boleh membelinya dengan
harga yang lebih murah.
Untuk mengetahui rahsia membeli jongkong emas 1 gram pada harga terendah,
Anda boleh download panduan Gold Accumulation Program (GAP) di sini
Klik => https://bit.ly/3b92SX6
Gambar: Jongkong emas Public Gold 1 gram.
1 dinar emas.
1 dinar emas (4.25 gram emas 999.9) sekarang berharga kurang daripada RM750
sekeping.
Gambar: 1 dinar emas.
Sebelum membeli emas, clearkan dulu apa sahaja keraguan anda tentang
pelaburan emas. Cara mudah, contact saya di 017-3595218 (telefon/whatsapp/sms)
Saya akan bantu anda, InsyaAllah.
28
3 kaedah mudah membeli emas Public Gold.
Saya akan tunjukkan 3 kaedah mudah membeli emas Public Gold.
Kaedah 1: Anda order sendiri dan pergi ambil sendiri di cawangan Public Gold yang
berhampiran.
Kaedah 2: Saya boleh tolong tolong order emas bagi pihak anda. Anda buat
bayaran terus ke dalam akaun Public Gold. Anda ambil emas sendiri di cawangan
Public Gold yang berhampiran.
Kaedah 3: Anda minat nak beli emas Public Gold tetapi lokasi anda jauh dari office
Public Gold. Mungkin tidak praktikal untuk anda pergi ke pejabat Public Gold.
Mari saya huraikan satu persatu.
Kaedah 1: Anda order sendiri dan pergi ambil sendiri di cawangan
Public Gold yang berhampiran.
Ini adalah kaedah paling senang. Anda lihat senarai
cawangan Public Gold di bawah.
Kenalpasti cawangan paling hampir dengan tempat
anda supaya senang anda hendak pergi ambil stok
nanti.
Telefon cawangan tersebut dan beritahu staff tersebut
yang anda ingin order emas. Jika talian sibuk, sila cuba
lagi sampai dapat.
Beritahu staff berkenaan yang ini adalah pembelian
anda kali pertama dan anda tidak mempunyai PG code
(nombor customer).
Nyatakan produk yang ingin anda beli dan kuantitinya. Staff Public Gold akan
memberitahu anda berapa harga emas semasa.
Standby dengan 5 maklumat berikut:
(1.) Nama anda (2.) Nombor ic (3.) E-mail (4.) Nombor hp
(5.) Nama introducer: Nur Amalina Zakaria PG00219928.
Kemudian, staff Public Gold akan menghantar email yang mengandungi butiran item
dan jumlah harga.
Anda perlu membayar jumlah tersebut selewat-lewatnya dalam tempoh 2 hari.
Nombor akaun Public Gold juga dinyatakan di dalam email tersebut.
p/s: Jika perlukan bantuan, hubungi saya di 017-3595218.
29
Ini adalah alamat dan nombor telefon office Public Gold (Malaysia dan Singapura)
Cawangan Nombor Telefon Alamat
Ampang, KL 03-42579916 No. 12, Jalan Dagang 1/1A, Taman Dagang,
68000 Ampang, Selangor
Alor Setar, Kedah 04-7344916 (Sebelah kedai sukan Al-Ikhsan)
Sungai Petani, Kedah 04-4232999
No.1577, tingkat 1 dan 2, Jalan Kota, Alor
Bukit Jambul, Penang 04-6449999 Setar, Kedah (bertentangan Etiqa Takaful).
No.86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan Taman
Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.
(bersebelahan Public Bank Jalan Kota)
12E, 1st Floor, Jalan Rumbia, Bukit Jambul,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Bishop, Penang 04-261999 No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang.
Ipoh, Perak 05-2428999
No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250
Petaling Jaya, Selangor 03-56348999 Ipoh, Perak.
(Bertentangan Public Bank Jalan Yang Kalsom)
Seremban, N.Sembilan 06-6782916
42A, Jalan PJS 8/6 (Tingkat 3) Mentari
Melaka 06-3175499 Business Park, Bandar Sunway, 46150 Petaling
JB, Johor 07-2358999 Jaya, (di atas Royal Safe Deposit Box)
KB, Kelantan 09-7462999 152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang,
Jalan Taman Komersil Senawang 1, Taman
Kuala Terengganu, 09-6263999 Komersil Senawang, Seremban, N9
Terengganu.
No.9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, Taman
Melaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka.
No.45A&B, Jalan Persisiran Perling, Taman
Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.
(Bersebelahan Maybank Taman Perling)
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000
Kota Bharu, Kelantan.
(sebelah Public Bank Jalan Kebun Sultan)
16A, 1st &2nd Floor, Jalan Sultan Ismail, 20200
Kuala Terengganu.
(Sebelah KFC dan Farmasi Guardian.)
Kuantan,Pahang 09-5678916 A-6624 1st &2nd Floor, Jalan Beserah, 25250
Kuantan, Pahang.
Kuching, Sarawak 082-259916 (Sebelah Maybank Jalan Beserah)
Kajang, Selangor 03-87349916 Lot 456 & 457, tingkat 3, Al-Idrus Commercial
Centre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Kota Kinabalu, Sabah 088-447916 (Sebelah Maybank Jalan Satok)
Singapura +65 6763 3999 No.19B, 19C, Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya,
Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor Darul
Ehsan.
Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st, 2nd
Floor, Lorong Plaza Permai 1, Along Jalan
Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah
(sebelah Maybank Alam Mesra, 1 Borneo)
Public Gold Marketing Pte Ltd,
Blk 824 Tampines Street 81 #01-20,
Singapore 520824
http://www.publicgold.com.sg
30
Kaedah 2: Saya tolong orderkan emas bagi pihak anda. Anda buat
bayaran terus ke dalam akaun Public Gold. Anda ambil emas
sendiri di cawangan Public Gold yang berhampiran.
Untuk kaedah ini, saya akan orderkan emas bagi pihak anda.
Anda boleh whatsapp, sms, email atau telefon saya (Cik Amaa 017-3595218 dan
email saya adalah [email protected] ) dan berikan maklumat berikut:
1. Nama penuh, nombor ic, email anda, nombor hp, item yang ingin dibeli dan
cawangan mana anda nak ambil emas tersebut.
Saya akan orderkan emas tersebut bagi pihak anda dan akan maklumkan jumlah
harga, nombor order dan kaedah pembayarannya. Lepas bayar, simpan bukti
pembayaran elok-elok
Kaedah 3: Anda minat nak beli emas Public Gold tetapi lokasi anda
jauh dari office Public Gold.
Anda berminat untuk mendapatkan emas Public Gold namun tempat tinggal anda
terlalu jauh dan tidak praktikal untuk anda pergi ambil emas tersebut di pejabat
Public Gold.
Anda boleh whatsapp, sms, email atau telefon saya terlebih dahulu (Cik Amaa 017-
3595218). Beritahu saya alamat anda dan item yang ingin anda beli.
Saya akan analisa situasi anda dan akan cari jalan penyelesaian.
Itu sahaja. Mudahkan? Laporan percuma pelaburan emas fizikal tamat di sini.
31
Beli E M A S dengan
senyuman
Cik amaa
017-3595218
Instagram : Cik Amaa
Telegram : Nota Emas Cik Amaa
https://linktr.ee/cikamaa
32
https://publicgold.com.my/index.php
Sekian Terima Kasih .
33