The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat
adiguru kraf tenunan songket

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROSNANI BINTI IBRAHIM, 2023-04-02 22:38:55

Tokoh Kraf Negara Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat

Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat
adiguru kraf tenunan songket

Keywords: Tokoh/ Adiguru Kraf,Kraf Tenunan Songket

TOKOH KRAF TENUNAN SONGKET HAJAH ZAINAB @ NGAH BINTI MAMAT KRAF NEGARA TOKOH


BIODATA Puan Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Ngah dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu pada tahun 1942. Menetap di Kampung Bukit Depu, Kuala Terengganu, beliau dilahirkan pada 22 Disember 1942 di Kampung Gelung Gajah, sebuah perkampungan kecil tidak jauh dari Kuala Terengganu. Ketika itu Negara sedang di bawah jajahan tentera Jepun. Dalam keadaan yang serba kekurangan pasangan Che Mamat dan Mariam tetap menerima kehadiran puteri kedua mereka dengan penuh kesyukuran. Beliau mendapat Lantikan Tokoh Kraf Negara : Tahun 2002 Kepayahan dan keperitan hidup akibat jepun rupa-rupanya menjadi pendorong kepada penduduk kampong ini untuk membina kerjaya khususnya dalam bidang tenunan. Kemahiran menenun kain diusahakan secara serius oleh kaum wanita termasuk keluarga Mariam. Pendapatan hasil menenun ini sedikit sebanyak membantu suaminya menyara tujuh orang anak yang masih kecil. Selepas menamatkan pendidikan pada tahun 1955, Hajah Zainab yang ketika itu berusia 13 tahun ditawarkan untuk menjadi guru dan jururawat. Harapan ibu, ayah dan keluarga ingin melihat beliau menjadi guru tidak tercapai apabila Hajah Zainab memilih bidang tenunan sebagai kerjayanya. Minat, semangat dan kesungguhan akur dengan keputusan yang diambilnya untuk menjadikan tenunan songket sebagai mata pencarian.


Puan Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Ngah dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu pada tahun 1942. Sejak turun temurun, budaya dan minat menenun telah sebati di dalam kehidupan dan darah daging keluarga beliau. Ketika kecil beliau sering melihat ahli keluarga dan masyarakat setempat menenun, jika berpeluang beliau akan cuba untuk naik ke atas kek tenun dan melakonkan proses menenun. Apabila tamat persekolahan, beliau bertekad menceburi bidang tenunan serta menolak tawaran untuk menjadi seorang guru dan jururawat. Pembabitan awal Mak Ngah dalam bidang seni tenunan songket pada mulanya tidak mendapat sokongan daripada ibunya. Walau bagaimanapun, setelah melihat kesungguhan Mak Ngah, ibunya merestui dan turut membimbing beliau sehingga berkemahiran menggambarkan rekaan motif diminda untuk terus ditenun pada kain serta menghasilkan tenunan corak yang sukar dan mencabar. Beliau turut dibimbing oleh nenek sebelah ibunya iaitu Allahyarhamah Kalsom binti Abdullah dan mempelajari lebih mendalam keseluruhan proses tenunan antaranya proses mewarna benang, menerai benang, menganing, menyapuk benang, mengarat benang, menyongket, menenun dan mengubung. Kemahiran yang ada terus dimantapkan dengan mempelajari kaedah dan kemahiran khusus bagi penghasilan songket yang halus dan berkualiti tinggi. Beliau turut mengekalkan penggunaan motif-motif tradisional sebagai reka corak pada kain songket yang dihasilkan seperti motif Bunga Tanjung dan Corak Berdiri. Antara motif-motif popular yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah seperti Bunga Cengkih, Bunga Tanjung, Bunga Bintang, Motif Tapak Sulaiman, Motif Bunga Raya, Motif Pucuk Rebung, Motif Awan Larat, Bunga Teratai dan Tapak Manggis. Antara produk kraf tenunan songket yang dihasilkan beliau ialah samping songket, sarung songket dan selendang serta set lengkap pengantin. Beliau turut mempelbagaikan reka bentuk produk yang berasaskan songket seperti alas meja, alas kusyen, hiasan dinding, beg tangan, hiasan kepala (cekak dan reben). LATAR BELAKANG PENGLIBATAN


Produk kraf tenunan songket Mak Ngah turut mendapat perhatian dan pengiktirafan pihak istana. Beliau pernah mendapat tempahan daripada Istana Negara untuk menghasilkan pakaian pegawai yang bertugas di istana dan mendapat tempahan daripada Istana Maziah di Terengganu untuk meghasilkan pakaian songket bagi upacara keramaian dan majlis di istana. Selain itu, beliau turut menerima tempahan produk kraf tenunan songket daripada negara luar seperti dari Negara Brunei untuk menghasilkan persalinan songket bagi pasangan pengantin diraja Brunei. Kecintaan terhadap bidang seni tenunan mendorong Mak Ngah membuka Galeri Terengganu Songket yang merupakan mercu tanda dan lambang kejayaan beliau sebagai penenun yang disegani. Galeri tersebut menghimpunkan koleksi hasil kraf tenunan songket Terengganu untuk tatapan pengunjung daripada dalam dan luar negara selain memberi didikan dan berkongsi maklumat dengan pengunjung berkaitan seni kraf tenunan songket yang tersohor di Negeri Terengganu. Beliau sentiasa menjadi pakar rujuk di dalam kraf tenunan songket dan Kraftangan Malaysia turut pernah melantik beliau sebagai Ahli Panel Program Bicara Tokoh pada tahun 2011. Sepanjang penglibatan Mak Ngah dalam bidang seni kraf tenunan songket, pelbagai pengiktirafan dan anugerah pernah diterima oleh beliau. Dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki beliau, Kerajaan Malaysia melalui Kraftangan Malaysia telah mengiktiraf beliau sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 2002


pENCAPAIAN TOKOH Selama penglibatan beliau di dalam perusahaan tenun songket, pencapaian yang paling membanggakan adalah apabila hasil tenunan songket beliau telah mendapat perhatian dari kalangan istana. Selain Istana Negara, Istana Maziah di Terengganu turut pernah menempah pakaian songket untuk kegunaan upacara tertentu di istana. Beliau juga pernah menghasilkan kain songket untuk pakaian pengantin diraja Brunei. Kepercayaan yang diberi oleh pihak istana kepada beliau adalah pengiktirafan yang tinggi terhadap kain songket yang dihasilkan oleh beliau. Selain menghasilkan samping songket untuk lelaki, beliau turut menghasilkan sarung, selendang dan persalinan untuk wanita termasuk pakaian pengantin. Hajah Zainab turut menghasilkan beberapa produk hiasan yang menggunakan kain songket seperti alas meja, sarung kusyen, hiasan dinding, beg tangan, cekak kepala dan sebagainya.


SUMBANGAN TOKOH TERHADAP INDUSTRI KRAF Kini Hajah Zainab mampu tersenyum puas melihat himpunan kain songket hasil ciptaannya. ia terdiri daripada pelbagai corak dan warna dengan seni kehalusan dan keindahannya yang tersendiri. Terengganu Songket adalah nama yang diberi untuk galeri Hajah Zainab yang ditempatkan di kediamannya sendiri bagi menghimpunkan koleksi hasil Tenunan Songket Terengganu. Di sini terdapat seribu satu macam kain songket yang dipamerkan untuk tatapan pengunjung. Mereka yang berkunjung tidak terhad kepada pelanggan sahaja, bahkan pelancong asing juga tidak melepaskan peluang untuk singgah menatap kehalusan seni tenunan kain songket yang juga digelar "queen of handwooven fabrics". Dalam menguruskan pekerja pula, Hajah Zainab mengaplikasikan sistem pengkhususan. Setiap pekerja mempunyai kemahiran yang tertentu, oleh itu mereka bekerja berdasarkan kepada kemahiran masingmasing. Antara proses-proses yang mereka jalankan adalah menerai, mengani, menggulung, menyapak, mengarat, menyongket dan menenun. Beliau telah mengilhamkan ‘Terengganu Songket’ yang merupakan sebuah galeri khusus bagi menghimpunkan koleksi tenunan songket Terengganu yang ditempatkan di kediamannya Bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau,pada tahun 2002 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Tokoh Kraf Negara.


TOKOH KRAF NEGARA Rujukan Laman rasmi Kraftangan Malaysia Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat


Click to View FlipBook Version