SIKUCING www.reallygreatsite.com
Pada zaman dahulu, di hutan yang hijau dan rimbun, terdapat seekor kucing kecil bernama Kiki. Kiki tinggal di tepi hutan bersama keluarganya yang mesra serta binatang-binatang yang lain di hutan.
Kiki mempunyai dua orang sahabat karib iaitu Si Tupai dan Si Kancil. Si Tupai merupakan seorang yang lincah untuk melompat dari satu pokok ke pokok yang lain manakala Si Kancil seorang yang bijak dan sering membantu Kiki dan Si Tupai untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Kehidupan mereka bertiga amat menyeronokkan dan sentiasa berasa gembira
Kiki bersama Si Tupai dan Si Kancil merancang untuk pergi ke sebuah air terjun di hutan. “Wahai Si Kancil dan Si Tupai, jom kita pergi main di air terjun petang ni”, ujar Kiki kepada Si Kancil dan Si Tupai. “ Betul juga, dah lama kita tak ke sana, marilah kita bermain di air terjun petang ni”, kata Si Kancil. Pada hari itu, mereka bertiga dengan gembiranya pergi menuju ke air terjun tersebut. . Mereka bermain di air terjun tersebut dengan riangnya dan tidak sedar akan perkara yang akan menimpa mereka selepas itu.
Tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat berdekatan air terjun tersebut yang menyerupai bunyi pokok yang tumbang. Kiki melihat sebatang pokok yang besar sedang jatuh dan mungkin akan menghempap mereka. “Cepat keluar kawankawan, ada pokok tumbang!” kata Kiki kepada Si Tupai dan Si Kancil. Kiki dan Si Tupai sempat keluar dari air terjun untuk menyelamatkan diri. Akibat terlalu asyik bermain air, Sang Kancil tidak sempat menyelamatkan dirinya sepenuhnya, kaki Sang kancil tersepit di bawah dahan pokok besar tersebut menyebabkannya tercedera. Kiki dan Si Tupai terus turun untuk membantu Sang Kancil yang tidak dapat berjalan akibat kecederaannya.
Kaki Sang Kancil telah patah dan mereka terus mengusung Sang Kancil untuk dibawa pulang ke rumah. Sang Kancil pun dirawat oleh binatang yang lain. Setelah itu, Kiki dan Si Tupai terus berbincang tentang punca pokok besar tersebut telah tumbang. Mereka risau kejadian seperti itu akan berulang kembali dan mengancam nyawa binatang-binatang yang lain.
Tidak lama selepas itu, Kiki didatangi oleh Si Burung Hantu Bijak, Dia memberitahu Kiki dan sahabat-sahabatnya bahawa hutan mereka dalam bahaya. Pembalakan haram sedang berlaku di hutan tempat tinggal mereka yang memusnahkan habitat dan menyebabkan mereka tiada tempat tinggal..
Kiki yang bijak segera berkumpul dengan sahabat-sahabatnya untuk merancang cara menyelamatkan hutan mereka. Kiki sedar dirinya dan binatang-binatang yang lain tidak mampu untuk melawan manusia yang jauh lebih kuat dan hebat dengan alatan-alatan yang mereka miliki. Oleh itu, Kiki perlu mencari cara yang berkesan untuk menyedarkan manusia tentang bahaya pembalakan haram kepada ekosistem hutan.
Dengan semangat kepahlawanan, Kiki dan kawan-kawan menjalankan misi penyelamatan. Mereka membuat poster dan pelekat untuk menyedarkan manusia tentang pentingnya menjaga hutan dan ekosistemnya. Selain itu, mereka juga bekerjasama dengan manusia yang yang mengambil berat usaha untuk menghentikan pembalakan haram. Kerjasama ini dapat membantu menyebarkan kesedaran dalam kalangan manusia mengenai kepentingan menjaga hutan bagi mengelakkan kemusnahan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kerjasama ini dapat membantu menyebarkan kesedaran dalam kalangan manusia mengenai kepentingan menjaga hutan bagi mengelakkan kemusnahan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Akhirnya, setalah pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kiki dan sahabat-sahabatnya serta kerjasama dengan manusia, hutan mereka berjaya diselamatkan. Kegiatan pembalakan haram yang dilaksanakan oleh manusia akhirnya dihentikan serta-merta bagi mengelakkan lebih banyak kawasan hutan yang rosak. Manusia yang menyedari kesalahan mereka berjanji untuk menjaga kelestarian hutan dan tidak melakukan pembalakan haram lagi. . Kiki dan sahabat-sahabatnya merasa bangga karena mereka telah menjadi pahlawan bagi hutan dan semua makhluk di dalamnya.
-TAMATwww.reallygreatsite.com