The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN_3_BMMB3113_KUMPULAN_3_BM_SK1_AFIQ_NAJWAN,_MASYITAH_&_SYUHADA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiq24-566, 2023-04-06 04:15:23

BMMB3113 SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

TUGASAN_3_BMMB3113_KUMPULAN_3_BM_SK1_AFIQ_NAJWAN,_MASYITAH_&_SYUHADA

Disediakan oleh : KUMPULAN 3 PISMP BMSK1 SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU BMMB 3113 (TUGASAN 3) PERKAMUSAN, PERISTILAHAN DAN PENTERHEMAHAN BAHASA MELAYU


AHLI KUMPULAN 3 AFIQ NAJWAN BIN BUDIN MASYITAH BINTI MOHD ANUAR NUR SYUHADA BINTI AMSYUR


KONSEP LANGKAH PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU RUMUSAN PEMBENTUKAN ISTILAH BAHARU SYARAT-SYARAT PEMBENTUKAN ISTILAH RUJUKAN ISI KANDUNGAN


Peristilahan merupakan usaha untuk membenuk perkataan bagi mengungkapkan konsep, idea, proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu. Istilah boleh dibentuk daripada beberapa sumber seperti Bahasa Melayu, bahasa serumpun dan juga bahasa - bahasa asing. Pembentukan kata baharu dalam Bahasa Melayu lazimnya muncul sama ada melalui penciptaan secara penggunaan popular dalam media massa dan penulisan kreatif KONSEP


PENGGUNAAN POPULAR 01 Berdasarkan keperluan segera, misalnya dalam penulisan berita majalah, akhbar atau media sosial. Perkataan-perkataan tersebut lazimnya diperkenalkan oleh individu tertentu, khususnya penulis yang terlibat dalam penulisan berita atau media sosial untuk memenuhi keperluan pengguna. 02 04 Sebahagian besar perkataan 03 baharu tersebut dibawa masuk daripada istilah asing lalu diubah suai bentuk bahasanya bagi memperkatakan bidang - bidang tertentu. Ada juga istilah yang dibentuk menggunakan kaedah perekaciptaan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Kesemua proses ini berlaku bertujuan untuk memastikan bahawa maklumat dapat disampaikan kepada pengguna secara jelas dan tidak mengelirukan. Dapat memperkaya Bahasa Melayu, misalnya dalam bidang sains dan teknologi, banyak kata daripada pelbagai bahasa di dunia Penciptaan perkataan baharu secara penggunaan popular selalunya dihasilkan oleh penulis - penulis sama ada untuk siaran dalam media sosial, media massa, media elektronik ataupun dalam tulisan - tulisan kreatif


PERANCANGAN BAHASA RASMI Penggubalan Pengesahan Pemanuskripan Penyelarasan Penyebaran 01 02 03 04 05


Penggubalan ialah satu proses mengumpul, menggubal atau mencipta istilah dalam bidangbidang atau subbidang ilmu pengetahuan. Seperti kelompok sains asas, sains gunaan dan kelompok sains kemasyarakatan, sains kemanusiaan dan juga menggubal istilah budaya tempatan PENGGUBALAN Proses penggubalan menggunakan dua cara iaitu secara manual dan secara atas talian.


PENGESAHAN


5 LANGKAH PENGESAHAN MANUAL : Proses pengesahan bermula dengan penyediaan kertas kerja yang menerangkan secara terperinci tentang kaedah pengumpulan kata untuk disingkat menjadi istilah, masa yang diambil untuk menyiapkan tugas tersebut, penyemakan, permesyuaratan dan belanjawan yang akan digunakan sepanjang tugasan tersebut dijalankan. Projek pengumpulan dan penerbitan bahan akan diteruskan selepas kertas kerja tersebut diluluskan oleh DBP. LANGKAH 1 LANGKAH 2


LANGKAH 3 : Pegawai peristilahan akan mengklasifikasikan bidang dan subbidang berdasarkan keperluan istilah antarabangsa atau keperluan semasa yang mendesak. Bahagian persitilahan DBP akan membuat klasifikasi berdasarkan pilihan secara rawak atau mengikut kefahaman. Seorang pegawai DBP dilantik sebagai pegawai projek bertanggungjawab untuk mengenal pasti calon istilah dan menyemak calon istilah tersebut dengan melakukan perbandingan dengan daftar istilah DBP, daftar istilah MABBIM dan istilah bidang yang ada.


LANGKAH 4 : • Setelah kata-kata diangkat sebagai istilah dikenal pasti maka pakar bidang akan dilantik oleh DBP bagi menganggotai Jawatankuasa Kecil Istilah (JKI). • Pakar bidang terdiri daripada pakar yang memegang jawatan sebagai pensyarah di universiti tempatan. • Selain pakat bidang, JKI turut dianggotai pakar bahasa, wakil kerajaan dan kementerian dan individu yang terkenal ketokohannya dalam masyarakat.


LANGKAH 5 : Anggota JKI seterusnya akan mengadakan mesyuarat bagi membuat semakan terhadap calon istilah sama ada merupakan istilah atau kata umum. Anggota JKI akan membuat pengesahan calon istilah tersebut sebagai istilah dan akan menyediakan padanan serta huraian terhadap istilah yang digubal. Apabila proses penyediaan padanan dan huraian selesai, pakar bahasa akan melakukan semakan terhadap padanan dan huraian tersebut sehingga mendapat kelulusan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM).


PENGESAHAN ATAS TALIAN : Proses ini mengambil masa yang lebih singkat dengan DBP mengenal pasti kata untuk diangkat sebagai istilah melalui jurnal dalam talian. Mengasingkan istilah khusus dan kata umum. Jika perkataan disahkan sebagai istilah, akan dimasukkan dalam senarai calon istilah. Jika perbendaharaan kata yang disenaraikan dalam PRPM disahkan sebagai kata umum, maka perkataan tersebut akan digugurkan. LANGKAH 1 LANGKAH 2


Menyelesaikan percanggahan yang berlaku di antara bidang dalam penggunaan istilah yang sama. Melicinkan pembinaan dan pengembangan istilah bahasa Melayu ilmiah. Keperluan proses penyelarasan: PENYELARASAN Dilakukan selepas proses penggubalan dan pengesahan istilah


PEMANUSKRIPAN Penyediaan manuskrip bersih yang telah disemak oleh ahli JKI dan pakar bahasa. Prelim dan isi kandung disediakan pada peringkat 1. Setelah disemak dan diluluskan, senarai istilah akan dibukukan dan dicetak. Isi kandung dihantar ke bahagian percetakan setelah disemak oleh pegawai penerbitan. Selesai percetakan, istilah disebarkan kepada masyarakat. 01 02 03 04 05 Tujuan: Mencetak istilah baharu untuk disebarkan kepada masyarakat dan pengamal bidang.


Bahagian Unit Pelaksana Asas Bahagian Penerbitan Am Bahagian Penterjemahan Bahagian Majalah dan Jabatan Bahasa Universiti Sekolah Media massa (Pusat Rujukan Persuratan Melayu@DBP) Dalam DBP Luar DBP Proses Penyebaran PENYEBARAN Bentuk Penyebaran Daftar Istilah Senarai istilah yang disusun mengikut abjad tanpa adanya penerangan. Glosari Istilah Senarai istilah yang disusun mengikut abjad dan mengandungi sedikit penerangan istilah tersebut. Kamus Istilah Senarai istilah yang disusun mengikut abjad berserta penerangan terperinci serta contoh penggunaannya dalam ayat. 1. 2. 3.


Frasa dan kata yang dipilih perlulah: SYARAT-SYARAT PEMBENTUKAN ISTILAH Paling tepat dan stabil Mempunyai konotasi yang baik. Dibentuk dari kaedah yang diterima. Paling ringkas. Mempunyai ciri keindahan bunyi (sedap didengar)


Jika perkataan Melayu umum tidak mempunyai istilah tepat, boleh mengambil perkataan daripada dialek bahasa Melayu, bahasa Melayu klasik atau bahasa serumpun. Jika tiada, boleh mengambil perkataan daripada bahasa asing melalui dua cara iaitu: SYARAT-SYARAT PEMBENTUKAN ISTILAH Menyerap seluruh perkataan dalam bahasa Melayu. Meminjam konsep asing dan menterjemah ke dalam bahasa Melayu.


Pedoman pembentukan istilah baharu: PEMBENTUKAN ISTILAH BAHARU Berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif serta fleksibel. Memperlihatkan bentuk yang jelas dengan istilah asal/antarabangsa. Mempunyai keselarasan dalam bidang antarabangsa. Praktis dalam semua bidang ilmu dan masyarakat. Memperlihatkan kekayaan perbendaharaan kata dan sistem struktur.


RUMUSAN Tujuan peristilahan: Membentuk perkataan bagi menerangkan konsep, idea, proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu. Membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Pembentukan istilah bahasa Melayu melalui banyak proses penelitian sebelum mampu diguna pakai sepenuhnya dalam bahasa Melayu. DBP dan IPT memainkan peranan penting dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Terdapat lima prosedur utama dalam pembentukan istilah (Asrul et. al. 2014). Terdapat lima syarat dalam pembentukan istilah. 1. 2.


RUJUKAN


Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version