The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DO YOU LOVE ME CAPTAIN
Teaser do you love me captain
"Tuan tentera?"
Matanya memandang sekilas pada Daneena yang masih berdiri tegak di tepi katil.
Darish angguk. Terasa panas tiba-tiba.
"Yang lain awak boleh bersihkan kecuali uniform tentera Saya sebab Saya tak pernah bagi sesiapa pun usik uniform itu. Basuh ke iron ke atau apa saja lah. Yang ini awak kena ingat betul-betul samada Saya balik sini atau Saya di kem uniform Saya jangan usik."
Daneena angguk. Dia berjalan ke baju TUDM yang tersangkut di tepi almari. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu."
"Ini apa?"
Soal Daneena pada rantai silver yang tersangkut di sebelah uniform Darish.
Darish merapati Daneena. Rantai perak yang tergantung di ambil nya.
"Ini military tag seorang tentera yang bertanggungjawab tak boleh tinggalkan military tag ini. Kena tergantung selalu di leher. Kat depan ini ada nama Saya Dan nombor tentera. Kalau sesuatu terjadi pada Saya...jatuh dalam laut ke jatuh dari heli ke dan mayat Saya tak dapat dikenali tag ini lah yang akan jadi pengenalan diri Saya. Akan di serahkan pada isteri atau keluarga Saya. Macam kad pengenalan Medan perang lah."
Daneena pandang Darish. Dia tersenyum sendiri.
"Tapi Tuan belum Ada isteri kan."
"Kenapa awak nak jadi isteri Saya ke?"
Daneena cepat-cepat larikan anak matanya. Gagal bertentang mata dengan Darish. Matanya masih memandang uniform kerja Darish. Tiba-tiba Darish berikan military tag yang di pegang kepada Daneena.
"Simpankan. Saya Ada satu lagi dekat kem."
Darish melangkah keluar namun telinga nya sempat menangkap rungutan Daneena.
"Simpankan...macam lah aku isteri dia."
Darish tersenyum. Kakinya di heret meninggalkan Daneena Durra.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iamja77, 2021-05-31 23:19:48

Promo Do You Love Me Captain

DO YOU LOVE ME CAPTAIN
Teaser do you love me captain
"Tuan tentera?"
Matanya memandang sekilas pada Daneena yang masih berdiri tegak di tepi katil.
Darish angguk. Terasa panas tiba-tiba.
"Yang lain awak boleh bersihkan kecuali uniform tentera Saya sebab Saya tak pernah bagi sesiapa pun usik uniform itu. Basuh ke iron ke atau apa saja lah. Yang ini awak kena ingat betul-betul samada Saya balik sini atau Saya di kem uniform Saya jangan usik."
Daneena angguk. Dia berjalan ke baju TUDM yang tersangkut di tepi almari. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu."
"Ini apa?"
Soal Daneena pada rantai silver yang tersangkut di sebelah uniform Darish.
Darish merapati Daneena. Rantai perak yang tergantung di ambil nya.
"Ini military tag seorang tentera yang bertanggungjawab tak boleh tinggalkan military tag ini. Kena tergantung selalu di leher. Kat depan ini ada nama Saya Dan nombor tentera. Kalau sesuatu terjadi pada Saya...jatuh dalam laut ke jatuh dari heli ke dan mayat Saya tak dapat dikenali tag ini lah yang akan jadi pengenalan diri Saya. Akan di serahkan pada isteri atau keluarga Saya. Macam kad pengenalan Medan perang lah."
Daneena pandang Darish. Dia tersenyum sendiri.
"Tapi Tuan belum Ada isteri kan."
"Kenapa awak nak jadi isteri Saya ke?"
Daneena cepat-cepat larikan anak matanya. Gagal bertentang mata dengan Darish. Matanya masih memandang uniform kerja Darish. Tiba-tiba Darish berikan military tag yang di pegang kepada Daneena.
"Simpankan. Saya Ada satu lagi dekat kem."
Darish melangkah keluar namun telinga nya sempat menangkap rungutan Daneena.
"Simpankan...macam lah aku isteri dia."
Darish tersenyum. Kakinya di heret meninggalkan Daneena Durra.

DO YOU LOVE ME,
CAPTAIN?

SOPHILEA

@Sophilea, 1981
DO YOU LOVE ME, CAPTAIN? /Sophilea
1. Malay fiction.

TERBITAN JULAI 2020 (Cetakan - 1 )

Teks : ©Sophilea
Penerbitan : ©Tinta Global Enterprise
www.tintaglobal.com.my
Konsep muka : Mya Asyaari
Suntingan : Marfuza Zainal Abidin
Proofread: Ismaiza Ismail

Penerbit dan edaran:
Tinta Global Enterprise (Sophilea)
133 Jalan Bukit Puteri 11/5
Hill Park, Bandar Puteri Jaya
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 019-466 9188

Dicetak oleh:
FIRDAUS PRESS SDN BHD (SSM-986966-A)
No. 26 & 28, Jalan PBS 14/4,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-89405595

Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian dalam buku ini boleh diterbitkan semula atau
disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa juga bentuk dengan

sebarang bantuan alat kecuali diberi keizinan oleh penulis

Sophilea

“Jodoh itu bukan ditangan kita

tapi satu catatan yang ditulis Allah di
dalam mihrab takdir. Pergilah sejauh
mana kamu mahu melangkah namun
tatkala jodoh itu tiba kamu tetap
akan kembali kerana kamu adalah
takdir ku. Kerana takdir itu adalah
catatan terindah dari Allah dan ujian
itu adalah anugerah terindah yang

membahagiakan.”

#DARISHDANEENA

1

Do you love me, Captain?

Crash landing on you? Huh mimpi

sajalah semua itu. Realitinya mana ada macam
itu. Tiba-tiba jodoh datang dari langit. Drama itu
semua khayalan… merepek saja. Semuanya
melalaikan. Kapten udara Darish Dzaqrie cuma
menjeling saat sahabatnya leka dengan drama
yang memaparkan kehidupan tentera Korea
Utara itu.

2

Sophilea

Jangan cakap sombong Darish.. takut
esok jodoh kau keluar dari almari bilik. Darish
cuma tersenyum mengejek. Hidupnya penuh
disiplin sebagai seorang tentera. Dia diajar
berfikir mengikut logik bukan khayalan.

Takdir Tuhan tatkala pulang bercuti di
rumah yang dibina berhampiran pantai, seorang
wanita bersembunyi di dalam almari.

Awak keluar dari almari ini sekarang
sebelum saya heret ke balai polis. Entah berapa
lamalah agaknya gadis yang bernama Daneena
Durra ini menceroboh di kediamannya. Bukan
tu saja. Dia jadikan rumah ini seolah-olah
macam dia yang punya.

Saya minta maaf Tuan. Jangan bawa
saya ke balai polis. Saya cuma.. Saya cuma
tumpang berteduh. Demi Allah saya tak ambil
apa-apa pun barang pun dekat sini kecuali
makanan dalam peti ais.

Mahu percaya cakap gadis ini atau
humbannya ke penjara? Darish mati akal. Entah
datang dari mana idea Daneena untuk dijadikan
pembantu rumah? Semuanya atas permintaan
Daneena asalkan dia tidak dihalau.

3

Do you love me, Captain?

Saat hatinya tertanya-tanya siapa gadis
ini, Daneena Durra tetap membisu seribu
bahasa.

Keluarganya muncul. Bakal isterinya
muncul. Daneena diperkenalkan sebagai
pembantu rumah meski ada curiga di hati
mereka.

“Siapa awak Daneena?”

Daneena cuma tersenyum.

“Siapa saya anggap sahaja takdir yang
bawa saya ke sini.”

Saat di kem, hatinya mengingati
Daneena. Masin mulut sahabat sendiri jodoh
dari almari.

Daneena yang siapkan makan minum
dia, Daneena yang berjaga tatkala dia demam.
Daneena yang buatkan dia selalu mengukirkan
senyuman dan tawa.

Tapi satu hari saat dia pulang, Daneena
sudah pergi. Cuma satu nota ditinggalkan

4

Sophilea

‘Terima kasih atas ihsan Tuan pada saya
selama ini. Tuan, saya tak ambil apa-apa dari rumah
Tuan kecuali military tag yang ada nama Tuan untuk
saya simpan sebagai kenangan terindah saya di sini.
Mudahan satu hari nanti saya diizinkan Tuhan
untuk kembalikannya pada Tuan Darish Dzaqrie.’

Saat hatinya dicuri Daneena, dia mencari
di mana gadis itu.

‘Kenapa awak pergi Daneena? ‘

Satu nota di tinggalkan di bilik Darish

‘Do you love me, Captain?’

Darish tahu dia harus mencari Daneena.
Jatuh cinta itu bukan mudah tapi dia yakin pada
takdirnya

Tunggu saya Daneena Durra kerana
awak adalah takdir saya.

5

Do you love me, Captain?

PROLOG

Takdir itu adalah garisan dan jalan

yang ditulis Al Khaliq. Lurus, berliku semuanya
sudah dicoret. Saat Allah katakan Kun Fa Ya
Kun… Siapa kita untuk menentang. Saat Allah
berbicara dialah jodoh kamu, siapa kita untuk
menghalang.

6

Sophilea

Jodoh itu bukan ditangan kamu dan dia
tetapi ditangan Al-Muqtadir DIA yang Maha
Menentukan.

Gadis itu menangis semahu-mahunya.
Berjalan tanpa kasut menyebabkan ranting-
ranting tajam melukakan tapak kakinya. Blouse
putih yang dipakai sedikit comot dengan kesan
tanah. Hujan renyai berubah menjadi lebat. Dia
kesejukan. Kiri kanannya hutan. Mencari jalan
atau mencari pertolongan, namun tiada siapa
yang kelihatan. Malam semakin pekat dan gelap.
Kakinya terus melangkah tanpa tujuan. Sesekali
kepalanya ditoleh ke belakang bagai takutkan
sesuatu.

Dari jauh gadis ini melihat cahaya. Dia
mendaki. Akhirnya berdiri di sebuah rumah.
Loceng ditekan namun tiada siapa yang muncul.
Ada ruang di sebelah pagar. Diloloskan dirinya
ke dalam.

‘Ya Allah Ya Muhaimin.. lindungilah
aku...’

Hatinya berbisik sendiri. Melangkah
perlahan. Yakin dengan garisan takdir yang
Allah kirimkan. Semoga langkahnya tidak

7

Do you love me, Captain?
tersalah lagi. Semoga hidupnya dilindungi dan
dipelihara.

Ya. Dia Daneena Durra. Entah takdir apa
yang telah mencampakannya ke mari. Mungkin
Allah mahu menguji imannya yang senipis
belahan rambut.

Daneena berdiri memandang sayup ke
bawah. Memandang krikil keras yang bisa
sahaja menghancurkan tubuhnya. Matanya
dipejamkan.

‘Daneena jangan lakukannya. Allah
cuma mahu menguji. Saat kamu mengikuti
telunjuk Iblis tiada haruman syurga untuk kamu
lagi.”

‘Allahuakbar.’

Daneena buka matanya. Dia masih
berdiri di tebing curam.

Daneena.. ujian ini cuma sezarah
kiriman Allah. Ada yang lebih besar dari ini
untuk kau hadap nanti.

8

Sophilea

Daneena terduduk menangis
semahunya.

9

Do you love me, Captain?

BAB 1

Kem TUDM Butterworth bingit

dengan bunyi helikopter Tentera Udara Di Raja
Malaysia yang melakukan latihan penerbangan
di ruang angkasa. Kem yang menjadi pengkalan
udara utama untuk TUDM ini sedang melakukan
latihan demi latihan demi memantapkan ruang
pertahanan udara negara.

10

Sophilea

Dua juruterbang TUDM segak
mengenakan flying suit hijau berdiri di bawah
terik matahari yang meninggi. Kaca mata hitam
dikenakan menutupi silau sang mentari.
Keduanya selalu buatkan mata anak-anak gadis
terpaku.

“All preparation yang kita buat aku
harap pihak atasan puas hati.”

Penat… letih semuanya bergabung
menjadi satu. Tapi mahu merungut pun banyak
manalah sangatkan kerana sudah ini tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan. Mahu atau
tidak ia wajib dijalankan.

“Jom..”

Darish berjalan beberapa langkah
mendahului Idlan yang segak dan berkarisma
sebagai seorang pegawai tentera udara Di Raja
Malaysia.

“Kau dah mohon cuti?” Idlan fokus
mengacau ketulan ais air teh limau di dalam
gelas. Tanpa mengadap Darish, dia tahu
sahabatnya mendengar soalan itu.

11

Do you love me, Captain?

Saat ini keduanya sedang duduk di
kerusi gerai makan Mak Cik Kiah usai latihan.

‘Cuti?” Berbulan rasanya dia tidak
bercuti kecuali hujung minggu. Itu pun boleh
dikira denga jari kalau tiada tugas.

“Dua hari je tapi aku tak balik Penang.
Aku nak balik rumah dekat Kuala Kedah.
Sebulan dah tak menjenguk. Entah habuk penuh
dah tu.”

Saat orang memilih membeli rumah di
bandar-bandar besar dia memilih mendirikan
rumah berhampiran pantai. Tanah yang dibeli
dari sahabat ayahnya semasa menjalani latihan
Kadet Udara dahulu. Dia suka tempat itu.
Berhampiran dengan laut. Berhampiran dengan
kawasan nelayan.

“Kau tengok cerita apa? Kusyuk sangat?
Bunyi macam cerita Korea je. Eh, sejak bila kau
terjebak dengan benda-benda K-POP ni?”

Dari tadi mata Idlan tidak lepas
memandang telefon bimbit.

12

Sophilea

“Crash Landing On You. Kisah perbezaan
budaya masyarakat Korea Utara dan Korea
Selatan. Satu negara digelar kapitalis dan satu
negara digelar komunis. Well, aku suka cerita ini
jodoh jatuh dari langit.”

Idlan ketawa. Dia bukanlah peminat
kisah cinta tapi cerita ini berunsurkan
ketenteraan walaupun yang utama ditonjolkan
adalah kisah cinta. Dia suka menonton sisi
kehidupan Korea Utara yang dikatakan terlalu
rahsia. Bagaimana mereka boleh hidup tanpa
gajet, tanpa internet dan tanpa sebarang
kemudahan. Tak ubah bagai hidup pada zaman
enam puluhan dulu yang sangat mentaati
pemerintah.

Darish ketawa. Sinis. Mengejek.

“Jodoh datang dari langit? Tak payah nak
merepek Idlan. Zaman khayalan… zaman mimpi
bolehlah.”

Bagi Darish pula, dia juga bukan peminat
cerita cinta apatah lagi drama Korea yang
padanya hanya memaparkan sisi kecil
penduduk sana.

13

Do you love me, Captain?

Setahun dia di negara itu masyarakat
Korea Selatan sebenarnya sangat berbeza
dengan apa yang ditonjolkan di kaca televisyen.
Sebab itu dia menyampah bila ada orang yang
terlalu fanatik dengan kumpulan penyanyi dari
Korea. Sekadar minat itu tak salah tapi kalau
sudah sampai taksub itu salah.

“Ketawalah Rish, jangan esok jodoh kau
keluar dari almari. Jodoh ni Rish bukan kat
tangan kita atau kat tangan kau atau kat tangan
aku. Tapi semua dah tertulis. Kau bercinta,
bertunang dengan orang lain boleh je jadi kau
kahwin pun dengan orang lain. Jangan main-
main dengan takdir Rish. Kun Fa Ya Kun Tuhan.
Ingat tu.”

Matanya masih memandang telefon
bimbit. Darish menggeleng. Sesekali matanya
dileretkan pada Mak Cik Kiah yang sibuk
membungkus nasi lemak pelanggan di meja
hadapan. Gigih ibu tunggal anak lima ini. Pernah
Mak Cik Kiah bercadang mahu jadikan Darish
menantu, tapi Darish cuma tersenyum. Anak
Mak Cik Kiah pun dia tidak kenal masakan mahu
menjadi menantu. Tidak pernah sekali pun dia
nampak anak Mak Cik Kiah yang kononnya ada
lima orang anak perempuan itu di gerai ini.

14

Sophilea

“Kau ini tengok Mak Cik Kiah macam dah
jatuh cinta pula.”

Darish menjeling. Mengerti gurauan
sahabat.

Hakikat jodoh ditentukan Tuhan bukan
di tangan manusia. Dia akur pada ketentuan
Tuhan. Namun hatinya masih berdoa semoga
Tuhan kirimkan jodoh yang mampu membuka
hatinya pada kasih sayang yang abadi.

Crash landing on you? Jodoh dari almari?
Ah tak masuk akal!

Bertalu-talu telefonnya berbunyi.
Akhirnya Darish mengalah. Jawab juga
meskipun hatinya sedikit dangkal.

“Yes Milia?”

“I ganggu?”

Soal satu suara di hujung talian.

“Sikit. I tengah buat kertas kerja untuk
mesyuarat petang ini. Anything?”

15

Do you love me, Captain?

“Tok mama tanya you balik tak petang ni.
Sebab you dah janji weekend nak balik.”

Darish mengeluh teringat janjinya
dengan Tok Mama.

“Minggu ini tak dapat Milia, I nak balik
rumah. Dah lama tak balik lagipun I nak ambil
beberapa barang penting kat rumah. Ada
dokumen kerja.”

Alasan? Dia pasti Milia hanya anggap dia
beralasan. Ah biarlah apa pun yang Milia nak
fikir.

“You dah janji kan Rish apa pula kata Tok
Mama nanti?”

“I bukan nak buat alasan tapi betul sebab
next week I kena pergi Subang. Dokumen tu
penting. Sorry Milia. Sampaikan salam I pada
Tok mama dan Tok abah. Milia.. I kena hang up
nak pergi meeting.”

“Em…macam tu lah you. Take care Rish.”

Darish tak membalas. Talian dimatikan.

16

Sophilea

Macam mana lagi dia nak buatkan Amilia
faham kalau dia cuba menolak jodoh ini. Mahu
berterus terang tapi dia tahu Amilia tak akan
mahu menerima.

Sakit kepala memikirkan perkara ini. Ini
namanya jodoh aturan keluarga.

Darish bingkas bangun bila ada anggota
bawahannya muncul dan mengingatkannya
tentang mesyuarat bersama Panglima Udara
pada petang ini. Ditinggalkan seketika
segalanya tentang Amilia dan Tok Mama.

Hatinya cuma rindu untuk balik
menjenguk rumah di atas bukit miliknya. Dia
rindu nak bau air laut. Dia rindu nak tengok
awan cantik dan mentari garang yang akan
terbenam di hujung garisan lautan.

Ya dia rindukan semua itu.

17

Do you love me, Captain?

BAB 2

Darish kemaskan pakaiannya

cukup untuk satu beg sahaja. Lagipun masih
banyak pakaiannya di rumah. Cuti pun tiga hari.
Cukuplah sekadar mahu rehatkan diri sebelum
menyertai kursus di Subang nanti.

Beberapa kali juga ibunya menelefon
bertanya sama ada dia mahu pulang ke Penang

18

Sophilea

tetapi jawapannya tetap sama. Hatinya terikat
mahu pulang ke Kuala Kedah.

Baju berkolar-T bewarna biru muda
dikemaskan dan dipadankan dengan seluar
jeans hitam. Kombinasi warna ini menyerlah
penampilannya dengan ton warna kulitnya yang
cerah.

Kaca mata hitam Rayband pula
dikenakan sebelum melangkah turun dari mass
bujang pegawai TUDM kem Butterworth ini.

Penampilannya walaupun simple tapi
memang kelihatan sangat segak sehingga orang
yang lalu disebelahnya akan memandang dua
kali. Figura seorang tentera memang buat ramai
orang terpesona.

Keretanya dipandu menghala ke Sungai
Petani sebelum terus ke Kuala Kedah. Dia suka
suasana kampung di situ. Dia suka
masyarakatnya yang ramah dan baik.

Teratak banglo miliknya tersergam
indah. Sebelum ini rumah itu dijaga rapi oleh
pembantu, namun Cik Milah terpaksa berhenti
kerja akibat masalah kesihatan. Darish akur.
Sesekali kalau dia balik dia akan minta jiran

19

Do you love me, Captain?

berdekatan carikan orang untuk mengemas
rumahnya. Rumah yang dibina tidaklah sebesar
mana, dua tingkat bercirikan seni bina Inggeris.
Dikelilingi pagar kayu yang dicat warna coklat
muda. Tidak perlu risau tentang pencuri kerana
masyarakat di situ sangat prihatin meskipun
rumahnya sedikit ke atas bukit.

Pagar automatik terbuka. Darish
memandu sehingga ke garaj kereta yang terletak
di sebelah kanan rumah.

Melangkah keluar dari kereta, dia terus
menghirup bayu blue lagoon yang segar.
Seketika kemudian, Darish melangkah pula ke
belakang rumah. Dari rumahnya yang terletak
di atas bukit, jelas dia nampak perkampungan
nelayan dan jeti nelayan di bawah sana. Dari kiri
rumahnya pula kelihatan laut lepas yang
sentiasa berombak. Saat petang mentari merah
akan kelihatan di hujung garisan lautan. Itulah
suasana yang paling dia suka saat berada di sini.
Melihat dan memandang mentari saat
tenggelam. Mentari itu memancarkan rona
warna yang sangat cantik. Indah.

Hampir lima minit berdiri, Darish
melangkah masuk. Teralik sebentar tadi melihat
ciptaan Allah yang indah.

20

Sophilea

Pintu dibuka. Beg bajunya diletakkan di
atas sofa putih lantas tubuhnya dihenyakkan ke
situ. Melepaskan lelah buat seketika. Matanya
dipejamkan mencari ketenangan. Nikmat yang
tidak terkata apabila berada di teratak miliknya
ini.

Kelopak matanya dibuka memandang
setiap inci ruang di sekelilingnya. Seperti ada
yang tidak kena baginya.

Darish bingkas bangun dan melangkah
ke televisyen. Satu jarinya mencolek di atas
permukaannya. Pelik. Tiada habuk. Sedangkan
sebulan dia tidak ke mari.

Darish cuba mengabaikan perasaan
peliknya. Belum sempat suis televisyen dipetik
bunyi sesuatu dari arah biliknya kedengaran di
tingkat atas.

Hati Darish berdebar-debar. Pelbagai
perasaan bermain dalam fikirannya namun dia
cuba bertenang. Kalau pencuri atau perompak
dia sudah bersedia dengan seni
mempertahankan dirinya.

Kakinya melangkah berhati-hati menuju
ke arah bunyi yang didengarinya tadi.

21

Do you love me, Captain?

Bismillahirahmanirahim. Pintu bilik di
kuak. Sunyi sepi. Tapi ada sesuatu yang
mencurigakan. Seingatnya dia tinggalkan rumah
ini, bilik itu dengan pintu gelangsar tertutup
rapat. Berkunci. Tapi kenapa….

Matanya memandang pintu gelangsar
biliknya yang mengadap pantai. Nampaknya
seperti ada orang yang telah menyentuhnya. Ia
terbuka sedikit.

Kakinya melangkah ke bilik air pula.
Kosong.

Memang tidak syak lagi. Dia yakin pasti
ada orang yang telah menceroboh masuk ke
rumahnya melalui pintu ini.

Matanya memandang ke arah almari
besar pasang siap yang dipasang di dinding
kanan bilik. Sedikit terbuka juga.

Darish melangkah perlahan-lahan dan
berhati-hati. Sebaik sahaja pintu almari dibuka,
seorang gadis memandang dirinya.

Dua pasang mata bertemu pandang.
Masing-masing terkejut.

22

Sophilea

Terngiang-ngiang kata-kata Idlan.
‘Jodoh turun daripada langit’. Dia cuba menepis
ayat sumpahan itu. Mustahil. Sememangnya di
depannya ialah seorang wanita cantik.

“Siapa awak dan apa yang awak buat
dalam almari baju saya?”

Suaranya kuat. Lengan gadis itu ditarik
kasar. Gadis itu sedikit meronta.

“Tolong saya Tuan, saya bukan orang
jahat.”

“Awak buat apa kat rumah saya?
Pencuri? Spy? Atau…” Darish seperti hilang kata.
Takkan wanita cantik sebegini jadi orang jahat.

Belum sempat Darish meneka, Daneena

Durra cepat-cepat bangun dari
persembunyiannya. Keluar dari celah baju-baju
Darish yang tergantung di dalam almari besar

ini.

Lengannya masih digenggam kuat oleh
Darish. Mata Daneena mula berair. Merah
menahan tangis.

23

Do you love me, Captain?

“Awak buat apa dalam rumah saya dan
macam mana awak boleh masuk ke sini? Atau
saya call polis dan sumbat awak dalam penjara?”
Memang kejam ayatnya tetapi dia sendiri mati
akal kenapa dan bagaimana gadis ini berada di
dalam rumahnya sedangkan rumahnya sudah
terkunci rapi. Darish yakin dia tidak pernah lalai
mengunci setiap sudut pintu dalam rumah ini
sebelum meninggalkannya.

Matanya tajam memandang gadis
memakai kemeja putih dan seluar jeans biru ini.
Ada tanda luka diwajahnya. Keningnya berdarah
sikit.

“Saya bukan pencuri.”

“Oh habis tu awak nak saya sebut apa
sekarang ni? Tetamu yang tak diundang…atau
pun jodoh yang keluar dari almari baju?”
Terkeluar juga perkataan jodoh itu daripada
mulutnya.

Daneena menunduk. Dia tahu dia
bersalah.

“Saya bukan pencuri…saya…saya…
Nama saya Daneena. Daneena Durra. Encik..
Tuan.. saya tak tipu. Tolong percayakan saya.”

24

Sophilea

Daeena minta simpati kepada jejaka di
depannya. Dia tidak tahu apa lagi yang boleh
diucapkan untuk meyakinkan empunya teratak
yang telah membawanya ke sini. Dia yakin inilah
tuan rumahnya.

Pergelangan tangan Daneena sakit
digenggam kuat oleh Darish. Mutiara jernih
bergenang dijuring mata. Dia mohon dikasihani
dan dimengerti perasaanya tanpa menceritakan
masalah yang membelenggu.

“Now tell me apa awak buat dalam
rumah saya spesifiknya dalam almari baju saya
dan macam mana awak boleh masuk rumah ini
tanpa kunci? Tell me now sebelum saya bawa
awak pergi balai polis.” Darish cuba berlembut
tetapi tegas.

Daneena Durra tarik nafas dalam-
dalam. Matanya dipejam seketika. Dibuka dan
dia beranikan diri memandang Darish yang
hanya dua inci di hadapannya.

‘Ya Allah.. selamatkanlah aku. Aku tidak
mampu berkata apa-apa. Ya Allah lembutkanlah
hatinya supaya mempercayai aku.’ Daneena
berdoa di dalam hati. Dia tidak kuat. Tapi dia
yakin lelaki di depan ini mampu melindunginya.

25

Do you love me, Captain?
"Bisu... atau awak nak polis yang soal
awak baru nak cakap?"
Daneena pandang wajah Darish.
Memohon simpati. Tiba-tiba dia melutut. Darish
tergamam seketika.
“Saya merayu Tuan…saya minta simpati.
Tolong jangan bawa saya ke balai polis. Demi
Allah saya cuma tumpang berteduh dan
kebetulan pintu belakang rumah Tuan tak
berkunci. Saya tak ambil satu barang pun. Saya
mohon kesiankan saya.”
Daneena menangis.
Darish kalut.

26


Click to View FlipBook Version