The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Raja Azri Mursyid, lelaki ini sukar diduga tindakannya. Entah apa sebab dia menerima Nadhia Kasyrani yang membencinya sebagai isteri. Bagi Nadhia, dia tidak perlukan sesiapa untuk menjaganya. Dia sudah cukup matang berdiri sendiri selepas kematian ibu bapanya.

“Aku tak perlukan sesiapa dalam hidup aku walaupun seorang suami, Asyid.” Angkuhnya bicara Nadhia. “Aku terima kau bukan kerana nafsu, harta atau kecantikan kau, Dhia.”-Mursyid.

Menerima Mursyid kerana hormat dan patuh pada bapa saudara yang menjaganya buatkan hati Nadhia memberontak. “Kau tengoklah apa aku nak buat bila kau dah jadi isteri aku.” Ugut Mursyid. “Kau ingat aku takut dengan kau.”

Saat selepas perkahwinan, bila Mursyid membawa Nadhia jauh dari kota besar ke tempatnya mengajar di satu sudut alam yang mendamaikan hati, Nadhia mula berubah. “Tempat ni cantik Dhia, sebab tu aku tak mahu berganjak dari sini. Tapi bila kau datang tempat ini jadi lebih indah.”

Mursyid cuba merubah jiwa Nadhia yang tandus seperti sahara kepada sebuah hati yang sejuk bagai glasier. “Dosa aku banyak pada kau, Asyid. Mungkin Allah dah temukan aku dengan jodoh yang paling sempurna.” "Aku sayang kau Dhia." Lafaz Mursyid dalam satu pelukan. Saat senyuman Mursyid dan Nadhia bersatu, saat jiwa dan hati mereka menyatu, cinta itu tetap ada dugaannya. Tetap sahaja ada rintangannya. Cinta itu milik kita dan akan tetap menjadi milik kita selamanya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iamja77, 2021-05-31 22:07:59

Promo Adanya Dhia

Raja Azri Mursyid, lelaki ini sukar diduga tindakannya. Entah apa sebab dia menerima Nadhia Kasyrani yang membencinya sebagai isteri. Bagi Nadhia, dia tidak perlukan sesiapa untuk menjaganya. Dia sudah cukup matang berdiri sendiri selepas kematian ibu bapanya.

“Aku tak perlukan sesiapa dalam hidup aku walaupun seorang suami, Asyid.” Angkuhnya bicara Nadhia. “Aku terima kau bukan kerana nafsu, harta atau kecantikan kau, Dhia.”-Mursyid.

Menerima Mursyid kerana hormat dan patuh pada bapa saudara yang menjaganya buatkan hati Nadhia memberontak. “Kau tengoklah apa aku nak buat bila kau dah jadi isteri aku.” Ugut Mursyid. “Kau ingat aku takut dengan kau.”

Saat selepas perkahwinan, bila Mursyid membawa Nadhia jauh dari kota besar ke tempatnya mengajar di satu sudut alam yang mendamaikan hati, Nadhia mula berubah. “Tempat ni cantik Dhia, sebab tu aku tak mahu berganjak dari sini. Tapi bila kau datang tempat ini jadi lebih indah.”

Mursyid cuba merubah jiwa Nadhia yang tandus seperti sahara kepada sebuah hati yang sejuk bagai glasier. “Dosa aku banyak pada kau, Asyid. Mungkin Allah dah temukan aku dengan jodoh yang paling sempurna.” "Aku sayang kau Dhia." Lafaz Mursyid dalam satu pelukan. Saat senyuman Mursyid dan Nadhia bersatu, saat jiwa dan hati mereka menyatu, cinta itu tetap ada dugaannya. Tetap sahaja ada rintangannya. Cinta itu milik kita dan akan tetap menjadi milik kita selamanya.

Keywords: Sophilea

Adanya
Dhia

Sophilea, 1981
ADANYA DHIA/Sophilea
1. Malay fiction.
BOOK – MEI 2016
EBOOK - JUN 2020
Teks : ©Sophilea
Penerbitan : ©Tinta Global Enterprise
www.tintaglobal.com.my
Konsep muka : Mya Asyaari
Suntingan : Marfuza Zainal Abidin
Proofread: Ismaiza Ismail

EBOOK INI ADALAH BERBAYAR. TIDAK DIBENARKAN SEBARANG
PENYEBARAN MELALUI EMAIL, WHATSAPP, MEDIA SOSIAL ATAU

SEBARANG BENTUK MEDIA YANG LAIN.

Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian dalam buku ini boleh diterbitkan semula atau
disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa juga bentuk dengan

sebarang bantuan alat kecuali diberi keizinan oleh penulis

Love is not about how
much you say ‘I love
you,’ but how much you
can prove that it’s true

Perpustakaan Negara Malaysia-
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Sophilea,1981
Adanya Dhia/Sophilea
ISBN 978-967-13618-4-9
1.Malay fiction.

Edisi 1 – Mei 2016

Teks : ©Sophilea
©Mazni Othman
Penerbitan : Suraya Nadia/Sophilea
Kina / ‘A.Humaira
Konsep muka :

Suntingan :

Penerbit dan edaran:
Mazni Binti Othman (Sophilea)
133 Jalan Bukit Puteri 11/5
Hill Park, Bandar Puteri Jaya
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 019-466 9188 / 04-4241191

Dicetak oleh:
Precious Print Sdn Bhd
No. 28, Jalan SC 5/B
Pusat Perindustrian Sg Chua
43000 Kajang, Selangor.

Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian dalam buku ini boleh diterbitkan semula atau
disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa juga bentuk
dengan sebarang bantuan alat kecuali diberi keizinan oleh penulis.
Watak-watak dalam novel hanyalah imaginasi penulis tiada kaitan
dengan yang hidup atau yang mati.



Sophilea

Buat kamu yang teristimewa...
Terima kasih kerana terus menyokong...tetap berada
bersama dalam naik turunnya saya, tetap sudi membaca

naskhah yang tidak sepertinya ini…
Tanpa kamu, saya bukan sesiapa...

Adanya Dhia

Raja Azri Mursyid, lelaki ini sukar diduga
tindakannya. Entah apa sebab dia menerima Nadhia
Kasyrani yang membencinya sebagai isteri. Bagi Nadhia,
dia tidak perlukan sesiapa untuk menjaganya. Dia sudah
cukup matang berdiri sendiri selepas kematian kedua ibu
bapanya.

“Aku tak perlukan sesiapa dalam hidup aku
walaupun seorang suami, Asyid.” Angkuhnya bicara
Nadhia.

“Aku terima kau bukan kerana nafsu, harta atau
kecantikan kau, Dhia.” - Mursyid.

Menerima Mursyid kerana hormat dan patuh pada
bapa saudara yang menjaganya membuatkan hati Nadhia
memberontak.

“Kau tengoklah apa aku nak buat bila kau dah jadi
isteri aku.” Ugut Mursyid.

“Kau ingat aku takut dengan kau.”
Saat selepas perkahwinan bila Mursyid membawa
Nadhia jauh dari kota besar ke tempatnya mengajar di
satu sudut alam yang damai, hati Nadhia mula berubah.

Sophilea

“Tempat ni cantik Dhia sebab tu aku tak mahu
berganjak dari sini. Tapi bila kau datang tempat ini jadi
lebih indah.”

Mursyid cuba merubah jiwa Nadhia yang tandus
seperti sahara kepada sebuah hati yang sejuk bagai
glasier.

“Dosa aku banyak pada kau, Asyid. Mungkin
Allah dah temukan aku dengan jodoh yang paling
sempurna.”

Saat senyuman Mursyid dan Nadhia bersatu,
saat jiwa dan hati mereka menyatu cinta itu tetap ada
dugaannya.

Tetap sahaja ada rintangannya.

Cinta itu milik kita dan akan tetap menjadi milik
kita selamanya.

Adanya Dhia

PROLOG

Saat aku mengenali kamu, aku pernah terdetik
suatu rasa...tapi rasa itu aku kuburkan kerana

kamu bukan seperti yang aku fikirkan. Aku
menyenangi kamu tapi aku gagal membunuh rasa

benci pada kamu.
Raja Azri Mursyid...sungguh aku keliru.
Menerima kamu bererti aku kalah. Menolak kamu
bererti aku derhaka. Berada di persimpangan
diantara benci dan sayang buatkan aku

membenci diriku sendiri.
Tuhan...

Kenapa KAU pilih dia untuk aku. Sakitnya
kehilangan tidak pernah sembuh lukanya dari

1

Sophilea
hati. Dan sekarang KAU ‘Anugerahkan’ pula aku
dengan lelaki yang paling aku benci seumur hidup

aku.
Tuhan...
Aku tahu aku bukan HambaMu yang baik namun
aku berhak untuk meminta. Aku berhak untuk
memiliki kebahagiaan.

Nadhia pandang ke bawah. Rumput-rumput hijau
nampak cantik dipotong dan dikemaskan Pak Akob pagi
tadi. Dia pandang pula awan gemawan di lantai langit.
Bagaikan kepulan asap yang membentuk ombak di
lautan.

Air matanya mengalir di pipi. Disekanya perlahan.
‘Andai waktu mampu berputar kembali, aku ingin sekali
pergi bersama mereka. Pergi yang tak akan kembali lagi.’

2

Adanya Dhia

BAB 1

Nadhia pandang wajah ibu dan bapa saudaranya

silih berganti. Kemudian pandangannya jatuh pada
seraut wajah yang duduk berhadapan dengannya.

“Perlukah?” Dia bertanya tapi tiada siapa yang
mahu menjawab.

“Dhia tanya perlukah?” Suaranya ditinggikan
sedikit. Matanya tajam merenung satu demi satu wajah
di hadapannya.

“Dhia kena faham.” Acu Farid bersuara perlahan.
“Faham apa? Dhia tak faham. Boleh Acu explain,
apa perlunya Dhia ikut semua ini?”
Farid dan Ranisa berpandangan sesama sendiri.

3

Sophilea

Kemudian pandangan mata mereka jatuh kepada wajah
lelaki di hadapan mereka.

“Acu tak faham dengan Dhia. Acu rasa Acu dah
explained everything from A to Z. Kenapa susah sangat
untuk Dhia terima.”

“Explained apa Acu. Acu nak Dhia korbankan
hidup Dhia dengan...dengan...” Mata Nadhia memandang
Raja Azri Mursyid.

“Kalau tak nak, saya pun tak teringinlah.” Lelaki
di hadapannya bersuara.

Pantas Nadhia memandang. Kali ini matanya
bulat. Bagai mahu menerkam Mursyid bila-bila masa
sahaja.

“Yang kau sibuk nak bercakap kenapa? Aku tak
tanya kau pun!”

“Nadhia! Tak baik cakap macam itu.” Farid
bersuara sedikit meninggi. Sekalipun tak suka, Nadhia
tak perlu meninggikan suara sebegitu kepada Raja Azri
Mursyid. Dia dan isteri yang menjemput Mursyid ke
mari, apapun lelaki itu tetap tetamu dalam rumah ini.

“Yang dia sibuk sangat nak bercakap tu
kenapa?” Nadhia bermain-main dengan kain alas meja.
Kedatangan mereka bertiga tak pernah di undang. Dia
cuba meminta simpati Ranisa tapi isteri ayah saudaranya
itu juga bagaikan sudah berpakat.

“Dhia, Acu dan Mak Su buat semua ini untuk

4

Adanya Dhia

kebaikan Dhia. Dhia kena faham, Dhia bukan budak
kecil lagi.” Farid berhenti seketika. Fresh orange di
dalam gelas diminum sedikit.

“Dhia dah besar, Acu. Dhia boleh jaga diri sendiri.
Dhia tak perlukan orang lain untuk jaga Dhia.”

Wajahnya dibuang pandang ke arah lain. Tiba-tiba
matanya menangkap gambar yang tergantung di dinding.
Gambar arwah mama dan papanya. Berbelas tahun
keduanya meninggal. Berbelas tahun juga rindunya
menggunung.

“Dhia jangan degil. Ini keputusan Acu. Tolonglah,
Acu dah penat nak gaduh dengan Dhia. Dhia tak nak
duduk dengan Acu, okey Acu terima. Acu biarkan Dhia
duduk dengan Mak Iti sampai Dhia besar macam ini.
Sekarang ini bila Acu nak buat sesuatu yang terbaik
untuk kehidupan Dhia, Dhia menolak. Dhia ingat Dhia
dah besar sangat sampai semua Dhia nak lawan?”

Mungkin kesabaran Farid pada Nadhia sudah
melebihi batas. Dari kecil Nadhia memang suka
melawan. Dia sahaja yang betul tanpa mahu ikut cakap
orang lain. Mujur isterinya seorang yang penyabar.
Setiap hari berulang alik ke mari menjenguk Nadhia.
Sedari umur Nadhia 12 tahun, dia tinggal sendiri dengan
pembantu rumah dan tukang kebun. Sudah puas Farid
mengajaknya tinggal sekali, tetapi Dhia tetap enggan.
Sering melawan kata-katanya.

Nadhia Diam. Dia sakit hati bila Acu Farid
memarahi dia di hadapan Raja Azri Mursyid. Farid

5

Sophilea

mendengus seketika.

“Acu nak semua ini berjalan tanpa bantahan.
Cukuplah berbelas tahun Acu ikut cakap Dhia. Kali ini
Dhia pula kena ikut cakap Acu.” Farid berlalu. Ranisa
mengikutinya dari belakang.

“Dhia...fikirkan ye...Mak Su dan Acu lakukan
semua ini untuk kebaikan Dhia.” Ujar Ranisa sebelum
berlalu.

“Acu jahat. Acu tak sayang Dhia. Baik Dhia ikut
mama dan papa mati.” Nadhia menjerit.

“Ha eloklah doa nak mati. Amal ibadat dah cukup
ke?”

Nadhia pandang Mursyid tajam.

“Amal ibadat aku, tak ada kena mengena dengan
kau. Kau ingat kau handsome sangat sampai aku nak
buat laki?”

Raja Azri Mursyid ketawa kecil.

“Habis tu kau ingat kau cantik sangat sampai aku
teringin nak buat bini? Eh, cikgu-cikgu kat sekolah aku
tu lagi cantik tahu tak. Tambah-tambah cikgu praktikal.
Model pun kalah.”

Raja Azri Mursyid tidak mahu mengalah juga.
Baginya pewaris tunggal Bina Emas ini kadang-kadang
harus diajar. Musuhnya sedari kecil lagi.

“Habis tu apasal kau tak kahwin saja dengan

6

Adanya Dhia

cikgu-cikgu tu. Apahal aku juga yang kau cari?”

“Wah, tak ingin aku cari kau. Kalau tak sebab Acu
Farid beria-ia minta aku kahwin dengan kau, aku pun tak
naklah.”

“Baguslah kalau kau tak nak...tak payah semak
kepala otak aku.”

Raja Azri Mursyid pandang gadis bertocang satu
di hadapannya ini. Memang berlagak gila.

“Kau tak nak kahwin dengan aku, kau cakap
sendiri. Settle sendiri dengan family kau. Aku malas nak
masuk campur. Tapi bila kau dah jadi bini aku nanti kau
tahulah langit tu tinggi ke rendah.” Raja Azri Mursyid
sudah tersenyum-senyum.

Nadhia ambil bantal sofa dan dibalingkan ke arah
Mursyid. Cepat-cepat Mursyid menangkapnya.

“Kau ini nak main baling-baling tunggulah nikah
dulu. Aku siap boleh baling kau atas katil...sure kau suka
punya.”

Nadhia menahan marah.

“Kau apahal nak cakap macam tu?”

“Kan aku dah cakap kau tu penakut. Mana berani
kau nak kahwin dengan aku. Standard kau kahwin
dengan mat bangla saja lepas tu balik Bangladesh sana.”

“Kau ini dah melampau. Kau ingat kau tu hebat
sangat. Setakat kerja cikgu je pun. Tak payah nak

7

Sophilea

berlagak.”

Mursyid ketawa.

“Kan aku dah cakap kau takut nak kahwin dengan
aku. Kau ini kan setakat cakap macam ini beranilah.”

“Kau ingat aku tak berani kahwin dengan kau.
Okey aku sambut cabaran kau, dua minggu lagi kita
nikah. Aku nak tengok siapa takut dengan siapa.”

Sebiji lagi bantal sofa dibaling ke arah Mursyid.
Belum sempat Nadhia melangkah meninggalkan
Mursyid, dia terdengar suara Mursyid yang ketawa.

“Lepas kahwin esok siaplah kau, aku bawa tempat
aku mengajar hujung tanjung. Padan muka kau, internet
pun tak ada. Mengadaplah muka aku ni hari-hari.”

“Tak kuasalah aku nak ikut kau.” Nadhia menjerit
sambil terus ke tingkat atas, Raja Azri Mursyid masih
terus ketawa di sofa.

Ranisa masuk ke dalam bilik Nadhia. Biliknya
cukup luas. Bilik tidur utama. Sejak kakak ipar dan
abang iparnya meninggal, sinilah tempat Nadhia beradu.
Ranisa akui Nadhia seorang anak gadis yang kuat
semangat. Dia kehilangan kesemuanya sekali serentak.
Ibu, bapa, nenek dan datuk. Yang tinggal cuma Farid
seorang. Mungkin kerana apa yang terjadi membuatkan
Nadhia kuat. Jarang sekali Ranisa melihatnya menangis.

“Dhia…”

Ranisa panggil lembut. Nadhia yang sedang

8

Adanya Dhia

termenung di jendela berpaling.

“Masuklah Mak Su.”

Ranisa berjalan perlahan menghampirinya.

“Dhia marahkan Acu?”

Nadhia menggeleng. Kenapa Dhia harus marah.
Acu Faridlah satu-satu saudaranya yang masih ada.

“Tak, cuma Dhia tak faham kenapa Dhia tak boleh
cari jodoh Dhia sendiri. Dhia dah besar, Mak Su. Selama
ini Dhia hidup seorang diri. Dhia ada Mak Iti, Pak Akob,
Acu dan Mak Su. Tak bolehkah Dhia teruskan hidup
macam ini je?”

Nadhia pandang wajah Ranisa. Bukan dia mahu
membantah, cuma dia rasa macam tak logik. Perkahwinan
paksa. Macam cerita drama dan novel.

“Acu dan Mak Su tidak memaksa cumanya Dhia
kena faham, kalaulah apa-apa jadi pada kami, siapa nak
tengok-tengokkan Dhia? Mak Iti dengan Pak Akob tu
umur mereka bukan menongkat dunia. Itu yang Dhia
kena faham.”

Nadhia mendengar. Dhia faham niat dan maksud
semua orang.

“Tapi kenapa mesti Mursyid? Kenapa tak Johan
anak kawan arwah papa. Mursyid tu guru saja, Mak Su.
Macam mana dia nak jaga Dhia?”

“Kenapa Mursyid bukan pilihan Dhia? Dhia…

9

Sophilea

harta dan kekayaan ini tak boleh bawa mati pun. Ada
sebab kenapa kami mahukan Mursyid yang jaga Dhia,
jadi suami Dhia, kenapa tidak Johan atau Fahmi anak
kawan arwah. Padahal pada pandangan Dhia, mereka
jauh lebih layak berganding dengan Mursyid kan?
Nadhia Kasyrani pewaris Bina Emas. Satu hari nanti
Dhia akan faham kenapa Acu lakukan semua ini.”

Belakang Nadhia diusap perlahan. Kasihnya pada
Nadhia sangat mendalam.

Nadhia diam seketika. Menangis tidak, gembira
pun tidak.

“Bagi Dhia ruang untuk fikir dulu, Dhia perlukan
waktu.”

Ranisa mengangguk.

“Mak Su tahu Nadhia Kasyrani seorang yang
bijak, Nadhia anak yang baik. Nadhia akan fikir dengan
sebaik-baiknya dan buat keputusan yang betul.”

Ranisa bangun. Dia keluar dari bilik Nadhia.

“Macam mana?” Farid menyoal sebaik sahaja
isterinya muncul.

“Bagi Dhia masa. Bukan mudah Dhia nak terima.
Mursyid...Mak Su tahu Nadhia tu degil, keras kepala,
panas baran cuma Mak Su minta Mursyid bersabar
sedikit.”

Ranisa pandang wajah Raja Azri Mursyid yang
masih duduk di sofa.

10

Adanya Dhia
“Mak Su jangan risau, Asyid tahu apa yang Asyid
perlu lakukan. Dia tidak sekeras mana Mak Su. Batu
pun lama-lama ditimpa air, lekuk juga. Inikan pula hati
manusia.”
Ranisa berbalas pandangan dengan Farid. Mereka
tersenyum. Mursyid pandang ke tingkat atas. Nadhia
berdiri di palang kaca. Mursyid senyum.
‘Siaplah kau nanti.’

“Apasal kau tak nak kahwin pula? Kan aku sahut
cabaran kau lagi dua minggu kita kahwin?”

Nadhia lemparkan batu-batu kecil ke dalam kolam
ikan. Mahu diberi makan, petang tadi Pak Akob dah bagi
makan.

“Kau campak batu dalam kolam tu, kau ingat
ikan-ikan yang kau bela tu semua ikan pirana ke?”

Nadhia menjeling.
“Suka hatilah aku nak bagi makan batu ke, cheese
cake ke.”

11

Sophilea

“Kalau cheese cake aku pun nak.”

“Kau boleh jawab tak soalan aku?” Nadhia
letakkan batu di tepi. Tak jadi dia nak lontar ke dalam
kolam. Dia berpaling. Berjalan dan duduk berhadapan
dengan Mursyid.

“Aku dengar soalan kau. Macam inilah, aku tak
nak kita kahwin sebab terpaksa lepas tu bercinta bagai
nak rak macam dalam novel tu.”

Belum sempat Mursyid sambung, Nadhia
mencelah.

“Kau baca novel ya. Lupa…kau kan guru.” Nadhia
senyum sinis. Perlilah tu.

“Aku suka baca novel tak ada kena mengena
dengan kerjaya aku sebagai guru. Kau kenapa nak
babitkan kerja aku pula?”

Nadhia ketawa. Dari dulu Mursyid memang
pantang kalau ada yang memperkatakan tentang cita-cita
dia nak menjadi guru.

“Eh, kau pandai hari ini pun sebab cikgu tahu tak?
Guru taraf dia tinggi tau. So tolong appreciate sikit ya.”

Lagi kuat ketawa Nadhia.

“Memanglah sebab cikgu tapi bukan cikgu yang
namanya Raja Azri Mursyid.”

“Kau ni merepek apa?” Sebatang kayu dihayunkan,
kena kaki Nadhia.

12

Adanya Dhia

“Sakitlah...okeylah back to our main point..so
kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?”

Nadhia ini, dia pula yang beria-ia. Pagi semalam
bukan main lagi membantah.

“Kan aku dah cakap aku tak nak kahwin paksa
macam dalam novel itu. Lepas tu kau jatuh cinta dengan
aku separuh nyawa.”

“Kau ini kan, aku dah setuju kau pula banyak
kerenah. Habis tu kau nak buat macam mana?”

Nadhia pandang Mursyid dengan matanya yang
dikecilkan.

‘Handsome juga guru matematik ini.’

“Aku nak deal yang kita bukan kahwin paksa.”

“Tak pernah dibuat orang. Kau nak tulis MoU
pula cakap kita bukan kahwin paksa? Habis tu nak cakap
dekat semua orang kita kahwin sebab memang dah jatuh
cinta gila-gila?”

Nadhia berpeluk tubuh.

“Tak adalah sampai kena buat MoU, cumanya aku
nak kau cakap kau bukan terpaksa terima aku.”

“Kau nak apa sebenarnya Asyid?”

“La...susah sangat ke nak cakap kita kahwin bukan
sebab terpaksa?”

Mursyid pula kecilkan mata memandang Nadhia.

13

Sophilea

“Suka hati kaulah. Aku malas nak layan. Kau nak
kahwin dengan aku, silakan kalau tak nak aku tak kisah
pun. Aku suka, dengan berbesar hati aku terima. Tapi
silakan bagitahu sendiri pada Acu Farid dan Mak Su
Ranisa kau yang reject aku. Macam mana deal?” Nadhia
merencana sambil menghulurkan tangannya.

“Minta maaflah kalau kau nak aku setuju dengan
cadangan kau tu.” Mursyid hanya membiarkan tangan
Nadhia tidak bersambut. Takkan pula dia nak setuju
dengan rancangan Nadhia.

“Ei… suka hati kaulah. Dari aku cakap dengan
kau baik aku cakap dengan ikan-ikan dalam kolam tu.”

Nadhia angkat kaki meninggalkan Mursyid yang
masih berada di tepi kolam. Tiba-tiba Mursyid tersenyum
sendiri.

‘Dhia...aku akan buat kau untuk jatuh cinta dengan
aku. Percayalah.’

Mursyid bangun. Dia pun mahu ke bilik. Esok
pagi dia kena balik ke rumah orang tuanya sebelum
kembali ke daerah dia mencurah bakti.

Masuk ke rumah dia terserempak dengan Nadhia
yang baru keluar dari dapur.

‘Ingatkan dah tidur dah.’

Nadhia buat-buat tidak nampak Mursyid dan terus
berlalu ke tingkat atas.

‘Nadhia Kasyrani lagi dua minggu siap kau.’

14

Adanya Dhia

BAB 2

“Asyid, Macam mana? Dah habis fikir dah?

Kenapa terburu-buru sangat? Dua minggu mana sempat
ibu nak siapkan apa-apa.”

Raja Marina pandang anak ketiganya ini. Bila
tempoh hari Mursyid dipinang Dato’ Farid dan Datin
Ranisa, mereka sekeluarga terkedu. Memanglah dari
Nadhia sebesar tapak tangan mereka semua sudah saling
mengenali tetapi terkejut kerana anak lelaki mereka
bukan siapa-siapa.

Cuma seorang cikgu sekolah menengah
sedangkan Nadhia Kasyrani waris tunggal Bina Emas
sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan yang besar.
Mereka sebenarnya ragu-ragu untuk menerima pinangan
tersebut kerana mereka tahu sedari kecil Nadhia dan

15

Sophilea

Mursyid sering bertengkar.

“Dah Dhia yang nak macam itu ibu. Syid ikut saja.
Lagi cepat lagi bagus. Biar menangis syaitan bila anak
Adam nak membina masjid. Lagipun Dhia yang nak
sangat kahwin dengan Asyidkan, so biarlah.”

Mursyid sedang bermain-main dengan anak
kucing yang baru berusia 3 minggu. Kucing baka parsi
yang Datin Ranisa hadiahkan untuk adiknya dahulu.
Dia dan Raja Marina sedang duduk di anjung rumah.
Ayahnya Raja Alaudin masih belum pulang.

“Macam tak logik pula Nadhia beria-ia nak
kahwin dengan Asyid. Bukan Dhia tu musuh Asyid ke?”

Tangan yang bermain dengan anak kucing terhenti
seketika. Mursyid tersenyum, memang dia bagitahu
semua ahli keluarganya yang Nadhia yang tidak sabar-
sabar berkahwin dengannya. Kan dah buat perjanjian
bukan kahwin paksa.

“Betullah ibu, tiba-tiba Dhia jatuh cinta dengan
Asyid. Nak kata apa lagi.”

Anak kucing parsi warna kelabu dilepaskan
kembali ke dalam sangkar.

“Suka hatilah. Esok jangan lupa singgah rumah
Cho dan ende bagitahu diaorang.”

Sedikit sebanyak Raja Marina lega bila semua
majlis ditanggung Dato’ Farid. Segan juga mereka
mulanya. Ialah yang nak kahwin tu anak lelaki mereka,

16

Adanya Dhia

orang lain pula yang keluarkan belanja. Tapi duit
hantaran tetap Mursyid yang sediakan walaupun tidak
seberapa berbanding kekayaan Nadhia.

“Cho dah balik ke ibu?”

Ingatannya kembali kepada adik perempuan
ayahnya yang selalu keluar Negara menjalankan urusan
perniagaan. Seorang lagi adik perempuan ayahnya ende
Azrina cuma suka duduk di rumah. Dia punya darah dari
kerabat Diraja Perak dari sebelah ayah dan ibunya. Ayah
dan ibunya bersepupu. Jadi salasilah mereka itu tidak ke
mana.

“Dah balik. Semalam Cho telefon ibu. Tanyakan
pasal kahwin Asyid. Ibu saja yang tak berani cakap apa-
apa lagi sebab belum ada keputusan rasmi.”

Sesekali lipat kain di serambi anjung rumah
macam ini seronok juga. Bukan mereka tidak ada rumah
di bandar tapi suaminya lebih suka tinggal dalam suasana
kampung. Kerana itu bila mereka beli dusun ini, terus
ditebang beberapa batang pokok durian dan rambutan
untuk dijadikan tapak rumah.

Akhirnya villa kecil ini terbina. Malam-malam
kalau suaminya tak ada sunyi juga. Sekeliling rumah
berpagar bimbang pencuri dan penceroboh apatah lagi
jiran-jiran sedikit jauh dari kediaman mereka.

“Kahwin ini susah tak ibu?” Mursyid mula
menyoal. Dalam berani-berani dia ada juga terselit rasa
takut.

17

Sophilea

Angin malam mula terasa sejuk. Baru pukul 9.30
malam, Mursyid pula tanya soalan begini.

“Kenapa Asyid tanya? Dah takut nak kahwin?”

Soal Raja Marina mendatar. Tiada nada. Tak pasti
terkejut atau teruja atau sinis. Mursyid tersenyum. Dia
kembali bersila mengadap ibunya yang sedang melipat
kain.

“Tak ada benda yang senang dalam dunia ni,Asyid.
Kahwin bukan benda yang remeh. Bukan macam barang
kat pasar yang Asyid boleh pilih sesuka hati. Kahwin ini
bukan sekadar sunnah Nabi tapi tuntutan dalam Islam.
Susah senang kahwin ini kita rasa bila dah melaluinya.
Bukan bermakna kita kenal pasangan kita bertahun-
tahun itu satu jaminan untuk kita bahagia. Sebagai lelaki
Asyid kena pandai kemudi rumahtangga Asyid. Kalau
Asyid tak betul seluruh perjalanan rumahtangga itu
juga tak akan lurus. Bukan mudah nak bimbing seorang
isteri.”

Raja Marina tahu kebimbangan Mursyid. Bukan
mudah juga dia nak lepaskan anak lelaki bongsunya ini
kepada wanita lain.

“Asyid kena faham satu perkara. Setiap apapun
yang Asyid buat kena berlandaskan pada agama. Boleh
mengajar isteri tapi biar berpada.”

Mursyid mengangguk memandang wajah ibunya.
Dia faham maksud Raja Marina.

“Dia tak ada gelaran Raja kat depan okey ke ibu?”

18

Adanya Dhia

Mursyid cuba bergurau.
Raja Marina tersenyum.
“Gelaran Raja itu tak bawa ke mati, Asyid.

Tengoklah ende Rafiza kahwin dengan ayah lop dari
kalangan orang biasa sahaja. Bukan gelaran yang
membezakan kita di sisi Tuhan tapi iman kita, Asyid.”

Mursyid mengangguk.
“Dah lah ibu nak masuk tidur. Kalau Asyid nak
tunggu ayah, tunggulah. Tapi kalau nak tidur jangan lupa
kunci grill, nanti ayah balik dia ada kunci.”
Raja Marina membawa kain-kain yang dilipatnya
ke dalam bilik. Cuma hanya tinggal Mursyid seorang
melayan perasaan.
Mursyid mengambil telefon bimbitnya di sebelah,
dihantar satu pesanan ringkas pada Nadhia.

Esok aku tak boleh ikut kau pergi ambil baju. Pergi
sendiri-sendiri. Pandai kau pergi pandailah kau balik.

Dia tersenyum. Ada gambar Nadhia Kasyrani di
skrin telefon bimbitnya. Dia tersenyum lagi.

Nadhia baling telefon bimbitnya ke atas katil.
Sakit hatinya dengan mesej dari Mursyid.

‘Macam ini nak jadi laki aku. Dahlah cakap pun

19

Sophilea

kasar. Kau tunggu Asyid.’

Lantas Dia membalas mesej dari Mursyid.

Aku tak mati pun kalau tak pergi dengan kaulah.
Ramai lagi yang boleh temankan aku.

Puas hati bila dapat balas mesej Mursyid begitu.

Raja Azri Mursyid! Ada kenangan pahitnya
dengan lelaki itu satu masa lalu. Kenangan yang tak
mungkin dia lupakan sampai bila-bila. Kenangan yang
membuatkan Nadhia berdendam dengan lelaki itu.

Nadhia bangun, dia tarik langsir pintu gelongsor
di balkoni. Keluar ke balkoni dengan rambutnya yang
dilepas bebas. Dia memandang sekeliling villa. CCTV
dipasang segenap penjuru. Belum lagi dengan jeriji
tajam dihujung yang menjadi pagar di sekelilingnya.
Temboknya sengaja dibuat dari marmar licin supaya
penceroboh tidak boleh masuk.

Dahulu bukan begini keadaannya. Semenjak ibu
dan bapanya meninggal, Acu Farid yang uruskan semua.
Dari pagar ke CCTV sehingga setiap langkahnya ke
sekolah dikawal. Dia rimas tapi diikutkan juga asalkan
dia tetap dibenarkan tinggal dalam villa ini.

Bukan Acu Farid dan Mak Su Ranisa tidak pernah
memujuk, tapi Dhia berkeras. Dia rela lakukan apa
sahaja asalkan dia tetap berada di rumah ini. Berbelas

20

Adanya Dhia

tahun dia melalui kehidupannya dengan keseorangan.
Hanya dibayangi dengan kenangan waktu kecilnya.

‘Bonda...ayahanda...damailah kamu di sana. Tidak
lama lagi anakanda juga akan bersama kamu berdua.
Cuma masa dan ketikanya sahaja belum tiba.’

Hidupnya hanya sendiri. Nadhia berpeluk tubuh.
Tubuhnya disandarkan ke dinding. Langit kelam terus
direnunginya.

‘Kalaulah mereka boleh muncul pada waktu
begini.’

Nadhia masuk ke bilik dan duduk di kerusi. Pen
dan kertas di atas meja di ambil. Dia mula menulis.

Assalamualaikum mama… papa..

Dhia akan berkahwin dengan lelaki yang Dhia
tak suka. Kenapa Acu dan Mak Su memaksa Dhia untuk
menerima sesuatu yang Dhia tak mampu untuk lakukan?
Kasihan Dhia ma...tak ada siapa yang faham perasaan
Dhia. Dhia ingin memberontak tapi Dhia tak mahu Acu
kecil hati. Acu dan Mak Su banyak sangat berkorban
untuk Dhia.

Papa..

Dhia tak perlukan lelaki itu untuk jaga Dhia.
Selama berbelas tahun Dhia mampu hidup sendiri.
Tolonglah Dhia ma…papa...Dhia tak tahu nak buat
apa…

Nadhia

21

Sophilea

Surat itu dilipat kemas. Dimasukkan ke dalam
sampul dan diletakkan ke dalam kotak di tepi pasu bunga
kekwa. Dia masih berharap sepertimana zaman kecil
dahulu kalau-kalau papa atau mamanya akan datang pada
malam hari dan membaca surat-surat yang ditulisnya.

Nadhia kembali ke dalam bilik. Tubuhnya
direbahkan buat seketika. Sengaja pintu gelongsor
balkoni dibiarkan terbuka agar ada angin yang masuk.
Beginilah dia sejak berbelas tahun lalu. Menanti dan
terus menanti walaupun dia tahu apa yang ditunggu tak
akan pernah menjelma sehingga hujung nyawa.

Nadhia tersentak bila pintu biliknya diketuk
perlahan dan terkuak.

“Dhia, boleh Mak Iti masuk?”

Mak Iti muncul di pintu. Wanita yang
mempertaruhkan separuh dari usianya membesarkan
Nadhia selepas majikannya meninggal dunia.

Nadhia pandang Mak Iti. Dia mengangguk. Mak
Iti berjalan perlahan-lahan. Langsir pintu gelongsor bilik
Nadhia ditarik menutupi ruang terbuka.

Dari kecil Nadhia tak mahu pintu ini ditutup.
Kerana dia yakin setiap malam ibu bapanya akan datang
melihat dia.

Mak Iti kemudiannya duduk di sisi Nadhia.
Tangan Nadhia disentuh dengan kasih sayang.

“Mak Iti...kenapa semua orang tak suka Dhia?”

22

Adanya Dhia

Kepalanya diletakkan di atas riba Mak Iti. Sebak
Mak Iti bila mendengar bicara Nadhia.

“Dhia bertuah sebab semua orang sayang Dhia.
Mak Iti, Pak Akob, Acu Farid dengan Mak Su Ranisa.
Mak Iti tahu Dhia rasa Acu dan Mak Su tak sayangkan
Dhia kerana mereka nak jodohkan Dhia dengan Mursyid
kan? Dhia tak sukakan Mursyid?”

Nadhia diam. Tak suka? Pernahkah perkataan itu
ada dalam hatinya buat Mursyid?

“Dhia, Mak Iti tahu hati Dhia. Mak Iti kenal Dhia.
Kenapa tak mahu berterus terang?”

Nadhia menggeleng beberapakali.

“Dia tak pernah sukakan Dhia, Mak Iti. Pada dia,
Nadhia Kasyrani cuma seorang gadis yang bongkak
dan sombong. Dia tak pernah hulurkan pandangan yang
positif pada Dhia. Dia terima Dhia kerana budi Acu
Farid. Dhia tahu tu.”

“Dhia...Tuhan tidak pernah menetapkan sesuatu
takdir tanpa sebab dan akibat. Tanpa hikmah dan
anugerah. Rencana Tuhan lebih baik dari rencana kita
sebagai manusia. Kalau Mursyid jodoh terbaik buat
Dhia, terima dengan hati yang terbuka dan redha.”

Nadia diam sejenak.

Walaupun ada luka yang pernah Mursyid berikan
pada jiwanya tapi hatinya tidak pernah menafikan
perasaannya yang pernah ada pada Mursyid. Pernah?

23

Sophilea
Bukankah perasaan itu masih ada. Mulut saja kata benci
sedangkan hatinya berkata sayang.

“Dhia… biarkan DIA aturkan perjalanan hidup
kita. Mak Iti tetap ada dengan Dhia sehingga akhir nafas
Mak Iti.”

Nadhia hanya terdiam.

24


Click to View FlipBook Version