The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iamja77, 2021-07-20 16:43:44

Intro Kerana Satu Malam

Intro Kerana Satu Malam

Mempersembahkan

Kerana
Satu Malam

2021

Sophilea, 1981
Kerana Satu Malam/ Sophilea

1. Malay fiction.
Ebook – 2021
Teks : ©Sophilea
Penerbitan : ©Tinta Global Enterprise
www.tintaglobal.com.my
Konsep muka : Mya Asyaari
Suntingan : Marfuza Zainal Abidin
Proofread: Ismaiza Ismail

Penerbit dan edaran:
Tinta Global Enterprise (Sophilea)
133 Jalan Bukit Puteri 11/5
Hill Park, Bandar Puteri Jaya
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 019-466 9188

Hak Cipta Terpelihara
Tiada bahagian dalam buku/e-book ini boleh diterbitkan

semula atau disimpan untuk pengeluaran atau ditukar
dalam apa juga bentuk dengan sebarang bantuan alat

kecuali diberi keizinan oleh penulis.

Sekalung pernghargaan buat pembaca
yang tidak putus memberi sokongan atas

karya saya…love



Kerana Satu Malam

KERANA SATU MALAM

“SATU MALAM MERUBAH SEGALANYA.”

Zairin, kerana terpaksa, demi mengelakkan

dinikahkan dengan lelaki tua untuk melangsaikan
hutang dia minta bosnya Tuan Akmal bernikah
dengannya untuk satu malam.

1

Sophilea

“Awak gila Zairin nak nikah satu malam?
Kenapa saya? Saya dah ada girlfriend awak pun
tahu.”

“Please Tuan Akmal saya janji tak ada apa-
apa yang berlaku. Saya cuma minta Tuan tolong
saya kali ini. Saya tahu Tuan baik tapi satu malam
je kemudian kita bercerai.”

Akmal menolak. Dia tak cintakan Zairin
kenapa dia kena kahwin untuk selamatkan gadis
ini. Tapi rayuan Zairin buatkan hati dia yang
macam batu itu cair macam glasier yang kena
matahari.

“Saya janji saya tak akan apa-apakan
Tuan. Saya tahu Tuan dah ada girlfriend.
Pernikahan ini rahsia tak ada seorang pun dekat
pejabat ini yang akan tahu.”

Akhirnya Akmal setuju dengan syarat
semuanya kena rahsia. Dia tidak mahu Haflin
tahu hal ini. Zairin akur.

Pernikahan satu malam berjalan lancar
namun ada sahaja yang menjadi halangan untuk
mereka bercerai.

2

Kerana Satu Malam

Bila sebilik dan serumah hati Akmal mula
berubah. Zairin yang kotakan janji langsung tak
usik Akmal dah macam terbalik pula. Zairin yang
akan menyorok di bilik setiap kali Haflin muncul.
Zairin yang tetap siapkan pakaian Akmal setiap
hari dan berura-pura bos dan pekerja di pejabat.
Zairin langsung tak minta haknya sebagai isteri.
Sehingga satu hari Akmal ditimpa kemalangan.
Saat itu takdir telah mengikat hati keduanya.
Tapi bagaimana penerimaan keluarga Akmal.
Bagaimana Haflin yang sentiasa menagih janji
untuk menjadi isteri Akmal.

“Perjanjian kita cuma satu malam, tak apa
walaupun dah bermalam-malam. Saya redha
Tuan lepaskan saya.”

“No Zairin. Whatever it is awak tetap isteri
saya dan saya tak akan pernah lepaskan awak
lagi.”

Cinta bila ia mula mekar dan berkembang
ada sahaja ujian untuk untuk menguji mereka.

Aku tak akan pernah benarkan kalian
bahagia-Haflin

3

Sophilea

Kisah 1

Kau, aku dan takdir

Kejam. Kenapa dunia ini kejam dan

tak pernah adil? Kenapa dia yang harus tanggung
semua benda ini? Apa salah dia? Kenapa dia yang
kena tanggung? Dia mahu memberontak tapi dia
tak mahu menderhaka.

“Kau kena ingat kau anak sulung.
Tanggungjawab kau besar. Kalau sesuatu terjadi

4

Kerana Satu Malam

pada mak dan adik-adik, kau yang
bertanggungjawab.”

Suara angkuh seorang lelaki separuh usia
menerjah ke gegendang telinganya.

“Tapi bukan Along yang berhutang. Pak
cik yang berhutang. Kenapa Along yang kena
selesaikan?”

“Orang tu dia nak kamu. Kahwin dengan
kamu selesai semua hutang. Eh kalau tak dia
akan ganggu mak kamu dan adik-adik kamu tahu
tak?”

“Berapa hutang pak cik?”

Zairin beranikan diri pandang bapa
tirinya ini yang tak pernah tersenyum padanya.

“Dua belas ribu.”

Asap rokok dihembus perlahan. Razak
cuma pandang ke luar rumah yang gelap.

“Along dah ada boyfriend. Along nak
kahwin dengan dia secepat mungkin.”

Tanpa sedar dia bersuara.

5

Sophilea

“Apa Along cakap?” Zainah berdiri
mengadap anak perempuannya ini. Zairin
menahan sebak. Mak lupa agaknya pesan arwah
ayah untuk jaga Along. Sampai hati mak.

“Along tak akan kahwin dengan lelaki tu.”

“Eh Along, kenapa kau degil sangat ya?
Nak tengok mak dengan adik-adik menderita?”

Mahu sahaja dia meraung saat ini.

“Bagitahu anak kau kalau hujung bulan ni
dia tak kahwin dengan siapa-siapa aku nak dia
kahwin dengan Hamidi.”

Apa pilihan yang dia ada.

Zairin pandang langit yang gelap. Dia
rindukan serong lelaki yang sayangkan dia
sepenuh hati.

‘Ayah… Kenapa Along kena hadap semua
ini. Ayah suruh Along janji jaga mak dan adik.
Tapi perlu ke Along terus berkorban?’

Saat ini dia hanya mahu ayahnya muncul
tenangkan dan memeluk dirinya.

‘Along rindu ayah. Kalau Tuhan tak ambil
ayah pasti Along tak akan jadi macam ni. Tapi

6

Kerana Satu Malam

Tuhan lebih sayangkan ayah. Ayah dah ada di
satu tempat di sisi Tuhan. Along cuma boleh
doakan ayah bahagia. Semoga nanti Tuhan
temukan kita di JannahNya.’

“Zairin… Saya suruh awak betulkan

klausa dua awak ni faham arahan ke tidak? Atau
nak saya suruh mak Raha cleaner yang bagi awak
arahan? Saya nak masuk meeting lagi satu jam
tahu tak. Bukan esok pagi bukan minggu depan
bulan tahun depan.”

Kertas-kertas dicampakkan ke atas meja
Zairin.

7

Sophilea

“Huh, membebel macam askar pencen.”
Laju Zairin menjawab.

“Awak cakap apa?”

Kedua tangannya diletakkan di atas meja
Zairin sedangkan matanya tajam memandang
Zairin. Setiausaha yang sudah setahun bekerja
dengan dia.

“Yelah, saya betulkan. Tuan Akmal Naim
yang handsome boleh tunggu kat dalam tak? Dah
siap saya hantar.”

Ini semua masalah yang ayah dia bagitahu
semalamlah sampai semua kerja dia jadi kalut.

“No! Saya akan tunggu sini sampai siap.
Apa yang saya nak awak betulkan sekarang
juga!”

Akmal tarik kerusi dan duduk di hadapan
Zairin. Zairin semak laporan ditangannya.
Mencari apa yang ditanda dengan pen merah
oleh Akmal. Seketika kemudian dia mengadap
komputer membetulkan apa yang silap. Tapi
macam tak kena sahaja bila bos duduk di
hadapan.

8

Kerana Satu Malam

“Bos, pergilah masuk bilik. Saya nak buat
kerja ni. Kalau bos duduk sini kerja tak siap.”

“Kenapa pula? Saya nak tunggu sampai
awak siap. Kerja main-main. Ingat saya bagi gaji
buta ke? Ingat ni syarikat suami awak?”

Zairin menjeling.

“Kalau syarikat suami saya dah lama saya
goyang kaki kat rumah.”

Pap! Sebatang pen kena dahinya. Zairin
gosok dahinya yang sakit.

“Menjawab cakap orang. Dah buat cepat.”

Akmal berpeluk tubuh. Matanya
memandang potret Zairin di atas meja. Di
sebelahnya ada potret ibu dan ayahnya.

“Jangan renung lama-lama bos anak dara
orang tu.”

Cepat-cepat Akmal berkalih.

“Eleh, ingat saya nak kat awak ke?
Girlfriend saya lagi cantiklah.”

Zairin cebirkan bibirnya. Siapa sahaja di
sini yang tak kenal dengan girlfriend bos mereka

9

Sophilea

ini. Super model Haflin yang tak pernah nak
senyum itu.

“Baru girlfriend belum tentu jadi isteri tau
tak. Entah-entah esok lusa bos kahwin dengan
orang lain. Padan muka.”

Akmal diam. Lagi dia balas lagi Zairin
akan panjangkan cerita.

“Nah dah siap.”

Kertas yang baru keluar dari mesin cetak
diberikan pada Akmal.

“Ini last warning kalau salah lagi…
berhenti kerja.”

Akmal bangun mahu melangkah ke
pejabatnya.

“Huh, dasar yahudi.”

“Zairin!”

Zairin tekup mulutnya. Mata Akmal yang
bersinar menakutkan dia. Aduhai celuparnya
mulut. Mujur juga Akmal terus berlalu. Zairin
tarik nafas lega. Seketika kemudian masalah
semalam kembali serabut difikiran.

10

Kerana Satu Malam

“Kenapa ni Zairin? Akak tengok kau
macam tak ada mood je.” Suhaila kerani yang
sudah lama bertugas di sini menegur.

“Tak ada apa Kak Su. Masalah keluarga
saja. Kadang-kadang pening jadi anak sulung ini.”

“Biasalah Zairin. Akak ni pun walaupun
bukan anak sulung tanggungjawab adik-adik
semua atas bahu akak. Banyak mana sangatlah
gaji akak ni. Tapi itulah mujur ada suami yang
memahami. Kadang akak tak cukup dialah yang
bantu.”

Zairin topang dagu. Mendengar cerita Kak
Suhaila.

“Sweetnya suami akak.”

Suhaila ketawa.

“Tak adanya sweet Zairin. Kalau datang
panas baran dia, bergaduh jugalah kami laki
bini.”

Zairin ketawa.

“Zaman sekarang ni nak cari suami bukan
senang dik. Nak pula yang jujur, baik hati dan
sweet macam bos kita tu.”

11

Sophilea

“Tuan Akmal yang kayu tu?”

Zairin buat muka.

“Ish, tak baik kamu. Tuan Akmal tu baik.
Dah lama akak kerja kat sini cuma itulah tak
berapa berkenan kat Cik Haflin tu. Gedik je
gayanya.”

Sempat lagi kak Suhaila membawang
pasal bos mereka.

“Tuan Akmal tu baik ya kak?”

Suhaila angguk.

“Baik… Bab perempuan akak memang
tabik betul. Jarang akak dengar gossip dia
dengan mana-mana perempuan. Perempuan
yang nak dekati dia ramailah. Tapi bos ini jenis
tak layan. Setia kut dengan Haflin tu.”

Zairin ketawa.

“Mengumpat saya ke kak Suhaila?”

Entah bila Akmal muncul.

“Ish, mana ada. Akak puji lagi adalah. Kan
Zairin?”

Zairin angguk sambil angkat ibu jarinya.

12

Kerana Satu Malam

“Awak pun samalah, berpakat dengan Kak
Suhailakan?”

“Bos nak ke mana?” Soal Zairin.

“Pergi nikah. Jom! Pergi meetinglah…
Apalah awak ni, nama je setiausaha saya tapi
jadual saya pun tak ingat.” Zairin senyum
kambing.

“Jangan lupa pula temujanji bos dengan
Cik Haflin malam ini. Nanti bukan bos yang kena.
Saya ni tak larat nak tahan telinga dengar awek
bos tu bebel.”

Akmal mengeluh.

“Boleh tak bagitahu dia saya busy. Saya
nak rehat malam ini.”

Zairin geleng.

“Bos ada nombor dia kan jadi apa kata
bos yang call dia sendiri. Saya tak campur urusan
rumahtangga orang. Sebab rumahtangga saya
sendiri pun kucar kacir lagi.”

“Awak dah kahwin ke?” Akmal hairan
kerana setahunya setiausahanya itu masih single.

“Ops belum…” Zairin ketap bibirnya.

13

Sophilea

Akmal menggeleng.
“Saya pergi dulu.”
Zairin angguk.
“Bos… Take care…”

Mesej dari ayah tirinya dibaca berulang kali.

Kau tak kahwin hujung bulan ni aku nak
kau kahwin dengan Hamidi. Kalau kau kahwin
aku nak kau langsaikan semua hutang aku.

‘Bilalah orang tua ni nak mati.
Menyusahkan hidup orang dari dulu sampai
sekarang.’

Tapi dia tak boleh cakap apa-apa sebab
Zainah terlalu sayangkan suaminya sampai
pencen arwah ayah Zairin semua diberikan. Tak

14

Kerana Satu Malam

cukup dengan itu, berhutang sana sini. Dan
sekarang dia pula yang jadi mangsa.

‘Kahwin? Dengan siapa? Ada ke orang nak
kahwin dengan aku. Macam mana kalau aku tak
kahwin dalam masa terdekat ni? Pak cik akan
paksa aku kahwin dengan orang tua tu.’

Matanya masih menonton tayangan di
saluran digital Iqiyi. ‘Pengantin satu malam.’
Lakonan Amelia Henderson dan Nazim Othman
adapatsi dari sebuah novel.

“Apalah dia minta kahwin satu malam
je…”

‘Satu malam? Satu hari? Yes… kalau aku
boleh cari orang yang boleh kahwin dengan aku
satu hari je mesti aku selamat.

“Tapi kalau lelaki itu minta upah beratus
ribu mana aku nak cari.”

“Sebab tu kau kena cari lelaki kaya, yang
jujur dan ikhlas. Yang penting tak akan apa-
apakan kau.”

Dua suara dalam diri Zairin sedang
berperang.

15

Sophilea

“Lelaki kaya? Jujur ikhlas? Ada lagi ke
dalam dunia ini. Yang tak akan minta balasan.
Ada ke lelaki macam tu? Ada ke yang nak jadi
suami cuma satu hari? Tapi kalau semua benda
ini terbongkar satu hari nanti macam mana? Ya
Allah… Mana pula aku nak cari lelaki budiman
sebagai suami satu hari ni?”

Ingat macam nak pilih ikan di pasar ke?

Terbayang dikepalanya beberapa senarai
kawan lelakinya. Kalau ada yang boleh bantu.
Tapi semuanya macam tak boleh dipercayai.
Takut dia nak minta tolong. Buatnya jenis buaya,
naya sajakan dia. Lepas mulut naga masuk mulut
singa. Naya dia.

“Awak termenung apa belum balik lagi
Zairin?”

Akmal masuk ke pejabat. Zairin pandang
jam lima petang.

“Bos balik ofis kenapa? Dah pukul lima
dah.”

Dia kemaskan barang-barang di atas meja
sambil matanya mengerling sedikit pada Akmal.

16

Kerana Satu Malam

“Saya bos syarikat ini syarikat saya suka
hati sayalah nak datang balik ke nak tidur sini ke
nak balik tahun depan ke.”

Zairin cebirkan bibirnya.

“Ha duduk ofis jangan buat maksiat pula.
Kutlah karang Cik Haflin muncul.”

“Astaghfirullahalazim… Saya ni nampak je
moden anak orang kaya tapi saya tahu mana
halal, mana haram. Saya tahu mana dosa, mana
pahala. Arwah atuk saya dah bagi saya didikan
yang cukup. Sebab girlfriend saya macam tu?
Awak ingat saya pun sama? Saya tahu Haflin
seksi… model tapi saya belum berhak tegur dia
sepenuhnya.”

Akmal berdiri di hadapan Zairin. Kedua
tanganya diletakkan di atas meja.

“Bos duduk dengan atuk ke?”

Akmal angguk.

“Atuk saya pun orang bandar, ada
pangkat Dato Sri juga tapi atuk saya ada banyak
sekolah tahfiz. Atuk saya orang yang suka
menderma. Dia banyak ajar saya tentang

17

Sophilea

kehidupan. Sebab tu saya berbeza daripada
orang kaya yang macam dalam fikiran awak tu.”

“Tapikan kenapa bos boleh jatuh cinta
dengan Cik Haflin tu?”

Zairin ingin tahu.

Akmal duduk di hadapan setiausahanya
ini.

“Spesifiknya saya tak tahu kenapa. Saya
kenal Haflin sejak remaja. Dulu dia tak adalah
macam tu. Lepas dia study dekat US dan balik
Malaysia dia dah jadi model. Masa tu kami dah
bercinta. Our parents pun dah setuju untuk
jodohkan kami. Tapi pada masa tu Haflin tak
setuju lagi sebab dia nak kejar bakat dia, dunia
glamour dia dan peminatnya. Kadang-kadang
saya rasa macam tak dihargai bila kena sorokkan
hubungan kami sampailah saya ugut kalau dia
tak mahu bertunang saya nak putuskan
hubungan kami. That’s why satu Malaysia tahu
saya tunang dia.”

“The most eligible bachelor di Malaysia.
Kalah Prince Martin kut.”

18

Kerana Satu Malam

“Prince Martin anak Sultan antara terkaya
di dunia. Kacak mana nak sama dengan saya.”

“Bos pun kacak apa.”

Akmal ketawa.

“Dahlah saya nak masuk buat kerja. Awak
balik tu hati-hati dah petang ni.”

Zairin senyum dan angguk. Akmal
melangkah masuk ke pejabat. Zairin masih
melopong sendiri.

Tiba-tiba…

“Tuan Akmal Naim… Ini je caranya. Tapi
nak ke Tuan Akmal jadi suami aku?”

Zairin bingkas bangun terus terjah ke
dalam bilik Akmal.

“Ha nak apa?”

Akmal acuh tak acuh melihat
setiausahanya ini dari tadi berdiri di
hadapannya. Sudahlah pagi tadi Zairin buat silap.
Nyaris dia tak bawa kertas kerja yang salah
dalam mesyuarat.

Zairin masih berdiri.

19

Sophilea

‘Ish, betul ke apa aku nak buat ni? Takkan
aku nak minta tolong bos kut. Memanglah
handsome tapi aku dengan bos mana bercinta.’

Hatinya berbicara sendiri.

“Awak nak apa Cik Zairin? Nak masuk
meminang saya ke?”

“Mana Tuan tahu?” Cepat-cepat ditarik
kerusi dan duduk di hadapan Akmal. Akmal
panggung kepala. Tajam matanya memandang
Zairin.

“Awak ni kenapa? Tersampuk?”

“Tuan… Saya ada hal nak bincang dengan
Tuan.”

“Ada apa ni Zairin? Saya busy tahu tak. Ni
semua tender saya nak kena hantar kat ayah
saya secepat mungkin. Awak pun tahukan Tan
Sri Azman tu macam mana. Dia bukan kira saya
anak dia ke apa.”

Zairin tarik nafas panjang.

“Bos…”

Akmal ketawa.

20

Kerana Satu Malam

“Awak ni kan sekejap panggil saya bos
sekejap Tuan. Awak nak apa?”

Zairin senyum nipis.

“Okeylah saya panggil Tuan atau Bos.
Kalau saya panggil sayang mahu girlfriend bos
yang macam model USA tu bunuh diri.”

Pap! Sekali lagi sebatang pen kena dahi
Zairin.

“Bagi saya sepuluh minit bos tutup dulu
semua fail. Sebab apa yang saya nak cakap ini
soal hidup dan mati saya.”

Akmal bersandar di kerusi. Masih
pandang Zairin.

‘Cantik.’

Desis hatinya.

‘Ish apahal aku ni?’

“Saya dah bertenang. Apahal sampai
hidup dan mati ni?”

“Macam ni Tuan… Bos… Saya perlukan
pengorbanan bos untuk satu hari. Satu malam.
Dua puluh empat jam.”

21

Sophilea

Akmal makin keliru.

“Awak kenapa Zairin? Saya nak
berkorban untuk siapa? Untuk awak? Awak main
ilmu sesat ke ada ritual semua ni?”

“Nauzubillah min zalik. Dosa tahu benda
tu Tuan.”

“Habis tu?”

“Boleh tak Tuan tolong kahwin dengan
saya untuk satu malam? Satu malam je saya janji
tak ada apa-apa berlaku kita nikah esok kita
cerai.”

Akmal terus ketawa sampai berair
matanya.

“Tuan… Saya serius.”

Akmal masih mengulum senyuman.

“Awak ni Zairin mesti tengok cerita
pengantin satu malam tu kan yang Nazim dengan
Amelia Henderson berlakon tu. Hello… Tu drama
okey. Apahal pula saya nak nikah dengan awak
satu malam. Ingat kahwin cerai ini soal main-
main ke?”

22

Kerana Satu Malam

“Tuan Akmal Naim… Saya tak main-main,
saya serius. Ini soal hidup dan mati saya. Saya
tak tahu nak minta tolong siapa. Saya tahu Tuan
baik. Tuan tak akan apa-apakan saya. Kalau saya
tak kahwin dengan Tuan musnah hidup saya.”

Melihat Zairin yang bertukar nada serius
buatkan Akmal terkedu.

“What’s your point Zairin? Tiba-tiba ajak
saya kahwin ni. Awak tahukan saya dah ada
girlfriend dan saya tak akan kahwin dua.”

“Saya tahu, saya cuma minta satu malam
saja. Tak ada apa-apa yang berlaku. Saya cuma
perlukan surat nikah kita.”

‘Kita? Amboi macam romantis saja.’

“Dah jangan nak cakap benda yang
mengarut kat sini. Pergi buat kerja awak. Saya
banyak kerja.”

“Tuan…”

“Dah saya cakap. Serabut kepala saya ni.”

Akmal bangun. Dihampirinya Zairin.
Tangan Zairin ditarik dan diheret Zairin keluar.

23

Sophilea

Pintu ditutup. Dikunci dari dalam. Kedengaran
ketukan dari luar.

“Bos tolonglah saya. Bos…”

Akmal buat tak peduli. Dia masih fikir
Zairin bergurau atau Haflin upah Zairin untuk uji
dia.

“Bos… Saya minta tolong bos kali ini
sahaja. Ini soal hidup dan mati saya bos. Saya tak
pernah merayu dengan orang macam ni. Bos je
harapan saya!”

Pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Akmal
pekakkan telinga.

“Baiklah kalau sesuatu terjadi dengan
saya bos yang bertanggungjawab. Dekat akhirat
bos jawablah cari saya kat padang masyar. Masa
tu saya akan tuntut semua benda dari bos!”

Zairin menjerit.

“…Okey bos saya tahulah saya anak orang
susah. Anak orang yang yang tak setaraf dengan
bos. Saya cuma minta tolong je kut. Itu pun
kedekut. Macamlah saya nak perkosa bos.”

Akmal tersentak.

24

Kerana Satu Malam

‘Zairin awak ni kan melampau bergurau.
Kalau tak bergurau pun dia tahu ada orang yang
nak kenakan dia.’

Akmal kembali tumpukan perhatian pada
kerja. Suara Zairin sudah tidak kedengaran.

“Tahu pun nak balik. Setiausahanya yang
kadang-kadang naif dan lurus.

‘Berapalah agaknya Haflin bayar budak
Zairin ni.’

Soal Zairin dilupakan seketika. Kerjanya
menuntut perhatian. Ya, ini syarikat yang di
wariskan kepada dia. Ada dua ratus pekerja yang
harus dia jaga kebajikan mereka. Kalau dia gagal
mereka juga akan kecewa.

“Sayang… Lusa I pergi London tau.”

25

Sophilea

Haflin sengaja duduk dekat dengan Akmal
meskipun dia tahu Akmal tidak suka dia buat
macam itu. Sejak Akmal popular dan ramai artis
model influencer yang nak dekat dengan lelaki
ini, dia jadi takut kalau kehilangan Akmal. Bukan
dia tak tahu Dayani yang menjadi duta syarikat
Akmal itu kadang sengaja mahu dekat dengan
Akmal. Dia ingat dia artis Akmal sukalah.

“I tak suka you plan apa-apa di belakang I
atau nak kenakan I, Lin.”

Haflin berpeluk tubuh.

“Kenakan apa ni? Bila masa I kenakan
you? You dah kenapa tiba-tiba tuduh I itu ini?”

Akmal pandang Haflin. Mencari kejujuran
dalam kata-kata Haflin.

“You tak ada kenakan I apa-apa ke?
Melalui setiausaha I ke?”

“Secretary you budak kampung tu? Tak
kuasalah I nak call dia ke, nak bercakap dengan
dia ke. Not my level.”

Akmal diam seketika. Minuman di dalam
gelas disedut perlahan.

26

Kerana Satu Malam

“Buat apa you nak ke England? Bukan
baru lagi ke you ke oversea?”

“Sayang… I nak survey barang
hantaranlah. I nak ke Harolds. Mama you suruh I
beli hantaran kat sana.”

Akmal mengeluh.

“Buat apa nak habiskan duit? Kat
Malaysia ini pun banyak je barang berkualiti.
Pleaselah, I tak suka you membazir sangat.”

Haflin lentokkan kepalanya pada bahu
Akmal.

“Sayang… I bakal kahwin dengan anak
Tan Sri Azman yang bukan hanya ada syarikat
pembinaan gergasi tapi syarikat kewangan
perbankan di Malaysia ini. Semua orang kenal
you. Dan I tahu ramai yang cemburukan I yang
dapat you. I bangga tau.”

Akmal cuma mengeluh. Bosan cerita yang
sama setiap kali keluar berdua. Selfie papar di
media sosial dan ramailah yang akan komen
cemburu dengan Haflin.

“Lin… Lepas kahwin nanti you nak rumah
macam mana?” Soal Akmal.

27

Sophilea

“Rumah? You kan banyak villa. Kita
duduklah mana-manapun. Janji I nak orang gaji
at least lima orang.”

“Ramainya kenapa?”

“Sayang… Takkan you nak I buat kerja
dalam rumah kut. Exuse me memang tak lah.”

“Habis tu kalau I nak makan orang gaji
juga yang masakkan?”

Haflin angguk.

“Sayang… I mana pernah masak. Takkan
you nak suruh I bau minyak bawang semua tu. I
kenalah jaga diri… I isteri CEO kan?”

Akmal tahu walau apapun dia cakap
Haflin tak akan dengar.

“Kalau macam tu baik I kahwin dengan
pembantu rumah je kan kalau dah semua benda
dia buat.”

Haflin tampar lengan Akmal.

“Sampai situ pulak you ni. Apa kena
mengena masak dengan perkahwinan kita. Dah
lah sesekali I masaklah. Kan I selalu pergi rumah

28

Kerana Satu Malam

you then masak spageti. Okeylah at least I masak
juga.”

Akmal senyum nipis. Ya, dia tak pernah
letakkan syarat untuk jadi isterinya. Tapi dia
lelaki meskipun bukan kesempurnaan yang dia
cari dia tetap mahu seorang isteri yang mampu
sempurnakan dia.

‘Haflin? Boleh ke dia jadi seorang isteri
yang baik pada aku nanti?’

Zairin pandang langit yang diterangi

cahaya bulan. Ada kerdipan bintang di
sekelilingnya. Cantik dan indah. Ciptaan Tuhan
Yang Maha Esa. Entah berapa luas agaknya alam
semesta ini. Tak tercapai dek akal, tapi alam
yang indah ini hanya sementara. Satu saat kita

29

Sophilea

akan pergi jauh dan tak akan kembali lagi ke
sebuah negeri abadi yang tiada mati.

Angin malam yang berhembus perlahan
bagai memainkan irama sedih. Kesedihan
membawa dia tenggelam dalam kerinduan. Dulu
selepas ayahnya tiada, dia selalu jadi mangsa
kemarahan ibunya. Ibu yang dalam tekanan
membesarkan dia dan dua lagi adiknya.
Sampailah ibu berkahwin lain sehingga hidupnya
tidak pernah lagi seaman masa arwah ayah ada.
Ibu ibarat menanggung biawak hidup. Duit
pampasan, insurans kelompok dan insuran ayah
yang berpuluh ribu semua habis ditangan lelaki
itu.

“Ayah… Along nak ikut ayah. Along rindu
ayah… Along tak ada siapa dah kat dunia ini. Mak
langsung tak peduli dengan Along. Kalau Along
ikut ayah lagi bagus.”

Airmatanya mengalir laju. Kalau ini
takdirnya dia terima. Dia harus sekali lagi
berkorban untuk keluarganya.

‘Kau kahwin sekalipun aku nak kau
langsaikan hutang aku seribu sebulan selama
setahun atau kau kahwin dengan pilihan aku.”

30


Click to View FlipBook Version