The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iamja77, 2021-05-30 18:01:36

Promo Ebook

Promo Ebook

AUTOGRAF
BUATMU YANG TERINDAH :

…………………………………………….

DIA YANG TERINDAH

Sophilea
Dia yang Terindah/Sophilea
Malay fiction
Edisi 1-2015
ISBN : 978-967-13618-0-1

Cetakan pertama
September 2015

Teks c-Sophilea
Penerbitan c-Mazni Othman
Editor : Azwirda
Konsep muka :Norzalina/Aisyah Arifen
Reka bentuk : Norzalina

Diterbitkan oleh:Mazni Binti Othman (Sophilea)
133 Jalan Bukit Puteri 11/5, Hill Park, Bandar Puteri Jaya
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 0194669188/044241191

Dicetak oleh: Infocus Printing Sdn Bhd
11, Jalan PBS 14/14,Taman Perindustrian Bukit Serdang,
Seri Kembangan, 43300, Seri Kembangan, Selangor, 43300
Telefon :03-8945 4966

HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian daripada buku ini diterbitkan semula atau disimpan untuk pengeluaran
atau ditukar dalam apa jua bentuk dengan sebarang bantuan alat kecuali setelah diberi
izin secara bertulis oleh penerbit.

Watak-watak yang terdapat dalam novel ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena
mengena dengan yang hidup mahupun mati

Sebarang kesilapan penjulidan, sila beritahu kepada penerbit untuk diganti semula.

DIA

YANG TERINDAH

Terima kasih sekalung budi atas sokongan dan sentiasa menyokong karya-
karya saya. Tiada kata secantik bahasa untuk saya ungkapkan TERIMA
KASIH. Semoga terhibur dan mengharapkan DIA YANG TERINDAH akan
memberi sedikit ilmu dan manfaat kepada kamu.

Biar apa orang kata biar apapun orang meneka saya akan terus berada
dalam dunia penulisan kerana inilah cinta saya. Terima kasih kerana sudi
dapatkan naskah yang tidak seberapa ini. Maaf andai ada terkurang dan
tersilap. Saya hanya penulis kerdil yang masih bertatih.

sophilea

Sekapur sireh seulas pinang....

Buat semua pembaca DIA YANG TERINDAH....daku persembahkan
sebuah kisah cinta Syed Mukhriz Al-Attas dan Ariana Dahlia bersama
cinta Doktor Luqman Harith dan Cempaka Elina...terima kasih daku
ucapkan atas sokongan dan penghargaan kalian kepadaku....
semoga ukhwah kita akan terus terjalin selamanya.

Pertama kali mencetak novel sendiri mungkin sahaja editing dan
prufnya sedikit berterabur dan tidak tersusun.Inilah yang mampu
saya persembahkan buat pembaca yang tidak pernah berhenti
menyokong saya selama ini.

Saya tahu tanpa pembaca seorang penulis tak akan kemana-mana.
Di ruang ini saya rakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan buat semua pembaca.

Mohon maaf andai ada kesilapan dalam saya menghasilkan naskah
Dia Yang Terindah ini dan mungkin sedikit berbeza dari novel saya
sebelumnya.

Akhir kata jangan dilihat pada bahasa tapi lihatlah pada maksudnya.
Salam sayang mesra abadi selalu...

Sophilea /mazni darwisya/neng ana

DIA
YANG
TERINDAH

Sophilea

DIA YANG TERINDAH

Prolog

TUHAN, aku tidak perlu orang yang
sempurna untuk mendampingiku. Aku
hanya ingin orang yang mahu menjadi
pelengkap kekuranganku, membuat aku merasa
„ada‟, membuat aku tersenyum dan berkata, “Aku
beruntung memilikinya.”

Cinta itu hadir apabila hati berkata, „ya‟. Pergi
apabila kita sudah terluka. Tapi percayalah, cinta
itu tetap ada apabila kita tetap meyakini
kewujudannya.

Sophilea| 1

DIA YANG TERINDAH

Duhai hati berhentilah berlari
Duhai jiwa pergilah bersama resahmu....

Andai bicara cinta ini terhenti maka terhenti
jugalah denyut nadi ku..
Andai lafaz kasih ku mati maka
Degup jantung ku juga akan terpadam
Andai bibirku tidak lagi menyebut namamu
Maka jiwa dan ragaku akan terus kaku detik
itu

Sophilea| 2

DIA YANG TERINDAH

Bab 1

"ASSALAMUALAIKUM habib." Ariana
larikan diri seketika dari kumpulan
jururawat di meja ke tepi tingkap. Telefon
dilekapkan di telinga. Sesekali matanya menjeling kalau-
kalau menganggu kerja orang lain .

“Waalaikumusalam. Apa khabar isteri habib?" Suara
Mukhriz sayup-sayup di hujung talian.

"Alhamdulillah Arin sihat. Habib macam mana? Arin

Sophilea| 3

DIA YANG TERINDAH

rindulah…" Suara gedik Ariana dah kedengaran. Tapi
perlahan saja bimbang didengari kumpulan jururawat di
meja.

Mukhriz ketawa di hujung talian.

"Siapalah yang tak rindukan isteri sendiri, Arin? Tapi
Arin tetap jatuh nombor tiga, ya."

Ariana berkerut kening. Mula tak sedap hati.

"Kenapa nombor tiga? Ada yang pertama dan kedua
ke dalam hati habib?" Suaranya sudah berubah rentak.
Kasar saja tangannya buka tingkap cermin. Macam protes
bila Mukhriz sebut macam tu.”

"Sorry bukan nombor tiga tapi nombor 4."

Lagilah Ariana sakit hati. Dengar pula suara Mukhriz
selamba saja. Macam betul-betul.

"Habib nak cakap apa sebenarnya?" Lupa terus
tatasusila sebagai seorang isteri. Rasa nak cekik Mukhriz
pun ada juga.

"Arin, yang pertama habib rindukan Allah, kedua
Rasulullah ketiga yang lebih penting bagi seorang lelaki
adalah ibunya. Kemudian barulah isteri habib. Jangan fikir
bukan-bukan. Selain dari keempat-empat ini tak ada wanita
lain yang ada dalam hati habib kecuali Ariana Dahlia."

Ariana dah senyum. Senyum tahap menggoda.

Sophilea| 4

DIA YANG TERINDAH

Macamlah Mukhriz tu nampak.

"Terima kasih habib."

Nafasnya ditarik lega.

"Sama-sama sayang."

Dengar perkataan sayang Ariana macam nak
melompat. Ariana tetap Ariana. Hampir dua tahun menjadi
isteri kapten Syed Mukhriz Al-Attas cuma sedikit
perangainya yang berubah. Yang lain masih tetap sama.

"Ada apa habib call Arin?” Ariana pandang jam. Ada
tugasnya yang masih belum selesai.

"Tak ada apa-apa. Cuma tiba-tiba habib teringatkan
Arin. Rindu. Sebab tu habib call."

Lapangnya hati seorang isteri bila mendengar bicara
suaminya begini. Tak sedar tangannya menarik langsir.

'Prap.'

Ariana gigit bibir bila langsir sudah jatuh ke bawah.
Dia pandang wajah jururawat yang ketawa dengan
gelagatnya. Cepat-cepat Ariana betulkan. Mujur ada
seorang jururawat yang membantu.

Ariana berkalih ke tingkap lain.

"Arin, masih kat sana ke?" Suara Mukhriz bertanya.

Sophilea| 5

DIA YANG TERINDAH

"Er ada ni. Kejap ye habib." Ariana tarik kerusi dan
duduk di tepi tingkap.

"Terima kasih habib. Insha-Allah nanti semoga Allah
permudahkan kita untuk bertemu." Ya dia juga rindukan
Mukhriz diseberang lautan. Rindu pada wajah yang
mendamaikan itu.

"Insha-Allah dan semoga Allah panjangkan usia jodoh
kita hingga ke jannah. Okey Arin, habib ada kerja. Nanti
ada masa habib call lagi."

"Okey habib. I love you, I miss you, muahh." Sempat
lagi Ariana menggatal.

"Habib pun cintakan Arin. Assalamualaikum."

Ariana jawab dalam hati bila Mukhriz sudah letak
telefon. Seronoknya dia dapat bercakap dengan Mukhriz.
Rasa damai je. Sungguh dia rindukan Mukhriz.

"Amboi doktor happy je ya." Jururawat terlatih
Hidayah menegur bila dilihatnya Ariana asyik tersenyum.

"Mestilah happy baru lepas cakap dengan suami
tersayang."

"Sampai jatuh-jatuh langsirnya." Ligat seorang
jururawat menyakat Ariana. Ariana hanya membalas
sekadar tersengih.

Yang ada di meja ketawa. Ariana walaupun baru di

Sophilea| 6

DIA YANG TERINDAH

sini sanagt ramah dan berbudi bahasa. Tidak meninggi diri
dan gemar berbual dengan orang-orang disekeliling.

'Bagus keperibadian doktor ini.' Itu yang selalu
diperkatakan.

ARIANA ke bilik pemeriksaan sinar-X. Dari tadi dia
menanti keputusan X-ray seorang pesakitnya. Tapi sampai
sekarang masih belum ada. Nak suruh atendan atau nurse
ambilkan semuanya ada kerja. Walaupun bukan tugas dia
tapi sesekali dia membantu apa salahnya.

"Hai Doktor Arin."

Ariana tersenyum pada doktor lelaki yang menegurnya
ini. Satu-satunya doktor di sini yang panggil dia dengan
nama Arin.

Langkah kaki Ariana terhenti. Dia baru saja keluar dari
wad perubatan untuk ke bilik X-ray yang jaraknya 200
meter. Di luar wad perubatan ini ada farmasi kecil untuk
pesakit-pesakit yang baru keluar dari wad. Ada beberapa
kerusi di sebelah kiri Ariana yang diduduki keluarga
pesakit. Di sebelah kanan sepanjang jalan ke bilik X-ray
pula adalah wad-wad yang berlainan. Jadi untuk ke bilik X-
ray Ariana akan melalui farmasi dan deretan pintu wad.

"Hai Doktor Maths. You nak ke mana?"

Sophilea| 7

DIA YANG TERINDAH

Mathew hampir kepada Ariana. Tak tahu kenapa dia
suka sangat pandang wajah Ariana. Pertama kali Ariana
ditukarkan di sini dia tak tidur malam. Asyik sangat
ingatkan Ariana.

"Call me Firdaus. Mathew my old name."

Ariana mash senyum. Dia tahu doktor Mathew sudah
memeluk agama Islam setahun yang lalu. Bertukar dari
Hospital Ipoh ke Hospital Seberang Jaya sehingga ke sini.

"Sorry, you nak pergi mana Firdaus?" Soalnya semula.

"I nak ke wad. You?" Soal Mathew kembali

"I nak ke bilik x-ray. Lambat sangat nak tunggu
diorang hantar."

"Jomlah sekali. Satu arah, kan?"

Entah kenapa suka benar Mathew dapat berjalan
berdua dengan Ariana. Ariana teruskan langkah. Baginya
Mathew cuma rakan setugas. Lagipun dia tak kenal sangat
dengan Mathew. Cuma sesekali bersapa bila bertemu.

"You duduk mana kat sini?" Soal Mathew. Masih
mahu berbual sedangkan Ariana sudah mahu cepat-cepat.
Bukan dia tak mahu berbual dengan Mathew cuma sekarang
waktu bertugas. Pesakit pula ramai. Jadi lebih afdal dia
utamakan tugasnya dari berbual kosong.

"I duduk dengan my parents. Diorang memang stay

Sophilea| 8

DIA YANG TERINDAH

kat sini."

Semenjak bertukar ke sini memang dia tinggal dengan
ibu bapanya. Mahu sewa rumah rasa rugi pula. Lagipun
Mukhriz bukan selalu balik. Nak buat macam mana, kan
Arin? Dah kahwin dengan tentera, terpaksalah akur.

Ariana kembali diam. Sedangkan Mathew mencari
idea untuk terus berbual.

"Doktor Arin memang asal sini ye?" Bolehlah kan dari
tak ada soalan dah nak tanya.

"Asal perak. Tapi mak orang sini. Ayah pencen beli
rumah kat sini dan stay sini terus sampai sekarang." Jawab
Ariana. Fail ditukar dari tangan kiri ke kanan.

"Em…" Belum sempat Mathew teruskan ada
whatsapp masuk ke telefon bimbit Ariana. Ariana cepat-
cepat buka. Tersenyum bila Mukhriz yang hantar pesanan.
Ada ikon hati berserta kata-kata.

Muahh...tadi tak sempat nak kiss Arin.

Mukhriz siap berikan ikon hati warna pink. Romantik
juga ustaz ini.

Ariana cuba sembunyikan senyuman. Dia tahu
Mukhriz masih malu untuk tunjukkan sayangnya secara
terang-terangan. Bukan tak sempat tapi sebenarnya Mukhriz
segan.

Sophilea| 9

DIA YANG TERINDAH

Ariana balas.

Ala.. Arin nak kiss yang betul-betul.

Amboi Arin, ustaz baru romantik sikit Ariana dah
lebih-lebih pula.

tu kena tunggu habib balik. Nak lebih pun tak apa.

Ariana ketawa. Cepat-cepat dia tutup mulutnya bila
mata Mathew memandang. Gila kut doktor ini ketawa
seorang diri.

"Sorry." Ariana angkat tangan pada Mathew. Mathew
cuma mengangguk.

Wah bestnya ini yang tak sabar tunggu habib balik.

Gedik kan isteri habib ini? Tapi tak pe Arin gedik
dengan habib je kan. Bila seorang isteri mampu
mengembirakan hati suami dia ganjaran pahala menanti
Arin. Insha-Allah.

Apabila Mata Mathew semakin menjeling baru Ariana
berhenti bermesej dengan Mukhriz.

Habib, nanti sembang lagi ya. Assalamualaikum.

Ariana tutup telefon bimbitnya.

"Someone special?" Mathew tiba-tiba bertanya. Ariana
masih senyum dan pandang Mathew. Lantas mengangguk.

Sophilea| 10

DIA YANG TERINDAH

"My husband.”

Langkah Mathew terhenti.

"You dah kahwin Arin?" Soal Mathew. Nadanya
kecewa.

"Ya almost 2 years. Tapi my husband tak ada sini. Dia
bertugas di Sabah."

Mathew rasa jantungnya jatuh ke bawah. Rasa
harapannya musnah sekelip mata. Dia pandang langkah
Ariana yang hilang di bilik Radiologi.

„Ariana dah kahwin?‟ Sekali lagi mindanya dipenuhi
dengan pelbagai persoalan.

Dia hanya pandang langkah Ariana.

'Em baru nak masuk jarum ye Maths, sekali kena isteri
orang. Salah langkah lagi. Dulu tunang orang pun melepas
juga.

'Tak apa Maths. Allah tu Maha Besar Maha Berkuasa
pasti dia dah sediakan seorang bidadari pengganti tulang
rusuk kau yang hilang.

"DOKTOR nak makan?"

Sophilea| 11

DIA YANG TERINDAH

Cempaka sambut Luqman dengan senyuman. Beg di
tangan Luqman dicapai, tapi Luqman tetap pegang kejap
sampai Cempaka pelik.

"Bagilah saya simpankan beg." Cempaka meminta
dengan senyuman manisnya.

"Masih panggil suami sendiri doktor? Tak istimewa ke
abang dalam hati Cempaka?" Luqman redupkan matanya
pandang Cempaka. Ala-ala romantiklah tu.

Cempaka senyum. Dia tahu silap dia. Sesekali dia
tersasul. Panggil Luqman dengan panggilan doktor
walaupun beberapa kali Luqman ingatkan.

"Sorry tak sengaja. Dah terbiasa."

Dulukan Cempaka selalu panggil Luqman „Doktor‟
walaupun dah jadi suami isteri. Sesekali panggilan itu
terkeluar juga dari mulutnya.

Luqman tarik Cempaka duduk di sisi dia.

"Bukan biasa. Tapi Cempaka yang tak nak tukarkan
panggilan itu. Abang dah biasa panggil Cempaka. Bukan
staf nurse Cempaka, kan? Jadi abang nak Cempaka
biasakan mulut tu panggil „abang‟. Kalau nak panggil
sayang pun okey jugak. Abang suka." Usik Luqman. Lihat
wajah Cempaka yang merah, dia ketawa sendiri.

Cempaka tak tahu nak bagi reaksi bagaimana. Dia
malu jugak sebenarnya. Malu dengan Luqman walaupun

Sophilea| 12

DIA YANG TERINDAH

dah setahun setengah berkahwin.

"Insha-Allah lama-lama nanti Cempaka biasakan ya.
Abang nak makan? Nak Cempaka panaskan lauk?"

Luqman geleng.

"Abang dah makan kat hospital tadi. Doktor Ariana
kirim salam. Dia tanya bila kita nak pergi rumah dia."
Tangan Luqman membelai rambut Cempaka yang
dilepaskan.

"Waalaikumusalam. Nantilah bila kita cuti kita pergi.
Tapi abang jumpa dia kat mana?" Luqman sudah bertukar
ke Pulau Pinang. Sementara Cempaka bertugas di Klinik
Kesihatan Sg Dua. Tidak lagi di Hospital.

"Tadi abang pergi Hospital Sultan Abdul Halim ada
kerja sikit. Abang jumpa Ariana masa tengah sembang
dengan Mathew."

"Doktor Mathew? Lama Cempaka tak jumpa dia. Dia
sihat?" Ada nada teruja bila bercakap pasal Mathew. Teruja
sampai tak sedar ada hati yang terluka.

Pertanyaan Cempaka tak dijawab. Sebaliknya Luqman
pandang Cempaka dengan tajam. Cempaka mula rasa serba
salah. Rasanya nada suaranya biasa-biasa saja tadi.
Bukannya teruja sangatpun.

"Kenapa pandang Cempaka macam tu?" Cempaka
cuak sedikit.

Sophilea| 13

DIA YANG TERINDAH

"Yang Cempaka tanya banyak-banyak pasal Mathew
kenapa? Abang cerita pasal Doktor Ariana. Bukan pasal
Maths."

Cempaka dah agak. Renungan tu renungan cemburu.
Bukan Luqman kalau tak cemburu. Bukan Luqman kalau
tak marah-marah tanpa sebab.

"Ya Allah bukannya ada niat apa-apa pun. Dia kan
kawan Cempaka jugak. Apa salahnya Cempaka tanya?"
Tidak faham dengan sikap Luqman. Nak cemburu pun
berpada lah. Setahun setengah dah jadi suami isteri.

"Tapi dia tu pernah ada perasaan pada sayang. So tak
salah kut abang cemburu?"

Cempaka senyum. Dia pandang Luqman.

"Kenapa pandang abang?"

Cempaka geleng. Dia letakkan kepalanya didada
Luqman. Tangannya mengelus lembut jemari Luqman.

"Hati Cempaka kan hanya untuk abang. Tak ada
Maths tak ada sesiapa lagi dah. You' re the one and only."

"Abang tahu. Sebab tu abang sayangkan Cempaka
sepenuh hati." Luqman senyum. Cepat saja hatinya terpujuk
bila Cempaka memujuk.

Luqman pejamkan matanya. Merasai kasih sayang
Cempaka yang semakin bertunas dalam jiwa.

Sophilea| 14

DIA YANG TERINDAH

Cinta itu sentiasa ada bila hati dan jiwa mampu
merasakannya.

ARIANA tergolek-golek ke kiri dan ke kanan. Serba
tak kena. Sesekali dia pandang jam sesekali matanya
berkalih pandang telefon bimbit di tangan.

"Mana habib ni? Dah pukul sepuluh tak call pun." Hati
Ariana mula marah. Diketuk-ketuk telefon bimbitnya di tepi
katil. Mengira-ngira dalam hati waktu Mukhriz akan
telefon..

"Ish habib ni kan selalu nak bagi Arin marah!" Dia
mengomel sendiri.

Tapi apabila dia pandang wajah 'habibnya' dalam
gambar di dinding dia tersenyum. Hilang terus rasa marah.
Wajah yang mendamaikan jiwa dan hatinya. Kapten Syed
Mukhriz Al-Attas.

"Ni mesti habib ada kerja ni. Tapi banyak kerja pun
takkan lah habib lupa pada isteri dia ni." Ariana mula tak
sedap hati. Tiba-tiba bayangan wajah Awina menjelma.

"Arin…Awina tu dah nak dapat second girl dah
dengan Syamsul Bahrin. Lagi nak cemburu."

Tapi normal lah bagi seorang isteri cemburukan suami

Sophilea| 15

DIA YANG TERINDAH

dia. Apalagi suami yang iras-iras model Arab macam
Mukhriz.

Penat bergolek Ariana meniarap. Penat meniarap
Ariana duduk. Lepas itu meniarap lagi. Mukhriz tak juga
telefon.

"Arin? Tak tidur lagi?"

Puan Zarina muncul dari balik pintu. Ariana pandang
wajah ibunya. Dia menggeleng. Tadi dia dah nak solat tapi
fikir Mukhriz nak telefon hati jahatnya cakap tunggu dulu.
Tak baik betul Ariana ini.

"Tu… dah solat belum?" Sergah Puan Zarina lagi.
Ariana tersengih. Sejak berjauhan dengan Mukhriz solat
pun dia mengelat. Bukan tak buat tapi laksananya di hujung
waktu. Kalau dulu waktu Mukhriz ada selalu Mukhriz
ingatkan. Selalu dia solat isya' antara jam 12 ke satu pagi.
Terus buat solat sunat taubat dan hajat. Kalau dulu susahnya
dia nak solat sunat sekarang ini Alhamdulillah Allah
ringankan anggota badannya untuk beribadat.

"Nak solat pukul berapa? Nak tunggu waktu Dhuha?"
Kan dah kena perli Ariana. Ariana senyum-senyum.

"Mama ini sejak bermenantukan ustaz cakap pun ala-
ala ustazah." Ariana bangun. Duduk di birai katil.

"Kalau berubah ke arah kebaikan tak salah Arin. Ni
tidak, Arin tu bersuamikan uztaz tapi perangai mama
tengok macam tu je." Marah Puan Zarina. Dia dah nak ke

Sophilea| 16

DIA YANG TERINDAH

bilik tidur bila dilihatnya bilik Ariana masih terang.

"Yelah. Arin tunggu panggilan Mukhriz. Dia tak call
lagi malam ni." Ariana letakkan telefon bimbit diatas katil.
Puan Zarina geleng kepala. Geram juga dengan sikap
Ariana yang sambil lewa. Masih berdiri di pintu bilik dia
pandang Ariana tajam.

"Arin…Mukhriz tu kerjanya bukan ingatkan Arin
seorang saja tahu. Banyak lagi kerja Mukhriz tu nak buat."
Kemaruk betul Ariana ini kalau pasal Mukhriz.

Ariana bangun berdiri di almari solek.

"Mama rasa Mukhriz jatuh hati tak kat orang sana?"

Puan Zarina nak ketawa dengar soalan Ariana. Tapi
sengaja dia mahu kenakan Ariana dahulu.

"Arin tahukan gadis Sabah memang cantik-cantik.
Cantik lagi dari Arin, tahu." Dia pernah ikut suaminya
bertugas di Sabah. Tahu kalau gadis Sabah memang cantik-
cantik.

"Ish mama ni macam minta je Mukhriz tu jatuh hati."
Ariana muncungkan bibirnya. Tanda protes bila Puan
Zarina cakap macam tu.

"Arin yang tanya mama jawab je. Dah lah mama nak
pergi tidur. Solat tu jangan lupa." Puan Zarina berlalu.
Sempat diingatkan Ariana sekali lagi.

Sophilea| 17

DIA YANG TERINDAH

Ariana tarik muka. Hatinya terkesan juga dengan kata-
kata ibunya. Memang dia tak nafikan kebanyakan kawan-
kawannya yang bertugas di sana banyak yang berkahwin
dengan gadis tempatan. Ariana bangun mengadap cermin.
Dibelek-beleknya wajahnya di dalam cermin.

"Tak lah, Mukhriz tak akan menduakan aku.
Sedangkan Awina pun dia tolak."

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej
masuk. Hatinya melompat gembira. Pasti Mukhriz.

Assalamualaikum Doktor Ariana maaf saya ganggu.
Saya cuma nak tanya berapa ramai pegawai perubatan
dari your team yang akan joint kempen nanti?

'Alah Doktor Luqman ke? Ingat habib tadi. Namun
mesej Luqman tetap dibalas.

Waalaikumusalam. Eh tak ganggu pun. Kami lima
orang. Empat pegawai perubatan dan seorang pakar
keluarga. Kenapa doktor?

Tak ganggu konon. Baru tadi hati Ariana menyumpah.
Yang ditunggu lain yang hantar mesej orang lain

Seketika kemudian Luqman balas.

Tak ada apa-apa saya cuma nak pastikan saja.
Okeylah selamat malam.

Ariana pandang telefon bimbitnya. Macam tak percaya

Sophilea| 18

DIA YANG TERINDAH

Doktor Luqman ucap selamat malam. Tapi dia balaslah
juga.

Selamat malam doktor. Sweet dream.

Tak ada maksud apa-apa pun. Ariana kan gila-gila.
Friendly kata orang putih.

Ariana cepat-cepat ke bilik air. Wudu' diambil dan
untuk beberapa minit dia mahu ketenangan mengadap Allah
swt. Mahu kusyuk dalam solat sepertimana yang Mukhriz
selalu ajarkan. Tapi baru rakaat kedua kusyuk Ariana
terganggu. Terganggu dengan bunyi telefon yang tak henti-
henti pasti Mukhriz. Sempat hatinya berdetik.

'Ariana mengadap Allah itu cuma beberapa minit
dalam satu waktu, lupakan dulu soal dunia.' Tiba-tiba
terlintas kata-kata Mukhriz di fikiran. Rakaat ke tiga Ariana
berhenti.

"Allahuakbar." Dia bukannya manusia yang sempurna
lagi. Bak kata orang kushyuknya seseorang ketika solat
walaupun pedang di leher, api yang marak di hadapan
mahupun musuh sejengkal tetap saja dia teruskan. Tapi
Ariana hanya kerana deringan telefon solatnya tergendala.
Fikiran dan hatinya bukan pada solat.

"Hello. Assalamualaikum." Suara Ariana sedikit rasa
marah. Marah sebab Mukhriz lambat menelefon, marah
sebab solatnya terganggu dan marah Mukhriz yang
telefonnya salah waktu.

Sophilea| 19

DIA YANG TERINDAH

"Waalaikumusalam. Arin marah habib ke?" Soal
Mukhriz di hujung talian.

"Marahlah ni dah pukul berapa baru nak call. Arin
tengah solat terhenti bunyi telefon asyik berdering saja.”

“Astaghfirullahalazim....Arin berhenti solat?"

"Yelah. Tak concentrate. Tak kushyuk.”

“Arin kenapa tak silentkan telefon waktu solat? Dah
Arin pergi sambung solat dulu. Dengan habib bila-bila pun
boleh bercakap. Tapi Arin nak bercakap dengan Allah inilah
masalanya. Maaf tadi habib ada usrah. Ni baru sampai
masa."

Ariana diam.

"Habib call Arin lama ni je? Habib tahu tak dari pukul
8 tadi Arin tunggu habib call?" Hatinya marah dengan
Mukhriz yang dia rasakan macam tak mengendahkannya.

"Arin pergi solat dulu. Habis solat call habib balik ya.
Dahulukan Allah kemudian baru habib. Habib tak akan
berpaling dari Arin tapi habib tak mahu Allah berpaling dari
Arin meskipun Allah tidak pernah melupakan hamba Nya."

Mukhriz tetap Mukhriz bicaranya tetap bersandarkan
pada agama. Namun itu yang selalu membuatkan Ariana
merindui habib nya. Merindui kata-kata Mukhriz.

"Maafkan Arin, habib."

Sophilea| 20

DIA YANG TERINDAH

"Bukan dengan habib tapi dengan Allah. Arin mohon
keampunan dari Allah sebab Arin mengadap dia tapi tidak
bersungguh. Bagaimana Dia mahu mengabulkan
permintaan hamba Nya kalau yang meminta juga sambil
lewa?"

Bukan niat Mukhriz untuk menyindir namun
kewajipannya untuk menegur. Seorang suami tak akan
mampu mewariskan iman nya kepada si isteri dan anak-
anak. Lihat saja nabi Nuh as anak dan isterinya mati dalam
keadaan yang tidak beriman.

Kata-kata Mukhriz menusuk ke dalam hati Ariana.
Airmatanya menitis. Dia tahu khilaf dia. Dia tahu silap dia.

"Arin solat dulu ya. Nanti lepas solat Arin call habib."

"Dahulukan Allah, Arin. Habib tunggu panggilan
Arin."

Ariana matikan telefon bimbit. Dia pandang sejadah.
Betul-betul di tempat sujud.

"Allahuakbar, ampunkan aku ya Allah."

Ariana kembali ke sejadah.

"Allauakbar." Ucapnya perlahan bersama takbir
ratulikramnya yang pertama. Hatinya kembali tenang saat
kalamullah meniti di bibir merah delimanya.

'Allah...aku datang…Allah padamu aku bersujud'

Sophilea| 21

DIA YANG TERINDAH

Usai solat Ariana menanti panggilan Mukhriz.
Seketika kemudian baru Mukhriz kembali di talian.

"Dah solat?" Suara Mukhriz di hujung talian
buatkan hati Ariana kembali cair.

"Dah. Dah solat. Dah doa. Habib buat apa?"
Ariana duduk bersila di atas lantai. Belakangnya
disandarkan ke katil.

"Alhamdulillah. Habib tak buat apa-apa. Baru nak
letak kepala. Arin doa apa?"

Ariana senyum. Mukhriz tak pernah lepas dari
doanya kepada Allah.

"Adalah mana boleh bagitahu habib. Rahsia Arin
dengan Allah." Suara Ariana berubah rentak. Mengada-
ngada sedikit.

"Okeylah habib tak tanya lagi. Tapi jangan ada
rahsia antara suami dan isteri ya. Habib sudi dengar cerita
Arin."

Ariana tersenyum. Mukhriz tetap saja
mendamaikan jiwanya.

"Insha-Allah Arin tak pernah berahsia dari habib
cuma ada benda yang Arin cuma mengadu pada Allah.
Habib jangan risau sebab Arin tak mengumpat habib tau."

Pecah ketawa Mukhriz di hujung talian.

Sophilea| 22

DIA YANG TERINDAH

"Arin sayang, dah lewat sangat ni. Esok Arin nak
kerja, habib nak kerja, kita tidur ya."

Ariana tersenyum nakal.
"Habib ni ajak Arin tidur macam Arin ada kat
sebelah habib. Okey jom tidur sayang."
"Arin...Arin...sikit pun tak pernah buat habib
terluka. Okey selamat malam sayang. Ingat Allah,
Rasulullah dan ingat habib ya."
"Baik habib. Selamat malam."
Rasa hilang semua masalah dan bebanan kerja saat
ini.
Indahnya cinta itu kan Ariana? Senyuman di bibir
Ariana di bawa sehingga ke alam mimpi.

Sophilea| 23

DIA YANG TERINDAH

Bab 2

CEMPAKA bergegas ke dapur. Bila dah kerja satu
syift saja dia sedikit kelam kabut. Luqman selalu
akan sarapan di rumah. Tapi dia pukul 7 dah kena
keluar sebab biasanya jalan raya di sini sesak. Dia nak bawa
motor Luqman tak bagi. Luqman tak apalah boleh saja
kalau pergi lewat sikit.

"Ni kenapa kelam kabut ni?" Luqman muncul di
dapur bila dia dengar bunyi sudip jatuh.

Sophilea| 24

DIA YANG TERINDAH

"Dah lambatlah." Jawab Cempaka. Tangannya laju
saja menyiapkan roti dan mee goreng di atas meja.

"Siapa suruh bangun lambat?"

Cempaka jeling. Tahunya nak komen saja bukan nak
menolong.

"Abanglah buat Cempaka bangun lambat."

Luqman senyum-senyum. Cempaka sekarang boleh
tahan juga cakapnya. Tak ada lapik-lapik sangat. Tapi
dengan Luqman je lah. Dengan orang lain mana Cempaka
berani.

"Abang pula yang salah? Lain kali nak tidur tu tidur
terus. Tak payah renung muka abang macam nak tembus.
Lepas tu salahkan abang pulak Cempaka lambat. Abang
bukan boleh tengok mata Cempaka. "

Bercakap dengan Luqman mana dia bagi peluang
Cempaka menang. Telefon Luqman berdering. Dia nampak
Luqman bangun dan ambil telefon di atas peti ais.

"Hello. Assalamualaikum, Doktor Ariana."

Cempaka menjeling. Kerap sangat sekarang ni nama
Doktor Ariana di bibir Luqman. Nak cemburu pun doktor
wanita itu dah kahwin. Suami pula ustaz.

"Eh tak adalah mengganggu. Saya tak buat apa pun."

Cempaka jeling lagi. Jelingan tak puas hati. Dapat

Sophilea| 25

DIA YANG TERINDAH

panggilan Ariana, roti terus diketepikan.

Dia nampak Luqman asyik berbual di telefon ketika
dia mencapai beg sandangnya.

"Cempaka pergi dulu." Luqman hanya mengangguk
sambil hulurkan tangan. Mulutnya masih berbual dengan
Ariana di hujung talian.

Cempaka mula sakit hati. Terasa hati. Sudahlah dia
kelam kabut masak untuk Luqman. Dia nak pergi kerja pun
Luqman tak hantar ke pintu. Dia cium tangan, Luqman
masih di talian juga. Penting sangat kut sembang dengan
Ariana dari isteri sendiri?

Cempaka terus saja pandu kereta dari Taman Pekaka
ke arah Sungai Dua. Hatinya masih marah pada Luqman.
Bila hatinya terasa mulalah airmatanya nak keluar.
Cengengnya Cempaka ini. Dulu tak ada pun macam ini.
Boleh je hadapi walaupun Dyja datang tinggal serumah.

Sesekali teringatkan arwah Dyja, Cempaka titipkan Al
Fatihah. Berdoa semoga arwah bersama hambaNya yang
beriman dan solehah. Dia tidak pernah berdendam dengan
Dyja. Malah dia faham kerana apa Dyja jadi begitu.

"Akak doakan Dyja tenang disana.' Teringatkan sikap
Luqman Cempaka jadi sedih.

Cempaka jadi cengeng bila Luqman pun berubah
rentak. Dari lelaki berhati batu kepada lelaki yang
penyayang. Dari romantis kadang-kadang jadi kayu.

Sophilea| 26

DIA YANG TERINDAH

'Sabarlah Cempaka. Agaknya ada hal tu penting
sampai subuh-subuh hari Ariana call.'

Cempaka cuba sabarkan hati. Tak sampai 15 minit dia
dah sampai ke Klinik Kesihatan Sungai Dua. Sebaik saja
keretanya diparkir ada sms masuk.

Sayang dah sampai klinik ke?

Cempaka tak balas mesej Luqman. Sesekali dia nak
merajuk dengan Luqman. Baru saja duduk di kaunter klinik
ibu dan anak sekali lagi Luqman hantar mesej.

Kredit tak cukup ke sampai nak balas mesej pun tak
boleh? Tengok whasap online je.

Sekali lagi mesej Luqman dipandang sepi. Macam
malas je Cempaka nak balas. Sakit hati masih terasa. Mana
tidaknya kerana panggilan Ariana, Luqman biarkan dia
pergi kerja sendiri.

'Sampai hati Luqman.'

Baru nak mulakan kerja telefon pula berbunyi. Dia
jawab juga bila orang sebelah mula pandang-pandang.

"Hello." Cempaka jawab perlahan.

"Boleh pun jawab. Ingat telefon tinggal kat rumah ke
dalam kereta ke tak pun dalam tong sampah depan rumah
tu. Kenapa tak reply mesej abang?" suara Luqman
kedengaran sedikit marah.

Sophilea| 27

DIA YANG TERINDAH

"Cempaka tengah kerja lah. Nanti Cempaka balaslah.
Bukannya penting pun. Takkanlah abang risau pasal
Cempaka kut." Suara Cempaka sinis.

"Cempaka ni kenapa?"

"Dahlah nanti cakap. Cempaka nak kerja ni. By the
way kirim salam pada Doktor Ariana." Cempaka cepat-
cepat letak telefon. Dia matikan terus. Dia tahu kalau
Luqman akan telefon semula.

Sesekali dia nak buat macam ini. Dia nak tengok
kesungguhan Luqman memujuk. Kalau Luqman sayangkan
dia mesti Luqman akan pujuk. Cempaka senyum sendiri.

'KIRIM salam pada Ariana?' Luqman betulkan butang
bajunya. Dia mengadap cermin. Geram dengan sikap
Cempaka yang tidak mahu melayaninya. Selalu kalau dia
hantar mesej tak sampai beberapa saat Cempaka dah balas.
Ini panggilan pun Cempaka reject. Mesti ada sesuatu yang
tak kena.

Luqman duduk sekejap di katil. Termenung sekejap.

'Kirim salam pada Ariana?' Apa maksud Cempaka ya?
Baru dia teringat. Luqman senyum. Dia sudah agak kenapa.
Cempaka cemburu atau pun marah dengan panggilan
Ariana pagi tadi.

Sophilea| 28

DIA YANG TERINDAH

"Aduh sayang kalau nak cemburu pun bukanlah
dengan isteri orang. Abang pun tak ada hati dengan
Ariana."

Luqman ketawa sendiri. Dia lihat seketika
penampilannya di dalam cermin.

"Patutlah. Handsome… mana Cempaka tak cemburu."
Perasannya Luqman ni. Luqman ketawa sendiri.

CEMPAKA buat-buat tak nampak Luqman yang
masuk dengan Doktor Chong medical specialist yang
bertugas bulan ini di klinik. Luqman pun macam tak
pandang dia saja. Cempaka pun tak tahu apa keperluan
Luqman datang ke klinik ini.

Memang tak masuk akal lah sebab Luqman bukannya
bertugas disini. Lagipun kalau ada kes Gynae semuanya di
hantar ke hospital besar. Inilah pertama kali Luqman datang
ke tempat kerja Cempaka.

Masa terserempak dengan Cempaka kat luar klinik pun
Luqman buat tak tahu. Sibuk berbual dengan Sister Ani.
Sudahnya Cempaka juga buat tak tahu.

Sakit hati bertambah berkali-kali ganda.

Sophilea| 29

DIA YANG TERINDAH

"Sampai hati Luqman. Perangai tak berubah pun."
Cempaka jauh hati. Rasa diri diketepikan. Rasa diri tak
disayangi.

"Hai kenapa ni? Your husband kan?" JM Caroline
kenal dengan Doktor Luqman. Cempaka cuma
mengangguk. Hanya menjeling Luqman yang sedang
berbual dengan Chong di tepi pintu. Luqman tak pandang
dia pun.

'Luqman memang jahat. Suka sakitkan hati Cempaka,'
getus hatinya.

Bila Cempaka tak nampak mata Luqman nakal
pandang isterinya itu yang sedang sibuk di kaunter. Dia
katawa dalam hati. Mana tenang dia nak buat kerja di
hospital kalau hatinya memikirkan rajuk Cempaka.

'Kerja gila. Tak ada motif datang ke mari padahal dia
tak ada kena mengena pun dengan Klinik Kesihatan. Bukan
dekat pulak tu hospital besar dengan Sungai Dua. Kalau dah
cintakan Luqman.'

Cempaka tahan saja hatinya walau nak marah. Rasa
nak pergi saja suruh Luqman balik. Dia nampak Luqman
berjalan ke kaunter.

"Hai doktor. Rindukan isteri ke?" JM Caroline
mengusik. Luqman pandang wajah Cempaka. Dia
tersenyum.

"Kalau rindu pun saya seorang je. Orang tu tak

Sophilea| 30

DIA YANG TERINDAH

rindukan saya pun."

Cempaka pandang Luqman bila suaminya itu cakap
begitu. Tak malu betul Luqman ini. Sengaja dia letak rekod
kasar sikit depan Luqman atas meja. Protes sebab mulut
Luqman tak ada insuran.

"Ada pulak. Dah tentulah Cempaka ini rindu kat suami
dia yang handsome ini." Usik Caroline lagi.

"Awak je pandang saya handsome Puan Cempaka tak
pun."

Cempaka angkat wajah pandang Luqman. Mujur juga
hanya ada seorang dua lagi ibu yang menanti giliran.

"Doktor Luqman datang temankan wife buat kad
merah ke?" Sengaja dia perli Luqman.

Luqman pandang Cempaka. Matanya diredupkan.
Cepat-cepat Cempaka menunduk. Hati Cempaka berdebar-
debar. Dari semalam dia nak bagi tahu Luqman tapi tak
kesampaian.

"Isteri saya dah kena buat kad merah ke?" Niat nak
kenakan Luqman dia pulak yang terkena balik. Cempaka
jungkit bahu.

"Hai doktor kata pakar sakit puan. Takkan kalau wife
mengandung tak tahu." Caroline masih mengusik. Cempaka
siku lengan Caroline.

Sophilea| 31

DIA YANG TERINDAH

"Em kalau isteri saya dah mengandung mestilah saya
temankan buat kad merah ke biru ke hijau ke. Kan staff
nurse Cempaka Elina?"

"Ye lah kut." Balas Cempaka. Luqman ini sibuk saja
disini. Cempaka sudahlah tengah banyak kerja nak dibuat.

"Saya tunggu awak kat rumah Puan Cempaka Elina.”
Luqman senyum dan terus berlalu. Cempaka tarik
nafas lega.
"Amboi romantik suami awak."
Cempaka cuma senyum. Romantik? Baru 20 peratus
kut.

Sophilea| 32

DIA YANG TERINDAH

Bab 3

“HAI Doktor Arin." Mathew muncul di pintu
bilik Ariana. Waktu Ariana sedang siapkan
laporan seorang pesakit sebelum dibawa
kepada doktor pakar. Ariana senyum. Menyambut baik
kedatangan Mathew yang lebih senior dari dia.

"Banyak kerja?" Mathew turut sama tersenyum pada
pesakit di hadapan Ariana.

"Ramai juga patient hari ini. Biasalah klinik pakar. I ni

Sophilea| 33

DIA YANG TERINDAH

entah bilalah nak jadi pakar." Sempat Ariana bergurau.
Impiannya tetap mahu menjadi pakar kanak-kanak satu hari
nanti.

"Insha-Allah ada rezeki nanti Arin." Mathew tarik
kerusi dan duduk di sebelah Ariana. Ariana sedikit tidak
selesa. Tidak mahu persahabatan Mathew disalah tafsirkan
orang lain.

"I dengar you kena pergi ke perkampungan orang asli
nanti. Berapa lama?" Mathew main-main dengan pen di
tangan. Klinik pakar Respiratory sedikit sesak.

Ariana mengangguk.

"Kalau ikutkan 11 hari atau paling lama dua minggu."
Jawab Ariana.

"Kawan I pun kena juga. Tapi dari Hospital Penang.”

Ariana pandang Mathew.

"Siapa? Doktor Luqman?"

"You kenal Doktor Luqman Harith? Pakar Gynae?”

Ariana angkat lagi wajah pandang Mathew.

"Kenal. Dia dengan I satu team. Dia specialist. You
kenal ke?" Soal Ariana.

Laporan yang ditulis hampir siap. Ariana suruh pesakit
duduk dulu. Fail diberikan kepada jururawat sementara

Sophilea| 34

DIA YANG TERINDAH

menunggu giliran dia bawa pesakit bertemu Doktor Rose.

"Yup I dengan dia dulu satu hospital. Hospital Ipoh.
Then I tukar ke Seberang Jaya dia masih di Ipoh. Wife dia
pun I kenal. Staff nurse Cempaka Elina." Ada sedikit
gurisan bila nama Cempaka keluar dari bibirnya. Sedih ya
Maths.

Anggap saja jodoh itu bukan milik kamu. Dia dah
redha pun. Lama dah. Dari saat Cempaka bagi tahu yang dia
cintakan Luqman. Disaat Cempaka merana bila Luqman
mengahwini Dyja.

"Oh really. Tak sangka pulak. Em.. Ni mesti kes
Doktor Luqman pikat wife dia time kerja."

Mungkin jarang kedengaran doktor berkahwin dengan
jururawat tapi ada saja yang berlaku. Jodohkan rahsia Allah
mana kita tahu siapa jodoh kita.

"Tak adalah diorang bertunang lama dah."

Ariana cuma menganguk. Setiap orang ada kisah cinta
yang unik. Macam dia pikat Mukhriz. Tapi yang penting
adalah kesudahannya. Bagaimana jalannya setiap cerita ada
kisahnya.

"Okey Doktor Maths..sorry, Firdaus I pergi dulu, ada
next patient. See you." Ariana bangun dengan buku nota
nya. Tinggal lah Mathew seorang diri”

'Maths…kalau Ariana yang kau fikirkan. Lupakan.

Sophilea| 35

DIA YANG TERINDAH

Jangan diusik milik orang.‟

Mathew turut sama bangun. Sempat dia pandang
Ariana yang kembali sibuk.

'Cempaka Elina dan Ariana Dahlia. Dua-dua milik
orang. Dua-dua sudah berpunya. Diakah yang terlewat atau
takdirnya yang sengaja menduga?‟

'Allah itu adil, Firdaus. Malah janji Nya setiap lelaki
yang baik adalah untuk wanita yang baik. Jodoh itu akan
datang cuma lambat atau cepat semuanya di tangan Tuhan.'

Mathew meninggalkan klinik Respiratory.
Mengharapkan kebesaran Allah untuk dia teruskan langkah
dalam hidup ini.

MUKHRIZ masuk ke dalam bilik. Berbaring seketika
di katil melepaskan lelah perjalanan. Dia pandang gambar
Ariana di atas meja. Cantiknya Ariana. Rindunya juga ada
dalam jiwa. Siapa tak rindukan isteri sendiri? Beberapa hari
masuk hutan dalam misi operasi bersama Polis Hutan.

"Arin, habib rindukan Arin. Tunggu habib balik
sayang." Mukhriz usap wajah Ariana dalam gambar. Dia
pandang jam.

Waktu ini pasti Ariana sibuk di hospital. Malas

Sophilea| 36

DIA YANG TERINDAH

menganggu walaupun dia mahu sangat bercerita dengan
Ariana. Dia mahu bercerita kisah dua minggu dia didalam
belantara. Bertemankan alam yang dipenuhi segala makhluk
Allah swt.

Dia mahu bercerita dengan Ariana kisah dia yang
menyelusuri sungai dalam yang deras, yang harus
melupakan segala makanan yang enak demi bangsa, agama
dan negara. Dia mahu Ariana tahu tentang erti sebuah
pengorbanan.

"Perngorbanan itu besar maknanya Arin. Macam habib
yang berkorban rindu dan cinta habib pada Arin." Mukhriz
bercakap sendiri bagai Ariana ada disitu. Baai Ariana
mendengar setiap patak kata-katanya. Kalau lah dia mampu
titipkan suara ini pada angin.

Mukhriz bangun. Dia tak mahu terlena dan terleka
dengan rasa penat kerana ada sesuatu yang wajib harus
dilakukan terlebih dahulu. Mukriz bangun. Gambar Ariana
ditinggalkan di tepi meja.

"Habib tinggalkan Arin sekejap tapi Arin tetap ada
dalam doa habib. Sekejap lagi habib nak doa supaya jodoh
kita kekal dan cukuplah hanya Arin dalam hati habib."
Sempat dia cium bibir merah jambu Ariana.

"Sekejap lagi habib bawak Arin dalam pelukan habib."

Mukhriz, kalau Ariana ada di hadapan saat ini
mahukah bicaranya begini? Sebab Ariana tak ada beranilah.
Mukhriz ketawa sendiri. Mana dia berani. Sesekali dia

Sophilea| 37

DIA YANG TERINDAH

bercakap ala romantik bolehlah. Itu pun tak berani pandang
Ariana.

Bukan dia malu tapi kalau dia mulakan saat romantis
Ariana tak mahu berhenti. Sepatah dia cakap Ariana akan
balas berpatah-patah siap dengan amali nya sekali. Tapi itu
yang membahagiakan dia.

'Semoga jodoh mempertemukan kita semua, Dahlia.'

Ya, Allah tetapkan jodohnya dengan Dahlia yang dia
pandang dalam keretapi Sinaran Utara. Dahlia yang ketika
itu rambutnya separas bahu. Dahlia yang kelihatan sedikit
takut-takut berbicara dengan dia.

'Seindah namamu Ariana Dahlia.‟

Mukhriz ketawa sendiri. Macam orang tak betul pulak.

Tiba-tiba hatinya tersentuh mengenangkan permata
hati yang pergi tanpa sempat melihat dunia. Setahun sudah.

"Tunggu walid dan umi di syurga sayang. Syed Riyan
Hafiz, walid dan umi pasti akan menyusulmu. Cuma pergi
mu dalam keadaan suci namun langkah kami kesana dengan
sebeban dosa. Semoga kau menjadi penyelamat kami di
sana, Riyan"

Cinta itu datang dalam pelbagai cara dan pelbagai
kisah. Cinta itu itu tidak pernah bersendiri. Dia sentiasa
dengan pemilik jiwanya.

Sophilea| 38


Click to View FlipBook Version